Pages

Thursday, November 28, 2013

5th entry 2013 : Alhamdulillah rezeki kami - Delegasi ke Korea " One Step Closer"

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
fuhhh..terabai betul blog ni sejak dua menjak ni..
bukan tak nak aktif tapi masa diperlukan untuk benda yang lain..
hari ini berkesempatan untuk menulis..

alhamdulillah,impian kami ke Korea akhirnya menjadi kenyataan pada 23hb hingga 28hb September 2013.
perancangan yang telah dilaksanakan dari tahun 2012,dengan pelbagai dugaan dan cabaran menjadi semangat untuk kami menempuh segalanya.
program Delegasi ke Korea ini adalah program yang julung2 kalinya berjaya dilaksanakan oleh kelab.
program ini adalah di bawah Kelab Kanak-kanak dan Keluarga, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial.

saya telah dilantik sebagai pengarah untuk program ini.timbalan pengarah,setiausaha dan bendahari telah saya lantik awal-awal.jadi hanya tinggal ajk sahaja untuk dipilih.
sebelum memilih ajk, temuduga dijalankan yang dikendalikan oleh ahli jawatankuasa tertinggi serta pensyarah program dan selepas temuduga ajk seramai 5 orang telah dipilih.
terdapat dua orang lagi yang dipilih oleh pensyarah program dan dipersetujui oleh ahli jawatankuasa tertinggi yang ditawarkan untuk mengikuti delegasi ini disebabkan pencapaian dalam kelab.
dan saya sebagai pengarah program merasa bangga dengan pencapaian kami.
terima kasih atas segalanya dan tahniah kepada semua delegasi,pensyarah pengiring serta tour guide kami Dr. Azizi Abdul Adis yang banyak membantu kami semasa kami di Korea.
ooh ya..ada seorang penjaga kepada seorang peserta yang turut ikut serta dalam program ini.
cuaca agak sejuk di mana musim di ketika itu adalah permulaan musim luruh. 
dan ini ada sedikit perkongsian daripada saya sepanjang kami berprogram.


HARI PERTAMA & KEDUA - 23hb & 24hb Sept 2013

kami berkumpul di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 6.55 petang dan tiba di LCCT pada jam 9.25 malam.
transit selama 3 jam di sana dan kemudiannya bertolak ke Incheon International Airport pada jam 1.00 pagi.
setelah hampir 7 jam berada dalam penerbangan akhirnya kami selamat tiba pada jam 8.20 pagi..
perbezaan masa antara Malaysia dan Korea adalah 1 jam di mana Korea awal daripada negara ini..
perasaan yang sukar digambarkan oleh saya dan semua peserta.
hanya ALLAH yang mengetahuinya.
 kami dijemput oleh pensyarah UMS yang melanjutkan pelajaran di peringkat PHD,Encik Azizi.
lapangan terbang itu sangat besar dan kami terpaksa menaiki train untuk ke imigresen.
setelah selesai urusan di lapangan terbang,kami meneruskan perjalanan kami ke Namsan di mana disitulah kami akan menginap sehingga hari terakhir kami di sana.
pada hari pertama kami melawat ke Gyeongbokgung Palace,Korean Folk Museum,Chunggyechun Stream,Cheongye Plaza,King Sejong Centre,Dongdaemon History & Culture Park serta makan malam di kawasan penginapan kami.
pada malamnya pula kami ke Namsan Tower untuk melihat keindahan kawasan di sekitarnya.


ini adalah antara duit kertas korea yang saya tukar.untuk memudahkan para pembaca sedikit info dari saya mengenai mata wang korea.kadar tukaran mata wang adalah 1000 won korea = rm3 (lebih kurang).

pemandangan dari dalam flight ketika waktu pagi.matahari menunjukkan sinarnya..subhanallah..semasa ni kalau tak silap saya dalam jam 5 lebih macam tu..

ketika tiba di Incheon International Airport.perasaan yang sangat teruja bagi kami yang pertama kalinya sampai di Korea.selalunya hanya lihat di televisyen namun akhirnya kami dapat juga menjejakkan kaki di sini..Maha Suci Allah..

 tempat penginapan kami di Namsan Guest House.tempat yang sangat best dan selesa untuk diri,keluarga serta rakan-rakan.layanan mereka juga bagus.di sini kami boleh makan bila-bila masa (banyak makanan dan minuman 3 in 1 disediakan),nak guna internet bila-bila masa,nak iron baju bila-bila masa.cuma lepas jam 11 kami tak dibenarkan bising sebab dah malam dan orang nak tidur..


keadaan di dalam train semasa ingin ke Gyeongbokgung Palace.seperti mana yang kita tahu,Korea sangat maju dari segi talian internet mereka.semasa kami berada di dalam train kebanyakkan mereka sibuk dengan gadget mereka.tak lepas setiap saat mata mereka melihat gadget mereka.tidak tahu apa la yang dilihat oleh mereka.

delegasi di Gyeongbokgung Palace.tempat pertama yang menjadi destinasi persinggahan kami dalam mencari ilmu-ilmu ALLAH
kami di King Sejong Centre.punya la besar patung yang tengah duduk tu..keadaan selepas hujan turun.langit masih lagi mendung.

 kanak-kanak di Namsan Tower yang mana di sekitarnya terdapat beribu-ribu padlock.padlock ini adalah simbolik kepada pasangan kekasih mahupun pasangan suami isteri yang mana mereka akan sama2 melekatkan padlock ini antara satu sama lain dan menguncinya.ini adalah tanda bagaimana kuatnya padlock itu dikunci maka sama dengan betapa kuatnya cinta mereka.

hidangan makan malam kami.antaranya yang saya tahu adalah kimchi.yang lain saya tak ingat apa namanya..hehehe..alhamdulillah..semuanya sedap...


HARI KETIGA - 25hb Sept 2013

Untuk hari ketiga, selepas bersarapan kami terus bergerak untuk ke Nami Island.
kami menaiki train untuk ke sana dan perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam lebih.
sepanjang perjalanan kami dapat melihat pelbagai jenis ragam manusia dan keindahan alam ciptaan ALLAH s.w.t..
subhanallah..semuanya tidak mengecewakan kami.
rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk mengembara ke negara luar.
kami berada di sana sehingga petang dan kemudian kami ke Hoehyeoun untuk makan malam dan seterusnya ke Nandaemun Market untuk mencari barang-barang yang boleh dijadikan cenderahati untuk dibawa pulang.

 antara pokok yang daunnya sudah mula kekuningan

ramai pengunjung ketika kami ke sini..tengok nenek tu,dalam berkerusi roda pun sanggup datang ke Nami Island ni.mungkin ni kali pertama dia datang ke sini..apa-apa pun pemandangan kat sini semua cantik-cantik belaka.subhanallah..

di sekitar Nami Island yang mana suatu masa dahulu penggambaran Winter Sonata dijalankan di sini

ok..kat belakang tu semua gambar semasa penggambaran Winter Sonata dulu..mereka sediakan satu sudut di nami island ni untuk dijadikan kenangan yang mana tempat ini pernah digunakan untuk menjalankan penggambaran cerita yang saya rasa semua orang tahu..lagi-lagi pada sesiapa yang minat cerita korea..hehe

di Nami Island ini juga terdapat sebuat surau yang disediakan bagi kemudahan pelancong yang beragama Islam.walaupun terletak dihujung namun kami sampai juga ke sini.surau ni terletak di tingkat satu di sebuah perpustakaan di sini..

di atas feri untuk kembali semula setelah menikmati keindahan di Nami Island.ok, nak ke Nami Island ni entrance fee adalah 8000 won.lebih kurang rm24 la.termasuk sekali dengan pengankutan yang satu-satunya ada di sini iaitu feri..ada juga yang naik flying fox tapi mahal la bagi kami..so naik feri ramai-ramai lagi best

pelbagai jenis barang yang boleh dicari di market ini..antaranya adalah kasut..memang puas la tengok koleksi kasut..kedai ni adalah salah satu daripada kedai kasut yang ada..

di kedai ini pula dijual pelbagai cenderahati untuk pelancong macam kami ni..sempat la juga saya beli sedikit barang yang kebanyakkannya dikirim oleh rakan-rakan..boleh tahan murah juga.tapi nak lagi murah ada kat tempat lain..

ini antara t-shirt korea yang dijual..kebanyakkan kedai menjual hampir serupa sahaja corak dan tulisan di baju..biasanya 10,000 won boleh dapat 3 helai baju..

selepas aktiviti membeli belah..bertemu dengan pelancong dari Jepun yang sangat ramah dan meminta kami bergambar bersama.kata kawan kepada kawan saya pemuda jepun yang berbaju hijau tu muka dia lebih kurang dengan dekan kami.adik dekan katanya.hehe..pandai-pandai ja budak ni..


HARI KEEMPAT - 26hb Sept 2013

Hari keempat kami adalah meneruskan misi delegasi yang sebenar iaitu melawat dan melihat sistem pendidikan bagi kanak-kanak.
kami berangkat ke ECLC International Kindergarten dengan semangat yang berkobar-kobar.
sampai sahaja di sana,kami disambut mesra oleh guru besar sekolah tersebut yang mana beliau berasal dari Amerika Syarikat namun fasih untuk berbicara dalam bahasa malaysia dan bahasa indonesia.
sepanjang kami berada di sana kami diberikan layanan yang cukup baik.
seterusnya kami ke Iteawon Mosque untuk melihat masjid yang satu-satunya terdapat di sana dan sempat untuk kami solat jama' di sana.
kemudian,kami meneruskan agenda kami untuk ke Seoul National University yang mana ia merupakan universiti yang menduduki tempat pertama di Korea.
mereka yang memasuki universiti ini perlu menjalani peperiksaan kemasukan sebelum diterima oleh pihak universiti.kami sempat ke muzium universiti ini dan kemudian ke kedai cenderahati universiti tersebut.
encik azizi turut membawa dua rakan baiknya yang merupakan orang Korea.cukup bangga kami terhadap encik azizi yang telah fasih dalam berbahasa korea dan mampu untuk berkomunikasi dengan orang-orang Korea.
setelah melawat universiti,perjalanan kami seterusnya adalah ke Yeouido di mana terdapat satu sungai yang dinamakan Han River.
kami dibawa menaiki cruise dan menikmati keindahan malam menerusi sungai tersebut.
menurut cerita dari encik azizi ada satu tempat yang biasa digunakan oleh orang korea untuk membunuh diri.jadi,kerajaan korea telah mencari inisiatif untuk mengurangkan kes bunuh diri kerana korea adalah negara kes bunuh diri penduduknya paling tinggi di dunia.
maka pondok telefon telah dibina di tempat tersebut dengan harapan orang yang nak bunuh diri tu menelefon kepada mereka dan mereka tidak jadi bunuh diri..
masa kami sedang duk menikmati pemandangan kami nampak ada pondok telefon di salah satu jambatan yang kami lalui.mungkin itu adalah tempat popular untuk bunuh diri di sana..
makan malam kami adalah di Myeong Dong dan seperti biasa kami disajikan dengan makanan halal korea termasuk ikan bakar dan asam pedas ikan.

 bergambar kenangan bersama dengan guru besar ECLC Kindergarten yang sangat peramah

khusyuk mendengar setiap penerangan yang diberikan.ketika ini kami berada di dalam perpustakaan yang terdapat di tadika ini.

 di hadapan bangunan kedutaan besar malaysia di Korea

Itaewon Mosque.masjid yang menjadi kebanggaan penduduk yang beragama Islam 

 keadaan di dalam masjid yang kemas,bersih dan teratur

setelah menunaikan kewajipan kepada ALLAH s.w.t

di pintu masuk Seoul National University.bersama dengan dua orang  korea yang merupakan kawan baik kepada encik azizi iaitu tour guide kami yang sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat Phd dan merupakan pensyarah di Sekolah Perniagaan Ekonomi, UMS


antara pokok di Seoul National University yang sedang menunjukkan kepada kami bahawa awal musim luruh telah bermula.subhanallah dengan kuasa Allah kami dapat melihat suasana sebegini.

bergambar sebelum menaiki cruise.alhamdulillah semuanya nampak masih ceria walaupun sebenarnya masing-masing telah penat kerana berjalan jauh.rasanya hari ketiga inilah hari yang paling jauh kami berjalan kaki.

e-land cruise.inilah kapal cruise tu..

pemandangan dari atas cruise.ada persembahan air terjun masa ni.masa kapal ni lalu bawah jambatan tu kami semua basah terkena air..cuaca sejuk malam tu..nah apa lagi..memang kami menggigil la..dengan basah baju lagi..tapi apa2 pun kami seronok..pengalaman tu..hehehe


HARI KELIMA - 27hb Sept 2013

setelah bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Kids of Nations International Kindergarten yang mana guru besarnya berasal dari Kanada.
di sana kami melihat cara kanak-kanak diajar dan didedahkan dengan pembelajaran yang diajarkan di tadika tersebut.
kemudian,kami sekali lagi ke Gyeongbokgung Palace dan National Palace Museum of Korea dan seterusnya makan malam di sekitar Namsan.
seterusnya setelah selesai makan kami ke Nandaemun Market untuk membeli barang-barang yang masih belum dapat dicari dan selepas itu kami diberi masa untuk melakukan aktiviti bebas.

 di hadapan bangunan KONIS

di hadapan Gyeongbokgung Palace.masa kami tengah bergambar kan,ramai pulak pelancong dari China yang nak bergambar dengan kami..naik letih la kami senyum..lama pulak tu..haha..tak tau apa sebabnya..encik azizi kata mungkin sebab kami ni dari Malaysia dan Shila Hamzah dari Malaysia.so sebab tu dieorang nak bergambar dengan rakyat Malaysia macam kami ni..dieorang ingat kami ni sepupu-sepapat Shiela Hamzah kali..lucu la pulak rasanya..



HARI KEENAM - 28hb Sept 2013

Seawal jam 5.00 pagi kami bertolak ke Incheon International Airport dan bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 9.35 pagi waktu Korea dan tiba di Kota Kinabalu pada jam 9.35 malam.

 kenangan di pintu 107 incheon International Airport sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu







 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design