Friday, December 31, 2010

...iNdAhNyA...

salam readers..salam 1 malaysia..
lama dah tak update blog ni..
agak bersawang jugak la..
cuti sem tinggal 5 hari lagi..hari selasa ni,dah kena balik sabah balik..
malasnya mahu kemas barang-barang..
result dah dapat..alhamdulillah,lepas dari yang aku target..syukur la..
kali ini just mau kongsi gambar keindahan waktu pagi dan senja di kolej kediaman aku..
begitu indahnya ciptaan ILLAHI..


-ok..gambar ni diambil jam 5.50 pagi..-



-gambar yang ni pula diambil sekitar jam 6.01 petang..-


oklah,ni sahaja la yang aku mau kongsi pun..
cantikkan pemandangan waktu pagi dan senja ni..
maha suci ALLAH..
kalau di semenanjung,jam 5.50 pagi masih lagi gelap dan kalau jam 6.01 petang masih lagi cerah.
daa..salam..

Saturday, December 18, 2010

...sUkaRnYa...


salam readers..
nothing to say..juz want to tell that..
"IT IS HARD TO LET YOU GO"
YOU = ........

Thursday, December 9, 2010

...kAwAn..sAhAbAt..tEmAn..rAkAn...

salam readers..lama dah tak menulis dalam blog ni..
masa seakan tak mengizinkan..
dengan pc dan laptop rosak..
ini pun pinjam laptop ayah..
so malam-malam lepas ayah balik kerja baru boleh online..

ok lah...berbalik kepada tajuk entry kali ni..
berkenaan dengan kawan..ataupun sahabat..atau teman..atau rakan..
semuanya boleh digunakan..
bagi aku kawan yang betul-betul kawan memang susah untuk dicari..
maksudnya di sini,kawan-kawan yang sama-sama berada dengan kita di sisi semasa kita suka dan di kala kita sedih..
ada juga kawan-kawan yang suka mengambil kesempatan atas diri kita..
suka mempergunakan kita untuk keselesaan atau kebahagiaan diri sendiri..
bila susah dicarinya kita..tapi bila senang,dia macam tak kenal kita..
macam kita ni orang asing..
entah la..aku pun tak faham dengan orang yang macam ni..
aku  tak la berdendam dengan kawan-kawan yang jenis macam ni cuma aku kesian pada mereka ni..
bagi aku sekali aku anggap dia kawan,dia akan jadi kawan aku untuk selamanya..
tak kira la apa yang dia dah buat pada aku..

sebenarnya banyak pengalaman aku tentang kawan-kawan ni..
aku pasti kamu-kamu di luar sana pun mesti ada macam-macam pengalaman melayan kerenah kawan-kawan..
ada yang kekal sehingga sekarang dan ada juga yang terputus di tengah jalan..
ada tu yang terlampau memilih kawan..aku pun tak tau kenapa..mula-mula kawan ok..tp sampai satu masa,kita jadi macam musuh pulak..
angin tak ada,ribut tak ada..tup-tup diam seribu bahasa..puas contact or massage tp tak berbalas..nak kata ada buat salah rasanya tak ada..
kalau ya pun ada,bagi la tahu..boleh la bincang..
kita manusia ni tak sempurna.kadang-kadang terguris hati,terkecilkan hati,tergurau kasar ke..
at least bagi la tau apa yang salah..ini tak,diam saja..macam mana nak tau apa kesalahan atau ada apa-apa yang tak puas hati..

ada juga sesetengah tu,kawan tak la lama sangat..
baik memang baik..rasa seronok je kawan.
tapi satu hari,terdengar kawan tu menuduh tentang perkara yang kita tak lakukan..menuduh tanpa usul periksa..sakitnya hanya ALLAH yang tahu..dah la kenal tak lama,boleh pulak main tuduh-tuduh..
kemudian terus menyepikan diri..bukannya nak cari jalan penyelesaian ke..apatah lagi ingin meminta maaf lepas dah dapat tau hal sebenar..
bukannya nak suruh jatuhkan maruah atau imej dengan datang jumpa tapi ingin menjernihkan keadaan..
salah ke eh??
tak tau la apa yang menyebabkan hal macam ni jadi..
naik pening juga bila fikir hal ni..macam-macam jenis kawan yang jumpa kt muka bumi ni.

hmm,ada juga kawan-kawan yang terlalu mementingkan taraf..
mentang-mentang kaya,dia ingat dia boleh maki-maki kita ni..tau la kita ni tak sekaya dia tapi janganlah mengata or jangan la pandang rendah or jijik dengan orang-orang yang sederhana or tak mampu ni..
patutnya dia tolong kawan..ini tak,lagi dimalukan depan kawan-kawan yang seangkatan dengan dia..
apa punya jenis manusia la macam tu..
dia ingat dia kaya dia boleh buat apa dia suka..
eh hello,macam dia seorang saja orang kaya kat dunia ni..ramai lagi yang kaya..tapi tak adalah menunjuk..ada setengahnya memang pandai sembunyikan identiti..macam ni la bagus..kawan dengan semua orang tak kira taraf dan darjat..

selain dari taraf kekayaan,ada juga berkawan ikut taraf dalam pendidikan..
mentang-mentang ada degree,tak mahu kawan dengan orang-orang yang berpendidikan rendah..
dia ingat kita ni tak ada perasaan agaknya..suka-suka hati dia saja buat peraturan macam tu..
baru degree dah menyombong..nanti dah ada master or phd macam mana la pulak agaknya..
sungguh aku tak faham..
kenapa hal ni jadi ye??ALLAH pernah ke membanding-bandingkan setiap manusia yang DIA cipta??ada ke??kalau ada bagi bukti..kita ni sama saja di sisi ALLAH..tak ada bezanya..
kita ni hidup di muka bumi ALLAH..hari ni kita di atas..dan ada masanya kita ke bawah..jadi bagi aku,ingatlah..kita manusia ni sama saja..kalau kita bantu orang,i'ALLAH kita juga akan ada yang membantu..jangan terlalu taksub dengan harta dunia..

buat masa ni aku rasa aku dah jumpa kawan yang betul-betul kawan..
i'allah hubungan ini akan berkekalan sampai bila-bila..
aku sangat terhutang budi dengan mereka kerana selama aku ada masalah,mereka banyak membantu aku..
walaupun sekadar mendengar luahan hati aku,namun aku rasa itu dah cukup untuk aku..
susah dan senang sama-sama..memang benar kata orang,kawan menangis memang sukar untuk dicari.
terlalu banyak kenangan antara aku dan kawan-kawan aku yang tak akan dilupakan sampai bila-bila..
semoga kawan-kawan ku semua dirahmati oleh ALLAH..

aku sayang kawan-kawan aku..
i love my besties..i luv them so much..
aku selalu mendoakan kesejahteraan kawan-kawan aku..semoga kalian dilindungi ALLAH dan semoga kebahagiaan menjadi milik kalian..
♥♥♥♥



p/s : miss the moment.. ^_^
p/s : kepada my besties yang tak ada dalam gambar ni,maaf la ya..aku tak dapat nak upload sebab external ada pada my bf..gambar ni pun cilok dari fb..apa-apa pun kalian tetap my BESTIES..



Wednesday, November 24, 2010

...wArKaH uNtUk DIA...

hye..salam semua..
entry kali ini ak tujukan khas untuk seseorang..
tiba-tiba merindui dia..
..................................................................................................................................................................

salam..hye..lama dah awak pergi meninggalkan kami di dunia ni..rasa baru semalam kita berkenalan,kita ber'sms,dan macam-macam lagi.awak,sekarang ni lia dah sambung study..kat sabah.best,lama dah tak datang sana.lia amik kos psikologi kanak-kanak dan keluarga.so far,subjek untuk kos ok la..tapi untuk masa-masa yang akan datnag tak tau la macam mana kan..hope semuanya ok..

awak,kenapa begitu cepat awak meninggalkan kami?masih terasa kehilangan awak hingga ke saat ini.orang cakap kalau ALLAH tarik nyawa seseorang tu,dia adalah orang yang baik..hmm,awak memang baik.selalu bagi nasihat pada lia,selalu bagi semangat pada lia bila lia down.sampai ke hari ini masih lia simpan sms dan email yang awak bagi.walaupun tak banyak tetapi cukup untuk dijadikan kenangan.kenangan yang tinggal dengan lia..

masih teringat lagi saat-saat awak bagitau lia yang awak menghidap leukimia (betul ke ejaan ni?).antara percaya dengan tidak awak yang kelihatan sihat menghidap penyakit seperti ini..awak bagitau lia pun sebab awak cakap takut tak sempat nak bagitau nanti.masa tu,hanya doa yang mampu lia titipkan.moga awak sihat kembali.awak jalani hidup seperti biasa.seperti tiada apa yang berlaku.dari mesej-mesej awak,awak tak nak orang lain risau akan awak.sungguh tabah hati awak menghadapi dugaan dari ALLAH..tempoh masa yang doktor berikan hanyalah 11 bulan..sungguh singkat..11 bulan untuk awak lihat dunia ni..tak sanggup lia mendengarnya..namun diri awak tetap tabah..seakan tiada apa yang berlaku.walaupun pada mulanya awak sendiri tak percaya namun apabila awak buat pemeriksaan kali kedua keputusannya tetap sama..awak menghidap leukimia..di tahap kritikal..

di saat awak melawan penyakit awak,ada juga berita gembira dari awak..pointer awak sangat tinggi..3.94..wah,lia kagum dengan awak kerana dikurniakan kepandaian dan kebijaksanaan dan disebabkan itu awak telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti terbaik di dunia..awak bagitau lia yang awak akan berangkat ke sana pada 01.09.2007..pernah juga awak cakap pada lia "sempatkah untuk ke sana?"..tiada jawapan yang dapat lia berikan selain daripada insyaALLAH..

hari-hari yang berlalu terasa begitu cepat..tanggal 27.05.2007 menjadi detik perpisahan kita buat selama-lamanya.malam sebelum awak pengsan awak ada bagi mesej pada lia kan??minta maaf sangat-sangat sebab sampai sekarang lia tak tau apa isi kandungan mesej awak tu.lia pun tak tau kenapa malam tu lia gatal tangan mau tukar handphone dengan abang pada hal lia tau handphone dia rosak..lia tau awak bagi mesej pun dari kakak awak..hmm hanya awak dan ALLAH sahaja yang tau apa isi kandungan mesej tu.petang 27.05.2007 cousin awak cakap yang awak tenat dan hanya tinggal nyawa-nyawa ikan..awak pengsan di rumah cousin awak..dan bila dihantar ke hospital barulah family awak tau yang awak menghidap leukimia..sungguh pandai awak berahsia sampaikan family awak sendiri tak tahu..

dan awak telah diterbangkan ke US sebab segala ubat yang awak makan semuanya dari sana..hanya airmata yang mengalir dan doa mengiringi awak.lia doa banyak-banyak semoga awak kembali sihat.dari cousin awak,lia dpat tau yang family awak marahkan awak sebab rahsiakan penyakit awak ni.pernah juga lia tanya kenapa awak nak merahsiakan penyakit ni..awak hanya bagi jawapan takut family awak tak jadi pindah apabila mereka tau.lia hanya mengiakan jawapan awak itu.

namun,ALLAH lebih menyayangi awak daripada kami semua.awak telah kembali ke rahmatullah setelah beberapa lama bertarung dengan maut.INNALILLAH..tumpah lagi airmata lia..sekarang,segala penderitaan yang awak tanggung semua dah hilang..awak bebas dari segala-galanya.awak pergi dalam usia yang sungguh muda..ketika berusia 21 tahun.dan tidak sampai pun 11 bulan yang doktor berikan tempoh untuk awak hidup..hanya kira-kira 7 bulan sahaja.awak dikebumikan di tanah perkuburan islam boston..jauh untuk lia datang menziarah..lia iringi pemergiaan awak dengan Al-Fatihah.semoga awak ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.tenanglah awak di sana.lia selalu berharap agar dapat jumpa awak walaupun dalam mimpi..tapi ALLAH masih belum mengkabulkan doa lia tapi lia akan terus berdoa..semoga kita akan berjumpa suatu hari nanti..

ok lah awak..sampai sini sahaja yang nak lia luahkan pada awak..sesungguhnya nama awak terletak di satu tempat di dalam hati lia..tiada siapa pun dapat menggantikan awak..lia amat merindui awak..lia tak akan lupakan awak sampai bila-bila..

AL-FATIHAH..
♥♥♥♥♥♥

salam sayang dari,
leeya



Tuesday, November 23, 2010

...rAyA di pEraNtaUan...

salam to all..
apa khabar??hope semuanya sihat-sihat..aku kat sini alhamdulillah sihat..
hmm,tak ada apa-apa story yang menarik..
cumanya alhamdulillah aku dah selamat sampai ke semenanjung kelmarin..
home sweet home..sangat-sangat happy..
kenapa????

sebab,orang yang tersayang jemput aku di airport..hehe..
parents aku tak datang sekali sebab masing-masing letih balik dari Pahang..
tapi tak apa..aku tetap happy..
mujur kereta ibu dah ok so si dia just datnag rumah ambil kereta dan jemput aku di airport..
selain tu yang membuatkan aku terharu ialah bila kawan-kawan baik pun ada sekali bersama..
thanx to kamal,sidek,salwa and kirah..susah-susah datang sebab aku..

ups,berbalik pada tajuk entry,tahun ni tahun pertama aku beraya di perantauan..
even bukan di luar negara tapi jauh jugak la sabah tu kan..ehehe..
sedih tu tak la sedih sangat..kawan-kawan pun ada cuma tak dapat la berkumpul macam selalu..
apa-apa pun tu semua pengalaman untuk aku kan..
raya tu pun aku tak ke mana-mana..
just duduk di rumah sebab busy menelaah..
actually esoknya tu aku ada paper..so,memang tak ke mana la..
kesian..kesian...ehehehe..
 ayanh dengan ibu pun ada call..so tak rasa la yang mereka jauh.. (^_^)

ok la,rasanya ni saja la story untuk hari ni..
i'ALLAH nanti jumpa lagi..
salam.. ^_^

p/s : macam tak yakin dapat skor untuk final exam kali ni..apa-apa pun aku dah berusaha..sekarang aku tawakal..i'ALLAH aku ok..doakan ye kawan-kawan..


Wednesday, October 27, 2010

...sTuDy wEeK & fiNaL eXaM...

salam readers..hope semua sihat..
aku di library ni..sempat lagi curi-curi masa nak update blog..hehehe..
tak ada apa pun nak story kat sini..
just next week dah start study week..
tapi still jugak ada class untuk subjek Pengenalan kepada Psikologi Kanak-Kanak..
madam agak busy dan sebab tu la tak boleh nak habiskan chapter..

aku start exam 9hb November sampai la 20hb November..
tapi ni tak study apa pun lagi..
biasa la,suka study last minit..hehehe..
ni jadual fimnal exam ak.. 

9 November 2010 - Pengenalan Psikologi Perkembangan
12 November 2010 - Pengenalan kepada Psikologi Kanak-Kanak dan Hubungan Etnik
15 November 2010 - Pengantar Psikologi
16 November 2010 - Communicative English Grammar
18 November 2010 - Dialog Antara Agama
20 November 2010 - Bomba dan Penyelamat

ni la tarikh-tarikh penting bagi aku buat masa ni..
hope semua berjalan dengan lancar..
semoga aku dapat menjawab final exam ni dengan lebih baik lagi..
doakan aku ya kawan-kawan..
dan esoknya lepas habis paper,aku akan berangkat balik ke semenanjung..
1st time aku dapat flight malam..
tak sabar mau jumpa family,si dia dan kawan-kawan yang aku rindu..
ok la...rasanya ni saja aku nak cerita..
ni aku ak siap-siap pergi class english..
salam..

p/s : kepada semua yang akan menduduki final exam,wish you good luck and all the best..

Sunday, October 10, 2010

...iRi hAti boLeH bAwA kEjAyAaN...

salam readers..apa khabar??hope semuanya sihat-sihat..macam mana dengan kehidupan??ok??moga semuanya berjalan dengan lancar..hmm,hari ni just nak kongsi pasal tajuk entry kali ni..info ni aku dapat dari satu buku yang ketua rumah aku hadiahkan masa birthday aku yang lepas..tajuk buku ni Berjaya dalam Kerjaya ditulis oleh Theresa Ong..actually bagi aku,tajuk ni sesuai juga untuk kita sebagai pelajar.

ok,mungkin pelik kalau kita cakap yang iri hati ni boleh bawa kejayaan..sebenarnya,sifat ini boleh terbahagi kepada dua bahagian:
  • iri hati yang menimbulkan perasaan kesal,tertekan,kecewa,stress dan sedih
  • iri hati yang membangkitkan semangat untuk bersaing dengan orang yang lebih berjaya
yang pertama tu,haruslah kita jauhi sifatnya..tetapi bagi sifat yang kedua bagi aku ianya patut dikekalkan kerana akan membawa hasil yang positif.sekarang kita lihat,apa yang boleh kita lakukan untuk mengembangkannya..di bawah mungkin dapat membantu anda.
  • fokus - apabila terasa iri hati,kita perlulah foku pada kelebihan orang lain..sentiasalah yakinkan diri kita sendiri yang kita juga mempunyai kelebihan
  • bangkit dari kekecewaan - jangan biarkan rasa iri hati memakan diri kita.bangkitlah dari kekecewaan..akui kehebatan orang lain yang membuatkan anda rasa iri hati - dia memang cekap,patutlah dia boleh berjaya.
  • jadilah seorang pesaing - kita haruslah bijak mengatur strategi.jadilah seorang pesaing yang sihat dan bukan seorang pesaing yang diselubungi hasad dengki.jangan sekali-kali menyemai rasa iri hati di dalam diri.
  • teman yang berjaya - bergaullah dengan teman-teman yang berjaya.kejayaan seseorang sebenarnya banyak dipengaruhi orang sekeliling.jika kita berkawan dengan orang yang dipenuhi ciri-ciri positif,secara tidak langsung kita juga akan bermotivasi untuk mencapai kejayaan
  • ikhtiarkan untuk berjaya - kita perlu mempunyai perancangan yang lengkap.rancanglah sebaik mungkin dan jangan kita berjaya menerusi jalan pintas.kita pasti akan rasa lebih gembira dengan kejayaan yang diperolehi menerusi usaha yang gigih.
hmm rasanya cukuplah setakat ini yang dapat dikongsikan..jumpa lagi..salam..

Saturday, October 9, 2010

...qUoTeS fOr tOdAy...

Tuesday, September 28, 2010

...mAsA iNi...

salam semua..and selamat sejahtera..sihat??lama rasanya tak berblogging ni..hmm,memang busy sikit sekarang ni..lagi-lagi dah nak habis semester ni kan..assignment kena siap dan hantar,presentation kena setelkan,dengan class tutorial lagi..dan macam-macam la..

life aku buat masa ni :
  • study - alhamdulillah ok..even dah lama tinggal zaman sekolah dan diploma,aku masih lagi ok..cumanya agak lambat untuk aku catch up la
    • presentation - dialog antara agama dah setel..yang belum setel ialah hubungan etnik (malam ini),pengantar psikologi,pengenalan psikologi perkembangan dan penegnalan psikologi kanak-kanak
    • assignment - pengantar psikologi,dialog antara agama dah hantar..yang belum hantar ialah hubungan etnik,pengenalan psikologi kanak-kanak (group) dan pengenalan psikologi perkembangan (group)
  • kewangan - buat masa ni masih lagi cukup semuanya
  • kawan-kawan - ok saja..housemates ngn roomate pun ok.tapi aku sangat merindui kawan-kawanku di semenanjung..salwa,aisyah,yaya,dayah..rindu nak gelak-gelak,rindu nak merajuk-rajuk,rindu nak bercerita..aku rindu semuanya..
hmm rasanya sampai sini saja dulu..lain-lain masa nanti update lagi..i'ALLAH..ceria-ceria selalu..salam..

p/s : kepada salwa..aku happy sangat time balik hari tu..dapat luangkan masa dengan kau..tapi aku sedih bila kau,dan budak dua orang lagi tu aku tinggalkan kat airport..i'ALLAH nanti aku balik sana,boleh jumpa..

Friday, September 3, 2010

...cOuNtiNg dAyS...

salam semua..salam satu malaysia..salam ums kampus ceria..apa khabar kalian semua??hopefully semua berada dalam keadaan sihat.aku macam biasa..alhamdulillah sihat jek setakat hari ini..esok lusa tak tau la pulak macam mana kan..

macam mana puasa??ok?aku puasa kat sabah ni memang tak terasa langsung..pejam celik pejam celik,lagi seminggu je lagi kita nak menyambut hari raya..raya tahun ni,tak ada apa sangat aku nak siapkan..baju kurung pun aku still tak ada lagi..rasa macam malas pulak nak beli baju raya..hehehehe..baju-baju kurung dalam almari ni masih elok lagi..tapi tengok la macam mana..kalau ada orang sponsor,boleh la..hahaha..aku bukan mata duitan ya kawan-kawan.. :p

aku akan balik ke negeri sembilan flight hari isnin jam 12.30 tengah hari..tak sabar rasanya nak balik even baru 2 bulan aku tak jumpa family aku..hahaha..
yang membuatkan aku jadi macam ni adalah kerana,housemates aku yang dua orang tu dah balik pagi and tengah hari tadi..masing-masing dah sampai pun kampung halaman mereka..
kawan-kawan aku yang sekelas pun ramai jugak dah balik..ada yang balik esok,lusa dan seterusnya la..
aku pulak,lagi tiga hari nak balik..aiyaaaaaakk,bosan bha duduk di bilk je..
nak keluar jalan-jalan malas..hahaha..
padan la muka aku..duduk la dalam bilik seorang-seorang..haha..


ni pun aku tak tau nak buat apa selain online..
boring juga asyik online je..
ok la,aku rasa macam mau tido tapi tak elok tidur lepas asar..
tak apa la,aku mau beristirehat je la..
menunggu 3 hari macam 3 tahun pula aku rasa..
benarlah kata orang,penantian itu satu penyeksaan..
until then..see u later..daa :)

Monday, July 19, 2010

...tAhUn kE-2...

salam dan hello everybody..
aku doakan semuanya sihat-sihat ok..
alhamdulillah,bersyukur aku atas nikmat ALLAH..
hari ni,masuk tahun kedua aku dengan si dia..
even setelah 10 tahun lebih aku mengenali dia,namun masih banyak lagi yang perlu aku pelajari,yang perlu aku fahami tentang dia. 
hope semuanya dipermudahkan..
insyaALLAH segala apa yang melanda akan diselesaikan dengan baik.
semoga hubungan kami akan terus kekal sampai bila-bila..
dan moga semuanya dirahmati dan diberkati oleh ALLAH..
doakan kami ya..
ok,daa..salam..

gambar dari en.google

Monday, July 12, 2010

...LiFe iN cAmPuS...


hye..salam semua..salam satu malaysia,salam satu ums kampus ceria...ehehehehe..ni la ungkapan yang selalu aku dengar pada masa ni..hmm,dah seminggu aku berada di ums ni dan macam-macam pengalaman aku dapat dari hari pertama aku menjejakkan kaki di sini..

aku berlepas ke sabah pada hari jumaat,2hb julai yang lalu..tanpa ditemani oleh keluarga dan kawan-kawan,aku meneruskan jugak perjalanan aku..masa di airport,boleh lagi riang gumbira..tapi,masa dalam flight,nah ambil kau,aku menitiskan air mata juga..hahaha..sebelum tu punya la happy..bukan aku sedih sangat ke apa,cumanya entah la,aku sendiri tak dapat nak describe macam mana..hmm,dalam flight punya la aku boring..kerja aku termenung and then tidur..perjalanan mengambil masa 2 jam setengah..


alhamdulillah,akhirnye aku selamat tiba di terminal 2 pada jam 1.40 petang..lepas je aku ambil bagasi,aku tunggu dayang..tak lama lepas tu,dayang pun sampai and kami pun pulang ke rumah..actually aku tumpang tidur di rumah dayang untuk sehari..petang tu,aku dibawa oleh keluarga dayang,jalan-jalan di sekitar kawasan sembulan,tanjung aru,kota kinabalu..sebelum balik,singgah di pantai..tapi masa tu hujan lebat,so tak boleh la main-main air..yang tak tahannya,kami asyik makan je..dari aku sampai hinggalah sebelum aku tidur..memang makan je kerjanya..thanx auntie,uncle,dayang n dalila..



esoknya,dayang sekeluarga,menghantar aku ke ums..besar dan banyak sungguh hasa mereka kepada aku..sanggup menolong aku mengangkat barang-barang walaupun pada masa tu,hujan sangat lebat..sememangnya aku berterima kasih tak terhingga di atas segala pertolongan mereka..memang tak dapat aku balas jasa dan budi baik mereka sampai bila-bila..masa minggu suai mesra,aku diletakkan di kolej kediaman E..bilik aku di tingkat 2..even tak tinggi mana tapi sangat kesian melihat uncle dan yang lain-lain mengangkat barang-barang aku..selepas tu,kami minum dan makan di cafe..dah selesai semuanya mereka pun pulang dan aku terus masuk ke bilik..



dalam bilik tu,ada 2 katil double decker..maksudnya satu bilik 4 orang..roomates aku,seorg melayu dari sabah dan seorang cina dari KL..alhamdulillah dapat roomates yang best..hmm yang bestnye,dari kolej kediaman aku ni,boleh nampak gunung kinabalu..sangat cantik even nampak dari jauh je..hari-hari aku seterusnya diisi dengan pelbagai aktiviti yang telah disediakan..






actually banyak lagi gambar tapi tak dapat nak upload..hmm,so sampai disini je la cerita aku buat masa ni..i'ALLAH kite akan jumpa lagi di lain hari..bye,salam..


Friday, July 9, 2010

...uPdAtE...

salam..hye semua..apa khabar??hope semua sihat..aku,alhamdulillah sihat..hmm dh lama tak menulis dalam blog ni..almaklumlah,busy dengan minggu suai mesra..penat rasanya minggu ni..next week dah start class..huhu..sepanjang minggu suai kenal ni,macam-macam aktiviti la ada..tapi bagi aku,yang paling best adalah senamrobik..baru jek semalam kami senamrobik di stadium UMS..memang seronok la..ok la,aku nak rehat sebentar..tadi,aku pergi register subjek di 1 megalab di library..arghh,sungguh lama aku di sana..4 jam..termasuk la dengan beraturnya..ok,nanti ak cerita lagi ya pasal life di kampus ni..daa..salam..

Saturday, June 19, 2010

...sAbAh,wAit fOr mE...


alhamdulillah..
i'ALLAH awal bulan julai fly la ke sabah..
(^_^)

Wednesday, June 9, 2010

...wOrLd cUp 2010...

salam semua..tak ada apa-apa pun nak cerita..
tapi macam nak cerita pasal world cup yang akan berlangsung tak lama lagi..
sebut pasal world cup,mesti semua orang ada team pilihan masing-masing kn??
sama jugak dengan aku..hehehe..

ok,team pilihan aku dari dulu sampai la sekarang ni adalah NETHERLAND..





kalau la team ni tak menang,aku sokong SPAIN..




ini jek la dua team yang aku akan sokong..
hopefully antara dua ni akan menang wolrd cup nanti..

p/s : teringin sangat nak pergi netherland.. :)

Tuesday, June 8, 2010

...aWaRd & tAg dAri fArNa...

salam semua..apa khabar??hope semuanya sihat-sihat sahaja..kalau demam tu,cepat-cepat la ke klinik..sekarang ni,banyak sangat penyakit yang kita tak jangka..hmm hari ni,kerja aku just nak ambil award and jawab tag..ni,member lama aku yang bagi..thanks farna..sorry la lambat..pc ak rosak la..hehehe..ok,mula-mula,kita ambil award dulu..

hmm..ni la award yang aku dapat..thanks sayang.. :)

thanx and link the person that gave you the award
* cik farhana sayang..ni link dia..http://fabulousfarhana.blogspot.com
past the award onto 5 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
*hmm tak tahu mahu bagi siapa..siapa yang masuk blog ni,ambil la k..hieeee

contact said blogs and let them know they've won the award
*ok..

state 5 things about youself
*seorang perempuan..hehehe
*suka termenung apabila diberi kesempatan
*suka makan nasi putih dengan ayam paprik
*suka minum coca-cola even tak baik untuk kesihatan
*suka motor LC 

speech by the winner
* thanx to farna sebab pilih saya sebagai pemenag..nanti-nanti bagi la lagi ye..ehehehe..thanx dear..

....................................................................................................................................................................

ok,yang kedua adalah tag..hmm mahu jawab tag pula..
still dari farna


adakah anda happy sekarang??
-ya,saya sangat happy

kenapa anda happy??
-sebab semua orang ada dengan saya..dan saya rasa masalah saya hampir selesai

apakah benda yang boleh membuatkan anda happy??
hangout dengan kawan-kawan dan pergi ke tempat-tempat yang menenangkan seperti tasik,taman,pantai,air terjun dan sebagainya

pernahkah anda menerima tag??
-pernah

nyatakan warna yang anda suka
-metallic,silver,hijau epal

beritahu 9 orang yang anda mahu tag
-saya rasa macam tak nak tag orang je..hehehe..

tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.tulis panjang berjela pun tak apa
-x boleh cerita sebab saya tak tag siapa-siapa

adakah anda happy dengan apa yang anda ada
-ya,saya happy sangat-sangat..syukur pada ALLAH

ok la..dah siap pun..thanx to farna sebab sudi bagi award and tag pada aku..thanx sayang.. :)

Friday, May 28, 2010

...mEnGaPa...

sekarang ni aku rasa :
keliru
terkilan
sedih
terharu


maaf kepada semua..hanya itu je yang dapat aku lakukan..

mengapakah ini yang terjadi?????




Tuesday, May 25, 2010

...mEeT mY oLd fRieNd...

salam semua..apa khabar??hope semuanya sihat-sihat belaka..aku kat sini alhamdulillah sihat..cuma lately ni,banyak perkara yang jadi..moga aku makin tabah hadapi hidup ini..

untuk entry kali ni,aku nak cerita pasal kawan aku yang satu ni...hmm...

  • dia adalah deorang perempuan..
  • nama dia farhana bt erman..
  • aku panggil dia,farna..
  • kali terakhir kami jumpa ialah masa form 3..so kiranya dah 8 tahun aku tak jumpa dia..
  • sekarang dia makin kurus..dulu,die berisi jugak..dia kata dalam perut dia banyak cacing..hahaha..
  • sekarang dia masih belajar..final year medic di ukm..hmm,bakal doktor..
  • boyfriend dia pun sama jugak,bakal doktor..

hah,cukup kot entry pasal farhana ni..ehehe..ok,aku kenal dia ni masa pergi kem pandu puteri..dari situ la aku kawan dengan dia sampai sekarang..sebab dah lama sangat tak jumpa,so kami pun plan untuk jumpa pada hari ahad lepas..kami berjumpa di mid valley..aduyaiii,makin kecik and slim aku tengok dia..lepas dah jumpa tu,kami pergi minum..borak-borak panjang dengan die..yela kan,dah lama sangat tak jumpa..

lepas minum-minum,kami pergi jalan-jalan..hah,habis kami tawaf mid valley tu..bukan sekali tapi 3 kali..ahahaha..tapi syok la..seronok sangat dapat keluar sama..bf aku pun boleh masuk dengan dia..siap dia cakap yang bf aku tu kelakar..hehehe..lepas dah habis tawaf tu,kami pergi surau untuk solat asar..lepas dah solat,kami tunggu bf si farna ni datang..bila bf dia dah sampai,kami sekali lagi tawaf mid valley tu..yang si farna ni mau belikan kasut untuk bf die..mau pergi jogging katanya..ehehe..bagus-bagus..menjaga kesihatan..and then,kami pergi guardian beli barang2 penjagaan diri (wah,sangat skema ayat saya..hahaha)..hmm,jumpa jugak budak sekolah dulu..malu sangat sebab kantoi dating..ahakkksssssss..lepas dah habis beli barang semua,kami pun membawa haluan masing-masing..farna dengan bf dia balik sebab bf dia ada meeting..yang kami pulak,pergi solat maghrib dulu and then baru balik..




apa-apa pun aku sangat-sangat happy sebab dapat jumpa farna..hilang sikit rindu..ehehehe..ok la,nak cerita tu jer..jumpa lagi k..bye,salam...

p/s : aku pakai baju kurung tu sebab,sebelum jumpa farna aku pergi kenduri..ehehe..

Wednesday, April 28, 2010

...pErAsAaN...

rasa nak jerit....
aaaaaaarrrrrggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, April 26, 2010

...maLaS...

Salam..
hari ni rasa malas nak pergi kerja..
tapi,aku ada jugak kat ofis ni..
rasa malas nak buat kerja..
ok fine..tutup pc..pergi lunch..daa~

Thursday, April 22, 2010

...kEgEmBiRaAn...


salam..
saja je nak upload gambar ni..
nak menunjukkan yang aku dalam kegembiraan..
hehehehe..
even aku tak lompat tinggi macam kak nad tapi still lompat la kan.. ^_^
ok la,tu saja..daa~

Saturday, April 17, 2010

...iNtErVaRsiTy...

Salam semua..apa khabar???hope semua sihat..hmm,lama dah aku tinggalkan blog ni..
actually agak busy la buat masa ni..
petang-petang ade training netball..
lepas tu,training acara 4x100 and lompat jauh..
penat jugak la..
lepas kerja,trianing..lepas training ajar tuisyen pulak..
apa-apa pun,wish me luck k..
kalau menang dalam acara yang aku masuk ni,akan dapat pergi Penang untuk sukan intervarsity..

Thursday, March 18, 2010

...oOh hAnDpHoNe...

salam..
pagi ni handphone tertinggal dalam bas..
masa call handphone tadi,ada orang lelaki jawab..foreigner..
huhuhuhu..
aku mintak dia tolong simpankan handphone aku tu..
hopefully aku dapat la balik..

Monday, March 1, 2010

...15 rAhSia sEnYuM & tAwA...

Salam..hye semua..apa khabar??hope semuanya sihat-sihat selalu..aku kt sini,alhamdulillah siha-sihat saja..macam mana life??hope everything goes fine..ok,hari ni aku nak share sikit info pasal senyum dan tawa..




(PENAWAR PENYAKIT)

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu
saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.


Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah
"Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".




Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Monday, February 15, 2010

...gOnG xi fA cAi...

hye..hye..salam and good morning to all of you (hahaha...macam ramai je yang baca blog aku)..leeya in the house..macam mana keadaan pagi ni?hopefully ok..dah tau ke nak buat sarapan apa pagi ni??hmm,ok..untuk entry kali ni aku nak cerita sikit jek..sebelum terlambat,aku nak wish kepada semua yang berbangsa cina,happy chinese new year..or gong xi fa cai..

semalam,aku ikut ayah aku pergi melaka..ayah nak beraya ke rumah kawan-kawan dia..selain aku,ibu,abang,niesa dengan amsyar pun ikut..adik-adik aku tak semuanya ikut..ok,first kami ke rumah uncle loo yang kat taman apa ntah..aku lupa la..tapi dekat dengan sungai putat..kami makan kuih-kuih dan kacang-kacang yang ada..hmm,ingatkan tak dapat ang pow..rupanya dapat juga..ibu ngn ayah pun dapat..hehehe..ok,gambar bawah ni masa kat rumah uncle loo tapi bukan la gambar dia dengan family dia sambut raya..gambar biasa jek..






lepas dari rumah uncle loo,cadangnya nak ke rumah pak wong kt ujung pasir..tapi dia tak ada kat rumah pulak..kata pembantu rumah dia,dia pergi sembahyang..sebab pak wong tak ada kat rumah,ayah ajak pergi satu lagi rumah kawan dia kat machap umbu kalau xsilap aku..nama uncle ni aku tak tau apa..ehehehehe..aku tau beraya jek..makan-makan kuih sambil ayah borak dengan uncle..sebelum balik,dapat ang pow lagi..hieeeee..ni pulak gambar masa kat rumah uncle ni la..






and after that,kami pun meneruskan perjalanan pulang ke seremban..aduhhh,penatnya aku rasa..macam la aku yang drive kete..lalalalalala..hmm ni je la aku nak kongsi hari ni..nanti-nanti jumpa lagi..ok,adios..salam..

Thursday, February 11, 2010

...hiKmAh bErTaUbAt...

salam to all of you..hope semua berada dalam keadaan sihat walafiat..hari ni nak kongsi sikit pasal hal ni..hmm,apakah taubat? Taubat dari segi bahasa bermakna kembali manakala erti istilah ialah kembali mendekatkan diri pada
Allah setelah tersasar jauh daripada-Nya.

TAUBAT adalah magnet paling kuat dan berkesan untuk berubah. Seorang yang jahat akan berubah menjadi baik setelah bertaubat,
seorang yang bermulut lancang akan menjadi pendiam dan beradab setelah bertaubat dan seorang yang syirik menjadi alim
setelah bertaubat.

Hakikat taubat adalah menyesal terhadap apa yang telah terjadi, meninggalkan perbuatan tersebut serta-merta dan memiliki
keazaman yang kuat untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut pada masa yang akan datang.

Taubat adalah sebuah keinginan untuk kembali kepada Allah. Landasan taubat adalah mencari Allah. Kecenderungan bertaubat
terdetik di hati kerana keinginan yang membuak-buak untuk membuat perubahan dan penyesalan yang tidak terhingga.

Pertama sekali, niat untuk bertaubat harus murni. Kemurnian ini memberi petanda kepada keikhlasan untuk mencari hidayah
dan semoga hidayah tersebut akan dilimpahkan ke atas hati yang sedar dan insaf. Kesucian inilah yang menarik kuat kasih
sayang Allah.

Junjungan besar Rasulullah mengucapkan doa ini, yang dibaca setiap kali berwuduk iaitu: Ya Allah, jadikan hamba termasuk
ke dalam 'At-Tawwabiin' (mereka yang bertaubat), dan jadikan hamba termasuk ke dalam 'al-Muthahhirin'
(mereka yang disucikan). Bahkan Rasulullah pun masih memohon kepada Allah untuk dimasukkan ke dalam golongan orang yang
bertaubat. Bagaimana pula dengan kita?


Keinginan taubat

Keinginan untuk bertaubat adalah pilihan dan panggilan Allah terhadap hamba yang dikasihi-Nya. Sekiranya terdetik dalam
hati dan mulai tumbuh bibit-bibit kegelisahan dalam hidup ataupun rasa kuat keinginan untuk kembali kepada-Nya, itulah
tanda Allah sedang memanggil dan insya-Allah, hidayah sedang menusuk ke dalam hati kita.

Kesempatan ini harus digunakan sepenuhnya dan jangan sesekali diabaikan. Peluang sebegini bukannya mudah untuk
mendapatkannya kerana hasrat untuk kembali kepada fitrah adalah suara hati setiap orang. Memilih untuk tidak mahu
bertaubat dan tidak menghiraukan panggilan-Nya, maka orang itu termasuk orang yang zalim.

Seorang pemuda yang terlalu sedih kerana ditipu rakan wanitanya untuk berkahwin. Kesedihannya sangat panjang.
Tiga tahun beliau menyimpan rasa kecewa. Setiap kali ada kesempatan beliau akan pergi ke tempat-tempat mereka
pernah bersama, mengingati detik-detik indah dan ternyata keadaan itu membuatkannya berasa gembira. Tetapi apakan daya,
wanita yang dicintainya ini seorang yang tidak setia dan tidak boleh dipercayai.

Runtunan hati yang merindui dan mengingati teman wanitanya membuatkan pemuda ini meluahkan isi hatinya kepada
kaunselor yang berpengalaman. Mereka berhubung hanya melalui emel dan jawapan yang diberikan telah mengubah persepsinya
selama ini.

Selepas tiga tahun menderita, akhirnya beliau melihat masih ada sinar dalam hidup yang tidak pernah beliau fikir.
Berikut adalah jawapan yang mengubah paradigma dan membuatkan pemuda ini melihat masa depan yang lebih positif
dalam hidupnya. Jawapan kaunselor kepada pemuda itu, begini:

Perasaan cinta kepada wanita itu adalah satu naluri semula jadi seorang insan. Namun, ia bukanlah harus disusuli
dengan tindakan dan perbuatan yang melanggar hukum Allah kerana jika ini berlaku maka kita juga akan melawan hukum fitrah.

Cinta yang sejati sebenarnya akan lahir bukan sebelum perkahwinan tetapi selepas berkahwin kerana sesungguhnya
Allah yang akan mempertautkan hati dua insan.

Jika Allah yang mempertautkan hati, ia akan berkekalan dan besar ertinya dalam kehidupan harian kita ini.

Persoalan mungkin timbul iaitu apa pula perasaan yang sedang saudara dan mungkin ribuan manusia di muka bumi ini merasainya
- perasaan yang dirasai kepada seorang wanita sebelum perkahwinan.

Jika perasaan itu mendalam sehingga mengajak kepada satu tindakan yang kurang wajar seperti tidak tidur malam asyik
memikirkan si kekasih, rindu dilepaskan dengan berjumpa selalu, yakinlah... dan yakinlah sebenar-benarnya ia bukan
datang dari Allah tetapi dari syaitan yang terkutuk!

Syaitan yang membisikkan ke dalam diri seseorang insan itu agar terus berhubungan dan mempunyai perasaan yang
bukan-bukan atas nama 'cinta' untuk mendekati seseorang.

Syaitan ada pada setiap diri anak Adam. Cuma bergantung kepada kita. Kalau kita kuat, syaitan tidak boleh
buat apa-apa. Tetapi kalau kita lemah, kita mudah akan dipermainkan dan diperkotak-katikkan. Akhirnya,
kita akan mudah menjadi hamba syaitan.

Percayalah, perasaan yang anda miliki ini adalah mainan syaitan dan bukannya 'cinta abadi'
yang dicari oleh setiap insan.

Pokoknya kita kena bertaubat dan kembali kepada Allah dan tahu cara-cara bagaimana mencari isteri
idaman agar dapat mencapai tahap kebahagiaan yang sebenar.

Saturday, January 23, 2010

...mEmaLuKaN...

salam..hye guys..morning to all of you..hmm,time ni je la free untuk jenguk blog..lama dh tak menulis dalam blog ni..kesian my blog ni..tapi nk buat macam mana,tuntutan kerja tu lagi penting..
walaubagaimanapun,aku try la update kalau ada masa terluang..

ok,kali ni aku nak cerita pasal kejadian yang berlaku 2 hari lps..
petang tu dalam pukul gerapa entah,aku pun tak berapa nak ingat,masuk 1 mesej dalam handphone aku..
aku pun baca la mesej tu..rupanya dari tempat tuisyen..
cikgu haslina mesej bagitahu yang aku ada class malam tu..
aku biasanya akan mesej buah hati aku bagitahu yang aku ada tuisyen..
lepas dah habis taip tu,aku tekan la butang send..
and lepas dah tekan tu baru aku perasan yang aku dengan tak sengajanya send pada cikgu haslina..
ya ALLAH,macam mana aku boleh send pada dia..
waa..waa..aku malu sangat-sangat..
dah la guna nama panggilan aku dengan buah hati aku..
aduhaiiii,macam mana la boleh jadi..aku rasa muka aku..
panas..panas sebab malu..
then,aku mesej cikgu haslina dan minta maaf pada dia..

sebelum maghrib,aku sampai di pusat tuisyen..
aku terus jumpa cikgu haslina dan cakap aku mintak maaf pada dia sebab salah send mesej..
hah,jadi bahan sekejap la aku hari tu..
malu bukan kepalang lagi aku..
yang bf aku tu dengan seorg lagi kawan dia,gelakkan aku..
nasib badan la leeya..
hopefully,lepas ni dah takde kejadian ni berlaku lagi..
aku juga yang malu..ehehe
hmm,2 jek la rasanya yang nak dikongsi pg ni..
hope to see you next time..adios..

pengajaran : tengok betul-betul nama reciever before send mesej..

Tuesday, January 5, 2010

...seLaMaT tiNgGaL 2009 n weLcOmE 2010...

salam 2 all of you..pe khbr??hope sume sihat2 jek k..ak alhamdulillah,sihat jek..lme dh xupdate blog ni..cian die ak biarkn..huhu..actually ak ketandusan masa la nk b'blogging wat ms ni..tp xpe la,ni de ms leh la update ckit2..

hmm utk kali ni xde pe yg nk dicerita sgt..even dh t'lmbt,ak nk ucapkn HAPPY NEW YEAR 2010 utk sume..byk kenangan manis,kenangan pahit yg t'jd pd thn lps..dugaan dtg silih b'gnti smpai kdg2 ak rs ak dh t'tanggung utk hadapi sume 2..tp ak tau ak kne kuatkn smngt..alhamdulillah ak dikurniakn kwn2 yg snggup m'bantu ak even hny sekadar m'dgr pe yg diluahkn oleh ak..terima kasih sgt2 kpd mereka especially niesa,pzah,yaya,bday,ecah n lain2 gk..xdpt ak nk tlskn nm sorg2..ckuplah ak dpt katakan yg ak gembira dikurniakan kwn seperti kalian..ak syg kwn2 ak..even,de gk kejadian yg xbesh antara ak ngn kwn ak,namun ak tetap anggap die kwn ak..w'pn dh xsaling m'hubungi tp sekali die m'jd kwn ak,wat selama-lamanye die masih kwn ak..

ak pn xtau nk cite pe sbnrnye juz ak harapkan thn ni akn m'beri sinar bru kpd ak dan family juga kpd kwn2 ak sume..hope ak tabah dlm hadapi dugaan hr2 yg m'datang,i'ALLAH..k la,ni jek nk cite..he3..jmp nnt..c yaa..epi new year to all of you..


..ak adalah ak..sj mau interframe

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com