Pages

Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Friday, January 6, 2012

1st entry 2012 : Kenangan mengusik

assalamualaikum dan salam sejahtera..
hai readers..apa kahabar?
hope semunya sihat-sihat belaka..
alhamdulillah saya dah habis tiga paper..so,ada lagi tiga paper yang bakal menjelma..
disebabkan paper hari selasa,rasanya mau update blog sekejap malam ni..
btw,happy new year guys..
even dah lambat,nak juga wish to all of you..hehehe..
semoga tahun ini akan bertambah baik dari tahun-tahun yang lepas,insyaALLAH..

tengok tajuk macam apa ja..hehe..tak tau nak tulis tajuk apa..
actually kenangan ni masa zaman-zaman sekolah dulu..
masa tu saya belajar di Sekolah Teknik Bukit Piatu,Melaka..batch tahun 2003/2004..
tapi kejadian yang jadi ni tak ingant pula masa Form 4 @ Form 5..

macam ni ceritanya..hari tu adalah hari Melaka Bandaraya Bersejarah..
jadi cuti umum la untuk seluruh Melaka..
jadi,saya dengan 3 orang budak dorm,jalan-jalan la sekitar sekolah..
tak silap dari hostel perempuan belakang ataupun dipanggil aspuri 2 sampai la ke bahagian asrama perempuan di bahagian depan atau aspuri 1..
aspuri 1 tu memang dekat sangat dah dengan pintu pagar utama sekolah..

kami berempat yang dah penat ni,ternampak la satu kedai abc dekat seberang jalan..
jadi kami pun tanya la dekat pakcik guard tu boleh tak kami pergi beli abc..
pakcik guard kata boleh..
jadi kami apa lagi terus la melintas jalan..yala,penat berjalan rasa haus sangat2 la..
memang happy gila la time tu..
tapi entah macam mana kan,ketua warden kita orang round-round sekolah..
jadi apa lagi,terus kita orang dipanggil balik masuk ke sekolah..
time tu ketua warden kami nama cikgu Idopi..saya sangat takut pada dia ok..sebab dia sangat garang bagi saya..huhuhu..

nah,apa lagi,.lepas ja kami masuk kawasan sekolah,kena la dengan warden kita orang tu..
dia cakap kami dah lakukan 1 kesalahan iaitu fly dari asrama..
tindakan yang akan diambil kalau fly dari asrama mestilah buang asrama kan..
dush,.rasa macam kepala terhantuk ke jalan..
sangat takut time tu..even kami pertahankan diri dengan cakap kat warden kami tu yang pakcik guard bagi kami kebenaran tapi dia cakap kami still bersalah sebab tak dapatkan kebenaran warden..
huhuhuhu..time tu dah tak tau nak buat apa dah..memang terfikir kena buang asrama ja..
kalau kena buang asrama,macam mana nak ke sekolah..
dah la rumah jauh dari sekolah..arghhh..time tu memang rasa tension sangat-sangat..

so,hari isnin tu nama kami berempat dipanggil depan perhimpunan..
pergh..dup..dap..dup..dap jantung saya time ni..
ketua warden kami minta kami jumpa dia lepas perhimpunan..
so,kami pun jumpa la dia..
kami diminta tulis surat pengakuan pasal kejadian fly tu la..
memang rasa sangat sedih la time tu..rasa nak menangis masa tulis pengakuan tu..

lepas dah tulis surat pengakuan tu,kami tak tau la perkara ni dibincangkan dengan warden-warden yang lain atau tak..
yala kan,kesalahan kami tu agak berat so mestilah ada mesyuarat sama ada diputuskan kami ni bersalah atau tak..
saya tak ingat berapa lama masa yang diambil untuk kami tunggu keputusan tu..
memang tak senang duduk la..macam cacing kepanasan..
tapi alhamdulillah..akhirnya kami terlepas dari hukuman..
tak tau la atas sebab apa..tapi kami diberikan amaran yang pertama la atas kesalahan yang kami dah lakukan tu..
alhamdulillah,bersyukur sangat-sangat time tu..huhu..
lepas daripada kejadian tu,memang tak ada lah nak berjalan ke apa lagi..
sebab takut ter-fly lagi..hieeeee..
hmm,ni ja la satu-satunya kesalahan yang agak besar dan serius yang pernah saya lakukan..


hmm rasanya ni saja mau kongsi dengan rakan-rakan bloggers..
so,jumpa lagi..
sekian,wassalam..


p/s: Juliet_iRa,ingat tak cikgu Idopi??rindunya dengan teknik..huhu..
kawan-kawan yang pernah tinggal kat asrama ada cerita tak??
meh la kongsi sama-sama..hehe..

Tuesday, November 29, 2011

47th entry 2011 : 4 hari di Kota Belud..Terima kasih Wan Irma Idayu Restu sekeluarga


assalamualaikum dan salam sejahtera..
hari ni hari yang cerah dan ceria..syukur alhamdulillah..
wah,lama rasanya tak menulis di blog ni.
biasa la kan,lately ni snagat busy dengan midterm dan penghantaran assignment..
so,tak dapat nak lakar apa-apa di blog..
hari ni baru ada kesempatan.

4 hari di Kota Belud..
sangat seronok dan best..
dapat rasa suasana kampung yang udara bersih,segar,dikelilingi sawah padi dan gunung kinabalu yang cantik.
sebenarnya saya ingin ke tamu di kota belud..
tapi kawan saya kata kena pergi awal pagi baru ada banyak barang.
jadi dia jemput saya tidur di rumahnya.
jadi,hari sabtu lepas,kawan saya datang jemput saya di hostel.
kesian dia..penat-penat balik dari kenduri kahwin terus datang jemput saya.
perkalanan dari KB ke KK mengambil masa lebih kurang satu jam setengah.

lepas dia jemput saya,kami bergerak ke 1B..
kawan saya ingin membeli sedikit barang..
then kami makan tengah hari di sana dan selepas makan kami bergerak ke KB.
alhamdulillah..kehadiran saya disambut baik oleh keluarga irma terutama emaknya.
so,tak payah cerita panjang la kan..
kita tengok gambar saja la..
biar gambar menceritakan segalanya..
by the way,thanx to irma sekeluarga sebab sudi terima kehadiran ema di rumah ini.. 

upsss...before terlupa..
asal usul nama Kota Belud tu menurut cerita kawan saya,belud tu maksudnya bukit..
jadi,disebabkan pekan Kota Belud tu dikelilingi oleh bukit,jadinya
orang dulu-dulu namakan la tempat tu Kota Belud..
tu la serba sedikit cerita tentang nama Kota Belud tu..


pemandangan sawah padi di hadapan rumah


taman bunga yang mempunyai bunga yang berwarna-warni


anak sungai di belakang rumah


sekitar tamu kota belud


penjual-penjual ikan gigih mencari rezeki untuk sesuap nasi


irma dan saya di pekan kota belud


irma dan adiknya miming yang sentiasa ceria


kawan saya yang comel dan baik hati,wan irma idayu restu


oklah,mau solat dan makan dulu ni..
sekejap lagi mau balik KK sudah
nanti ada masa cerita lagi..
dan akhir sekali,ada
warkah untuk irma satu keluarga:




sekian,wassalam..
jumpa lagi.. >_<


p/s:lama tak blogwalking..nanti ada kesempatan saya jalan ke blog anda.. :)

Saturday, November 12, 2011

46th entry 2011 : Kenangan dari Kundasang


semoga dikau terus kembang dan mekar
wahai bungaku..
>_<
 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design