Pages

Sunday, February 27, 2022

5th entry 2022 : Balik Kampung Part 2 (jalan-jalan cari makan)

assalamualaikum semua..so jom sambung part 2 balik kampung hari tu..sebelum ni dah tengok suasana kampung kami.la ni kami nak share pencarian makanan sepanjang di kampung..



sebelum meneruskan perjalanan balik kampung, singgah dulu kopi mesin kat tanah merah..bekal suami sepanjang drive selama lebih kurang 8, 9 jam..






kedai laksa pokok limau..kami makan laksa telur sarang..ramai bagi suggestion so kami try la..










hari kedua kami ke kuala sepetang..kami singgah di mak jah mee udang..cuma kami tak order mee udang sebab dah pernah cuba sebelum ni..so, order yang simple2 ja tapi puas hati juga la makan..makanan, minuman semua habis..





lepas dah pekena makanan kat kuala sepetang, singgah taiping sekejap sebab husband nak jumpa ex housemate dia..so kiteorang try satu kedai kopi hipster kat area taman tasik taiping tu..nama kedai, kedai kopi satu satu sembilan,





seterusnya masa ke penang, sempat la tapau nasi kandar ni..tak ingat namanya tapi ada pokok ketapang..rasanya nasi kandar pokok ketapang kot..pada saya ok ja..sedap boleh tahan..esoknya tu suami mintak lagi adik belikan nasi kandar tapi lain pulak namanya..xda gambarnya nak upload haa..










next kedai kami pergi lepas malam ke berapa la kat kampung tu, kami menuju ke taiping..berdekatan dengan taiping mall..makan yong tau foo..kat sini memang medan yong tau foo dan sotong kankung..banyak kedai jual dan sentiasa penuh kalau kami pergi..lagi-lagi masa cuti sekolah..memang bertabah la nak tunggu tempat kosong..kalau nak pergi, boleh pergi time bukan peak hour...tenang sikit la..







sebelum balik ke sarang, singgah cendol bismillah..antara cendol yang famous kat taiping..harga pun pada aku berpatutan lagi..







balik dari kampung kami singgah makan di jeli dan kemudian teruskan perjalanan dan singgah pulak di kedai kopi ni..nama kedai, pondok kopi (coffee & dessert)..selesai semuanya, sambung lagi perjalanan dan sampai di rumah lebih kurang jam 12 tengah malam..


ooh ya terlupa..try juga zues coffee yang baru bukak kat taiping tu..saya macam biasa order hazelnut latte..suami biasanya order latte..





so oklah..tu ja nak cerita..till next time..assalamualaikum..



 

Sunday, February 6, 2022

4th entry 2022 : Balik Kampung Part 1 (suasana kampung)

 assalamualaikum readers..apa khabar semua?diharapnya semua sihat2 sahaja even kes covid makin meningkat sejak kebelakangan ni..stay safe semua..so how cuti raya cina?semua ke mana ja?kami sekeluarga berpeluang balik ke kampung ibu saya di Perak setelah hampir setahun 4 bulan kami tak balik..

sehari sebelum balik kampung, suami ada kerja di Tok Bali..jadi kami bergerak dari kelantan hari khamis dalam jam 11 pagi..dari pasir puteh kami bergerak menuju ke machang, tanah merah, jeli, banjaran titiwangsa, gerik, lenggong, kuala kangsar, taiping dan simpang empat semanggol..total perjalanan lebih kurang 8 ke 9 jam..sebab berhenti pun sekejap2 ja..kalau berhenti lama, memang bertambah lagi masa..

balik kampung macam2 aktiviti buat..yang paling best aktiviti food hunting..ahahahaha..dapat partner yang memang suka makan, so kerjanya makan saja la..lain2, kami memancing, jalan2 sekitar kampung, pergi penang dan macam2 lagi..seminggu lebih juga la duduk kat kampung..balas dendam sebab dah lama tak balik.hihi..thank you husband sebab memahami..akhir bulan ni kita balik kampung belah suami pulak..

untuk part one ni, kite tengok gambar suasana kampung la ye..part makan, part berjalan penang tu nanti saya update next time.so till then..assalamualaikum..







































Saturday, January 15, 2022

3rd entry 2022 : Short Course : Family During Covid-19

 Assalamualikum..how your day so far?alhamdulillah my day so far so good..even setiap hari pun jadi harimau, singa, naga dan so on because of anak-anak yang pelbagai ragam..😁😁..but all is well..

Today nak cerita berkenaan satu short course yang saya join..cerita dia macam ni:

Hari tu my lecturer dr UMS ada bagi 1 link untuk join talk dari Universitas Padjajaran di Indonesia..so, saya pun join la talk tu..then lepas habis talk ada wassap my lecturer tu say thanks apa semua..then dia kata my turn will be this coming saturday..tapi talk tu berbayar..

Rasa macam hmm best juga nak dengar talk dan bila search, dia macam satu short course dari Universitas Padjajaran juga..kira berminat la then nak join all module yang masih ada..dapat join 3 module..alhamdulillah juga kan even tak dapat nak join kesemua 5 module..
Tapi kan sebelum nak join tu kan kena bayar fees..punya la berhari2 nak setelkan bayaran sebab nak kena transfer ke international punya account..allah ja yang tau berapa kali kami frust sebab tak dapat nak bayar..last sekali lepas dapat no akaun yang diyakini boleh transfer, kawan yang lagi sorang Nurul Izzati Ummi Ty pun transfer la duitnya..alhamdulliah finally dapat juga..
Dah setel, dapat la join la all the module, jawab soalan yang dia bagi, bagi feedback and so on..so today dia punya closing ceremony..dah nak habis tu kan, ada la video macam appreciation tu kan..dan yang kelakarnya testimoni yang i submit tu ada dalam video tu..dan yang paling tak sangka, dapat jadi one of the best participant sepanjang short course tu..terkejut tapi alhamdulillah syukur..even macam ala setakat dapat tu ja, orang lain lagi bagus la but untuk pencapaian diri sendiri kira i proud of myself la..thank you Dr. Suwaibah Zakaria sebab dia la saya join this short course & thank yo husband Izat Harith Al Hakiem sebab bayarkan fees untuk join. Dan juga la buat video record tadi..kire ada la juga bendanya kalau nak tengok balik closing ceremony tu..so thats all for today..see you next entry..assalamualaikum..








kat atas ni antara module yang ada sepanjang lebih kurang 2 bulan dari hari pertama diadakan..memang banyak info yang boleh kita dapat dari pelbagai negara contoh malaysia, indonesia, german dan netherlands.



so, ni testimoni saya yang telah dihantar..dan alhamdulillah dapat juga masuk dalam video dari pihak sana..lebih kurang macam appreciation video atau pun senang cerita video rangkuman sepanjang short course tersebut diadakan..



yang ni yang paling terkejut tapi alhamdulillah happy..tetiba jadi antara best participant..








Tuesday, January 11, 2022

2nd entry 2022 : Birthday and Anniversary Celebration

 assalamualaikum and good afternoon..how are you guys? hope you're doing well..

so untuk tajuk hari ni, biasanya bulan januari ni birthday mother in law, birthday husband dan anniversary kami..jadi hari tu dapat la celebrate birthday mil dekat bangi..masa ni kami memang rushing dr tok bali sebab sehari sebelum tu husband ada kerja kat sana..gerak jam 9.30 pagi macam tu..jam 6.30 sampai kat rumah adik ipar kat bangi..untuk husband, sambut birthday dia and anniversary di kemaman ni sahaja..thank you for all your kind wishes..may Allah bless all of us..

complete..one happy family

emak dan anak-anak



emak dengan maksu


emak dengan menantu-menantu perempuannya


biras berasku yang perempuan..tak cukup kuota ni..sorang lagi, suami kakak ipar tak ada sebab kerja malam..maafkan madihaa cecibuk itu yaa..hehe

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


one happy family


amirruddin tu memang semua gambar dia tak pandang telefon..tak tau la apa yang dimalukan sangat kat dia tu..ehehehe


me and my husband..8 year of marriage


chicken carbonara, beef carbonara, chicken grilled & steak


hazelnut latte


dine in sini..espresso room by far haus cafe..gambar ni sebelum umi, madihaa dengan amirruddin jatuh..ni semua salah amirruddin..saja tolak-tolak..last-last memang tertolak betul..sabau ja la..ahahahahahaha..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






disebabkan hari tu tak makan kek, so suami pun bawa la ke Teeya Cafe kat Kemaman tu..merasalah depa kek..kalau tak, itulah dizikirkan anak-anak sampai la dapat makan kek..

oklah, till next entry..wanna sleep..sebab esok anak-anak sekolah..good night and assalamualaikum..



 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design