Pages

Showing posts with label new experience. Show all posts
Showing posts with label new experience. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

49th entry 2011 : Jungle trekking & rafting

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
diharapkan semua sihat-sihat..
alhamdulillah..kokum untuk sem III ni akhirnya habis juga petang tadi..
sangat-sangat gembira..
so next sem,tak ada la bangun pagi untuk hari sabtu..boleh berehat panjang..ehehe..
tapi semestinya saya akan merindui saat-saat tu..
oklah,malam ni nak cerita pasal saya pergi jungle trekking & rafting..
program ni kolej kediaman saya yang anjurkan dengan kerjasama pihak BTN cawangan Sabah.
program ni berlangsung selama dua tiga hari..
hari pertama,semasa mahu ke tempat tu kami sesat 2 kali..
kami tak jumpa tempat..
pengarah call sana sini untuk cari tempat program dan akhirnya kami sampai juga..
pemandangan di situ memang cantik..
lagi-lagi dengan keadaan alam semulajadi yang tak berusik oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab.
oklah,biar gambar yang bercerita.. :) 


 inilah tempatnya.. tempat untuk kami ber-rafting nanti.. macam tak sabar ja..ehehehe.. ok tempat ni di Tamparuli..tak jauh sangat la dari kolej kediaman saya.. konon-konon ni ambil feeling kat signboard..hieeee.. ok,ni hobi terbaru saya..suka ambil gambar di signboard..
eh,jap..the spesifik tempat kami akan berada ialah di Riverbug Kiulu.. hmm tapi,bila tengok kat website sabahtourisam,tempat ni di Tuaran..bukan Tamparuli..
huhuhuhu...




mentang-mentang la khemah dah siap dipasang semasa kami sampai,so apa lagi..
bergambar saja la kerja kami..
hehehehe..biasalah kan pantang nampak kamera..
lagi-lagi perempuan macam kami semua ni..
dalam setiap gambar mesti ada muka masing-masing..
kesian photographer tak ada banyak gambar..hieeeee..
ramai juga yang saya baru kenal dalam gambar ni..iyala kan,even satu kolej tapi bukan hari-hari
 jumpa.. :)

ni gambar masa jungle trekking..
kalau tak silap la kan,ni baru separuh perjalanan kami..
mungkin baru dua jam berjalan..sangat penat ok..
ooh,kenapa gambar lelaki ja??sebabnya perempuan dihadapan..
lelaki kena la jaga keselamatan perempuan..hehehe..



ini pula gambar kami masa tengah berehat..
masih boleh lagi tersenyum even sangat penat..
rasa macam tak larat dah nak jalan..
tapi berbekalkan air berbotol-botol,alhamdulillah masih ada tenaga lagi..
haus ja minum air..hieeeeee..
masa ni kami menunggu kawan-kawan yang lain sampai..



ehem..ehem..tuan punya blog nak tempek muka pula..
ehehehehe..
ni gambar masa saya melalui jambatan gantung..
kalau tak silap ni jambatan gantung yang kedua..
dan kalau tak silap juga ada 6 jambatan gantung yang kami lalui..
ada yang pendek..ada juga yang pandang..
kadang-kadang rasa takut juga mau lalu..
sebabnya ada jambatan tu macam dah usang ja..tapi alhamdulillah la..selamat juga semuanya.. :)
so,lepas 4 jam kami jungle trekking,akhirnya kami sampai juga..
syukur la tak ada sebarang kejadian buruk yang terjadi sepanjang kami jungle trekking..
rasa cuak juga nak ber-rafting..
maklumlah pertama kali kan.tapi tekad kat hati memang nak juga ber-rafting..
alang-alang dah sampai kan..
mengikut kata orang-orang yang akan bersama kami untuk ber-rafting tu,masa untuk sampai ke tapak perkhemahan semula adalah selama 3 jam..
mak aiii,lama betul..tapi ok la kan..pengalaman tu yang penting..



gambar ni gambat sebelum kami memulakan rafting..
ambil mood kononnya..
hahahahaha..
hmm nampak pelik ja bila topi saya tu ada dua lubang..
yang lain tu ok ja..salah ambil topi ni...hieeeeeee..
yang sebelah saya tu meen dan sebelah meen tu fida..
kami bertiga la satu boat..
dan dengan 3 lagi fasilitator..


peace..hahahaha..
ni gambar masa kami tengah ber-rafting..
tapi masa ni kat tempat air tenang..
jadi boleh la amik gambar...
hahahahaha..
kenapa tinggal kami bertiga ja atas bot dan termasuk orang yang pro tu??
ini adalah sebab 3 orang fasi kami jatuh dalam air..
hahahahaha..padan muka..tu la,suka sangat tarik-tarik kami yang perempuan ni..
last-last semua jatuh...hahahahahaha..


tengah seronok bermandi-manda..
aktiviti ni dilakukan selepas sampai ke tapak perkhemahan..
alang-alang dah basah,apa lagi..
berpesta la kami kat sini pula..
hehehehe..
air sangat sejuk..dan keadaan kat situ banyak batu-batu..
batu-batu licin pula tu..jadi kena hati-hati semasa berjalan..


alhamdulillah...
selamat juga kami sampai akhirnya..
aktivit yang sangat best dan saya takkan lupa sampai bila-bila..
kalau ada peluang mau join lagi..
yeah..happy moment.. :)
oklah,itu saja kot mau cerita..
so,see you next entry..
sekian,wassalam..

Sunday, March 20, 2011

11th entry 2011 : Majlis Tamat Latihan


assalamualaikum dan selamat pagi..
 di pagi yang hening ini,tiada apa mau ditulis..
hanya sekadar 'meng'upload sekeping gambar untuk tatapan

..secebis kenangan bersama..

Tuesday, March 8, 2011

9th entry 2011 : Aktiviti Rappeling di Balai Bomba

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
semoga semua sihat-sihat ya..
hmm boring petang-petang ni..mau study tapi tak ada mood..
haishhh apa mau jadi la ni..
esok ada dua midterm..huhu..tak apa,lepas maghrib nanti saya start la study..
semoga semuanya dipermudahkan.insyaALLAH..

entry kali ni saya mau cerita pasal aktiviti rapelling..
aktiviti ni saya ikuti sebab saya terlibat dalam kokum di UMS ni..
iaitu kokum bomba dan penyelamat..kokum ni saya ambil selama 3 sem seperti yang ditetapkan universiti.
sebelum aktiviti rapelling ni,kami dah terlibat dalam aktiviti pemadaman api dan juga ikatan..kawad kaki tu biasa la..setiap hari sabtu masa kokum,kami akan kawad dulu..hmm sebagai aktiviti pemanas badan..ehehehe..hitam bha kulit saya..
tak apa lah,bila lagi mau rasa pengalaman macam ni kan??hehehe..

oklah,hari sabtu lepas kami berkumpul di Dewan Canselor seawal jam 8.
kami akan di bawa ke ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah di Lintas..
sampai sahaja di sana kami berehat seketika dan apabila jurulatih tiba,kami diarahkan untuk kawad kaki..
dan selepas itu,kami diajar bagaimana untuk menuruni bangunan dengan menggunakan tali dan cara-cara yang betul semasa turun.
kami laukan aktiviti itu di menara peninjau balai bomba tu sendiri..
perasaan takut dan ngeri mula terbayang jika terjatuh dari menara itu sebab bagi saya ianya tinggi..huhu..



saya rasa ingin mencuba aktiviti itu walaupun adanya perasaan takut..
tapi saya gagahkan diri juga sebab bukan senang mau timba pengalaman dalam bidang ini..
bidang yang membahayakan dan kadang-kadang boleh meragut nyawa demi menyelamatkan orang lain.
so dengan rela hatinya saya pun try..macam seronok saja tengok jurulatih dan kawan-kawan buat aktiviti ni..
dan akhirnya saya berjaya..even peralatan yang digunakan agk berat sehinggakan masa mau panjat tangga untuk naik ke menara rasa macam mau jatuh sebab bawa beban..huhu..
actually rapelling ni yang kita turun bangunan dengan cara kaki tu kena touch bangunan then kita injakkan badan kita..macam gambar di bawah ni,saya dah terpusing sebenarnya..hehehe..
tak pernah buat..thats why jadi macam tu..tengok jurulatih buat senang saja..kaki mereka dah macam spring dah..huhu..




apa-apa pun ini adalah pengalaman yang hebat buat saya dan kawan-kawan..
sampai di sini saja dulu..
jumpa next entry..wassalam..


p/s : comment dari en harifuddin (our jurulatih)3 hours ago di page bomba dan penyelamat:
Syafiq (our group leader) myb we'd to cncel to go to pool..but we have another plan..hope u ll be agree.really happy for next week (on 19hb Mac 2011) and to all AJK Bomba dan Penyelamat II, wait 4 my attntion this week.. mke sure.. attnd t class..
p/s : pasukan bomba dan penyelamat UMS akan ke pulau mamutik jika diizinkan.jurulatih bagitau di sana nanti kami akan didedahkan dengan aktiviti menyelamat mangsa lemas..tolong doakan semoga perancangan ini menjadi.. :)

 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design