Pages

Thursday, May 26, 2022

11th entry 2022 : Pengalaman naik ambulans dan masuk yellow zone

 assalamualaikum readers..apa khabar?harapnya semua sihat-sihat sahaja..so for today nak cerita sedikit pengalaman naik ambulans..hahaha..memang tak sangka sebenarnya kena naik ambulans tu..ingat prosedur buat kat klinik ja..

so seminggu yang lepas on 19th may 2022, ada ke klinik untuk jumpa doktor..bila dah examine apa semua, doktor pun dah discuss dengan pakar and then they decided untuk drip air..kite ni follow ja la sebab condition badan pun tak berapa ok dengan migrain teruknya 2,3 hari sebelum tu..kemaman time panas, masyaAllah panas betul ye..i think tempat lain pun macam tu dan rasanya minggu lepas keadaan cuaca sangat tak menentu.dan ingat drip air tu kat klinik ja sekalinya dr kata kena refer to hospital kemaman..dah cuak dah sebab dan-dan tu juga kena pergi..pasrah ja la..

lepas dah pasang jarum kat tangan tu (tu pun lepas 2kali cucuk tak lepas, akhirnya MO yang tolong pasangkan jarum)..setel pasang jarum, terus naik ambulans dan drip air pun pasang..nurse suruh baring ja masa dalam ambulans tu..sempat record video dan ambil gambar dalam ambulans, tapi hmm sadis..masa nak move dalam laptop, cut and paste..last2 yang cut entah ke mana yang paste entah ke mana.hilang gitu ja..huhuhu..gambar dan video kat hospital pun sama..entah ke mana..xpa la, simpan ja la kenangan tu dalam hati ni..abang driver tu bawak bukan main laju..sambil baring sambil dengar nenonenoneno 🚑🚑🚑🚑🚑..rasa macam vvip ok..hihihi..

sampai kat kecemasan, naik wheelchair dan terus masuk yellow zone..alhamdulillah doktor2 kat sana sangat soft spoken dan banyak bagi tenang..yala, jantung kite dah la dup dap dup dap..sampai katil, rest ja..sambil2 dr amik darah, buat test itu ini dan tanya soalan..masa kat hospital dapat lagi 3 cucuk jarum (yang last doktor try baru dapat masuk jarum)..doktor yang tak dapat masukkan jarum tu kata urat halus..lepas dah setel semua, memang baring ja..rest betul2 sebab rasanya ni la salah satu 'me time' buat ibu-ibu even bukan kat tempat yang happy-happy..hehehe..





ni ja la 2,3 keping gambar yang masih ada dalam simpanan..kite simpan sini la ye..

bila dah habis 1 botol air, doktor yang datang check pun kata boleh discharge petang tu juga..haa lega..anak sulung dah nangis2 dah masa suami video call..ok anak saya yang sulung memang hati tisu ye..suami pun terpaksa emergency leave hari tu..ambil anak-anak pun kat klinik ja pagi tu..doktor pesan sebelum balik, minum air banyak-banyak dan kalau migrain lagi banyakkan rest..baik boss, saya yang meurut perintah..apa-apa pun terima kasih semua doktor yang merawat saya di kecemasan hospital kemaman 19 mei 2022 lepas..semoga Allah mengganjari kalian dengan segala yang baik-baik dunia akhirat..

orait, tu ja la ceritanya..ooh, bengkak dan lenguh kat tangan dah hilang alhamdulillah.tinggal kesan lebam ja yang belum betul-betul hilang..apa2 pun syukur semuanya ok..pada semua, jaga kesihatan..kalau cuaca panas, pastikan minum air banyak-banyak ye..take care..stay safe..stay healthy..jumpa lagi di next entry..sekian, wassalam

Sunday, May 22, 2022

10th entry 2022 : Memori Raya

 assalamualaikum readers..alhamdulillah dah masuk raya ke berapa belas dah hari ni kan?raya sakan ke semua tu??hihihi..maklum la dah dua tahun pendam raya kan..apa2 pun diucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin pada semua yang menyambut hari raya..semoga raya tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang sebeumnya.tahun ni turn TT beraya di kampung TT di Simpang Empat Semanggol, Perak..masa balik raya tu tengah musim padi menghijau..memang pulun ambil gambar raya kat sawah..hehehe..tema warna baju tahun ni, warna kuning..









ok..kat atas ni gambar raya tahun ni, tahun 2022..so, marilah kite recap raya dari lepas kawin sampai la tahun 2021..harap-harap readers tak bosan la dengan entry kali ni..sampai jumpa lagi.selamat menghadiri rumah terbuka ye semua :)..assalamualaikum..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

2014 (royal blue)



2015 (choc)



2016 (purple)



2017 (navy blue)



2018 (grey)



2019 (red)



2020 (purple)



2021 (green)
























 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design