Pages

Monday, June 13, 2022

12th entry 2022 : Short Vacay Cameron Highlands

 assalamualaikum readers..apa khabar semua?harap2 semuanya sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah..alhamdulillah dah habis cuti sekolah..terisi la juga cuti sekolah kali ni..hmula-mula kami balik ke karak hantar anak2 ke rumah atuk dia sebab atuk nak bawa anak-anak balik perak..dapat la jumpa family belah saya dalam 3 hari..kira ok la kan..lepas tu hari rabu ambil semula anak-anak di rumah karak (dieorang sampai karak dalam jam 1 hari rabu) sebelum bawak balik rumah kakak ipar..sebab kenapa bawak balik rumah kakak ipar adalah kerana husband dah plan nak bawak mak dan ayah mentua ke cameron pulak..so tidur satu hari di enstek dan bergerak ke cameron dala jam 6.45 pagi hari khamis, 09.06.2022..

alhamdulillah perjalanan smooth ja kecuali di highway elite especially nak sapai ke shah alam tu.memang jem siikit la sebab hari bekerja kan..so lepas dari tu memang takda jem dah sampai la kami naik ke cameron..dalam jam 11 lebih sampai la kami ke cameron..1st place kami pergi adalahh Boh Plantation dekat Ringlet..macam yang semua tahu nak naik cameron memang kena hadap jalan liku-liku la kan..hmm anak yang bongsu tu memang tak boleh la..paling banyak muntah..umminya pun sama juga tapi tak seteruk si anak..tapi kite layankan saja..hehehe..






lepas makan yang ringan-ringan kami meneruskan perjalanan ke tanah rata untuk makan t/hari sebab ayah mentua tak boleh perut kosong..so berhenti makan nasi ayam dengan soto di kedai berdekatan dengan maybank tu..oklah makanan situ..semua pun habis..hihihi.lepas dah makan t/hari kami terus check in..kali ni suami pilih hillside cottage..nak sampai ke hillside cottage ni mudah ja sebenarnya..dia berada di belakang hotel cool point di tanah rata..landmark lain adalah TAC atau stesen bas cameron..memang mudah bila duduk situ..boleh ke kedai2 berdekatan dengan jalan kaki ja.nak cari makan senang..nak cari barang pun senang..masjid dekat..balai polis dekat..mardi dekat..so senang cerita mudah la..









lepas dah berehat sekejap, dah solat apa semua kami jalan2 buang masa ja ke brinchang..nak ke pasar malam memang tak la kan sebab padat sangat..so kami pusing2 cari barang sikit ke arah brinchang tapi tak sampai la ke kea farm..bawah2 sikit sebelum cactus valley tu ada orang jual-jual juga so beli kat situ ja la..dah setel beli barang sikit, kami singgah tapau makan malam dekat dengan hotel smurf inn dan ada satu hotel tu lagi tapi tak ingat apa..dah setel semua balik rumah dan berehat2 saja malam tu..



esok pagi kami bangun awal dan sarapan di taman sedia..mula2 ingat nak ke KHM tapi belum buka..kami sampai jam 7.30 tapi tempat tu buka jam 8.30..nak tunggu lama pulak so cari tempat lain sebab ayah mentua dah lapar..last2 kami ke aidilbadri strawberry..kedai tu buka awal dan dapat la kami tempat..kami makan biasa2 ja, nasi lemak dan roti bakar serta buah starwberry..dah setel semua makan, suami hantar saya dan anak-anak balik cottage sementara dia bawak mak ayah ke mardi cari madu, benih dan pokok2 yang nak beli la..dalam jam 12 kami checkout dan cari makan t/hari sebelum suami dan ayah mentua solat jumaat..lepas solat jumaat kami nak turun dah..singgah sekejap kat dua, tiga tempat lagi setelkan barang yang belum dapat..alhamdulillah dapat semua barang..dan kami pun meneruskan perjalanan balik..perjalanan turun pun smooth macam sebelumnya..singgah solat, singgah makan dulu sebelum sampai ke enstek..


















ok itulah sahaja cerita tentang short vacay ke cameron tahun ni..tahun-tahun sebelumnya pun ada juga datang..ehehehe..suami la peminat tegar cameron..so, jumpa lagi di next entry..assalamualaikum..

4 comments:

Hanamiko Sakura said...

saya ada kenalan duduk CH ni, kalau nak holiday ke sana saya akan rojer dia.. sama ada dkt atas sana ramai orang ke tidak. haha

Leeya Hezlin said...

@Hanamiko Sakura
best kan bila ada kawan kat sana..
nak tau apa2 tanya ja kat dia..hihi

Ujie Othman said...

Eh Leeya, sama la pilihan penginapan kita kali ni.
Akak baru je menginap di Hillside Cottage tu beberapa hari lepas. Hehe

Leeya Hezlin said...

@Ujie Othman
la yeke kak??sama pulak ye tempat percutian kite kali ni..
akak pergi time weekend??
kalau weekdays mesti terjumpa dah kite..hehehe

 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design