Pages

Saturday, January 15, 2022

3rd entry 2022 : Short Course : Family During Covid-19

 Assalamualikum..how your day so far?alhamdulillah my day so far so good..even setiap hari pun jadi harimau, singa, naga dan so on because of anak-anak yang pelbagai ragam..😁😁..but all is well..

Today nak cerita berkenaan satu short course yang saya join..cerita dia macam ni:

Hari tu my lecturer dr UMS ada bagi 1 link untuk join talk dari Universitas Padjajaran di Indonesia..so, saya pun join la talk tu..then lepas habis talk ada wassap my lecturer tu say thanks apa semua..then dia kata my turn will be this coming saturday..tapi talk tu berbayar..

Rasa macam hmm best juga nak dengar talk dan bila search, dia macam satu short course dari Universitas Padjajaran juga..kira berminat la then nak join all module yang masih ada..dapat join 3 module..alhamdulillah juga kan even tak dapat nak join kesemua 5 module..
Tapi kan sebelum nak join tu kan kena bayar fees..punya la berhari2 nak setelkan bayaran sebab nak kena transfer ke international punya account..allah ja yang tau berapa kali kami frust sebab tak dapat nak bayar..last sekali lepas dapat no akaun yang diyakini boleh transfer, kawan yang lagi sorang Nurul Izzati Ummi Ty pun transfer la duitnya..alhamdulliah finally dapat juga..
Dah setel, dapat la join la all the module, jawab soalan yang dia bagi, bagi feedback and so on..so today dia punya closing ceremony..dah nak habis tu kan, ada la video macam appreciation tu kan..dan yang kelakarnya testimoni yang i submit tu ada dalam video tu..dan yang paling tak sangka, dapat jadi one of the best participant sepanjang short course tu..terkejut tapi alhamdulillah syukur..even macam ala setakat dapat tu ja, orang lain lagi bagus la but untuk pencapaian diri sendiri kira i proud of myself la..thank you Dr. Suwaibah Zakaria sebab dia la saya join this short course & thank yo husband Izat Harith Al Hakiem sebab bayarkan fees untuk join. Dan juga la buat video record tadi..kire ada la juga bendanya kalau nak tengok balik closing ceremony tu..so thats all for today..see you next entry..assalamualaikum..








kat atas ni antara module yang ada sepanjang lebih kurang 2 bulan dari hari pertama diadakan..memang banyak info yang boleh kita dapat dari pelbagai negara contoh malaysia, indonesia, german dan netherlands.



so, ni testimoni saya yang telah dihantar..dan alhamdulillah dapat juga masuk dalam video dari pihak sana..lebih kurang macam appreciation video atau pun senang cerita video rangkuman sepanjang short course tersebut diadakan..



yang ni yang paling terkejut tapi alhamdulillah happy..tetiba jadi antara best participant..








Tuesday, January 11, 2022

2nd entry 2022 : Birthday and Anniversary Celebration

 assalamualaikum and good afternoon..how are you guys? hope you're doing well..

so untuk tajuk hari ni, biasanya bulan januari ni birthday mother in law, birthday husband dan anniversary kami..jadi hari tu dapat la celebrate birthday mil dekat bangi..masa ni kami memang rushing dr tok bali sebab sehari sebelum tu husband ada kerja kat sana..gerak jam 9.30 pagi macam tu..jam 6.30 sampai kat rumah adik ipar kat bangi..untuk husband, sambut birthday dia and anniversary di kemaman ni sahaja..thank you for all your kind wishes..may Allah bless all of us..

complete..one happy family

emak dan anak-anak



emak dengan maksu


emak dengan menantu-menantu perempuannya


biras berasku yang perempuan..tak cukup kuota ni..sorang lagi, suami kakak ipar tak ada sebab kerja malam..maafkan madihaa cecibuk itu yaa..hehe

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


one happy family


amirruddin tu memang semua gambar dia tak pandang telefon..tak tau la apa yang dimalukan sangat kat dia tu..ehehehe


me and my husband..8 year of marriage


chicken carbonara, beef carbonara, chicken grilled & steak


hazelnut latte


dine in sini..espresso room by far haus cafe..gambar ni sebelum umi, madihaa dengan amirruddin jatuh..ni semua salah amirruddin..saja tolak-tolak..last-last memang tertolak betul..sabau ja la..ahahahahahaha..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






disebabkan hari tu tak makan kek, so suami pun bawa la ke Teeya Cafe kat Kemaman tu..merasalah depa kek..kalau tak, itulah dizikirkan anak-anak sampai la dapat makan kek..

oklah, till next entry..wanna sleep..sebab esok anak-anak sekolah..good night and assalamualaikum..



Sunday, January 2, 2022

1st entry 2022 : Ke Kapit Ke Kite


 assalamualaikum readers..

selamat menyambut tahun baru 2022..semoga tahun ini membawa seribu satu kebaikan buat kita smua selepas apa yang dialami oleh Malaysia pada tahun 2021..dengan covid19 melanda, banjir besar dan macam-macam dugaan yang ditempuhi, moga Allah melindungi kita semua in shaa allah..

so cerita pertamatahun baru ni kita mulakan dengan cerita lama yang dah basi orang kata..ahahahaha..so nak cerita memang panjang tapi kita pendekkan saja..nak dijadikan cerita, adik lelaki saya mengenali seorang gadis berasal dari Kapit, Sarawak..dah lama berkawan so kami semua terbang ke kapit untuk nak kenal dan risik2 family belah perempuan..hal ni jadi kalau tak salah tahun 2019..penerbangan awal pagi jam 6.50..semua ahli berkumpul di KLIA..dari terengganu ke klia dengan siangnya tak rehat sebab taska anak2 ada family day di kuantan fuhhhhhh memang penat..memang mikir nak tidur dalam flight ja.

dari KLIA kami turun di airport Sibu sebab untuk ke Kapit kami akan naik bot ekspress selama lebih kurang 3 jam..memang tak pernah lalui pengalaman tu.teruja at the same time takut juga..ahahahaha..punya la kan banyak beg kami bawa dengan anak yang 3 orang tu..memang betul2 kena kuat la..ahahahaha..mujur ada ibu ayah adik beradik sedara mara yang layankan anak2..boleh juga la rehat sekejap sementara sampai ke Kapit..pengalaman yang best..seronok kenal dengan family di Kapit..dan alhamdulillah 10.11.2019 adik saya selamat diijabkabulkan dengan pasangannya..semoga terus bahagia hngga ke syurga Allah..kat bawah antara moment2 yang sempat dirakam..banyak gambar dah takda sebab hardisk rosak so apa ada ja k..ehehehe..ni 1st time madihaa dengan muizzuddin naik flight..abang amirruddin 2 kali dah..abah dengan ummi hmm banyak kali dah.. :)















hari pertama sampai kapit..naik bot tu macam2 perasaan ada..even express boat tapi air kat luar tu tinggi..kadang ada nampak kayu balak terapung..tapi itulah still juga suka tengok rumah2 sekolah2 yang ada sepanjang sungai tu..bestnya tu sungai belakang rumah..bila dah sampai kapit tu, fuhhh lega..syukur sangat2 sebab semuanya mudah..bakal adik ipar punya family pun siap tunggu dah panas2 tu..lepas tu kami check in hotel dan ada juga yang duduk di rumah bakal adik ipar tu..bahagi2 la kan sebab kami ramai..ada kot lebih 20 orang trip ke kapit tu..semua pun nak ikut..ibu ayah layankan saja..
















second day di kapit..keluar jalan2 tengok pekan..penat juga la pusing situ dengan dukung anak..time second day ni muiz tak sihat, demam..anak2 yang lain awal pagi lagi atuk dah amik dah bawak ja[an tengok rumah panjang dan suasana kampung..ummi abah bawak muiz jalan dekat2 ja sebab takut muiz tak selesa..dan la juga rasa makanan sarawak..malam tu baru keluar dengan atuk dengan sedara mara yang lain..rezeki orang belanja makan luar..hari 1st makan malam di rumah bakal isteri adik ty..masya Alllah makanan dia..sedap2..ada yang ayam dalam buluh tu juga seingat saya la..sempat buat bbq juga tu..hihihi..punya la menyambut kami..seronok dengar dieorang borak..ada yang faham, ada yang tak faham..hieeeeee





untuk last day, pagi tu makan luar juga la kan..takda la masak..kena awal sebab flight kami petang..nak ke sibu pun dah makan masa 3 jam lebih kurang..nak naik van ke airport lagi..dengan jem kat bandar so memang rushing juga la..dalam bot tu sejuk yang amat k..memang kena pakai jaket atau baju sejuk..dalam bot tu ada toilet tapi toilet dia..ehehehehehe..tengok dalam nampak air sungai..kena bawak air sendiri..gerun rasa nak guna tapi terpaksa juga guna..
















so, sampai sini dulu entry untuk kali ni..jumpa lagi bila tangan ni rajin nak menulis..BYE KAPIT..SAMPAI JUMPA LAGI IN SHAA ALLAH..

 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design