Pages

Wednesday, December 18, 2013

6th entry 2013 : My Graduation Day

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
dah nak ke penghujung tahun ni tengok ada 6 entry ja..
kesian my blog..
but never mind..i have my own reason why..hehe..
oklah, untuk entry kali ni saya nak cerita sikit berkenaan hari graduasi saya..
firstly, tiket pergi balik ke sabah saya dapat harga rm272.
rasanya murah juga kot sebab pernah juga dapat tiket yang mahal.
tempat tinggal saya sementara tunggu parents sampai adalah di bilik kawan saya yang mana dia sambung master di UMS juga..
so untuk seterusnya kita tengok gambar k..


ni gambar masa kami pergi tamu gadang.tamu gadang ni akan diadakan pada setiap kali majlis konvo..macam-macam benda orang jual.kali ni tamu gadang buat di padang kawad ums yang mana kali ini lebih besar dan meriah dari sebelum-sebelum ni.siap ada funfair lagi.dan kebanyakkan gerai pula jual bunga.of course la kan jual bunga.time konvo ni la orang ramai beli..


yang ni pula gambar kami bersama dengan pensyarah kesayangan kami, puan suwaibah.ni masa sebelum masuk dewan.puan datang jumpa kami ucap tahniah.so tarik puan sekejap bergambar dengan kami.lepas ni susah nak jumpa puan dah.lagipun puan nak sambung phd tahun depan.wish you best of luck puan.ooh tahniah juga untuk adik-adik saya yang lain sebab 99% pelajar HA20 semuanya muda dari saya.


di dalam dewan inilah kami menerima ijazah kami.dewan yang kami, pelajar-pelajar UMS banggakan.DEWAN CANSELOR UMS. 


alhamdulillah..pada 24.11.2013 saya telah berjaya menerima ijazah saya.sekarang saya adalah pemegang ijazah sarjana muda psikologi dengan kepujian (psikologi kanak-kanak dan keluarga) dan saya mendapat kelas dua:satu..pointer saya alhamdulillah.lebih baik dari diploma dahulu.


ini adalah insan yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya, iaitu kedua ibubapa saya.tanpa mereka saya tak akan berada di sini dan berjaya seperti ini.walaupun adik beradik saya yang lain tidak dapat hadir namun saya tahu mereka berbangga dengan saya.yang baju oren tu adik bongsu saya.umur 15 tahun tapi dah sama besar dan tinggi dengan saya.dan disebabkan itu, untuk konvo ni saya pakai baju kurung dia..hehehe..



 
 inilah dua orang junior kami (photographer) yang sanggup berpanas dengan kami semata-mata nak ambil gambar kami selain si pasangan kembar aliff dan ariff.
thanks juga kepada maryam dan syifa' yang turut datang meraikan kami dan ambilkan gambar serta ambil gambar dengan kami..


petang selepas kami konvo (kami sidang pagi), kami ke tanjung aru untuk ambil gambar konvo.esoknya kami ke jambatan tamparuli untuk ambil lagi gambar konvo di samping membawa keluarga saya jalan-jalan.lepas ke tamparuli kami bergerak ke kota belud untuk berjumpa dengan keluarga rakan saya,irma (gambar atas).alhamdulillah kehadiran kami diterima oleh keluarga irma.macam-macam cerita yang dapat kami dengar.ini first time keluarga kami berjumpa.dan sebelum pulang kami sempat juga merakam gambar bersama dengan satu lagi family (gambar bawah).family inilah yang banyak sangat membantu saya selama saya berada di sabah 3 tahun ini sehinggakan saya dikatakan anak angkatnya jika saya mengikut mereka ke kampung atau majlis atau ada orang yang datang ke rumah..segala apa kekurangan yang saya ada merekalah yang melengkapkannya.segala budi baik mereka tidak akan saya lupa sampai bila-bila.hanya ALLAH yang mampu membalasnya.saya sangat bersyukur dipertemukan dengan keluarga ini..terima kasih dayang,uncle dahlan,aunty raida dan dalila.si dalila siap buatkan saya kad lagi.hehe.saya sayang keluarga ini..


 dan akhir sekali..yeay, saya dapat bunga..hehe..thanks ibu dan ayah.masa diploma kakak kawan baik saya bagi.kali ni parents saya pula bagi.sekarang, bunga ni dah semakin mengering dan saya masih simpan buat jadi pewangi dalam bilik..hehe..

hmm rasanya cukup sampai kat sini dulu..
insyaallah ada masa saya menulis lagi.
dah nak masuk bulan januari ni semakin sibuk sedikit sebab insyaallah tak lama lagi saya akan melangsungkan perkahwinan.
saya nak menjemputlah kiranya hadir ke majlis saya nanti.
majlis ni dibuat sekali belah lelaki dan perempuan.
kepada readers yang nak kad boleh bagi saya alamat.ini emel saya leeyahezlin09@gmail.com
majlis saya seperti berikut:

tarikh : 11 Januari 2014
masa : 7.00 malam - 11.00 malam
tempat : hotel melang inn, kuala pilah, negeri sembilan.

sekian,wassalam..

p/s : doakan semoga majlis kami berjalan dengan lancar ye.. :)

Thursday, November 28, 2013

5th entry 2013 : Alhamdulillah rezeki kami - Delegasi ke Korea " One Step Closer"

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
fuhhh..terabai betul blog ni sejak dua menjak ni..
bukan tak nak aktif tapi masa diperlukan untuk benda yang lain..
hari ini berkesempatan untuk menulis..

alhamdulillah,impian kami ke Korea akhirnya menjadi kenyataan pada 23hb hingga 28hb September 2013.
perancangan yang telah dilaksanakan dari tahun 2012,dengan pelbagai dugaan dan cabaran menjadi semangat untuk kami menempuh segalanya.
program Delegasi ke Korea ini adalah program yang julung2 kalinya berjaya dilaksanakan oleh kelab.
program ini adalah di bawah Kelab Kanak-kanak dan Keluarga, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial.

saya telah dilantik sebagai pengarah untuk program ini.timbalan pengarah,setiausaha dan bendahari telah saya lantik awal-awal.jadi hanya tinggal ajk sahaja untuk dipilih.
sebelum memilih ajk, temuduga dijalankan yang dikendalikan oleh ahli jawatankuasa tertinggi serta pensyarah program dan selepas temuduga ajk seramai 5 orang telah dipilih.
terdapat dua orang lagi yang dipilih oleh pensyarah program dan dipersetujui oleh ahli jawatankuasa tertinggi yang ditawarkan untuk mengikuti delegasi ini disebabkan pencapaian dalam kelab.
dan saya sebagai pengarah program merasa bangga dengan pencapaian kami.
terima kasih atas segalanya dan tahniah kepada semua delegasi,pensyarah pengiring serta tour guide kami Dr. Azizi Abdul Adis yang banyak membantu kami semasa kami di Korea.
ooh ya..ada seorang penjaga kepada seorang peserta yang turut ikut serta dalam program ini.
cuaca agak sejuk di mana musim di ketika itu adalah permulaan musim luruh. 
dan ini ada sedikit perkongsian daripada saya sepanjang kami berprogram.


HARI PERTAMA & KEDUA - 23hb & 24hb Sept 2013

kami berkumpul di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 6.55 petang dan tiba di LCCT pada jam 9.25 malam.
transit selama 3 jam di sana dan kemudiannya bertolak ke Incheon International Airport pada jam 1.00 pagi.
setelah hampir 7 jam berada dalam penerbangan akhirnya kami selamat tiba pada jam 8.20 pagi..
perbezaan masa antara Malaysia dan Korea adalah 1 jam di mana Korea awal daripada negara ini..
perasaan yang sukar digambarkan oleh saya dan semua peserta.
hanya ALLAH yang mengetahuinya.
 kami dijemput oleh pensyarah UMS yang melanjutkan pelajaran di peringkat PHD,Encik Azizi.
lapangan terbang itu sangat besar dan kami terpaksa menaiki train untuk ke imigresen.
setelah selesai urusan di lapangan terbang,kami meneruskan perjalanan kami ke Namsan di mana disitulah kami akan menginap sehingga hari terakhir kami di sana.
pada hari pertama kami melawat ke Gyeongbokgung Palace,Korean Folk Museum,Chunggyechun Stream,Cheongye Plaza,King Sejong Centre,Dongdaemon History & Culture Park serta makan malam di kawasan penginapan kami.
pada malamnya pula kami ke Namsan Tower untuk melihat keindahan kawasan di sekitarnya.


ini adalah antara duit kertas korea yang saya tukar.untuk memudahkan para pembaca sedikit info dari saya mengenai mata wang korea.kadar tukaran mata wang adalah 1000 won korea = rm3 (lebih kurang).

pemandangan dari dalam flight ketika waktu pagi.matahari menunjukkan sinarnya..subhanallah..semasa ni kalau tak silap saya dalam jam 5 lebih macam tu..

ketika tiba di Incheon International Airport.perasaan yang sangat teruja bagi kami yang pertama kalinya sampai di Korea.selalunya hanya lihat di televisyen namun akhirnya kami dapat juga menjejakkan kaki di sini..Maha Suci Allah..

 tempat penginapan kami di Namsan Guest House.tempat yang sangat best dan selesa untuk diri,keluarga serta rakan-rakan.layanan mereka juga bagus.di sini kami boleh makan bila-bila masa (banyak makanan dan minuman 3 in 1 disediakan),nak guna internet bila-bila masa,nak iron baju bila-bila masa.cuma lepas jam 11 kami tak dibenarkan bising sebab dah malam dan orang nak tidur..


keadaan di dalam train semasa ingin ke Gyeongbokgung Palace.seperti mana yang kita tahu,Korea sangat maju dari segi talian internet mereka.semasa kami berada di dalam train kebanyakkan mereka sibuk dengan gadget mereka.tak lepas setiap saat mata mereka melihat gadget mereka.tidak tahu apa la yang dilihat oleh mereka.

delegasi di Gyeongbokgung Palace.tempat pertama yang menjadi destinasi persinggahan kami dalam mencari ilmu-ilmu ALLAH
kami di King Sejong Centre.punya la besar patung yang tengah duduk tu..keadaan selepas hujan turun.langit masih lagi mendung.

 kanak-kanak di Namsan Tower yang mana di sekitarnya terdapat beribu-ribu padlock.padlock ini adalah simbolik kepada pasangan kekasih mahupun pasangan suami isteri yang mana mereka akan sama2 melekatkan padlock ini antara satu sama lain dan menguncinya.ini adalah tanda bagaimana kuatnya padlock itu dikunci maka sama dengan betapa kuatnya cinta mereka.

hidangan makan malam kami.antaranya yang saya tahu adalah kimchi.yang lain saya tak ingat apa namanya..hehehe..alhamdulillah..semuanya sedap...


HARI KETIGA - 25hb Sept 2013

Untuk hari ketiga, selepas bersarapan kami terus bergerak untuk ke Nami Island.
kami menaiki train untuk ke sana dan perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam lebih.
sepanjang perjalanan kami dapat melihat pelbagai jenis ragam manusia dan keindahan alam ciptaan ALLAH s.w.t..
subhanallah..semuanya tidak mengecewakan kami.
rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk mengembara ke negara luar.
kami berada di sana sehingga petang dan kemudian kami ke Hoehyeoun untuk makan malam dan seterusnya ke Nandaemun Market untuk mencari barang-barang yang boleh dijadikan cenderahati untuk dibawa pulang.

 antara pokok yang daunnya sudah mula kekuningan

ramai pengunjung ketika kami ke sini..tengok nenek tu,dalam berkerusi roda pun sanggup datang ke Nami Island ni.mungkin ni kali pertama dia datang ke sini..apa-apa pun pemandangan kat sini semua cantik-cantik belaka.subhanallah..

di sekitar Nami Island yang mana suatu masa dahulu penggambaran Winter Sonata dijalankan di sini

ok..kat belakang tu semua gambar semasa penggambaran Winter Sonata dulu..mereka sediakan satu sudut di nami island ni untuk dijadikan kenangan yang mana tempat ini pernah digunakan untuk menjalankan penggambaran cerita yang saya rasa semua orang tahu..lagi-lagi pada sesiapa yang minat cerita korea..hehe

di Nami Island ini juga terdapat sebuat surau yang disediakan bagi kemudahan pelancong yang beragama Islam.walaupun terletak dihujung namun kami sampai juga ke sini.surau ni terletak di tingkat satu di sebuah perpustakaan di sini..

di atas feri untuk kembali semula setelah menikmati keindahan di Nami Island.ok, nak ke Nami Island ni entrance fee adalah 8000 won.lebih kurang rm24 la.termasuk sekali dengan pengankutan yang satu-satunya ada di sini iaitu feri..ada juga yang naik flying fox tapi mahal la bagi kami..so naik feri ramai-ramai lagi best

pelbagai jenis barang yang boleh dicari di market ini..antaranya adalah kasut..memang puas la tengok koleksi kasut..kedai ni adalah salah satu daripada kedai kasut yang ada..

di kedai ini pula dijual pelbagai cenderahati untuk pelancong macam kami ni..sempat la juga saya beli sedikit barang yang kebanyakkannya dikirim oleh rakan-rakan..boleh tahan murah juga.tapi nak lagi murah ada kat tempat lain..

ini antara t-shirt korea yang dijual..kebanyakkan kedai menjual hampir serupa sahaja corak dan tulisan di baju..biasanya 10,000 won boleh dapat 3 helai baju..

selepas aktiviti membeli belah..bertemu dengan pelancong dari Jepun yang sangat ramah dan meminta kami bergambar bersama.kata kawan kepada kawan saya pemuda jepun yang berbaju hijau tu muka dia lebih kurang dengan dekan kami.adik dekan katanya.hehe..pandai-pandai ja budak ni..


HARI KEEMPAT - 26hb Sept 2013

Hari keempat kami adalah meneruskan misi delegasi yang sebenar iaitu melawat dan melihat sistem pendidikan bagi kanak-kanak.
kami berangkat ke ECLC International Kindergarten dengan semangat yang berkobar-kobar.
sampai sahaja di sana,kami disambut mesra oleh guru besar sekolah tersebut yang mana beliau berasal dari Amerika Syarikat namun fasih untuk berbicara dalam bahasa malaysia dan bahasa indonesia.
sepanjang kami berada di sana kami diberikan layanan yang cukup baik.
seterusnya kami ke Iteawon Mosque untuk melihat masjid yang satu-satunya terdapat di sana dan sempat untuk kami solat jama' di sana.
kemudian,kami meneruskan agenda kami untuk ke Seoul National University yang mana ia merupakan universiti yang menduduki tempat pertama di Korea.
mereka yang memasuki universiti ini perlu menjalani peperiksaan kemasukan sebelum diterima oleh pihak universiti.kami sempat ke muzium universiti ini dan kemudian ke kedai cenderahati universiti tersebut.
encik azizi turut membawa dua rakan baiknya yang merupakan orang Korea.cukup bangga kami terhadap encik azizi yang telah fasih dalam berbahasa korea dan mampu untuk berkomunikasi dengan orang-orang Korea.
setelah melawat universiti,perjalanan kami seterusnya adalah ke Yeouido di mana terdapat satu sungai yang dinamakan Han River.
kami dibawa menaiki cruise dan menikmati keindahan malam menerusi sungai tersebut.
menurut cerita dari encik azizi ada satu tempat yang biasa digunakan oleh orang korea untuk membunuh diri.jadi,kerajaan korea telah mencari inisiatif untuk mengurangkan kes bunuh diri kerana korea adalah negara kes bunuh diri penduduknya paling tinggi di dunia.
maka pondok telefon telah dibina di tempat tersebut dengan harapan orang yang nak bunuh diri tu menelefon kepada mereka dan mereka tidak jadi bunuh diri..
masa kami sedang duk menikmati pemandangan kami nampak ada pondok telefon di salah satu jambatan yang kami lalui.mungkin itu adalah tempat popular untuk bunuh diri di sana..
makan malam kami adalah di Myeong Dong dan seperti biasa kami disajikan dengan makanan halal korea termasuk ikan bakar dan asam pedas ikan.

 bergambar kenangan bersama dengan guru besar ECLC Kindergarten yang sangat peramah

khusyuk mendengar setiap penerangan yang diberikan.ketika ini kami berada di dalam perpustakaan yang terdapat di tadika ini.

 di hadapan bangunan kedutaan besar malaysia di Korea

Itaewon Mosque.masjid yang menjadi kebanggaan penduduk yang beragama Islam 

 keadaan di dalam masjid yang kemas,bersih dan teratur

setelah menunaikan kewajipan kepada ALLAH s.w.t

di pintu masuk Seoul National University.bersama dengan dua orang  korea yang merupakan kawan baik kepada encik azizi iaitu tour guide kami yang sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat Phd dan merupakan pensyarah di Sekolah Perniagaan Ekonomi, UMS


antara pokok di Seoul National University yang sedang menunjukkan kepada kami bahawa awal musim luruh telah bermula.subhanallah dengan kuasa Allah kami dapat melihat suasana sebegini.

bergambar sebelum menaiki cruise.alhamdulillah semuanya nampak masih ceria walaupun sebenarnya masing-masing telah penat kerana berjalan jauh.rasanya hari ketiga inilah hari yang paling jauh kami berjalan kaki.

e-land cruise.inilah kapal cruise tu..

pemandangan dari atas cruise.ada persembahan air terjun masa ni.masa kapal ni lalu bawah jambatan tu kami semua basah terkena air..cuaca sejuk malam tu..nah apa lagi..memang kami menggigil la..dengan basah baju lagi..tapi apa2 pun kami seronok..pengalaman tu..hehehe


HARI KELIMA - 27hb Sept 2013

setelah bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Kids of Nations International Kindergarten yang mana guru besarnya berasal dari Kanada.
di sana kami melihat cara kanak-kanak diajar dan didedahkan dengan pembelajaran yang diajarkan di tadika tersebut.
kemudian,kami sekali lagi ke Gyeongbokgung Palace dan National Palace Museum of Korea dan seterusnya makan malam di sekitar Namsan.
seterusnya setelah selesai makan kami ke Nandaemun Market untuk membeli barang-barang yang masih belum dapat dicari dan selepas itu kami diberi masa untuk melakukan aktiviti bebas.

 di hadapan bangunan KONIS

di hadapan Gyeongbokgung Palace.masa kami tengah bergambar kan,ramai pulak pelancong dari China yang nak bergambar dengan kami..naik letih la kami senyum..lama pulak tu..haha..tak tau apa sebabnya..encik azizi kata mungkin sebab kami ni dari Malaysia dan Shila Hamzah dari Malaysia.so sebab tu dieorang nak bergambar dengan rakyat Malaysia macam kami ni..dieorang ingat kami ni sepupu-sepapat Shiela Hamzah kali..lucu la pulak rasanya..



HARI KEENAM - 28hb Sept 2013

Seawal jam 5.00 pagi kami bertolak ke Incheon International Airport dan bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 9.35 pagi waktu Korea dan tiba di Kota Kinabalu pada jam 9.35 malam.

 kenangan di pintu 107 incheon International Airport sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu







Thursday, August 15, 2013

4th entry 2013: Tinggal Sebulan Lebih Lagi

assalamualaikum dan salam sejahtera..
alhamdulillah..datang pula mood rajin nak update blog..
sebelum apa-apa, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN..
salah silap, terkasar bahasa, terkecilkan hati, terguris perasaan harap dimaafkan ya..
semoga aidilfitri ini mengukuhkan lagi ukhwah kita bersama..


 

selama lebih sebulan ni, di sini lah saya bertugas..
alhamdulillah sangat seronok.
pagi saya disini..bila petang, masuk pejabat pula..
bermacam-macam ragam student yang dapat saya lihat..
apa yang penting semoga kajian kes saya dapat la saya siapkan..
bukan senang nak buat screening, observation, kajian, report, intervensi..
memerlukan fokus dan tahap kerajinan yang tinggi sebab saya ni agak malas sikit..hehehe..
lagi-lagi hal ni melibatkan student..semoga apa yang saya diagnos ni betul la..kalau salah habis la saya..

oklah, nak sambung buat report..
jumpa lagi..wassalam..

Friday, June 14, 2013

3rd entry 2013 : Selesai Sudah Perjuangan Saya Selama 3 Tahun di Bumi Sabah

assalamualaikum dan salam sejahtera..
lama sudah tak menulis di sini..
alhamdulillah sesi pengajian saya di UMS berakhir apabila selesai menjawab paper terkahir semalam.
sayu hati nak meninggalkan bumi Sabah yang banyak memberi saya pengalaman hidup di tempat orang,
melihat pelbagai budaya masyarakat Sabah, dan menjadi sebahagian daripada hidup masyarakat Sabah adalah kenangan manis dalam hidup saya.
ucapan jutaan terima kasih saya hulurkan kepada pensyarah-pensyarah Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga, ibubapa saya, adik-beradik, rakan-rakan seperjuangan especially Program HA20, dan amnya HA13,HA16,HA19 dan HA52 dan semua pihak yang banyak memberi sokongan, dorongan, tunjuk ajar, teguran, dan ilmu-ilmu yang bermanfaat selama saya berada di UMS.
segala jasa baik semua akan saya kenang sehingga ke akhir hayat.
kepada uncle, aunty, dalila, dayang, dan keluarga Irma terima kasih kerana menerima saya.
kepada rakan-rakan seperjuangan saya batch 2010-2013, semoga berjaya dalam latihan ilmiah dan latihan praktikum..
semoga persahabatan kita kekal selamanya dunia akhirat..
insyaALLAH panjang umur murah rezeki kita jumpa semula pada hari konvokesyen nanti..
saya sayang anda semua..




p/s : 17hb fly balik semenanjung then siap-siap nak praktikal pula..semoga semuanya berjalan lancar..ameen..


Thursday, February 7, 2013

2nd entry 2013 : Konon-konon Chef

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
lama juga tak update entry since last entry bulan januari dulu..
masuk minggu ni tinggal lagi seminggu ja nak fly semula ke sabah..
result belum keluar lagi..apa-apa pun saya harap result ok la..
tak ada apa yang best sangat nak kongsi dengan semua..
cuma beberapa hari lepas, saya yang malas ni terajin nak buat aiskrim dan kek coklat..
saya suka sangat coklat..tak tau la kenapa..
aiskrim lain memang saya kurang sikit..

so,jalan punya jalan terjumpa la di  http://cikepal06.blogspot.com/2012/12/resepi-aiskrim-boleh-buat-ice-cream.html#.UROJCUEybwl cara-cara nak buat aiskrim sendiri..
memang saya copy 100% bahan-bahan yang digunakan oleh tuan punya blog..
dan hasilnya boleh la dibanggakan sebab first time saya buat ni..
thanx to cik epal sebab share resipi macam mana nak buat aiskrim..
di bawah ni la hasilnya


sebelum..semasa..dan selepas..

beberapa hari selepas buat aiskrim ni, teringin pulak nak buat kek coklat..
barang-barang beli awal..
tapi disebabkan sifat pemalas saya ni kerja-kaerja nak buat kek bertangguh sampai la semalam..
jadi semalam baru la keinginan ni terlaksana..
so,ini la hasilnya..


yang first tu dari pandangan atas..yang kedua tu pula dari pandangan sisi..

oklah..ni sahaja nak kongsi..
siapa-siapa yang rajin nak buat aiskrim tu boleh la jenguk blog cik epal tu ya..
yang kek coklat ni rasanya ramai dah tau kan..
jumpa di next entry ya..
sekian,wassalam.. ^^

Friday, January 18, 2013

1st entry 2013 : Semakin sunyi

assalamualaikum dan salam sejahtera..
apa khabar readers??diharapkan semuanya sihat..
lama dah tak menulis kat blog ni..
kesian terbiar..maaf sangat-sangat sebab tak dapat update blog..
semester ni agak busy..alhamdulillah sekarang ni saya dah habis pun semester 5..
tinggal 1 semester lagi nak habiskan study..
harap-harap semoga semuanya berjalan dengan lancar.

hari ni dah 18hb Januari 2013..
maknanya dah 18 hari kita meninggalkan tahun 2012..
pelbagai kejadian sedih dah gembira yang berlaku kepada saya..
apa-apa pun semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelum ini.. ^^

hmm,hostel semakin sunyi sebab ramai yang dah balik rumah..
tinggal la kami di sini..
tak dapat nak balik awal sebab next week ada program di Kota Belud..
lepas habis program baru fly balik semenanjung..
tak sabar sebab dah plan macam-macam bila balik sana..



oklah,kita jumpa lagi nanti ye..
insyaallah ada masa saya blog walking kat blog readers semua k..
take care..
sekian,wassalam..




Tuesday, October 30, 2012

23rd entry 2012 : Salam dari UMS dan makan ambuyat

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
fuhhh..bersawang betul blog ni..
lama tak upate dah..bukan tak mau update tapi masa membataskan segalanya..
ini pun tengah cuti mid semester..so boleh la update sambil-sambil siapkan assignment..
btw,masih nak ucapkan selamat hari raya aidiladha untuk semua kaum muslimin dan muslimat yang menyambutnya di seluruh dunia..
cerita berkenaan raya haji ni membuatkan saya teringat akan arwah nenek saya yang meninggal dunia di Mekah semasa menunaikan haji pada tahun 2007..
semoga arwah tenang di sana..insyaALLAH..
macam tahun-tahun yang sebelum ini juga,saya menyambut aidiladha di perantauan lagi..kalau tak ada aral,ini tahun terakhir beraya di sini..sebabnya tahun depan dah habis belajar..

sambutan aidiladha tahun ini saya sambut di Bongawan bersama-sama dengan keluarga angkat saya..
uncle dan aunty memang berasal dari sabah dan Bongawan tu adalah kampung uncle..
macam segan juga mau ikut tapi saya ikut juga la..hehehe..
kami ke Bongawan hari jumaat pagi lepas solat raya..
perjalanan makan masa lebih kurang 1 jam juga la dari kota kinabalu..
sampai-sampai ja memang terasa suasana kampung la sebab rumah uncle masih rumah kampung la..banyak papan dari batu..
kawasan pun memang kawasan kampung..angin segar..seronok.. :)

masa saya sampai,terus ikut aunty ke dapur..sebelum tu jumpa dulu la dengan ahli keluarga uncle..
saya rasa sangat segan dan malu ok..sebab first time datang sana..
tengok kat dapur, barang-barang basah dah tersedia..dengan ikan kecik sampai la ikan besar,sayur,buah mangga dan macam-macam lagi la..
saya ada la tolong sikit-sikit sebab ramai kan yang ada..lagipun tak tau la mereka nak masak apa..
part yang best tu kan bila adik uncle cakap nak buat ambuyat..
pernah dengar nama makanan tu dan pernah tengok serta rasa cuma masa tu rasa macam tak boleh nak makan banyak-banyak..memang sikit sangat makan..
so,bila dah ada peluang nak rasa ambuyat air tangan orang sabah,orang kampung lagi tu,memang tak boleh lepas la..
aunty cakap ambuyat tu diperbuat daripada sagu dan dimakan dengan pencicah serta sayur-sayur la..
dalam gambar kat bawah ni,yang gambar first dalam bulatan merah tu adalah ambuyat..
maaf tak jelas sangat..makan ambuyat ni kena telan terus tau bila dah masuk mulut..itu apa yang diberitahu kepada saya la..
ambuyat ni sama ja semuanya tapi apa yang membezakan ianya sedap atau tak adalah pencicah..kalau sedap pencicah tu,sedap la jadinya..
nanti siapa-siapa yang datang sabah boleh la cuba rasa makanan tradisi ni..


hmm oklah..saya berhenti setakat ni saja la..
mata pun dah mengantuk ni..
sampai jumpa lagi di next entry.
sekian,wassalam..

p/s : sedap tau ambuyat ni..banyak juga saya makan masa tu..hehe ^^

Thursday, September 13, 2012

22nd entry 2012 : Kenangan 09.09.2012



hilang : 09.09.2012
disedari : 10.09.2012
report : 11.09.2012

Thursday, September 6, 2012

21st entry 2012 : Kemas barang

assalamualaikum & salam sejahtera readers..
apa khabar??harap semuanya sihat-sihat la ya..masih lagi dalam mood raya??hehe..
by the way,cuti semester hampir sampai ke penghujungnya..
3 days left before i fly to Kota Kinabalu again..
nothing much to say right now..just hope everything gonna be ok..

oklah,al-kisahnya insyaALLAH hujung tahun ni ibu akan berpindah ke Perak..
nak tak nak kena la kemas barang-barang dalam bilik ni..
tak ada banyak barang pun..yang banyaknya buku-buku dari zaman dip dan masa kerja dulu..
seharian juga la mengemas bilik tu..
ini pun masih ada yang tak berkemas lagi..kain baju la..tapi ibu kata tu nanti masuk dalam plastik besar ja..bilik ni pun belum siap dibersihkan lagi..
akhirnya setelah dikemas,banyak ni ja barang yang ada & dapat dimasukkan ke dalam kotak..




hmm barang-barang nak bawak balik sabah belum kemas lagi..
sangatlah malas sebenarnya..tapi kena gagahkan juga la..
balik sabah ni pun tak bawa banyak barang sangat..
1 beg tarik,1 beg belakang & 1 beg sederhana kecil nak letak segala dokumen yang penting..




orait,saya stop kat sini ja dulu untuk hari ni..
insyaALLAH kita jumpa di entry yang lain pula..
mungkin sampai KK nanti baru ada entry..
so,have a nice day readers..
sekian,wassalam..

Monday, August 27, 2012

20th entry 2012 : Quick update

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
firstly,rasanya masih belum terlambat nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua..
dengan harapan agar syawal pada tahun ini lebih meriah daripada yang sebelumya..
so,tinggal lebih kurang 2 minggu lagi sebelum terbang semula ke Sabah.
barang-barang masih belum siap satu pun..insyaALLAH by next week siap la..

one happy family..

raya tahun ni meriah like usual..
dan yang paling best raya tahun ni diberi kesempatan dengan rezeki yang ALLAH berikan untuk beraya jauh sikit la..
bermula dengan beraya di N9,diikuti raya di Perak,Kedah,Kelantan,Pahang,Melaka dan akhirnya kembali semula ke N9..
seronok tapi agaknya sebab berjalan jauh,badan pun jadi tak sihat..tapi hari ni alhamdulillah dah sihat sepenuhnya..

oklah,kita jumpa lagi next entry k..
sebelum tu ni ada video masa malam sebelum raya..
tengok bunga api..cousin yang beli..hehe
enjoy k..
sekian,wassalam..



p/s : terima kasih kepada blogger yang bagi kad raya dan duit raya..sangat2 menghargainya..

Monday, August 6, 2012

19th entry 2012 : Jom tanam pokok cili :)

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
alhamdulillah,kita dah masuk minggu ke-3 ramadhan..
semoga ramadhan kali ini memberi 1001 keberkatan kepada kita semua..
hmm sepanjang cuti sem ni tak ada buat apa pun kat rumah..
tolong-tolong ibu macam tu ja la..

tak ada apa pun nak bercerita..
cuma sebelum balik sabah masa cuti semester lepas,saya ada tanam cili.
yela,senang sikit rasanya..
orang-orang kat rumah ni kuat makan pedas..so saya ambil la sedikit inisiatif nak tanam pokok cili api..alhamdulillah,balik hari tu pokok cili dah berbuah walaupun 2 biji ja cilinya..
rasa berbaloi juga la menanam..hehehe..

ni la pokok cilinya..masih kecil lagi..hehehe..yang sebelah kiri tu sebelum saya tinggalkan..


ni pula yang terbaru..saya cuba untuk tanam lagi..harap2 ianya akan membesar dengan sihat..


ada lagi saya tanam di batas belakang rumah..
harap2 yang itu pun akan sihat sepenuhnya..
oklah,pada sesiapa yang suka makan cili api,jom sama-sama kita tanam pokok cili..
kalau cili dalam peti ais tak cukup,pakai selipar,pergi kat pokok cili,petik,basuh dan makan..
senang kan?hehehe..
oklah,kita jumpa di entry akan datang..
sebelum itu,ada sedikit perkongsian ilmu..


Surah AlAn'aam. Ayat 095.


Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?

take care readers..
sekian,wassalam..

Friday, July 20, 2012

18th entry 2012 : Job satisfaction and organizational commitment

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.. tiba-tiba terasa rajin pulak nak update..
pada hal bukan selalu update pun..hieeeee
actually bukan apa..teringat masa zaman kerja dulu..sangat seronok sebab melayan pelbagai kerenah anak murid dengan ibubapa..
lepas saya habis diploma,saya kerja sebagai guru tadika di salah sebuah tadika di putrajaya..
kenapa guru tadika???sebabnya masa diploma dulu saya ambil kos Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak..
so saya bersyukur la pekerjaan saya time tu relate dengan kos yang saya ambil masa di kolej dulu..
tapi lepas tu kerja di UIA,tak ada kena mengena langsung dengan apa yang saya ambil masa diploma dulu..
tak apa la kan..janji saya ada pengalaman tak kira la kena-mengena atau tak dengan kanak-kanak..hehehehe..

ni gambar masa kerja kat UIA..di Kuliyyah Architecture and Environmental Design (KAED)
ok..disebabkan saya cerita pasal kerja,ni ada satu soalan..
saya jawab ikut suka saya ja..
so siapa-siapa yang dah bekerja kalau tak agree dengan jawapan saya,boleh la beri pandangan anda.. soalan dalam eng..tapi saya jawab in bm ja..sebab english saya tak best..
ooh,by the way..entry kali ni agak panjang sikit..


QUESTION : Job satisfaction and organizational commitment are closely related to the employer and employee. Discuss to what extent this statement is true. 

Jawapan saya:
Kepuasan kerja membawa maksud keseronokan dalam melakukan sebarang kerja atau emosi yang positif lahir daripada penghargaan yang didapati hasil daripada pekerjaan yang dilakukan atau pengalaman bekerja. Komitmen organisasi pula adalah kesungguhan seorang pekerja dalam melakukan tugasnya demi membantu organisasi itu berada di tahap yang lebih baik. Ini dapat ditunjukkan melalui hasil kerja yang telah dilaksanakan. Terdapat banyak aspek yang terkandung dalam kepuasan bekerja seperti bayaran gaji, keadaan tempat bekerja, rakan sekerja, prospek kerja dan juga aspek dalam terhadap kerja itu sendiri. 

Untuk aspek yang pertama iaitu pembayaran gaji, seorang pekerja itu akan merasa puas terhadap pekerjaannya jika gaji yang dibayar adalah setimpal dengan apa yang dilakukan dan dengan kelayakan yang ada. Sebagai contoh, gaji seorang eksekutif akan lebih tinggi daripada seorang kerani. Ini adalah kerana kelulusan yang diperolehi oleh eksekutif adalah lebih tinggi daripada kerani. Oleh sebab itu, sekiranya gaji yang diberikan oleh majikan adalah sesuai dengan taraf kelayakannya pekerja maka pekerja akan terus memberikan komitmen yang tinggi terhadap organisasi tersebut. Namun sekiranya gaji kerani adalah sama dengan gaji eksekutif ianya akan membawa kepada ketidakpuasan hati di kalangan pekerja terutamanya eksekutif itu sendiri. 

Selain daripada itu, kepuasan bekerja juga termasuklah jawatan atau kedudukan seorang pekerja di dalam organisasi tersebut. Apabila seseorang itu diberikan jawatan yang sesuai dengan kelulusan yang dia ada, maka komitmen pekerja itu terhadap kerjanya akan menjadi lebih tinggi. Seorang yang berpendidikan tinggi akan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh ketua mereka. Ini akan menunjukkan bahawa apabila seorang pekerja itu berpuas hati dengan jawatan dan kedudukannya dalam organisasi itu ianya akan membuatkan pekerja itu member komitmen yang tinggi terhadap kerja yang diberikan. Namun, jika seorang pekerja itu mempunya taraf pendidikan yang tinggi seperti ijazah sarjana atau ijazah sarjana muda tetapi bekerja sebagai orang bawahan jadi, kepuasan dirinya terhadap jawatan atau kedudukan itu adalah tidak setinggi pekerja yang berpuas hati dengan jawatan yang diberikan. 

Persekitaran tempat kerja atau kawasan tempat kerja yang selesa perlu diambil kira bagi memastikan kepuasan pekerja. Sebagai contoh, kedudukan setiap pekerja disusun dalam keadaan teratur dan kemas. Ini akan membuatkan setiap pekerja merasa selesa untuk terus bekerja di organisasi itu. Keadaan persekitaran yang bersih dan teratur juga membuatkan pekerja lebih bermotivasi dalam melakukan kerja yang diberikan. Jika pekerja bermotivasi tinggi ini bermakna pekerja akan memberikan komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan yang dilakukan. Komitmen yang tinggi akan diberikan oleh pekerja di dalam organisasi itu yang merasakan dia berada dalam keadaan yang tidak tertekan untuk melakukan kerja. 

Rakan sekerja memainkan peranan yang penting dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Jika rakan sekerja tidak menghormati pekerja yang lain,keadaan di organisasi itu akan berada di dalam keadaan yang tidak tenteram. Selain daripada itu, jika rakan sekerja hanya mementingkan diri mereka sendiri akan membawa kepada pengaruh yang tidak baik kepada organisasi itu. Di sebaliknya, jika rakan sekerja adalah seorang yang menghormati orang lain, ringan tulang, peramah dan bercakap secara sopan santun akan membuatkan rakan-rakan di sekeliling merasa selesa dengan keadaan di organisasi. Dan jika keadaan ini terus dipraktikkan ini membolehkan pekerja member komitmen yang tinggi kepada syarikat di samping menerima kepuasan kerja. 

Selain daripada persekitaran, prospek kerja juga memberikan pengaruh dalam kepuasan bekerja bagi seseorang pekerja itu. Prospek kerja membawa maksud tugas-tugas satu-satu pekerjaan ini. Tugas-tugas pekerjaan ini akan dinyatakan di dalam ‘job description’. Jika pekerja itu diminta melakukan kerja yang tidak terdapat di dalam ‘job description’ maka pekerja itu berhak untuk menolak permintaan daripada pekerja itu. Ini kerana, skop kerja yang diminta itu tidak berkaitan dengan tugas sebenar pekerja itu. Apabila pekerja berpuas hati dengan prospek kerjanya, maka pekerja itu akan memberikan komitmen yang tinggi terhadap organisasi di mana dia bekerja. Seseorang pekerja yang memberi komitmen yang tinggi kepada organisasi akan merasa gembira dan selesa untuk terus bekerja di organisasi tersebut. 

Aspek dalaman satu-satu pekerjaan itu juga akan membawa pengaruh kepada kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi. Aspek dalaman bermaksud apakah kerja itu sebenarnya. Seperti contoh, seorang guru. Apakah tugas-tugas seorang guru itu. Adakah hanya mendidik pelajar, membantu pelajar atau juga mempunyai tugas-tugas yang lain. Jika kerja itu sendiri memberi kepuasan bekerja maka secara tidak langsung komitmen tehadap tugas juga akan tinggi. Guru akan menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi begitu juga dengan pekerjaan yang lain. Tugas yang diamanahkan perlulah dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab agar kepuasaan bekerja dan komitmen kepada organisasi itu akan lebih memberi dorongan kepada pekerja.

so,macam mana??ada lagi jawapan yang tertinggal? ok ke jawapan yang saya bagi atau ada yang salah..
kalau salah sila bagi tunjuk ajar ya..
oklah sampai di sini sahaja entry untuk kali ni..
insyaALLAH kita jumpa lagi di next entry..
sekian,wassalam..

p/s : kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia,saya ucapkan salam ramadhan al-mubarak dan selamat berpuasa.semoga ramadhan kali ini memberi 1001 keberkatan kepada kita,insyaALLAH..

Wednesday, July 4, 2012

17th entry 2012 : Bersikap penyabar dan tenang

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
entry pertama untuk bulan Julai ini..
sedikit perkongsian dengan harapan ianya dapat memberi kebaikan kepada kita.

Rasulullah pernah berkata kepada al-Mundzir,kepala kabilah Abdul Qais,
"sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang dicintai ALLAH,iaitu sifat penyabar dan tidak suka tergesa-gesa."
lalu dia bertanya,"wahai Rasulullah,apakah aku berusaha berperilaku seperti itu atau ALLAH menjadikanku berwatak dengan keduanya?"
Nabi SAW menjawab,"ALLAH lah yang menjadikanmu berwatak dengan keduanya."
al-Mundzir pun berucap,"segala puji bagi ALLAH yang telah menjadikanku berwatak dengan dua tabiat yang dicintai ALLAH dan rasul-Nya."
-HR Abu Dawud-

sifat sabar ini bukan sahaja dianjurkan oleh Rasulullah tetapi juga oleh nabi-nabi yang terdahulu.
mengapa sifat sabar ini diperlukan oleh setiap manusia itu?ini adalah kerana menurut Ahmad ar-Rasyid dalam bukunya al-'Awa'iq,
sabar adalah benteng yang akan melindunginya dari fitnah,sifat pemarah dan ego sehingga ianya mampuberlaku adil dalam membuat sebarang keputusan.
jika sesuatu keputusan itu dibuat ketika kita sedang marah,sudah pasti ianya akan membawa kesan yang buruk pada masa yang akan datang.
selain daripada itu,apabila kita mempunyai perasaan marah,ini boleh mengakibatkan pertelingkahan dan ketidakpuasan hati.
oleh itu,sifat sabar adalah satu sifat yang perlu ada dalam diri setiap manusia.
apabila kita marah,sabar dan tenangkan hati.
insyaALLAH segalanya akan baik.jangan terlalu mengikut perasaan.
orang yang sabar adalah orang-orang yang berjaya kerana dia telah berjaya untuk mengawal nafsu amarahnya atau mengawal dari melakukan perkara-perkara negatif.
sifat sabar ini membawa seribu satu kebaikan kepada kita.

sifat tenang juga berkait rapat dengan sifat sabar.
sebagai contoh,jika kita dihina atau dituduh membuat sesuatu yang diluar jangkaan,pasti kita akan merasa marah atau sakit hati.
namun dengan sifat yang tenang dan sabar yang kita tunjukkan,ini dapat membuatkan kita sentiasa tersenyum kerana kita tahu bahawa kita tidak salah.
ini juga sedikit sebanyak boleh menyebabkan orang yang menuduh kita berasa serba salah kerana kita tidak bertindak mengikut hawa nafsu.

sementara itu,sifat gelojoh atau tergesa-gesa akan menjadikan seseorang itu tidak cermat dalam melakukan sesuatu.kita melakukan sesuatu dengan tergesa-gesa apabila tidak mencukupi masa yang cukup atau sesuatu itu dilakukan di saat-saat akhir.
sebagai contoh,menyiapkan assignment pada saat akhir.
saya mengakuinya bahawa saya juga selalu berbuat demikian.menyiapkan assignment sehari sebelum tarikh akhir.keadaan ini mengakibatkan tubuh badan letih dan tidak bermaya.ini menyebabkan saya merasa malas untuk ke kuliah pada esoknya.
selain itu,jika kita melakukan sesuatu perkara itu dengan tergesa-gesa,maka hasilnya mungkin tidak memuaskan atau isi kandungannya tidak lengkap.

oleh itu,marilah kita sama-sama menanam sifat sabar dan tenang serta tidak tergesa-gesa dalam kehidupan seharian kita..
insyaALLAH kita akan mendapat keberkatan dari ALLAH dan semoga hari-hari yang kita lalui akan sentiasa indah.
sekian,wassalam..


indahnya ciptaan ALLAH..saya suka bunga-bungaan..sangat cantik..berwarna-warni..pelbagai jenis..masyaALLAH,kuasa ALLAH yang tiada tandingan..

*sumber diambil dari majalah ujang

Tuesday, June 26, 2012

16th entry 2012 : Gerak hati


Aku tunggu dan terus menunggu

Namun,gerak hatiku benar belaka

Sudahlah..Jangan ditunggu sesuatu yang tidak mungkin

Terima Kasih

Biarlah aku melangkah dengan perlahan

Sebelum aku ditinggalkan perlahan-lahan tanpa aku sedari



nukilan, 26.06.2012


p/s : entry tiada kaitan dengan penulis..and alhamdulillah,rasa heaven sangat bila berada di rumah..have a nice day readers..

Tuesday, June 12, 2012

15th entry 2012 : Final exam

Assalamualaikum readers..
Lama dah tak menulis blog..
Maaflah banyak kekangan masa dua tiga minggu ni..
Sekarang ni dah start final exam.4 paper dah lepas and 2 more to go..
Tak tahu macam mana nak cakap tapi paper untuk sem ni memang susah juga la..
Harap-harap semuanya ok..risau juga kalau tak sampai target..
Kawan-kawan doakan saya k..
Oklah,nak sambung study semula..esok paper fisiologi..harap-harap soalan ok la..
Orait,till then..see ya..nanti ada masa saya blogwalking blog kawan-kawan ya..
Wassalam..

posted from Bloggeroid

 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design