Assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
tiba-tiba terasa rajin pulak nak update..
pada hal bukan selalu update pun..hieeeee
actually bukan apa..teringat masa zaman kerja dulu..sangat seronok sebab melayan pelbagai kerenah anak murid dengan ibubapa..
lepas saya habis diploma,saya kerja sebagai guru tadika di salah sebuah tadika di putrajaya..
kenapa guru tadika???sebabnya masa diploma dulu saya ambil kos Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak..
so saya bersyukur la pekerjaan saya time tu relate dengan kos yang saya ambil masa di kolej dulu..
tapi lepas tu kerja di UIA,tak ada kena mengena langsung dengan apa yang saya ambil masa diploma dulu..
tak apa la kan..janji saya ada pengalaman tak kira la kena-mengena atau tak dengan kanak-kanak..hehehehe..
ni gambar masa kerja kat UIA..di Kuliyyah Architecture and Environmental Design (KAED)
ok..disebabkan saya cerita pasal kerja,ni ada satu soalan..
saya jawab ikut suka saya ja..
so siapa-siapa yang dah bekerja kalau tak agree dengan jawapan saya,boleh la beri pandangan anda..
soalan dalam eng..tapi saya jawab in bm ja..sebab english saya tak best..
ooh,by the way..entry kali ni agak panjang sikit..
QUESTION : Job satisfaction and organizational commitment are closely related to the employer and employee. Discuss to what extent this statement is true.
Jawapan saya:
Kepuasan kerja membawa maksud keseronokan dalam melakukan sebarang kerja atau emosi yang positif lahir daripada penghargaan yang didapati hasil daripada pekerjaan yang dilakukan atau pengalaman bekerja. Komitmen organisasi pula adalah kesungguhan seorang pekerja dalam melakukan tugasnya demi membantu organisasi itu berada di tahap yang lebih baik. Ini dapat ditunjukkan melalui hasil kerja yang telah dilaksanakan.
Terdapat banyak aspek yang terkandung dalam kepuasan bekerja seperti bayaran gaji, keadaan tempat bekerja, rakan sekerja, prospek kerja dan juga aspek dalam terhadap kerja itu sendiri.
Untuk aspek yang pertama iaitu pembayaran gaji, seorang pekerja itu akan merasa puas terhadap pekerjaannya jika gaji yang dibayar adalah setimpal dengan apa yang dilakukan dan dengan kelayakan yang ada. Sebagai contoh, gaji seorang eksekutif akan lebih tinggi daripada seorang kerani. Ini adalah kerana kelulusan yang diperolehi oleh eksekutif adalah lebih tinggi daripada kerani. Oleh sebab itu, sekiranya gaji yang diberikan oleh majikan adalah sesuai dengan taraf kelayakannya pekerja maka pekerja akan terus memberikan komitmen yang tinggi terhadap organisasi tersebut. Namun sekiranya gaji kerani adalah sama dengan gaji eksekutif ianya akan membawa kepada ketidakpuasan hati di kalangan pekerja terutamanya eksekutif itu sendiri.
Selain daripada itu, kepuasan bekerja juga termasuklah jawatan atau kedudukan seorang pekerja di dalam organisasi tersebut. Apabila seseorang itu diberikan jawatan yang sesuai dengan kelulusan yang dia ada, maka komitmen pekerja itu terhadap kerjanya akan menjadi lebih tinggi. Seorang yang berpendidikan tinggi akan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh ketua mereka. Ini akan menunjukkan bahawa apabila seorang pekerja itu berpuas hati dengan jawatan dan kedudukannya dalam organisasi itu ianya akan membuatkan pekerja itu member komitmen yang tinggi terhadap kerja yang diberikan. Namun, jika seorang pekerja itu mempunya taraf pendidikan yang tinggi seperti ijazah sarjana atau ijazah sarjana muda tetapi bekerja sebagai orang bawahan jadi, kepuasan dirinya terhadap jawatan atau kedudukan itu adalah tidak setinggi pekerja yang berpuas hati dengan jawatan yang diberikan.
Persekitaran tempat kerja atau kawasan tempat kerja yang selesa perlu diambil kira bagi memastikan kepuasan pekerja. Sebagai contoh, kedudukan setiap pekerja disusun dalam keadaan teratur dan kemas. Ini akan membuatkan setiap pekerja merasa selesa untuk terus bekerja di organisasi itu. Keadaan persekitaran yang bersih dan teratur juga membuatkan pekerja lebih bermotivasi dalam melakukan kerja yang diberikan. Jika pekerja bermotivasi tinggi ini bermakna pekerja akan memberikan komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan yang dilakukan. Komitmen yang tinggi akan diberikan oleh pekerja di dalam organisasi itu yang merasakan dia berada dalam keadaan yang tidak tertekan untuk melakukan kerja.
Rakan sekerja memainkan peranan yang penting dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Jika rakan sekerja tidak menghormati pekerja yang lain,keadaan di organisasi itu akan berada di dalam keadaan yang tidak tenteram. Selain daripada itu, jika rakan sekerja hanya mementingkan diri mereka sendiri akan membawa kepada pengaruh yang tidak baik kepada organisasi itu. Di sebaliknya, jika rakan sekerja adalah seorang yang menghormati orang lain, ringan tulang, peramah dan bercakap secara sopan santun akan membuatkan rakan-rakan di sekeliling merasa selesa dengan keadaan di organisasi. Dan jika keadaan ini terus dipraktikkan ini membolehkan pekerja member komitmen yang tinggi kepada syarikat di samping menerima kepuasan kerja.
Selain daripada persekitaran, prospek kerja juga memberikan pengaruh dalam kepuasan bekerja bagi seseorang pekerja itu. Prospek kerja membawa maksud tugas-tugas satu-satu pekerjaan ini. Tugas-tugas pekerjaan ini akan dinyatakan di dalam ‘job description’. Jika pekerja itu diminta melakukan kerja yang tidak terdapat di dalam ‘job description’ maka pekerja itu berhak untuk menolak permintaan daripada pekerja itu. Ini kerana, skop kerja yang diminta itu tidak berkaitan dengan tugas sebenar pekerja itu. Apabila pekerja berpuas hati dengan prospek kerjanya, maka pekerja itu akan memberikan komitmen yang tinggi terhadap organisasi di mana dia bekerja. Seseorang pekerja yang memberi komitmen yang tinggi kepada organisasi akan merasa gembira dan selesa untuk terus bekerja di organisasi tersebut.
Aspek dalaman satu-satu pekerjaan itu juga akan membawa pengaruh kepada kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi. Aspek dalaman bermaksud apakah kerja itu sebenarnya. Seperti contoh, seorang guru. Apakah tugas-tugas seorang guru itu. Adakah hanya mendidik pelajar, membantu pelajar atau juga mempunyai tugas-tugas yang lain. Jika kerja itu sendiri memberi kepuasan bekerja maka secara tidak langsung komitmen tehadap tugas juga akan tinggi. Guru akan menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi begitu juga dengan pekerjaan yang lain. Tugas yang diamanahkan perlulah dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab agar kepuasaan bekerja dan komitmen kepada organisasi itu akan lebih memberi dorongan kepada pekerja.
so,macam mana??ada lagi jawapan yang tertinggal?
ok ke jawapan yang saya bagi atau ada yang salah..
kalau salah sila bagi tunjuk ajar ya..
oklah sampai di sini sahaja entry untuk kali ni..
insyaALLAH kita jumpa lagi di next entry..
sekian,wassalam..
p/s : kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia,saya ucapkan salam ramadhan al-mubarak dan selamat berpuasa.semoga ramadhan kali ini memberi 1001 keberkatan kepada kita,insyaALLAH..
14 comments:
suke tgk budak2 mcm tu,senang skt nk jaga..hee..:) singgh sini utk pertama kali :)
comel nyee budak2 tu :) hihihi
wah k.leeya..heheh..siap bg jwpn padat gtu..good job!:)
ohh dulu k.leeya pernah kerja jd guru tadika la ea..eh skrg degree k.leeya cos apa?:)
salam ramadhan k.leeya..:) sorry lama xblogging..
alam pekerjaan? tidak pernah terlintas untuk berfikir mengenainya lagi. nampaknya, ia akan jadi subjek teras untuk dipikirkan malam nanti..uhuks...
terbaek jwpn.hehe
salam ramadhan kak leeya ^^
Salam Ramadhan....maaf la...rietta pown xpndai nak jawap jawap nieh...
ooh gtu..hihihi..
bila blk sana kak?raya nt smpat raya kat kg?hehehee..
salam ramadhan hari keempat!:)
puasa tak?hikhik
now i mmg tengah practical tapi i tak sukeeww keje. haha gedik sangat tuh. banyak yg i dapat baca entry you :)
saya pun nak kerja, tapi asyik malas je, nak buat macam mana tu...huhu
salam ramadhan jugak..hehe
hehehe :p
sempat sgt la kan akk beraya sini..best2nyaa..hihihi..kalau x msti sedih kan..hikhik..
haha malu kak oiii smpai skarang kalo tgk gmbr2 menari tu..ada bab y ira menari solo tp ira xmo upload..haha..maluuuuuu :p
comel je bebudak tu semua ;)
comeynye budak2 tu! :) wlupn kita deal dgn client yg sama iaitu pelajar, tp umur yg brbeza mnyebabkan kadar keseronokan bekerja jgk brbeza..sdg memikir2 nak tukar ke sekolah rendah, tp till now mcm x nampak harapan..huhu..
kepuasan bekerja bg sy, simple jek..bila kita bekerja dlm suasana yg kita suka, bersama orang yg kita suka, automatically kita akan sukakan kerja kita wlupun ianya kerja yg agak susah nk dibuat..
btw, nice entry..penuh dgn maklumat.. :)
hye kak!
bila nak update?update lee..heheeh :p
wat je kat rumah cuti2 ni?hikhik
comelnya budak tu,kak budak tu pun comel juga..hehe
taip pun kecik sangat,sy ni da la rabun,sakit mata tau kak^^
Post a Comment