Pages

Wednesday, April 6, 2022

9th entry 2022 : Pengalaman Kerja

assalamualaikum wbt semua..apa khabar?alhamdulillah dah menjengah ke ramadhan yang keempat dah..cepat betul masa berlalu kan..tup tup nanti eh dah nak habis puasa..apa pun selamat berpuasa buat semua kaum muslimin dan muslimat tidak kira di mana jua anda berada,,semoga ramadhan kali ni membawa 1001 keberkatan buat kite semua..amin..amin..amin..

tadi kami, alumni psikologi kanak-kanak ada buat google meet tau..bincang pasal Peluang Perniagaan Tadika..ramai juga la yang join..disebabkan duk berbincang-bincang tu teringat la dulu zaman-zaman kerja kat tadika..masa diploma dulu saya amik kos pendidikan islam awal kanak-kanak..so majoriti yang ambil kos ni akan bekerja di tadika @ taska la kan..jadi rezeki lepas saja habis diploma, dapat kerja sebagai guru membaca di satu tadika di Putrajaya Presint 9, Laman Cerdik Kindergarten..masa ni tahun 2008..kat situ rumah apa semua disediakan.memang tak perlu bayar apa-apa..seronok kerja..sebab anak-anak comel..ahahaha..siap ada student panggil saya cikgu kecik lagi..mana pergi mesti dia nak ikut..kite pun layankan ja la..


antara gambar yang ada..ni kelas 4 tahun

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tak lama lepas berhenti kerja di Putrajaya tu, saya bekerja sebagai administrative assistant di Kuliyyah Architechture & Environmental Design, UIA Gombak tahun 2009..kawan masa diploma dulu yang minta saya cuba dapatkan kerja kat situ sebab dia sendiri pun kerja di tempat sama..alhamdulillah rezeki saya so dapatlah kerja tu..even kerja kontrak tapi saya happy ja..sebab dapat join macam-macam program disamping dapat kenal dengan orang-orang hebat kat situ..

selain daripada kerja kontrak kat UIA tu, saya juga menjadi cikgu tuisyen dekat salah satu pusat tuisyen..saya pun tak tau macam mana boleh terjebak jadi cikgu tuisyen kat situ tapi alhamdulillah kerja enjoy..sebab ajar budak-budak sekolah rendah kan..kire ok lah masing-masing masih boleh dapat handle students ni..lepas tu dapat pulak jenis yang suka bercerita pot pet pot pet memang tak sunyi la kalau mengajar tu..kire eh kan, time ni la paling masyuk..bayar duit sewa rumah api air, bagi kat ibu sikit then selebihnya buat belanja diri sendiri..paling-paling pun saya suka try makan..merata la pergi nak merasa makan..hihihi..mujur badan tak mengembang dek sebab makan ja..😂😂









antara gambar yang ada..banyak lagi aktiviti yang join tapi letak sikit ja la kat sini ye..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tahun 2010, saya tak kerja dah sebab dapat tawaran sambung degree di sabah tapi sebelum tu saya ada apply KEMAS jawatan pembantu pegawai something la..sebab tak tau bila dapat jawapan, saya pun terbang la ke Sabah..3 ke 4 hari kat sana, dapat panggilan dari KEMAS mengatakan saya diterima bekerja..tapi itulah takda rezeki sebab duit pun dah banyak habis untuk degree, jadi saya pun tolak jawatan tu..

lepas konvo bulan 11 tahun 2013, saya berkahwin bulan 1 tahun 2014..dari situ memang saya tak bekerja la sebab tahun tu juga Allah rezekikan dengan anak pertama..tahun 2016 lahir anak kedua dan masa ni menetap di Klang.rezeki sebab kawan husband mintak jadi pengasuh anaknya..semua pembayaran saya terima sebab saya memang tak meletakkan berapa harga untuk satu kepala..masa tu anak kawan suami tu umur dalam setahun kot macam tu la..lama juga jadi pengasuh..tapi sebelum dapat anak ketiga tahun 2018 tu, saya berhenti jadi pengasuh sebab nak fokus pada baby dan dua lagi anak..dan sampai sekarang la saya tak bekerja..😁😁..jadi housewife ni pun kerja masyaAllah..penat..belum lagi 3,4 kali hantar ambil anak sekolah..melayan peel anak-anak..fuhhhhh memang memerlukan kesabaran yang tinggi ye kawan-kawan..

so, itulah serba sedikit pengalaman kerja yang saya ada..tak sehebat orang lain, tapi alhamdulillah pada saya..janji saya enjoy dengan kerja saya..kepada yang bekerja tu anda semua sangat kuat sebab handle kerja, lepas balik kerja handle keluarga pulak..fuhhhh memang berganda penat dia kan..apa-apa pun semoga kite semua sentiasa bahagia dengan apa sekalipun pekerjaan kite..akhir kata sehingga berjumpa lagi..assalamualaikum dan take care semua..

Wednesday, March 30, 2022

8th entry : You Gotta Be

 


Remember

Listen as your day unfolds

Challenge what the future holds

Try and keep your head up to the sky

Lovers, they may cause you tears

Go ahead release your fears

My oh my, heh, hey hey


TAJUK LAGU : YOU GOTTA BE

PENYANYI : DES' REE



Thursday, March 17, 2022

7th entry 2022 : Warded

 assalamualaikum dan hai readers..macam mana keadaan semua??harap baik2 saja..straight to the point, kali ni nak story mory berkenaan anak2 yang pernah warded kat hospital..masa ni kami masih lagi duduk di klang..dan hospital private yang paling dekat dengan rumah masa tu adalah Sentosa Specialist Hospital..tak sampai 5 minit pun dari rumah..1st time anak warded adalah disebabkan rotavirus..saya pun tak tau dari mana anak yang sulung tu terjangkit but saya dan husband rasa kena virus tu masa kami ke salah sebuat supermarket area tu..agaknya anak ada pegang benda yang tak bersih so begitulah..

Nak diceritakan kire teruk juga la keadaan anak tu..siapa2 yang ada anak pernah kena rotavirus mesti tau..orang dewasa pun boleh kena juga..dengan cirit-biritnya apa semua..memang kesian la..lagi kesian sebab saya as a mother tak dapat nak jaga dia sebab dia ada adik dah masa ni so disebabkan penyakit ni berjangkit, dr tak sarankan saya jaga anak di hospital sekali dengan si adik..jadi abah dia la terpaksa ambilEL untuk jaga anak sakit ni..sedih woo bila 1st time tinggalkan anak kat hospital..anak pun sama sedih siap tinjau lagi kat tingkap..bila atuk dengan pakcik makcik dia datang, punya happy..tapi bila nak balik, huh air mata jantan pun boleh gugur..4 hari 3 malam juga la warded..pesanan saya, kalau bawa anak keluar jangan la bagi dia pegang benda yang kite yakin tak bersih.tak kisah la troli ke apa ke kan sebab benda-benda macam ni kita tak boleh nak jangka..










gambar ni buat saya paling sedih sebab dia tak dapat nak ikut balik lagi walaupun dah takda masuk air dah kat tangan tu..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk kes ke 2 pulak, masa ni saya tengah pregnant 5 bulan..anak-anak terpaksa warded sebab dehidrasi..makan minum tak macam selalu.bawa pergi hospital nak check ja sekali hmm kena warded..nak buat macam mana kan..kita ikut ja la..kali ni dua beradik ni warded sekali..tapi kali ni alhamdulillah dapat jaga dua-dua sekali..abah dia pun ada jadi mudah sikit la nak handle..











Jadi, sampai sini saja la dulu untuk posting kali ni.bila anak-anak warded ni ibulah yang paling risau kan..apa-apa pun in shaa allah semuanya ok..layanan dari pihak doktor dan jururawat memang terbaik, alhamdulillah..ok, that's all for today..jumpa lagi next entry..assaamualaikum..



Thursday, March 10, 2022

6th entry 2022 : Bukit Bendera Pulau Pinang

Assalamualaikum readers..apa khabar?moga sihat2 sahaja hendaknya..sekarang musim omicron melanda kan..sana sini dengar kisah orang kena covid..moga semuanya sentiasa dilindungi..so untuk hari ni saja nak cerita trip kami ke penang..actually trip ni dah lama dah..ahahahaha..anak dari kecik dah nak masuk 4 tahun dah baru nak update..kami gerak dari rumah adik dalam 15 minit perjalanan sampai la ke bukit bendera..orang boleh tahan ramai tapi bila kat atas eh rasa awat sikit pulak orang..so, enjoy la ye gambar2 kami sekeluarga kat sana..













Sebelum ke bukit bendera, hari sebelumnya tu kami singgah dulu pantai..bawak anak2 merasa pantai penang pulak..kire 1st time la ni..sebelum ni pernah bawak anak yang 1st masa umur dia dalam 3 bulan gitu..tapi naik feri la..takda la singgah pantai ke apa..anak2 pulak memang jenis suka main pasir pantai so layankan saja,,janji dieorang happy..




































Anak2 la paling seronok sebab asik nak naik keretapi ja..so jadilah dapat naik sekejap ke atas..masa duduk klang dulu, xdan betul nak bawak anak2 naik..in shaa allah next time bawak lagi tapi kali ni yang lama sikit perjalanannya..so sampai jumpa lagi..assalamualaikum..

Sunday, February 27, 2022

5th entry 2022 : Balik Kampung Part 2 (jalan-jalan cari makan)

assalamualaikum semua..so jom sambung part 2 balik kampung hari tu..sebelum ni dah tengok suasana kampung kami.la ni kami nak share pencarian makanan sepanjang di kampung..



sebelum meneruskan perjalanan balik kampung, singgah dulu kopi mesin kat tanah merah..bekal suami sepanjang drive selama lebih kurang 8, 9 jam..






kedai laksa pokok limau..kami makan laksa telur sarang..ramai bagi suggestion so kami try la..










hari kedua kami ke kuala sepetang..kami singgah di mak jah mee udang..cuma kami tak order mee udang sebab dah pernah cuba sebelum ni..so, order yang simple2 ja tapi puas hati juga la makan..makanan, minuman semua habis..





lepas dah pekena makanan kat kuala sepetang, singgah taiping sekejap sebab husband nak jumpa ex housemate dia..so kiteorang try satu kedai kopi hipster kat area taman tasik taiping tu..nama kedai, kedai kopi satu satu sembilan,





seterusnya masa ke penang, sempat la tapau nasi kandar ni..tak ingat namanya tapi ada pokok ketapang..rasanya nasi kandar pokok ketapang kot..pada saya ok ja..sedap boleh tahan..esoknya tu suami mintak lagi adik belikan nasi kandar tapi lain pulak namanya..xda gambarnya nak upload haa..










next kedai kami pergi lepas malam ke berapa la kat kampung tu, kami menuju ke taiping..berdekatan dengan taiping mall..makan yong tau foo..kat sini memang medan yong tau foo dan sotong kankung..banyak kedai jual dan sentiasa penuh kalau kami pergi..lagi-lagi masa cuti sekolah..memang bertabah la nak tunggu tempat kosong..kalau nak pergi, boleh pergi time bukan peak hour...tenang sikit la..







sebelum balik ke sarang, singgah cendol bismillah..antara cendol yang famous kat taiping..harga pun pada aku berpatutan lagi..







balik dari kampung kami singgah makan di jeli dan kemudian teruskan perjalanan dan singgah pulak di kedai kopi ni..nama kedai, pondok kopi (coffee & dessert)..selesai semuanya, sambung lagi perjalanan dan sampai di rumah lebih kurang jam 12 tengah malam..


ooh ya terlupa..try juga zues coffee yang baru bukak kat taiping tu..saya macam biasa order hazelnut latte..suami biasanya order latte..





so oklah..tu ja nak cerita..till next time..assalamualaikum..



 

 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design