Wednesday, October 27, 2010

...sTuDy wEeK & fiNaL eXaM...

salam readers..hope semua sihat..
aku di library ni..sempat lagi curi-curi masa nak update blog..hehehe..
tak ada apa pun nak story kat sini..
just next week dah start study week..
tapi still jugak ada class untuk subjek Pengenalan kepada Psikologi Kanak-Kanak..
madam agak busy dan sebab tu la tak boleh nak habiskan chapter..

aku start exam 9hb November sampai la 20hb November..
tapi ni tak study apa pun lagi..
biasa la,suka study last minit..hehehe..
ni jadual fimnal exam ak.. 

9 November 2010 - Pengenalan Psikologi Perkembangan
12 November 2010 - Pengenalan kepada Psikologi Kanak-Kanak dan Hubungan Etnik
15 November 2010 - Pengantar Psikologi
16 November 2010 - Communicative English Grammar
18 November 2010 - Dialog Antara Agama
20 November 2010 - Bomba dan Penyelamat

ni la tarikh-tarikh penting bagi aku buat masa ni..
hope semua berjalan dengan lancar..
semoga aku dapat menjawab final exam ni dengan lebih baik lagi..
doakan aku ya kawan-kawan..
dan esoknya lepas habis paper,aku akan berangkat balik ke semenanjung..
1st time aku dapat flight malam..
tak sabar mau jumpa family,si dia dan kawan-kawan yang aku rindu..
ok la...rasanya ni saja aku nak cerita..
ni aku ak siap-siap pergi class english..
salam..

p/s : kepada semua yang akan menduduki final exam,wish you good luck and all the best..

Sunday, October 10, 2010

...iRi hAti boLeH bAwA kEjAyAaN...

salam readers..apa khabar??hope semuanya sihat-sihat..macam mana dengan kehidupan??ok??moga semuanya berjalan dengan lancar..hmm,hari ni just nak kongsi pasal tajuk entry kali ni..info ni aku dapat dari satu buku yang ketua rumah aku hadiahkan masa birthday aku yang lepas..tajuk buku ni Berjaya dalam Kerjaya ditulis oleh Theresa Ong..actually bagi aku,tajuk ni sesuai juga untuk kita sebagai pelajar.

ok,mungkin pelik kalau kita cakap yang iri hati ni boleh bawa kejayaan..sebenarnya,sifat ini boleh terbahagi kepada dua bahagian:
  • iri hati yang menimbulkan perasaan kesal,tertekan,kecewa,stress dan sedih
  • iri hati yang membangkitkan semangat untuk bersaing dengan orang yang lebih berjaya
yang pertama tu,haruslah kita jauhi sifatnya..tetapi bagi sifat yang kedua bagi aku ianya patut dikekalkan kerana akan membawa hasil yang positif.sekarang kita lihat,apa yang boleh kita lakukan untuk mengembangkannya..di bawah mungkin dapat membantu anda.
  • fokus - apabila terasa iri hati,kita perlulah foku pada kelebihan orang lain..sentiasalah yakinkan diri kita sendiri yang kita juga mempunyai kelebihan
  • bangkit dari kekecewaan - jangan biarkan rasa iri hati memakan diri kita.bangkitlah dari kekecewaan..akui kehebatan orang lain yang membuatkan anda rasa iri hati - dia memang cekap,patutlah dia boleh berjaya.
  • jadilah seorang pesaing - kita haruslah bijak mengatur strategi.jadilah seorang pesaing yang sihat dan bukan seorang pesaing yang diselubungi hasad dengki.jangan sekali-kali menyemai rasa iri hati di dalam diri.
  • teman yang berjaya - bergaullah dengan teman-teman yang berjaya.kejayaan seseorang sebenarnya banyak dipengaruhi orang sekeliling.jika kita berkawan dengan orang yang dipenuhi ciri-ciri positif,secara tidak langsung kita juga akan bermotivasi untuk mencapai kejayaan
  • ikhtiarkan untuk berjaya - kita perlu mempunyai perancangan yang lengkap.rancanglah sebaik mungkin dan jangan kita berjaya menerusi jalan pintas.kita pasti akan rasa lebih gembira dengan kejayaan yang diperolehi menerusi usaha yang gigih.
hmm rasanya cukuplah setakat ini yang dapat dikongsikan..jumpa lagi..salam..

Saturday, October 9, 2010

...qUoTeS fOr tOdAy...

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com