Pages

Wednesday, November 24, 2021

6th entry 2021 : Honeymoon + babymoon

 assalamualaikum guys..jumpa lagi di entry yang terbaru ni..padahal baru 2 hari lepas update blog ni..actually saja update sebab nak biar dalam ni..upload sekali gambar2 kat fb..buat macam ni sebab hardisk kesayangan rosak,,so semua gambar video memang tak boleh nak diselamatkan..sayang betul..berhari-hari nak move on..sebab dalam tu banyak gambar..paling sayang, gambar ke sabah masa pregnantkan anak yang kedua ni..ni ada sedikit saja yang dapat diselamatkan.

disebabkan hardisk rosak so amik inisiatif nak buat entry dan upload kat sini..at least ada rujukan nanti..so dah lama dah ke sabah ni..masa tu bawak husband dan anak sulung dan pregnant 7 bulan..gigih jumpa dr mintak surat sebab dah lebih 28 minggu masa nak fly tu..in case apa2 jadi, senang nak buat keputusan.terbanglah kami 3 beranak jam 6.50 pagi tak silap..suami kepada kakak ipar yang tolong hantarkan ke KLIA..perjalanan dalam 2 jam 30 minit..so sampai sabah dalam jam 9 lebih gitu..lepas amik kereta terus gerak nak ke kundasang..sempat singgah tempat makan ayam penyet femes kat alam mesra..suami pun approved..ahahaha..cousin yang pernah datang dulu pun saya bawak ke situ..siap tapau bawak balik semenanjung lagi..ahahahaha..

lepas dah beli makan t/hari bergerak ke kundasang..tak check in dulu sebab belum jam 3..so ke kundasang memorial dulu..lepas dah puas bergambar, gerak ke desa dairy farm..pergi makan gelato dan beli susu..dah habis semua tempat jelajah, baru la kami ke nabalu lodge kundasang untuk check in..tempat memang puas hati..bilik puas hati..makan pun not bad at all..selepas check in singgah beli sayap ayam dulu..makan pedas-pedas time cuaca sejuk..fuhhhhh memang heaven..air panas dalam toilet pun masih tak boleh hilangkan kesejukan kundasang tu..tidur syok sebab berlatar belakangkan gunung kinabalu..malam, solat di masjid di kundasang..algi besar nampak gunung kinabalu tu..memang cantik subhanallah..

pagi, breakfast di cafe nabalu lodge dengan menghadap gunung kinabalu..very the clear one punya pemandangan..alhamdulillah rezeki dapat tengok gunung yang terbentang luas tu..then dah siap, gerak ke desa dairy farm lagi..sambung bergambar plus sambung beli susu..then ke ranau untuk ke ladang teh..seronok sebab tak ramai orang dan boleh explore macam2..lepas tu turun pekan ranau, pekena mee sup dia..sedap..boleh cuba lagi nanti..

lepas dah selesai semua, kami bergerak ke kota belud..ke rumah ibu sahabat saya..sengaja nak perkenalkan husband kepada keluarga ini.sebenarnya sahabat ni kawan suami di BMI dulu..biasanya sahabat suami, sahabat isteri juga..ehehehe..saya pernah datang rumah mereka masa belajar dahulu..tidur sana 2 hari..macam2 pengalaman dapat..keluarga sahabat ini memang baik orangnya..yang paling best bila setiap kali solat, akan solat berjemaah bersama-sama..saya takkan lupakan jasa mereaka menumpangkan saya di rumah mereka semata-mata nak ke tamu kota belud..

sebelum turun ke kota belud, singgah sekejap di taman kinabalu..selesai semua, jalan terus ke koya belud..dari kota belud, singgah di tuaran..p makan makan dieorang yang femes tu..bukan kerang bakar.bukan tiram bakar..tapi apa ya..aduiiina lupa sudah nama dia..tapi senagkatan tu dengan keluarga kerang-kerangan..memang puas hati..sambil minum air kelapa dan makan jeli kelapa sekali..menyempat juga la kami ambil gambar di landmark tuaran tu, yang binaa kuda banyak-banyak di roundabout tu..next destination, check in di Hotel Tabung Haji di bandar KK..yang ni pun bilik dia puas hati..cukup besar untuk kami bertiga..breakfast pun disediakan..memang tak menyesal la check in sini..hihihi..

esoknya flight malam, so pergi dulu membeli belah di pasar filipin..beli sedikit cenderahati buat keluarga di semenanjung..lepas selesai beli barang, kami pulangkan kereta sewa..kereta sewa ni kami sewa dari student ums ja..murah dan ok la..kereta jimat minyak..kereta proton saga..kami ambil tuan punya kereta di UMS, dan bergerak ke putatan, rumah keluarga angkat saya..perkenalkan pada suami dan anak..inilah keluarga yang paling berjasa kepada saya dari hari pertama saya sampai ke sabah..hantar ke UMS untuk register u, dibawak balik time raya, dibelanja makan, dibawak keluar setelkan segala keperluan..belum kira lagi keluarkan duit masa dompet saya hilang..hantar, ambil dari UMS dan macam-macam lagi jasa mereka..memang saya takkan lupakan sampai hujung nyawa..

sebelum menutup kata, kat bawah ni antara gambar-gambar kami kat sana..mohon maaf la kalau tak berapa jelas atau apa ye..till next time readers..assalamualaikum..







gambar diambil dari fb nabalu lodge..gambar kami ada tangkap masa pergi tu tapi itulah tak dapat diselamatkan..kalau nak tau lebih lanjut boleh ke fb nabalu lodge ok..



gambar gunung kinabalu dari bilik kami menginap..ni diambil pada hari kedua kami di kundasang





kundasang war memorial















desa cattle dairy farm



ladang teh di ranau



di taman kinabalu..tempat ni check point untuk orang daki ke gunung kinabalu..





dan kat atas ni segala gambar yang ada di kundasang, ranau dan tuaran..yang di ranau tu yang di ladang teh tu, gambar masa saya di UMS..gambar masa babymoon ni, krik krik krik tak dapat diselamatkan..





masa di Kota Belud pun tak bergambar..hanya berborak saja sebab lama tak jumpa dengan keluarga ni..dapat la tengok si kecil aqil yang masih dalam pantang masa tu..aqil ni anak buah pertama sahabat saya..so ni saya letak gambar dengan ibu kepada sahabat saya, Irma..gambar berempat ni masa saya melawat keluarga makcik Masdiah selepas konvo tahun 2013..



healthy breakfast di TH Hotel..healthy ke?sebab lepas tu makan lagi benda lain..ahahahahaha



diambil sementara tunggu flight nak balik ke KL..





















0 comments:

 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design