Pages

Tuesday, September 21, 2021

3rd entry 2021 : Tanjung Simpang Mengayau, Kudat


 assalamualaikum readers..

hope semua doing well..ahamdulillah kami kat sini so far so good..dalam era pandemik ni memang kena sentiasa berjaga2..mask on..selalu cuci tangan atau guna hand sanitizer..jaga kebersihan..jaga jarak fizikal dan sebagainya sepertinya yang telah KKM sarankan.

So for today, rasa macam nak cerita pasal satu tempat kat sabah ni.nama tempat tu Tanjung Simpang Mengayau yang terletak di Kudat..perjalanan dari KK mengambil masa dalam 3 ke 4 jam untuk sampai dan bergantung kepada cara pemanduan.1st time saya sampai sana masa 1st year dulu..ketua rumah yang ajak. memang unplanned la..tau2 ja dah kena ajak..saya pun masa tu takda buat apa so join ja la..kami berempat masa tu.ketua rumah tu dengan dua orang cousin dia dan saya.serba sedikit berkenaan Tanjung Simpang Mengayau ni..ni saya dapat dari google.

Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou,adalah bahagian paling utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, negeri SabahMalaysia. Ia merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.Nama asal Tanjung Sampang Mangazou berasal dari bahasa kaum Rungus, sebuah kumpulan etnik yang tinggal terutamanya di daerah Kudat. Tanjung (tanjung), Sampang (kesatuan) dan Mangazou (pertempuran) perkataan merujuk kepada lokasi ini pertempuran berlaku apabila Rungus etnik mempertahankan wilayah mereka terhadap serangan dari lanun. Menurut legenda, tempat ini adalah dijadikan kawasan pendaratan bagi lanun.


pesisir pantai simpang mengayau
 

 

 

 

 

 

 

 

ok, ni adalah tempat wajib bergambar kalau datang sini k.ni la orang-orangnya yang takda kerja masa hari Malaysia datang ke sini..dari kiri, nik..tuan tanah..bibi..cousin bibi lagi sorang..serius lupa nama dia..adehhh sori..
untuk trip 1st ni, banyak ni ja la eh gambar..sebab nak upload yang second trip pulak lepas ni..second trip ni kiteorang gerak hari sabtu lepas habis jawab midterm.dah sewa kereta then terus gerak..kali ni kiteorang gerak tiga kereta sekali..aku la drivernya untuk satu kereta tu..ahahaha..cuak tak cuak la nak bawak kereta manual..adoiii langgar ja la..but then alhamdulillah ok ja bawak..takda masalah apa pun..

kite kan dah la bawak manual..lepas tu jalan banyak tengah baiki..banyak kali gak terberhenti dek jem eh..penat kaki tak payah cakap la.tu belum lagi daki bukit dengan viva manual..semput wooo..ahahahaha..sempat la ajar dak natrah bawak manual..tiap kali kena tuja gear, saya la tu..haa masuk gear 2..ok boleh dah masuk gear 3 dan yang lain=lain tu la kan..dengan balik lewatnya dari kudat..sampai hostel dah lebih jam 11..mujur pak guard baik..terima kasih pak guard bagi juga kami masuk..

masa balik tu, laluan di kota belud tu allahu berkabus betul..padahal baru jam 8..memang kena bawak slow la..bahaya kalau bawak laju lagi-lagi yang tak tahu jalan.apa=apa pun alhamdulillah selamat sampai hostel..malas dah nak tulis panjag=panjang, so tengok gambar saja la ye..ehehehe


  

 

 

 

 

 

 

 


oklah..saya stop kat sini dulu..kalau sapa=sapa pergi sabah, jagan lupa letak tempat ni dalam list ye..till then, assalamualaikum..jumpa next entry..






Monday, September 6, 2021

2nd entry 2021 : Matchmaker Episod 2

 assalamualaikum..berjumpa kite lagi..ahahaha..

masa tengah rajin nak menaip ni boleh la..kalau dah kang busy layan anak-anak memang takda masa la nak tengok blog pun..

so, before ni saya dah pernah buat entry pasal matchmaker ni..alhamdulillah, kahwin dah 1st pasangan yang kami cuba kenen-kenenkan tu dulu..dieorang kawin lama dah..tahun 2013..rezeki la dapat datang time nikah dan resepsi even time tu tengah study kat sabah nun.salwa tu kawan masa kat kolej dulu and then terus jadi bff sampai sekarang..yang kamal pulak kawan husband masa kat unikl.

8 tahun kahwin dan dah ada 6 orang anak..fuhhhh memang berdosup poei eh bak kata orang nismilan..hehehe..alhamdulillah rezeki anak-anak yang ramai..meriah rumah..


kamal + salwa
credit photo untuk photographer Peektures by Ib Ghani

lepas dari tu, memang takda dah nak kenen-kenenkan orang..sampai la tahun 2017, kiterorang suami isteri cuba lagi kenen-kenenkan satu pasangan ni..and yes alhamdulillah berjaya juga..hihi..yang perempuan, classmate masa kat ums..then jadi la bff gitu..tapi sebab beza umur kami 3 tahun, i ni jadi la akak tersayang dia..eh..eh..ahahahah..yang lelaki pulak officemate husband..

so, tanggal 01.12.2017 termeterai la iakatan suami dan isteri.pun alhamdulillah dan la datang masa nikah kat kedah dan resepsi kat kl..ibu ayah pun dapat datang juga...now dah ada sorang anak lelaki dan more to come.ehehe..natrah ni entah macam mana tetibe ja jadi anak bongsu ibu ayah..lepas dari tu, memang takda bertambah dah anak ibu ayah..hahaha


hasnol + natrah

credit gambar dari photographer

Didoakan kedua-dua pasangan dikurniakan keluarga yang sakinah warrahmah dan mawaddah..bahagia dunia akhirat dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..

orait..stop kat sini sebab ada kerja nak buat..see ya next entry..assalamualaikum..


Thursday, September 2, 2021

1st entry 2021 : Bunga Matahari


assalamualaikum..
fuhhh bersawang betul blog ni..ahahahaha..
lama dah tak menulis..zaman la ni kurang dah orang tulis blog kan..
they more into ig, tiktok, fb & so on..
tapi benda ni sebenarnya kepuasan.kadang dengan menulis, boleh hilang stress..
so, boleh la kot nak merapu kat blog ni..hihi

Saya pun tak ingat since when saya suka untuk tanam2 ni..
aku tanam just untuk suka-suka..
tapi masih lagi berimpian untuk menjadi petani yang berjaya nanti..
duu masa duduk klang, duduk rumah jenis apartment..
 menanam juga tapi terhad la..setakat 2,3 pokok ja saya tanam..
like tomato..ni memang ada hasil la..
lepas tu kurma..campak2 ja atas tanah tu..dan ada lagi la pokok lain..tak ingat dah apa..

jadi, bila ikut suami pindah ke terengganu tak ada dah la duduk rumah apartment.
duduk menyewa rumah bawah pulak..
rumah ni memang banyak tanah..keliling ok..cuma tanah tak berapa cantik la sebab banyak nau batu.
tiap kali cangkul tu, batu ja la jumpa..

Saya jenis suka follow group kebun2 kat fb tau..macam2 group saya join..
antaranya jom tanam sendiri, bunga matahari, kebun itu kebun ini..
Rasa macam puas dapat tengok macam2 hasil dalam group tu..
jadi nak kata rezeki, amasa scroll tu ada pemilik fb yang nak bagi benih bunga matahari free..
Saya pun cuba la nasib..alhamdulillah rezeki.dapat la benih berknaan tak lama lepas tu..
semangat ni nak tanam sebab saya tak pernah tanam bunga matahari..
kat bawah ni antara hasil benih bunga matahari tu..



yang ni batch yang ke 4..sekarang ni dah makin meninggi dan tak lama lagi keluar la bunga..

 


yang ni pulak batch yang ke 3..cuba tanam kat tepi pagar belah bilik pulak..alhamdulillah menjadi juga even tanah tak berapa cantik



batch yang ke 3 sama macam gambar kat atas 



hasilnya..macam2 saiz ada..ada besar, ada kecil



ni masa yang batch ke 2..husband dengan adik ipar tolong..time ni nak ubah anak pokok ke tanah


 dan juga la buat background ambil gambar barang yang kawan hantar..terima kasih kawan yang baik hati, irma restu



         yang ni hasil batch kedua..yang paling banyak pokok dan bunga..meriah dah macam kebun                                                                               kununnya..ahahaha



hasil batch ketiga



juga hasil dari batch ketiga



haa yang ni batch pertama..percubaan sulung orang kata..even tak banyak tapi tu pun dah macam apa aku rasa..victoryyyyyyyy..ahahahaha

hmm, rasanya sampai sini ja la dulu aku membebel..doakan bunga matahari batch yang keempat ni menjadi dengan jayanya..tapi kan hmm sebenarnya saya tak ingat batch ke berapa aku tanam..ni saya rasa2 ja baru batch ke 4..tapi macam dah banyak ja..tak pa la..abaikan saja..apa2 pun doakan semua pokok saya survive k..orait,daa..assalamualaikum

 

 

 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design