Pages

Saturday, October 24, 2020

1st entry 2020 : Setelah sekian lama menyepi

 Alhamdulillah..setelah lama menyepi..

kini berlima..in shaa allah ada rezeki bertambah lagi ahli keluarga..

Monday, January 12, 2015

1st entry 2015 : Keluarga Kecil Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
lama betul tinggal blog ni..
entah ada pengunjung lagi entah tak..
tak apa la kan..btw, nak ucapkan selamat tahun baru 2015..semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas..

Alhamdulillah..pada 10.01.2015 genaplah setahun saya mendirikan rumahtangga dengan suami tercinta..
rasa cepat betul masa berlalu..
one year and still counting..
sepanjang bergelar isteri banyak benda baru yang saya belajar..
tambah-tambah lagi dah ada anak ni kan..
makanya bertambah la ilmu baru yang harus saya belajar..
walaupun penat bertambah bila dah kena jaga dua orang ni, namun saya bahagia..
dan semoga kebahagiaan kekal menjadi milik saya dan semua..


keluarga kecil kami..ni masa ke penang hari tu..

Monday, November 24, 2014

4rd entry 2014 : Bertukar status

 

assalamualaikum..
alhamdulillah..24 hari sudah bertukar status..
saya selamat melahirkan khalifah kecil ini secara normal pada 1.11.2014 bersamaan dengan hari sabtu
 jam 2.33 pagi di hospital taiping..
terima kasih kepada suami, keluarga, rakan-rakan dan semua yang mendoakan..
semoga anak kecil ini menjadi asbab hidayah manusia seluruh alam, in shaa ALLAH..
terima kasih kepada ALLAH S.W.T kerana memberi peluang untuk saya dan suami menjadi ummi & abah dan semoga kami dapat menjalankan tanggungjawab kami dalam mendidik anak ini yang merupakan amanah dariMu ya ALLAH..
segala puji bagiMu ya ALLAH..saya bersyukur atas segala nikmat dan rezeki dariNya..

p/s : gambar baby ni kelmarin punya..tu yang tulis 23 hari tu.. :)
welcome to the world my handsome lil' caliph..

Friday, February 28, 2014

3rd entry 2014 : Novel

assalamualaikum dan salam sejahtera readers.
apa khabar?harap-harap semuanya sihat hendaknya..
alhamdulillah..dah sebulan lebih saya mendirikan rumahtangga..
semuanya terasa lebih bermakna..
cumanya bila suami pergi kerja,rasa tak best la sorang-sorang di bilik.
so hari tu,saya ajak incik husband ke pesta buku di area Limbong tu..
so setelah penat hunting novel,inilah novel yang saya beli..
geleng kepala incik husband tengok saya beli novel..dia cakap ingatkan 3 ja rupanya 5..
ooh ya..incik husband pun ada juga beli buku..tapi sebuah ja..hehehe..



then last week, lepas balik dari Dungun incik husband ajak lagi cari novel sebab kelima-lima novel sebelum ni saya dah habis baca.
so cari punya cari saya terpaut hati dengan novel-novel karya Hlovate.
keenam-enam bukunya saya beli..hehe..
actually,karya Hlovate ada banyak lagi..yang selebihnya saya beli online..beli online lagi murah sebenarnya.
sebab itu banyak kali dah kalau saya nak beli novel atau apa-apa buku saya beli online ja..
novel Hlovate ni saya dah selesai baca dua buah iaitu 5 Tahun 5 Bulan & aA+bB..
best la ceritanya..

 


sebelum beli karya Hlovate ni saya dah beli di MPH Online 3 buah buku dan di
Emall Karangkraf saya beli 4 buah novel.
alhamdulillah yang saya order di MPH Online dah selamat sampai ke rumah bapa mertua saya.
insyaallah balik sana nanti boleh mula baca..
saya tak sabar nak baca mengenai Ahmad Ammar yang menjadi fenomena di merata-rata tempat especially Malaysia & Turki..



dah ada banyak-banyak novel ni kena la baca,kan??hehe..
jadi marilah kita tanamkan budaya membaca.
bukan sekadar novel tapi macam-macam buku lagi.
buku agama,buku motivasi,buku kesihatan..
bha oklah,saya berhenti setakat ini sahaja..
insyaallah nanti saya menulis lagi kalau berkesempatan.
nak sambung baca Rooftop Rant..
sekian,wassalam..

Wednesday, February 12, 2014

2nd entry 2014 : What a Great Day


Looking at the sky, it seems to be a good day.
I feel great today..

*pantai kijal, terengganu

Thursday, January 23, 2014

1st entry 2014 : Alhamdulillah..I'm Officially a Wife

Assalamualaikum & salam sejahtera..
allahuakbar..agak lama saya menyepi dari ber'blog'..
apa-apa pun saya kembali untuk mencoret di ruangan ni..
hari ni dah hari ke 23 bagi tahun 2014..
dah terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua..
dan alhamdulillah pada 10.01.2014 saya telah selamat diijabqabulkan dengan pasangan saya..
semuanya berjalan lancar dari hari pernikahan sehinggalah ke hari resepsi..
terima kasih pada yang mendoakan dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat terutamanya keluarga saya dan keluarga mertua..
semoga kita semua dilimpahi dengan kasih sayang dan rahmat dariNya..insyaALLAH..


candid ♥♥♥

Wednesday, December 18, 2013

6th entry 2013 : My Graduation Day

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
dah nak ke penghujung tahun ni tengok ada 6 entry ja..
kesian my blog..
but never mind..i have my own reason why..hehe..
oklah, untuk entry kali ni saya nak cerita sikit berkenaan hari graduasi saya..
firstly, tiket pergi balik ke sabah saya dapat harga rm272.
rasanya murah juga kot sebab pernah juga dapat tiket yang mahal.
tempat tinggal saya sementara tunggu parents sampai adalah di bilik kawan saya yang mana dia sambung master di UMS juga..
so untuk seterusnya kita tengok gambar k..


ni gambar masa kami pergi tamu gadang.tamu gadang ni akan diadakan pada setiap kali majlis konvo..macam-macam benda orang jual.kali ni tamu gadang buat di padang kawad ums yang mana kali ini lebih besar dan meriah dari sebelum-sebelum ni.siap ada funfair lagi.dan kebanyakkan gerai pula jual bunga.of course la kan jual bunga.time konvo ni la orang ramai beli..


yang ni pula gambar kami bersama dengan pensyarah kesayangan kami, puan suwaibah.ni masa sebelum masuk dewan.puan datang jumpa kami ucap tahniah.so tarik puan sekejap bergambar dengan kami.lepas ni susah nak jumpa puan dah.lagipun puan nak sambung phd tahun depan.wish you best of luck puan.ooh tahniah juga untuk adik-adik saya yang lain sebab 99% pelajar HA20 semuanya muda dari saya.


di dalam dewan inilah kami menerima ijazah kami.dewan yang kami, pelajar-pelajar UMS banggakan.DEWAN CANSELOR UMS. 


alhamdulillah..pada 24.11.2013 saya telah berjaya menerima ijazah saya.sekarang saya adalah pemegang ijazah sarjana muda psikologi dengan kepujian (psikologi kanak-kanak dan keluarga) dan saya mendapat kelas dua:satu..pointer saya alhamdulillah.lebih baik dari diploma dahulu.


ini adalah insan yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya, iaitu kedua ibubapa saya.tanpa mereka saya tak akan berada di sini dan berjaya seperti ini.walaupun adik beradik saya yang lain tidak dapat hadir namun saya tahu mereka berbangga dengan saya.yang baju oren tu adik bongsu saya.umur 15 tahun tapi dah sama besar dan tinggi dengan saya.dan disebabkan itu, untuk konvo ni saya pakai baju kurung dia..hehehe..



 
 inilah dua orang junior kami (photographer) yang sanggup berpanas dengan kami semata-mata nak ambil gambar kami selain si pasangan kembar aliff dan ariff.
thanks juga kepada maryam dan syifa' yang turut datang meraikan kami dan ambilkan gambar serta ambil gambar dengan kami..


petang selepas kami konvo (kami sidang pagi), kami ke tanjung aru untuk ambil gambar konvo.esoknya kami ke jambatan tamparuli untuk ambil lagi gambar konvo di samping membawa keluarga saya jalan-jalan.lepas ke tamparuli kami bergerak ke kota belud untuk berjumpa dengan keluarga rakan saya,irma (gambar atas).alhamdulillah kehadiran kami diterima oleh keluarga irma.macam-macam cerita yang dapat kami dengar.ini first time keluarga kami berjumpa.dan sebelum pulang kami sempat juga merakam gambar bersama dengan satu lagi family (gambar bawah).family inilah yang banyak sangat membantu saya selama saya berada di sabah 3 tahun ini sehinggakan saya dikatakan anak angkatnya jika saya mengikut mereka ke kampung atau majlis atau ada orang yang datang ke rumah..segala apa kekurangan yang saya ada merekalah yang melengkapkannya.segala budi baik mereka tidak akan saya lupa sampai bila-bila.hanya ALLAH yang mampu membalasnya.saya sangat bersyukur dipertemukan dengan keluarga ini..terima kasih dayang,uncle dahlan,aunty raida dan dalila.si dalila siap buatkan saya kad lagi.hehe.saya sayang keluarga ini..


 dan akhir sekali..yeay, saya dapat bunga..hehe..thanks ibu dan ayah.masa diploma kakak kawan baik saya bagi.kali ni parents saya pula bagi.sekarang, bunga ni dah semakin mengering dan saya masih simpan buat jadi pewangi dalam bilik..hehe..

hmm rasanya cukup sampai kat sini dulu..
insyaallah ada masa saya menulis lagi.
dah nak masuk bulan januari ni semakin sibuk sedikit sebab insyaallah tak lama lagi saya akan melangsungkan perkahwinan.
saya nak menjemputlah kiranya hadir ke majlis saya nanti.
majlis ni dibuat sekali belah lelaki dan perempuan.
kepada readers yang nak kad boleh bagi saya alamat.ini emel saya leeyahezlin09@gmail.com
majlis saya seperti berikut:

tarikh : 11 Januari 2014
masa : 7.00 malam - 11.00 malam
tempat : hotel melang inn, kuala pilah, negeri sembilan.

sekian,wassalam..

p/s : doakan semoga majlis kami berjalan dengan lancar ye.. :)
 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design