Pages

Wednesday, April 6, 2022

9th entry 2022 : Pengalaman Kerja

assalamualaikum wbt semua..apa khabar?alhamdulillah dah menjengah ke ramadhan yang keempat dah..cepat betul masa berlalu kan..tup tup nanti eh dah nak habis puasa..apa pun selamat berpuasa buat semua kaum muslimin dan muslimat tidak kira di mana jua anda berada,,semoga ramadhan kali ni membawa 1001 keberkatan buat kite semua..amin..amin..amin..

tadi kami, alumni psikologi kanak-kanak ada buat google meet tau..bincang pasal Peluang Perniagaan Tadika..ramai juga la yang join..disebabkan duk berbincang-bincang tu teringat la dulu zaman-zaman kerja kat tadika..masa diploma dulu saya amik kos pendidikan islam awal kanak-kanak..so majoriti yang ambil kos ni akan bekerja di tadika @ taska la kan..jadi rezeki lepas saja habis diploma, dapat kerja sebagai guru membaca di satu tadika di Putrajaya Presint 9, Laman Cerdik Kindergarten..masa ni tahun 2008..kat situ rumah apa semua disediakan.memang tak perlu bayar apa-apa..seronok kerja..sebab anak-anak comel..ahahaha..siap ada student panggil saya cikgu kecik lagi..mana pergi mesti dia nak ikut..kite pun layankan ja la..


antara gambar yang ada..ni kelas 4 tahun

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tak lama lepas berhenti kerja di Putrajaya tu, saya bekerja sebagai administrative assistant di Kuliyyah Architechture & Environmental Design, UIA Gombak tahun 2009..kawan masa diploma dulu yang minta saya cuba dapatkan kerja kat situ sebab dia sendiri pun kerja di tempat sama..alhamdulillah rezeki saya so dapatlah kerja tu..even kerja kontrak tapi saya happy ja..sebab dapat join macam-macam program disamping dapat kenal dengan orang-orang hebat kat situ..

selain daripada kerja kontrak kat UIA tu, saya juga menjadi cikgu tuisyen dekat salah satu pusat tuisyen..saya pun tak tau macam mana boleh terjebak jadi cikgu tuisyen kat situ tapi alhamdulillah kerja enjoy..sebab ajar budak-budak sekolah rendah kan..kire ok lah masing-masing masih boleh dapat handle students ni..lepas tu dapat pulak jenis yang suka bercerita pot pet pot pet memang tak sunyi la kalau mengajar tu..kire eh kan, time ni la paling masyuk..bayar duit sewa rumah api air, bagi kat ibu sikit then selebihnya buat belanja diri sendiri..paling-paling pun saya suka try makan..merata la pergi nak merasa makan..hihihi..mujur badan tak mengembang dek sebab makan ja..😂😂









antara gambar yang ada..banyak lagi aktiviti yang join tapi letak sikit ja la kat sini ye..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tahun 2010, saya tak kerja dah sebab dapat tawaran sambung degree di sabah tapi sebelum tu saya ada apply KEMAS jawatan pembantu pegawai something la..sebab tak tau bila dapat jawapan, saya pun terbang la ke Sabah..3 ke 4 hari kat sana, dapat panggilan dari KEMAS mengatakan saya diterima bekerja..tapi itulah takda rezeki sebab duit pun dah banyak habis untuk degree, jadi saya pun tolak jawatan tu..

lepas konvo bulan 11 tahun 2013, saya berkahwin bulan 1 tahun 2014..dari situ memang saya tak bekerja la sebab tahun tu juga Allah rezekikan dengan anak pertama..tahun 2016 lahir anak kedua dan masa ni menetap di Klang.rezeki sebab kawan husband mintak jadi pengasuh anaknya..semua pembayaran saya terima sebab saya memang tak meletakkan berapa harga untuk satu kepala..masa tu anak kawan suami tu umur dalam setahun kot macam tu la..lama juga jadi pengasuh..tapi sebelum dapat anak ketiga tahun 2018 tu, saya berhenti jadi pengasuh sebab nak fokus pada baby dan dua lagi anak..dan sampai sekarang la saya tak bekerja..😁😁..jadi housewife ni pun kerja masyaAllah..penat..belum lagi 3,4 kali hantar ambil anak sekolah..melayan peel anak-anak..fuhhhhh memang memerlukan kesabaran yang tinggi ye kawan-kawan..

so, itulah serba sedikit pengalaman kerja yang saya ada..tak sehebat orang lain, tapi alhamdulillah pada saya..janji saya enjoy dengan kerja saya..kepada yang bekerja tu anda semua sangat kuat sebab handle kerja, lepas balik kerja handle keluarga pulak..fuhhhh memang berganda penat dia kan..apa-apa pun semoga kite semua sentiasa bahagia dengan apa sekalipun pekerjaan kite..akhir kata sehingga berjumpa lagi..assalamualaikum dan take care semua..

 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design