Thursday, February 24, 2011

7th entry 2011 : Every Day May Not Be Good


assalamualaikum..
selamat petang semua..apa khabar??semoga semuanya sihat-sihat sahaja.
hari ni mau kongsi quote yang di atas ni..
"Every day may not be good..but there's something good in every day"

bagi pemahaman saya,ayat di atas ni bermaksud setiap hari bukanlah hari yang baik..tapi pasti ada yang baik dalam setiap hari itu.
bagi saya,saya sangat setuju dengan quote ni.
memang bukan tiap-tiap hari adalah hari yang mendatangkan kegembiraan atau kebahagiaan.
bukanlah namanya kehidupan kalau tiada kesusahan ataupun kesedihan.
namun,di sebalik semua itu pasti terselit kegembiraan untuk kita.
jadi janganlah disesali takdir yang menimpa kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..

sekian,wassalam..

p/s : sedang berperang dengan assignment yang banyak dan midterm..huhu..

Friday, February 18, 2011

6th entry in 2011 : Tiada Kerja

assalamualaikum dan selamat tengah hari semua dan salam Jumaat..
apa khabar??hope semuanya sihat-shihat belaka..
saya alhamdulillah..masih sihat dengan keizinan ALLAH..

actually sekarang ni saya di library..
lepas solat jumaat ni ada meeting dengan group untuk siapkan assignment.
mujur la petang jumaat tiada class..
so,time ni saja boleh jumpa dengan group member..

masih awal lagi sekarang ni..
jadi tak tau mau buat apa.dah boring-boring macam ni,saya carilah buku-buku yang boleh saya baca atau lihat.
akhirnya jumpa la satu buku ni..
tajuknya Planet Cake..saya suka buat kek sebenarnya.tapi just untuk family saja..
buat pun suka-suka saja sebab bila teringin terus buat..ehehehe..
ni la bukunya..saya ambil buku ni pun sebab kulit buku ni nampak sangat sweet..



hmm sebelum masuk ke library tadi,di luar tu ada macam satu lukisan yang meggunakan beras sebagai menunjukkan corak yang dibuat..
saya tidak tahu mau panggil apa tapi orang India akan buat ni sempena pesta cahaya yang diraikan oleh mereka..
ini yang terdapat di luar library tadi..
cantik tak??



hmm,itu sajalah buat masa ini..
dah nama pun tak ada kerja so inilah hasilnya..
assignment ada 10 lagi yang menunggu..satu dah submitted kelmarin..
dan yang lain in progress..mujur sem ni tak banyak individu assignment..
oklah kawan-kawan,doakan semoga saya success ya..
bye,assalamualaikum..

Sunday, February 6, 2011

5th entry 2011 : Doakan Impian Saya Menjadi Kenyataan

assalamualaikum..good evening readers..
hope ceria-ceria selalu..
hari ni entah kenapa entah saya mau update entry..
bosan kot atau mengenangkan hari ni last cuti..hahaha..
malas sungguh rasanya nak pergi class esok..skip boleh??lalalalala~

ok,hari ni saya nak cerita sikit pasal impian saya..
saya tau semua orang mempunyai impian masing-masing kan??begitu juga saya..
banyak impian saya sebenarnya tapi buat masa ni ada beberapa saja yang saya rasa saya perlu penuhi..
mengenai masa depan saya dan keluarga..

1st of all,dalam masa 2 tahun ni saya nak complete kan degree saya..
orang lain umur dalam 22 @ 23 tahun dah complete degree..
tapi saya masih lagi terkial-kial..sambung degree pun masa umur saya 23 tahun..so saya akan habis belajar masa umur saya 26 tahun..
sebabnya,saya cari pengalaman bekerja selama 2 tahun..alhamdulillah,even tak banyak pun sikit-sikit saya tau mengenai dunia pekerjaan.
sekarang saya menyambung pengajian saya di UMS dalam kos Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga.
doakan kejayaan saya ya kawan-kawan.dan kalau ada rezeki saya mau sambung master pula lepas tu.

ni gambar masa saya konvo diploma dulu


yang kedua pula semestinya perkahwinan saya..
insyaALLAH target saya dan encik bf,lagi 2 tahun kalau tak ada aral melintang ke jinjang pelamin la kami..
tapi kalau boleh saya mau bekerja dulu simpan duit sikit-sikit tapi tengoklah keadaan macam mana..
kalau seru sampai awal,awal la majlis kami..kalau tak,biarlah masa saja yang menentukan..
masa saya kahwin nanti,kami just mau kan akad nikah dan majlis makan saja.
kami tak plan mau wat majlis persandingan.dan majlis kami akan berlangsung pada waktu malam..
jadinya kami adakan majlis makan malam la..hehehe
impian saya pada malam tu nanti kami akan pakai baju warna silver..ye,warna favourite saya..actually,warna hijau epal dengan purple lembut pun favourite juga..boleh ke kalau gabung dua warna ni??
hmm silver + hijau epal @ silver + purple lembut..
cantik tak agaknya eh??hehehe..tak apa,nanti saya try match warna-warna ni.. :p

mau warna silver lebih kurang macam ni la..diambil dari google tapi link sebenar adalah
http://d-ratu-bridal.fotopages.com/


dan ketiga,impian yang paling besar yang saya mau tunaikan ialah membawa ibubapa saya mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah.
kalau juga ada rezeki lebih akan saya bawa sekali adik-beradik saya.even tak menunaikan haji,menunaikan umrah bersama pun dah cukup membahagiakan..

 Mekah


juga impian saya adalah untuk membahagiakan keluarga saya..hidup dalam keadaan harmoni,aman damai dan tiada persengketaan antara kami..
Ya ALLAH,semoga semuanya dipermudahkan oleh-Mu.



till then,assalamualaikum & good night..
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com