Wednesday, July 4, 2012

17th entry 2012 : Bersikap penyabar dan tenang

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
entry pertama untuk bulan Julai ini..
sedikit perkongsian dengan harapan ianya dapat memberi kebaikan kepada kita.

Rasulullah pernah berkata kepada al-Mundzir,kepala kabilah Abdul Qais,
"sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang dicintai ALLAH,iaitu sifat penyabar dan tidak suka tergesa-gesa."
lalu dia bertanya,"wahai Rasulullah,apakah aku berusaha berperilaku seperti itu atau ALLAH menjadikanku berwatak dengan keduanya?"
Nabi SAW menjawab,"ALLAH lah yang menjadikanmu berwatak dengan keduanya."
al-Mundzir pun berucap,"segala puji bagi ALLAH yang telah menjadikanku berwatak dengan dua tabiat yang dicintai ALLAH dan rasul-Nya."
-HR Abu Dawud-

sifat sabar ini bukan sahaja dianjurkan oleh Rasulullah tetapi juga oleh nabi-nabi yang terdahulu.
mengapa sifat sabar ini diperlukan oleh setiap manusia itu?ini adalah kerana menurut Ahmad ar-Rasyid dalam bukunya al-'Awa'iq,
sabar adalah benteng yang akan melindunginya dari fitnah,sifat pemarah dan ego sehingga ianya mampuberlaku adil dalam membuat sebarang keputusan.
jika sesuatu keputusan itu dibuat ketika kita sedang marah,sudah pasti ianya akan membawa kesan yang buruk pada masa yang akan datang.
selain daripada itu,apabila kita mempunyai perasaan marah,ini boleh mengakibatkan pertelingkahan dan ketidakpuasan hati.
oleh itu,sifat sabar adalah satu sifat yang perlu ada dalam diri setiap manusia.
apabila kita marah,sabar dan tenangkan hati.
insyaALLAH segalanya akan baik.jangan terlalu mengikut perasaan.
orang yang sabar adalah orang-orang yang berjaya kerana dia telah berjaya untuk mengawal nafsu amarahnya atau mengawal dari melakukan perkara-perkara negatif.
sifat sabar ini membawa seribu satu kebaikan kepada kita.

sifat tenang juga berkait rapat dengan sifat sabar.
sebagai contoh,jika kita dihina atau dituduh membuat sesuatu yang diluar jangkaan,pasti kita akan merasa marah atau sakit hati.
namun dengan sifat yang tenang dan sabar yang kita tunjukkan,ini dapat membuatkan kita sentiasa tersenyum kerana kita tahu bahawa kita tidak salah.
ini juga sedikit sebanyak boleh menyebabkan orang yang menuduh kita berasa serba salah kerana kita tidak bertindak mengikut hawa nafsu.

sementara itu,sifat gelojoh atau tergesa-gesa akan menjadikan seseorang itu tidak cermat dalam melakukan sesuatu.kita melakukan sesuatu dengan tergesa-gesa apabila tidak mencukupi masa yang cukup atau sesuatu itu dilakukan di saat-saat akhir.
sebagai contoh,menyiapkan assignment pada saat akhir.
saya mengakuinya bahawa saya juga selalu berbuat demikian.menyiapkan assignment sehari sebelum tarikh akhir.keadaan ini mengakibatkan tubuh badan letih dan tidak bermaya.ini menyebabkan saya merasa malas untuk ke kuliah pada esoknya.
selain itu,jika kita melakukan sesuatu perkara itu dengan tergesa-gesa,maka hasilnya mungkin tidak memuaskan atau isi kandungannya tidak lengkap.

oleh itu,marilah kita sama-sama menanam sifat sabar dan tenang serta tidak tergesa-gesa dalam kehidupan seharian kita..
insyaALLAH kita akan mendapat keberkatan dari ALLAH dan semoga hari-hari yang kita lalui akan sentiasa indah.
sekian,wassalam..


indahnya ciptaan ALLAH..saya suka bunga-bungaan..sangat cantik..berwarna-warni..pelbagai jenis..masyaALLAH,kuasa ALLAH yang tiada tandingan..

*sumber diambil dari majalah ujang

9 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

chanteknye picta...btl, rietta perlu lebih sabar dalam situasi yang sedang mencabar kesabaran rietta nie...

O CIKTEDDY said...

indah sekali perkongsian ini..sejuk sat hati cik baca ^^

Woofer Storm said...

cantik blog .hehee

ingatkan gambar tangkap sendri.kalau tangkap sendri siaplah.boleh pula p floria tak ajak sy,walhal dekat je dari puchong.hehe trun kl jumpa la sy sis^^

Hanamiko Sakura said...

marah itu mudah, sabar itu indah.. sabar hadiahnya syurga.. tapi zaman sekarang ni.. ramai sifat sabarnya terhakis.. moga2 kita semua ni tidak terhakislah sifat sabar itu :)

amna said...

subhannaAllah..
mudah-mudahan sifat sabar dan tidak tergesa-gesa hadir dalam sanubari setiap daripada kita.. amin~

nanad said...

entry yang bagus >.<

O CIKTEDDY said...

kapan mau update?kikiki

Ujie said...

Org yg sabar & tenang..ramai yg senang berkawan dgnnya.

org sabar..adalah org paling gagah!

*susah nk jd penyabar ni tau..

Juliet_iRa~" said...

ira pn sll gak gtu..kdg2 rs xsbr sbb bila nak bnda tu sll xdpt ms tu..huhuhu..buruk sungguh sikap..haha..

harap boleh jd penyabar n tenang lepas ni..huhu

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com