assalamualaikum dan salam sejahtera dear readers..
huhuhu..hari ini seharian phone rumah dengan internet tak boleh guna..
sebabnya pihak TM buat baik pulih kat taman yang saya duduk ni..
hmm..dah seminggu cuti sem,tapi tak tau mau buat apa..
kepada dia :
saya tahu la saya tak cantik macam awak..
but at least saya bersyukur dengan anugerah dari ALLAH..
awak memang cantik berganda-ganda dari saya..itu saya tahu..
dan semua orang pasti akan mengatakan sedemikian..
namun saya bahagia dengan diri saya sebab ALLAH ciptakan saya dengan sempurna..
tiada cacat cela..cukup dengan mata,hidung,tangan,kaki,muka,telinga dan sebagainya..
jadi,janganlah sekali-kali awak menidakkan kesempurnaan yang ALLAH bagi kepada saya.
saya tahu la saya tak pandai macam awak..
awak belajar kat overseas..saya ni setakat belajar dalam malaysia saja..
tapi awak janganlah nak banding-bandingkan perbezaan tu..
dah rezeki awak belajar kat overseas..
mungkin rezeki saya akan tiba nanti tapi tak tahu la kan..
ini semua ketentuan ALLAH..
saya bersyukur juga saya dapat sambung study walaupun di malaysia..
saya tahu la saya tak kaya macam awak..
apa-apa pun saya bersyukur kepada ALLAH dengan apa yang ALLAH dah kurniakan kepada keluarga saya..untuk saat ini,hanya ini rezeki yang DIA bagi kepada keluarga kami..
awak patut bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang berada,hidup mewah,segala apa yang awak mahukan akan dituruti..
tapi ingatlah,janganlah awak bongkak dengan segala apa yang awak miliki sekarang..
ini semua adalah hasil penat lelah ibubapa awak..
kalau awak betul-betul mau menunjukkan kekayaan yang awak miliki,bekerjalah dan milikilah harta sendiri..
harta tak akan dibawa masuk ke liang lahad nanti..hidup manusia seperti roda..
sekejap di atas dan sekejap di bawah..
jangan taksub dengan kekayaan..sebaiknya bersederhanalah..
ikut resmi padi,semakin berisi semakin menunduk..
ini juga ingatan kepada saya sendiri..
bersyukurlah atas kurniaan ALLAH..
dan di kesempatan ini juga saya nak ucapkan tahniah kepada adik saya..
walaupun dia tak berjaya memasuki mana-mana U,tapi rezeki masih ada..
dia dapat tawaran ke Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang,Perak..
dalam jurusan yang dia minati iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)..
semoga berjaya wahai adikku..
hmm rasanya cukup sampai di sini..
insyaALLAH jumpa lagi pada entry yang akan datang..
sekian,wassalam..