Pages

Monday, October 25, 2021

4th entry 2021 : Ujian Online eUKCG

 assalamualaikum..lama juga tak update kan..

so how your life so far??for me, alhamdulillah..masih ok walaupun kadang dilanda sakit kepala, anak demam, suami alergik, anak kat sekolah and the list goes on..ahahaha..apa-apa pun kena sentiasa bersyukur ye dak? 😊

terengganu now dah masuk fasa 4..tak lama lagi anak yang sekolah rendah ni akan masuk sekolah semula if im not mistaken..pagi tadi husband bagitau yang sesi persekolahan akan dibuka pada 07 November nanti..fuhhhhh lepas ni nak kena marathon check kerja sekolah anak sepanjang pdpr ni..biasa la mak2 kadang tak dan nak tengo anak buat kerja.

ok..berbalik kepada tajuk..hari tu saya ada apply untuk COS untuk jadi cikgu..saja mencuba..ada rezeki alhamdulillah..kalau takda pun alhamdulillah..faham ja ramai yang lagi layak dan umur pun muda-muda berbanding saya..jadinya takda lah nak berharap sangat dan apa2 pun keputusan, saya akan redha..sekarang ni pun dah start redha dah kalau tak lepas nak ke iv..tapi at least, ada juga jawab exam online macam ni..lepas dah apply tu, kena la jawab exam kan..sebab saya takda ikhtisas pendidikan..soalan dia simple dan a bit tricky la..more to personality..nak tengok boleh ke dengan gaya kita, sikap kita sesuai dan layak untuk jadi cikgu..



macam dalam gambar, ada 180 soalan yang perlu dijawab..dan hanya 45 minit diperuntukkan..bagi saya memang tak dan la nak check semula jawapan sebab satu kekangan masa nak baca soalan dan jawapan berulang kali dan selebihnya takut anak kecik terbangun dan apa2 sahaja yang berkaitan anak..hehehe..jadi, itulah dia..prtama kali jawab soalan begini..apa pun keputusan, tak kisah..saya percaya semuanya rezeki dari Allah..

cukup sampai sini kot..till next time guys..assalamualaikum

0 comments:

 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design