








hidden gem..
back to nature..
alhamdulillah 👐👐👐
once in a while.night in the middle of an ordinary life.love gives us a fairy tale
"EKONOMI TERUK? ITU DI LUAR KAWALAN KITA.
CARA BERFIKIR? ITU KITA BOLEH KAWAL."
assalamualaikum guys..jumpa lagi di entry yang terbaru ni..padahal baru 2 hari lepas update blog ni..actually saja update sebab nak biar dalam ni..upload sekali gambar2 kat fb..buat macam ni sebab hardisk kesayangan rosak,,so semua gambar video memang tak boleh nak diselamatkan..sayang betul..berhari-hari nak move on..sebab dalam tu banyak gambar..paling sayang, gambar ke sabah masa pregnantkan anak yang kedua ni..ni ada sedikit saja yang dapat diselamatkan.
disebabkan hardisk rosak so amik inisiatif nak buat entry dan upload kat sini..at least ada rujukan nanti..so dah lama dah ke sabah ni..masa tu bawak husband dan anak sulung dan pregnant 7 bulan..gigih jumpa dr mintak surat sebab dah lebih 28 minggu masa nak fly tu..in case apa2 jadi, senang nak buat keputusan.terbanglah kami 3 beranak jam 6.50 pagi tak silap..suami kepada kakak ipar yang tolong hantarkan ke KLIA..perjalanan dalam 2 jam 30 minit..so sampai sabah dalam jam 9 lebih gitu..lepas amik kereta terus gerak nak ke kundasang..sempat singgah tempat makan ayam penyet femes kat alam mesra..suami pun approved..ahahaha..cousin yang pernah datang dulu pun saya bawak ke situ..siap tapau bawak balik semenanjung lagi..ahahahaha..
lepas dah beli makan t/hari bergerak ke kundasang..tak check in dulu sebab belum jam 3..so ke kundasang memorial dulu..lepas dah puas bergambar, gerak ke desa dairy farm..pergi makan gelato dan beli susu..dah habis semua tempat jelajah, baru la kami ke nabalu lodge kundasang untuk check in..tempat memang puas hati..bilik puas hati..makan pun not bad at all..selepas check in singgah beli sayap ayam dulu..makan pedas-pedas time cuaca sejuk..fuhhhhh memang heaven..air panas dalam toilet pun masih tak boleh hilangkan kesejukan kundasang tu..tidur syok sebab berlatar belakangkan gunung kinabalu..malam, solat di masjid di kundasang..algi besar nampak gunung kinabalu tu..memang cantik subhanallah..
pagi, breakfast di cafe nabalu lodge dengan menghadap gunung kinabalu..very the clear one punya pemandangan..alhamdulillah rezeki dapat tengok gunung yang terbentang luas tu..then dah siap, gerak ke desa dairy farm lagi..sambung bergambar plus sambung beli susu..then ke ranau untuk ke ladang teh..seronok sebab tak ramai orang dan boleh explore macam2..lepas tu turun pekan ranau, pekena mee sup dia..sedap..boleh cuba lagi nanti..
lepas dah selesai semua, kami bergerak ke kota belud..ke rumah ibu sahabat saya..sengaja nak perkenalkan husband kepada keluarga ini.sebenarnya sahabat ni kawan suami di BMI dulu..biasanya sahabat suami, sahabat isteri juga..ehehehe..saya pernah datang rumah mereka masa belajar dahulu..tidur sana 2 hari..macam2 pengalaman dapat..keluarga sahabat ini memang baik orangnya..yang paling best bila setiap kali solat, akan solat berjemaah bersama-sama..saya takkan lupakan jasa mereaka menumpangkan saya di rumah mereka semata-mata nak ke tamu kota belud..
sebelum turun ke kota belud, singgah sekejap di taman kinabalu..selesai semua, jalan terus ke koya belud..dari kota belud, singgah di tuaran..p makan makan dieorang yang femes tu..bukan kerang bakar.bukan tiram bakar..tapi apa ya..aduiiina lupa sudah nama dia..tapi senagkatan tu dengan keluarga kerang-kerangan..memang puas hati..sambil minum air kelapa dan makan jeli kelapa sekali..menyempat juga la kami ambil gambar di landmark tuaran tu, yang binaa kuda banyak-banyak di roundabout tu..next destination, check in di Hotel Tabung Haji di bandar KK..yang ni pun bilik dia puas hati..cukup besar untuk kami bertiga..breakfast pun disediakan..memang tak menyesal la check in sini..hihihi..
esoknya flight malam, so pergi dulu membeli belah di pasar filipin..beli sedikit cenderahati buat keluarga di semenanjung..lepas selesai beli barang, kami pulangkan kereta sewa..kereta sewa ni kami sewa dari student ums ja..murah dan ok la..kereta jimat minyak..kereta proton saga..kami ambil tuan punya kereta di UMS, dan bergerak ke putatan, rumah keluarga angkat saya..perkenalkan pada suami dan anak..inilah keluarga yang paling berjasa kepada saya dari hari pertama saya sampai ke sabah..hantar ke UMS untuk register u, dibawak balik time raya, dibelanja makan, dibawak keluar setelkan segala keperluan..belum kira lagi keluarkan duit masa dompet saya hilang..hantar, ambil dari UMS dan macam-macam lagi jasa mereka..memang saya takkan lupakan sampai hujung nyawa..
sebelum menutup kata, kat bawah ni antara gambar-gambar kami kat sana..mohon maaf la kalau tak berapa jelas atau apa ye..till next time readers..assalamualaikum..
gambar diambil dari fb nabalu lodge..gambar kami ada tangkap masa pergi tu tapi itulah tak dapat diselamatkan..kalau nak tau lebih lanjut boleh ke fb nabalu lodge ok..
gambar gunung kinabalu dari bilik kami menginap..ni diambil pada hari kedua kami di kundasang
assalamualaikum..apa khabar readers?hope dalam jagaan illahi semuanya dan diberikan kesihatan yang baik yang berpanjangan..alhamdulillah life so far so good..lama tak menulis kan?last ebtry sebelum ni bulan oktober hari tu.so lets begin dengan entry hari ni..
so on31st Oct hari tu, kami bergerak ke kelantan..sebab suami ada kerja di tok bali..sewa homestay untuk 3 hari 2 mala di pasir puteh..dekat dengan rumah kawan sekelas masa di ums dulu..alhamdulillah dia dan suami dia yang banyak membantu masa struggle cari rumah /hotel sebab dah last minute sangat..gerak dari kuis dalam jam 4 lebih (petang) dan sampai di pasir uteh dalam jam 12 tengah malam..fuhhhh what a long journey..lama tak datang kelanta ikut gua musang..memang terasa juga la jauhnya..dengan beberapa kali berhenti memang drag sikit la masa tu..
masa kami sampai, hari hujan..sdi pantai timur masa tu dah nak mula musim monsun..jadi akan banyak har la yang hujan..homestay yang kami dapat memang kami suka..simple but nice..tak perlu banyak perabot what so ever but still look nice..rumah semi d 3 bilik 2 bilik air..macam brand new house..sampai2 memang tak buang masa la..memang tidur..ahahahaha..letih wooo even bukan kite yang drive pun..
esoknya lepas solat subuh, suami kawan hantarkan nasi dagang..suami bukan main suka lagi sebab tu 1 of his fav nasi dagang kat tok bali, nasi dagang kak ju..then lepas breakfast, dia p kerja la..ada kerja di pengkalan di tok bali tu.petang dalam jam 4 gitu setel kerja dia, terus gerak ke Kundasang Pasir Puteh..dalam 40 minit juga la nak sampai sana..masa sampai fuhhhhh ramainya orang.rasa macam malas nak turun tapi suami kata alang2 dah sampai turun la..so kami pun turun..
masih mengekalkan sop..pakai mask dan jangan bersentuhan dengan orang lain.plus kalau tempat tu ramai takda la kami pun sibuk2 nak ke situ..cari ruang yang tak ada orang dan jumpa..puas hati la sebab xda sangat orang nak sibuk2 ambil gambar kat situ..ahahahaha..
![]() |
one for the blog..mak mak dan anak-anak 😁😁![]() ![]() ![]() |
lepas dah puas tengok lembu segala bagai, singgah beli susu pulak..memang murah ye dia jual sebotol susu ni dan bukan ada jual susu ja..makanan dan minuman pun ada jual juga..kire kalau lapar boleh la isi perut sikit dengan apa yang ada..setel bergambar apa semua, kami pun gerak balik sebab dah nak maghrib..bila nak maghrib ni, keadaan tenang ja..lalu pulak kampung orang, rasa bestnya kalau dapat buka ladang gini..hihihi
oklah sampai sini saja duu..next time cerita lagi..till then, assalamualaikum and have a nice day ahead peeps..
#staysafe #stayhealthy #kitajagakita
assalamualaikum..lama juga tak update kan..
so how your life so far??for me, alhamdulillah..masih ok walaupun kadang dilanda sakit kepala, anak demam, suami alergik, anak kat sekolah and the list goes on..ahahaha..apa-apa pun kena sentiasa bersyukur ye dak? 😊
terengganu now dah masuk fasa 4..tak lama lagi anak yang sekolah rendah ni akan masuk sekolah semula if im not mistaken..pagi tadi husband bagitau yang sesi persekolahan akan dibuka pada 07 November nanti..fuhhhhh lepas ni nak kena marathon check kerja sekolah anak sepanjang pdpr ni..biasa la mak2 kadang tak dan nak tengo anak buat kerja.
ok..berbalik kepada tajuk..hari tu saya ada apply untuk COS untuk jadi cikgu..saja mencuba..ada rezeki alhamdulillah..kalau takda pun alhamdulillah..faham ja ramai yang lagi layak dan umur pun muda-muda berbanding saya..jadinya takda lah nak berharap sangat dan apa2 pun keputusan, saya akan redha..sekarang ni pun dah start redha dah kalau tak lepas nak ke iv..tapi at least, ada juga jawab exam online macam ni..lepas dah apply tu, kena la jawab exam kan..sebab saya takda ikhtisas pendidikan..soalan dia simple dan a bit tricky la..more to personality..nak tengok boleh ke dengan gaya kita, sikap kita sesuai dan layak untuk jadi cikgu..
macam dalam gambar, ada 180 soalan yang perlu dijawab..dan hanya 45 minit diperuntukkan..bagi saya memang tak dan la nak check semula jawapan sebab satu kekangan masa nak baca soalan dan jawapan berulang kali dan selebihnya takut anak kecik terbangun dan apa2 sahaja yang berkaitan anak..hehehe..jadi, itulah dia..prtama kali jawab soalan begini..apa pun keputusan, tak kisah..saya percaya semuanya rezeki dari Allah..
cukup sampai sini kot..till next time guys..assalamualaikum
hope semua doing well..ahamdulillah kami kat sini so far so good..dalam era pandemik ni memang kena sentiasa berjaga2..mask on..selalu cuci tangan atau guna hand sanitizer..jaga kebersihan..jaga jarak fizikal dan sebagainya sepertinya yang telah KKM sarankan.
So for today, rasa macam nak cerita pasal satu tempat kat sabah ni.nama tempat tu Tanjung Simpang Mengayau yang terletak di Kudat..perjalanan dari KK mengambil masa dalam 3 ke 4 jam untuk sampai dan bergantung kepada cara pemanduan.1st time saya sampai sana masa 1st year dulu..ketua rumah yang ajak. memang unplanned la..tau2 ja dah kena ajak..saya pun masa tu takda buat apa so join ja la..kami berempat masa tu.ketua rumah tu dengan dua orang cousin dia dan saya.serba sedikit berkenaan Tanjung Simpang Mengayau ni..ni saya dapat dari google.
Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou,adalah bahagian paling utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, negeri Sabah, Malaysia. Ia merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.Nama asal Tanjung Sampang Mangazou berasal dari bahasa kaum Rungus, sebuah kumpulan etnik yang tinggal terutamanya di daerah Kudat. Tanjung (tanjung), Sampang (kesatuan) dan Mangazou (pertempuran) perkataan merujuk kepada lokasi ini pertempuran berlaku apabila Rungus etnik mempertahankan wilayah mereka terhadap serangan dari lanun. Menurut legenda, tempat ini adalah dijadikan kawasan pendaratan bagi lanun.
W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design