Pages

Friday, July 20, 2012

18th entry 2012 : Job satisfaction and organizational commitment

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.. tiba-tiba terasa rajin pulak nak update..
pada hal bukan selalu update pun..hieeeee
actually bukan apa..teringat masa zaman kerja dulu..sangat seronok sebab melayan pelbagai kerenah anak murid dengan ibubapa..
lepas saya habis diploma,saya kerja sebagai guru tadika di salah sebuah tadika di putrajaya..
kenapa guru tadika???sebabnya masa diploma dulu saya ambil kos Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak..
so saya bersyukur la pekerjaan saya time tu relate dengan kos yang saya ambil masa di kolej dulu..
tapi lepas tu kerja di UIA,tak ada kena mengena langsung dengan apa yang saya ambil masa diploma dulu..
tak apa la kan..janji saya ada pengalaman tak kira la kena-mengena atau tak dengan kanak-kanak..hehehehe..

ni gambar masa kerja kat UIA..di Kuliyyah Architecture and Environmental Design (KAED)
ok..disebabkan saya cerita pasal kerja,ni ada satu soalan..
saya jawab ikut suka saya ja..
so siapa-siapa yang dah bekerja kalau tak agree dengan jawapan saya,boleh la beri pandangan anda.. soalan dalam eng..tapi saya jawab in bm ja..sebab english saya tak best..
ooh,by the way..entry kali ni agak panjang sikit..


QUESTION : Job satisfaction and organizational commitment are closely related to the employer and employee. Discuss to what extent this statement is true. 

Jawapan saya:
Kepuasan kerja membawa maksud keseronokan dalam melakukan sebarang kerja atau emosi yang positif lahir daripada penghargaan yang didapati hasil daripada pekerjaan yang dilakukan atau pengalaman bekerja. Komitmen organisasi pula adalah kesungguhan seorang pekerja dalam melakukan tugasnya demi membantu organisasi itu berada di tahap yang lebih baik. Ini dapat ditunjukkan melalui hasil kerja yang telah dilaksanakan. Terdapat banyak aspek yang terkandung dalam kepuasan bekerja seperti bayaran gaji, keadaan tempat bekerja, rakan sekerja, prospek kerja dan juga aspek dalam terhadap kerja itu sendiri. 

Untuk aspek yang pertama iaitu pembayaran gaji, seorang pekerja itu akan merasa puas terhadap pekerjaannya jika gaji yang dibayar adalah setimpal dengan apa yang dilakukan dan dengan kelayakan yang ada. Sebagai contoh, gaji seorang eksekutif akan lebih tinggi daripada seorang kerani. Ini adalah kerana kelulusan yang diperolehi oleh eksekutif adalah lebih tinggi daripada kerani. Oleh sebab itu, sekiranya gaji yang diberikan oleh majikan adalah sesuai dengan taraf kelayakannya pekerja maka pekerja akan terus memberikan komitmen yang tinggi terhadap organisasi tersebut. Namun sekiranya gaji kerani adalah sama dengan gaji eksekutif ianya akan membawa kepada ketidakpuasan hati di kalangan pekerja terutamanya eksekutif itu sendiri. 

Selain daripada itu, kepuasan bekerja juga termasuklah jawatan atau kedudukan seorang pekerja di dalam organisasi tersebut. Apabila seseorang itu diberikan jawatan yang sesuai dengan kelulusan yang dia ada, maka komitmen pekerja itu terhadap kerjanya akan menjadi lebih tinggi. Seorang yang berpendidikan tinggi akan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh ketua mereka. Ini akan menunjukkan bahawa apabila seorang pekerja itu berpuas hati dengan jawatan dan kedudukannya dalam organisasi itu ianya akan membuatkan pekerja itu member komitmen yang tinggi terhadap kerja yang diberikan. Namun, jika seorang pekerja itu mempunya taraf pendidikan yang tinggi seperti ijazah sarjana atau ijazah sarjana muda tetapi bekerja sebagai orang bawahan jadi, kepuasan dirinya terhadap jawatan atau kedudukan itu adalah tidak setinggi pekerja yang berpuas hati dengan jawatan yang diberikan. 

Persekitaran tempat kerja atau kawasan tempat kerja yang selesa perlu diambil kira bagi memastikan kepuasan pekerja. Sebagai contoh, kedudukan setiap pekerja disusun dalam keadaan teratur dan kemas. Ini akan membuatkan setiap pekerja merasa selesa untuk terus bekerja di organisasi itu. Keadaan persekitaran yang bersih dan teratur juga membuatkan pekerja lebih bermotivasi dalam melakukan kerja yang diberikan. Jika pekerja bermotivasi tinggi ini bermakna pekerja akan memberikan komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan yang dilakukan. Komitmen yang tinggi akan diberikan oleh pekerja di dalam organisasi itu yang merasakan dia berada dalam keadaan yang tidak tertekan untuk melakukan kerja. 

Rakan sekerja memainkan peranan yang penting dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Jika rakan sekerja tidak menghormati pekerja yang lain,keadaan di organisasi itu akan berada di dalam keadaan yang tidak tenteram. Selain daripada itu, jika rakan sekerja hanya mementingkan diri mereka sendiri akan membawa kepada pengaruh yang tidak baik kepada organisasi itu. Di sebaliknya, jika rakan sekerja adalah seorang yang menghormati orang lain, ringan tulang, peramah dan bercakap secara sopan santun akan membuatkan rakan-rakan di sekeliling merasa selesa dengan keadaan di organisasi. Dan jika keadaan ini terus dipraktikkan ini membolehkan pekerja member komitmen yang tinggi kepada syarikat di samping menerima kepuasan kerja. 

Selain daripada persekitaran, prospek kerja juga memberikan pengaruh dalam kepuasan bekerja bagi seseorang pekerja itu. Prospek kerja membawa maksud tugas-tugas satu-satu pekerjaan ini. Tugas-tugas pekerjaan ini akan dinyatakan di dalam ‘job description’. Jika pekerja itu diminta melakukan kerja yang tidak terdapat di dalam ‘job description’ maka pekerja itu berhak untuk menolak permintaan daripada pekerja itu. Ini kerana, skop kerja yang diminta itu tidak berkaitan dengan tugas sebenar pekerja itu. Apabila pekerja berpuas hati dengan prospek kerjanya, maka pekerja itu akan memberikan komitmen yang tinggi terhadap organisasi di mana dia bekerja. Seseorang pekerja yang memberi komitmen yang tinggi kepada organisasi akan merasa gembira dan selesa untuk terus bekerja di organisasi tersebut. 

Aspek dalaman satu-satu pekerjaan itu juga akan membawa pengaruh kepada kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi. Aspek dalaman bermaksud apakah kerja itu sebenarnya. Seperti contoh, seorang guru. Apakah tugas-tugas seorang guru itu. Adakah hanya mendidik pelajar, membantu pelajar atau juga mempunyai tugas-tugas yang lain. Jika kerja itu sendiri memberi kepuasan bekerja maka secara tidak langsung komitmen tehadap tugas juga akan tinggi. Guru akan menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi begitu juga dengan pekerjaan yang lain. Tugas yang diamanahkan perlulah dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab agar kepuasaan bekerja dan komitmen kepada organisasi itu akan lebih memberi dorongan kepada pekerja.

so,macam mana??ada lagi jawapan yang tertinggal? ok ke jawapan yang saya bagi atau ada yang salah..
kalau salah sila bagi tunjuk ajar ya..
oklah sampai di sini sahaja entry untuk kali ni..
insyaALLAH kita jumpa lagi di next entry..
sekian,wassalam..

p/s : kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia,saya ucapkan salam ramadhan al-mubarak dan selamat berpuasa.semoga ramadhan kali ini memberi 1001 keberkatan kepada kita,insyaALLAH..

Wednesday, July 4, 2012

17th entry 2012 : Bersikap penyabar dan tenang

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
entry pertama untuk bulan Julai ini..
sedikit perkongsian dengan harapan ianya dapat memberi kebaikan kepada kita.

Rasulullah pernah berkata kepada al-Mundzir,kepala kabilah Abdul Qais,
"sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang dicintai ALLAH,iaitu sifat penyabar dan tidak suka tergesa-gesa."
lalu dia bertanya,"wahai Rasulullah,apakah aku berusaha berperilaku seperti itu atau ALLAH menjadikanku berwatak dengan keduanya?"
Nabi SAW menjawab,"ALLAH lah yang menjadikanmu berwatak dengan keduanya."
al-Mundzir pun berucap,"segala puji bagi ALLAH yang telah menjadikanku berwatak dengan dua tabiat yang dicintai ALLAH dan rasul-Nya."
-HR Abu Dawud-

sifat sabar ini bukan sahaja dianjurkan oleh Rasulullah tetapi juga oleh nabi-nabi yang terdahulu.
mengapa sifat sabar ini diperlukan oleh setiap manusia itu?ini adalah kerana menurut Ahmad ar-Rasyid dalam bukunya al-'Awa'iq,
sabar adalah benteng yang akan melindunginya dari fitnah,sifat pemarah dan ego sehingga ianya mampuberlaku adil dalam membuat sebarang keputusan.
jika sesuatu keputusan itu dibuat ketika kita sedang marah,sudah pasti ianya akan membawa kesan yang buruk pada masa yang akan datang.
selain daripada itu,apabila kita mempunyai perasaan marah,ini boleh mengakibatkan pertelingkahan dan ketidakpuasan hati.
oleh itu,sifat sabar adalah satu sifat yang perlu ada dalam diri setiap manusia.
apabila kita marah,sabar dan tenangkan hati.
insyaALLAH segalanya akan baik.jangan terlalu mengikut perasaan.
orang yang sabar adalah orang-orang yang berjaya kerana dia telah berjaya untuk mengawal nafsu amarahnya atau mengawal dari melakukan perkara-perkara negatif.
sifat sabar ini membawa seribu satu kebaikan kepada kita.

sifat tenang juga berkait rapat dengan sifat sabar.
sebagai contoh,jika kita dihina atau dituduh membuat sesuatu yang diluar jangkaan,pasti kita akan merasa marah atau sakit hati.
namun dengan sifat yang tenang dan sabar yang kita tunjukkan,ini dapat membuatkan kita sentiasa tersenyum kerana kita tahu bahawa kita tidak salah.
ini juga sedikit sebanyak boleh menyebabkan orang yang menuduh kita berasa serba salah kerana kita tidak bertindak mengikut hawa nafsu.

sementara itu,sifat gelojoh atau tergesa-gesa akan menjadikan seseorang itu tidak cermat dalam melakukan sesuatu.kita melakukan sesuatu dengan tergesa-gesa apabila tidak mencukupi masa yang cukup atau sesuatu itu dilakukan di saat-saat akhir.
sebagai contoh,menyiapkan assignment pada saat akhir.
saya mengakuinya bahawa saya juga selalu berbuat demikian.menyiapkan assignment sehari sebelum tarikh akhir.keadaan ini mengakibatkan tubuh badan letih dan tidak bermaya.ini menyebabkan saya merasa malas untuk ke kuliah pada esoknya.
selain itu,jika kita melakukan sesuatu perkara itu dengan tergesa-gesa,maka hasilnya mungkin tidak memuaskan atau isi kandungannya tidak lengkap.

oleh itu,marilah kita sama-sama menanam sifat sabar dan tenang serta tidak tergesa-gesa dalam kehidupan seharian kita..
insyaALLAH kita akan mendapat keberkatan dari ALLAH dan semoga hari-hari yang kita lalui akan sentiasa indah.
sekian,wassalam..


indahnya ciptaan ALLAH..saya suka bunga-bungaan..sangat cantik..berwarna-warni..pelbagai jenis..masyaALLAH,kuasa ALLAH yang tiada tandingan..

*sumber diambil dari majalah ujang
 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design