Monday, August 22, 2011

37th entry 2011 : Jadilah yang terbaik dan terhebat


Saturday, August 20, 2011

36th entry 2011 : Kelebihan bismillah

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
hari ni hari sabtu..so,apa plan weekend ni??
shopping raya??buat kuih raya??menjahit baju??
saya tak buat apa-apa pun.cuma esok ja ada plan berbuka puasa dengan kawan-kawan..

oklah,hari ni saya nak share sedikit berkenaan dengan kalimah Bismillah..



simple word right??tapi kadang-kala kita ni alpa dan lupa pada kalimah ni..
saya pun selalu juga terlupa membacanya kalau mau buat sesuatu..
banyak kelebihan atau fadhilat kalau kita baca Bismillah..
disebutkan di dalam hadith yang bermaksud:

"Bahawa sesuatu perbuata yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia kan terputus dari rahmat ALLAH"

dalam satu hadith juga dinyatakan bahawa nabi Muhammad s.a.w bersabda :

"Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali ALLAH S.W.T memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan"


 selain itu Bismillah mempunyai khasiat dan fadhilat yang lain.antaranya ialah :

1) barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah,kesusahan,penyakit akal dan bebal.

2) sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan,kecuriaan,maut yang mengejut dan sebarang bencana

3) apabila dibaca sebanyak 19 kali apabila bertemu dengan orang yang berpangkat besar,yang sombong dan garang,insyaALLAH akan menjadi lembut

4) setiap kali bila memasuki rumah baca kalimah Bismillah itu sekali,insyaALLAH diberkati dan mendapat kebahagiaan dalam rumah tangga tersebut

5) apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit selama 3 hari berturut-turut,insyaALLAH sembuh penyakitnya

6) barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (berjimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga menjadi anak-anak yang soleh 


inilah antara kelebihan Bismillah..actually banyak lagi kelebihannya..kalau rajin boleh la cari di internet..itu pun kalau mau tau dengan lebih lanjut lagi..
ok la,rasanya ni saja la yang saya nak kongsi..
insyaALLAH jumpa lagi di next entry ya..sekian,wassalam..

Tuesday, August 16, 2011

35th entry 2011 : Seronoknya dapat hasilkan sesuatu

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
just nak share satu cerita..hehe..

ceritanya macam ni..
last week saya ke rumah maksu untuk berbuka puasa di sana..
lepas berbuka,tengok anak maksu,dik nor buat kerja sekolah dia..
saya pun ushar-ushar la..
rupanya dia kena buat kad untuk pelajar-pelajar di Palestin..

saya yang memang minat bab-bab ni pun dengan senang hati dan ringan tulangnya menolong..
rasa lama sangat tak buat benda-benda macam ni..
saya pun buat la mana yang termampu..
memang tak sedar la masa berlalu..balik rumah pun lewat sikit sebab nak siapkan kad tu..
rasanya hampir 95% saya yang buat..ehehehe..
lepas gian la katakan..

so tadi lepas berbuka,maksu call..
dia bagitau kad yang saya tolong dik nor buat tu,dapat nombor 2..
bukan no 2 dalam class tapi no 2 dalam sekolah..
wah,terkejut bercampur gembira..
yang buatkan saya lagi gembira,kad tu bukan dipilih oleh pihak sekolah dik nor tapi dipilih sendiri oleh wakil dari sekolah di Palestin tu..
bersyukur sangat-sangat sebab dapat hasilkan sesuatu untuk mereka..
saya tak tau pun kad tu untuk pertandingan,,kalau saya tau,saya buat lagi cantik-cantik..
hehehe..tak apa la,rezeki juga kan dapat no 2..

rasanya tu saja la yang mau dikongsi untuk kali ni.
gambar tak sempat mau capture hari tu sebab dah lewat..hehe..
ok la,see ya..
sekian,wassalam..

Wednesday, August 10, 2011

34th entry 2011 : Senyum seindah suria

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
tengah buat apa la agaknya tu??

hmm topik hari ni adalah senyum..
kenapa topik ini..
sebab teringat komen kawan saya di fb..

-saya tak pernah marah??anda percaya?maybe masa sekolah rendah iya la kot sebab tak ada perasaan sangat..tapi la ni,marah mengalahkan .......... hehehe..-

ok,kita sambung entry senyum..
senyum itu adalah sedekah yang paling mudah..
dapat pahala lagi tau..
jadi,senyum-senyum la selalu..
kalau pun kita senyum pada orang lain and then dia buat muka innocent,senyum ja..
lama-lama nanti insyaALLAH dia akan senyum pada kita juga..

senyum itu tandanya mesra..
senyum itu juga tandanya sayang..
senyumlah walaupun pada ketika itu kita dilanda kesusahan atau musibah..
senyum itulah tanda keimanan kita kepada ALLAH s.w.t.

jika kita senyum,hati yang gundah,hati yang susah akan menjadi tenang..
tapi kita haruslah senyum dengan ikhlas..
senyuman yang ikhals dari hati akan jatuh ke hati..hati siapa??upssss..hehehe..
kita contohilah Rasulullah dalam senyuman..
senyumannya besinar dengan cahaya..senyumlah kita hanya kerana ALLAH..
besar pahalanya.. :)
senyum tidak akan membuatkan kita rasa terhutang budi kepada sesiapa..
dan senyum itulah yang mengikat persahabatan antara kita sesama manusia..


so thats all for today..
we'll see next entry,insyaALLAH..
sekian,wassalam..


p/s : ayat-ayat dalam entry ni ada yang saya refer pada lagu
Raihan yang tajuknya Senyum..
saya cuma tambah ayat sedikit..mengikut keperluan.. (",)
and doodle ni saya baru ja try-try..kaki dengan tangan pun bulat-bulat ja..
jubah pun lurus..dah macam kotak ja kalau tengok..
maaf la kalau doodle ni ada yang macam pelukis-pelukis doodle yang lain punya..
tapi hanya ni la yang saya dapat buat..hope tak ada la sama dengan sesiapa..


Monday, August 8, 2011

33rd entry 2011 : Hanya sekadar lukisan

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
puasa ok??hehe..
rajin pula saya mau update blog..

lukisan ni saya lukis masa dalam class..
arghhhh,rindu pada UMS,lecturer dan kawan-kawan..
tinggal sebulan ja lagi sebelum kembali semula ke sabah..
rindu nak kena komen dengan lecture pasal presentation,kena wat assignment,pergi kokum setiap hari sabtu...rindu..rindu..rindu..

eh,eh..masuk bab lain pula..
lukisan ni hanyalah sekadar lukisan yaa.. (",)
upsss,kesian kertas-kertas saya..
bukan tulis notes pun tapi lukis gambar pula..hehehe..
maafkan saya ya kertas..tak apa,nanti saya guna awak untuk tulis notes bila buka sem baru nanti ya..




oklah,sekian wassalam..

Saturday, August 6, 2011

32nd entry 2011 : Quotes for today

 assalamualaikum dan salam sejahtera..


  p/s : thanx to http://shafaaliaa.blogspot.com sebab ajar lukis doodle..
by the way,doodle saya tak cantik & nampak kaku..sebab 1st time try..hehe..
doodle ni seperti apa yang diajarkan..insyaALLAH saya akan cari sendiri identiti
untuk doodle saya yang akan datang..apa-apa pun thanx a lot..
happy weekend dear friends (",)

Wednesday, August 3, 2011

31st entry 2011 : Faizal Tahir nyanyi lagu Baby by Justin Bieber

video

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
macam mana puasa hari ini??ok ka??
hope semuanya ok..

actually saja ja mau update malam ni..mau kongsi video ni..
video faizal tahir nyanyi lagu justin bieber..
yang dibawakan dalam genre balada..FT nyanyi secara live tau..
FT dengan geng-geng beliau main gitar..
arghh,tiba-tiba fallin' in love tengok orang main gitar..ehehehehe..

i love it..nice arrangement..
lagi-lagi minit 1:57 tak silap..nice sangat..for me la..
but dont know about you people out there..by the way try to watch this video..
enjoy.. (",)


p/s : semoga ramadhan kali ini memberi seribu makna dan memberi keberkatan dalam kehidupan kita..

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com