Friday, June 24, 2011

25th entry 2011 : Hmm,betul ke ni???

assalamualaikum dan salam sejahtera..
apa khabar readers??hope semua sihat..
saya alhamdulillah sihat even ada sedikit penat la sebab buat part time..
untuk entry kali ni nak share sikit pasal fakta antara lelaki dan perempuan..
tak tau la betul ke tak..just sebagai pengetahuan,maybe..hehehe..













so,agak-agak betul ke fakta yang diberi ni??
hmm,oklah..cukup untuk hari ni dulu..
insyaALLAH jumpa lagi di next entry..
sekian,wassalam..


Sunday, June 19, 2011

24th entry 2011 : Daripada ALLAH kita datang dan kepada DIA juga kita kembali

assalamualaikum dan salam sejahtera..
entry kali ini ditulis untuk mengenangkan seorang anak muda yang telah kembali menemui PENCIPTA-nya..
niatnya untuk melihat kolej tidak kesampaian apabila dia menemui ajal dalam perjalanan ke sana.

hari jumaat lepas,selepas saya balik kerja ibu bagitau saya bahawa kawan adik saya meninggal..
pada mulanya saya tak rasa apa sangat..sedih tu memang ada la.
tapi bila malam tu adik saya cerita pasal arwah,saya jadi sebak..memikirkan penerimaan keluarga dia apabila dia dikebumikan nanti..dan selepas itu tiada lagi arwah di muka bumi ini..
mengikut cerita adik saya,arwah terlibat dalam kemalangan semasa mahu melihat kolej tempat dia mendaftar esok (sabtu,17.06.2011).
namun,janji ALLAH pada kita,setiap yang hidup pasti akan mati..
cuma kita tidak tahu bila,di mana,dan bagaimana..
arwah telah dilanggar oleh sebuah bas sebelum dirempuh oleh sebuah proton wira yang tak sempat untuk brek..
kejadian berlaku di highway bangi kalau tak silap..
motosikal arwah rosak teruk,rim putus dua..dan arwah sendiri terpelanting ke tengah jalan..
masyaALLAH..bagaimanalah kesakitan yang arwah tanggung..
bas yang bertanggungjawab tidak berhenti dan ini bererti kes ini adalah kes langgar lari..
arwah meninggal di tempat kejadian..
kakinya digilis..luka-luka di muka dan pendarahan dalaman di kepala..
sebenarnya arwah pergi dengan seorang lagi kawan..namun kawan arwah berada di hadapan..
semasa kawannya menunggang motosikal,dia merasa tidak sedap hati sebab dia tak nampak kelibat motosikal arwah di belakang..
lalu kawan dia pun pusing balik dan di seberang sana dia nampak jalan dah mula jammed..
apabila terlihat akan helmet yang pecah,dia semakin tak sedap hati..
sampai di tempat kejadian,dia melihat sahabatnya terbujur kaku..
innalillah..daripada DIA kita datang dan kepada DIA juga kita kembali..

daripada apa yang adik saya sampaikan,kawannya masih lagi trauma dan tak tahu macam mana nak beritahu kawan-kawan..tiada kata yang terlafaz daripada bibir..
pergi berdua tapi balik seorang diri..
adik saya juga ada cakap,pagi tu arwah kata dia takut hendak pergi  tapi arwah pergi jua..
sedih sangat cara arwah meninggal..

jenazah arwah dikebumikan pada hari esoknya,hari sabtu..iaitu hari yang sepatutnya dia mendaftar diri di kolej..
alhamdulillah,ayah arwah sempat tiba dari Dubai untuk menatap arwah anaknya buat kali terakhir..
ibunya terpaksa dipapah kerana lemah dan hampir pengsan..
seorang daripada kawan arwah pengsan..agaknya terlalu sedih dengan pemergian kawannya..
adik saya sendiri masih tidak percaya kerana malam sebelum kejadian dia baru sahaja duduk minum dan bergurau-senda dengan arwah..
helmet arwah disimpan adik saya sebagai kenangan..

kita sebagai hambaNYA haruslah menerima qada' dan qadar ALLAH..
walaupun saya tak mengenali arwah,tapi saya tetap terasa..
semoga kita semua dilindungi ALLAH..
semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
al-Fatihah..

oklah,sampai sini saja untuk hari ini..
insyaALLAH jumpa next entry..
sekian,wassalam..


Wednesday, June 8, 2011

23rd entry 2011 : Renungan

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers..

Lemahnya diri ini
Baru sedikit ALLAH menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru sahaja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sedikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sedikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila satu kebajikan dimulakan 
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang wanita/lelaki
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata hendak tempuhi
Baru sahaja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad
Baru sedikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari'at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingati mati


hmm inilah renungan yang ingin saya kongsikan untuk hari ini.
semoga kita mengambil iktibar darinya..
ingin juga saya kongsikan satu doa..iaitu doa ketika menghadapi ujian..



rasanya setakat ini sahaja yang hendak dikongsikan hari ini..
sebelum saya terlupa,saya nak ucapkan selamat pengantin baru kepada member sekolah saya,Payed..
diberi kesempatan untuk ke rumahnya dan sambil tu kami buat mini gathering.
dapatlah jumpa classmates dengan schoolmates masa zaman sekolah menengah dulu..



oklah..jumpa next entry nanti ya..
sekian..wassalam..

Friday, June 3, 2011

22nd entry 2011 : Doa Apabila Bercermin

assalamualikum dan salam sejahtera semua..
hari ni 03.06.2011..mei sudah pun berlalu meninggalkan kita dan jun pula menyusul..
semoga kita semua mendapat kerahmatan dari ALLAH,insyaALLAH..

hari ini saja mau kongsikan satu doa..
masa saya jadi guru tadika dahulu,saya ada tuliskan doa ini untuk pelajar saya..
doa ini diambil dari sebuah buku..
semoga mereka masih lagi mengingati doa ini..
apabila bercermin,bacalah doa ini dan semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.. :)



 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com