assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
alhamdulillah,tercapai juga hasrat saya untuk mendaki Broga Hills pagi tadi..
thanks kawan-kawan dan en. bf sebab bawa saya ke sana..
thanks juga kepada aisyah merangkap kakak kesayangan saya sebab ajak saya join..
perjalanan kami..
jam 11.30 malam
saya dan aisyah keluar dari rumah dan menuju ke rumah 'kawan rapat' untuk pickup dia..
then kami bertiga terus gerak ke NSK di selayang untuk membeli sedikit bekalan makanan dan minuman semasa mendaki nanti..
jam 12.30 tengah malam
kami menuju ke sentul untuk mengambil rakan kepada 'kawan rapat', firdaus..
dia akan menjadi peneman kepada 'kawan rapat' saya sebab pada mulanya kami mahu pergi bertiga sahaja..
tapi tergerak pula hati mau ajak dia sekali..
then,lepas jemput firdaus kami ke kedai di sentul untuk mengalas perut..
jam 2.00 pagi
kami bergerak ke downtown cheras untuk membeli sedikit barang..
sementara itu juga kami turut menunggu 'kawan rapat' dan firdaus datang sebab mereka lambat sedikit.
sepatutnya ada 3 orang lelaki yang ikut tapi disebabkan kawan firdaus tak jadi ikut,maka kawan kepada aisyah pula yang join kami..
lepas ambil semua barang amoy merangkap kawan aisyah ni,kami pun terus bergerak menuju ke semenyih..
jam 5.00 pagi
akhirnya,kami sampai ke tempat yang dituju..
keadaan masih gelap..
hanya ditemani lampu suluh,kami bergerak menuju ke puncak..
firdaus menjadi leader kami dengan bergerak di bahagian hadapan..
keadaan jalan yang pada mulanya mendatar menjadi semakin mencabar apabila sampai di pertengahan jalan..
keadaan yang curam ditambah dengan tanah yang lcin menyukarkan sedikit perjalanan kami..
namun alhamdulillah,kami akhirnya tiba di puncak pada jam 5.45 pagi..
syukur alhamdulillah..
pemandangan yang sangat indah disnari cahaya lampu dan angin yang sejuk hingga mencucuk ke tulang..
kami menunggu sehingga terbitnya matahari..subhanallah..sangat cantik pemandangan di waktu pagi..
jam 8.00 pagi
kami berlima bergerak turun semula ke bawah..
masa turun ni rupanya lagi sukar daripada masa menaik..
namun,semua tu kami tempuh bersama dan akhirnya kami sampai semula ke bawah..
syukur..syukur.. ^_^
di bawah ada beberapa keping gambar yang mahu dikongsikan bersama.
enjoy..
cantiknya lalang dan pemandangan di belakang..huhu
itulah dia..puncak di atas sana..
pemandangan pada waktu pagi dari atas..
hmm,so rasanya nak kongsi cerita ni saja hari ni..
apa-apa pun sangat seronok dapat naik Broga Hills..
nanti-nanti boleh naik lagi,insyaALLAH..
sekian,wassalam..