Pages

Monday, April 9, 2012

10th entry 2012 : Jangan.....jika.....

assalamualaikum..
entry pendek di pagi isnin pada semester break..




jangan pikat wanita jika anda tidak bersedia cintakan dia..

jangan buat wanita itu jatuh cinta jika anda tidak cintakan dia..

jangan memberi wanita itu harapan jika anda tidak pasti akannya..

jangan sakitkan hati wanita jika anda tidak ada hati untuknya..

jangan mainkan perasaan wanita jika anda tiada perasaan untuknya..

haram jika anda jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya..



-sumber dari fb Najmie Kuantan II-

Saturday, March 31, 2012

9th entry 2012 : Terlepas flight

assalamualaikum..and salam sejahtera readers..
hmm,dah hari sabtu pun..
so apa la plan kawan-kawan sekalian??
mau jalan-jalan?tengok wayang?duduk rumah?
saya??hmm,pagi nanti saya kena ke ums..ada meeting group untuk siapkan proposal..
mata dah mengantuk..tapi nak update sikit..
sebab ada orang tu minta saya update..hehehe..

oklah,saya tiba-tiba nak cerita satu pengalaman yang saya tak dapat lupa..
pengalaman terlepas flight..
ceritanya macam ni..
pada hari kejadian,flight saya jam 12:10 tengah hari kalau tak silap..
so dalam jam 3 tu saya dah sampai di sabah la..
jadi,masa saya beratur di kaunter untuk check in,ada la mamat depan saya ni..
saya tak tau la apa sebenarnya yang jadi kat dia..
punya la lama dia kat depan tu..duk mengeluarkan barang2 dia..
saya budget yang beg bagasi dia terlebih muatan..

tunggu punya tunggu,tak juga siap-siap..
saya macam dah hilang sabar tapi saya gagahkan juga la tunggu..
saya tengok jam..pintu gate akan tutup bila2 masa ja..
saya dah rasa semacam tapi saya buang jauh2 perasaan tu.
so bila dah sampai giliran saya,kakak yang kerja kat kaunter tu cakap pintu gate dah tutup..
saya apa lagi..gelabah habis la..
dia pun minta saya ke kaunter hujung..
sampai kat kaunter hujug tu,memang akak tu pun cakap pintu gate dah tutup dan saya kena beli tiket baru..
air mata dah start bergenang tapi saya tahan..tanya berapa harga tiket untuk next flight..
bila dah tau saya gerak ke arah ibu..
nah,sampai ja saya terus menangis..memang tak dapat nak dibendung lagi la..
tak peduli dah orang ramai kat situ..
memang teresak-esak saya menangis..yela,1st time jadi macam tu..

dalam sedu-sedu tu saya minta ibu keluarkan duit saya untuk beli tiket baru..
so ibu dengan ayah pun cari atm..
saya tunggu ja kat tempat tu dengan air mata yang masih meleleh..
sedih memang tak boleh nak cakap la..
harga tiket baru tu rm195..terbang duit saya tapi nak buat macam mana kan..benda dah jadi..
lepas dah beli tiket,saya salam ibu dengan ayah and then terus masuk balai berlepas..
masuk awal sebab takut tertinggal lagi..huhu..
lepas tu tak ada apa yang jadi dan alhamdulillah saya selamat sampai sabah..
cuma yang tak bestnya malam tu saya diserang migrain yang teruk..
sampaikan ibu dengan ayah call saya tak dengar..
memang tidur mati la orang kata..huhuhu..

so,kawan-kawan..pengajarannya jangan la tertinggal flight macam saya..
oklah,ni saja yang saya mau share..
kita jumpa di next entry k..

sekadar gambar hiasan..hehehe..

sekian,wassalam..

Friday, February 24, 2012

7th entry 2012 : Bersyukur atas nikmat ALLAH

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
lamanya blog ni kena tinggal..
almaklumlah,awal-awal semester ni macam-macam yang kena buat..
yang paling penting kena register class dengan tutorial..
ini pun baru lepas meeting untuk program..
maaf,tak dapat nak singgah ke blog rakan-rakan..
insyaALLAH ada kelapangan saya akan ke blog anda..
tak ada apa yang mahu diceritakan..
cuma saya bersyukur kerana ALLAH masih mengurniakan nikmatNya kepada saya..



sekadar gambar hiasan..gambar ini diambil semasa menunggu bas untuk ke UMS..

Wednesday, February 15, 2012

6th entry 2012 : Adik siapa la ni??huhuhu



assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
hmm nampak kan surat kat atas tu??
haih,adik siapa la yang buat kerja ni..
nak tau adik siapa??adik saya la...huhuhu..sabar ja la bila baca..
even surat ni belum sampai lagi di tangan kami,tapi adik saya ada cakap ada surat dari sekolah nanti..
ni surat kawan dia yang sama-sama buat kesalahan ni..
kawan adik saya tagged saya di facebook..
jadi,confirm-confirm la dia akan dapat surat yang sama...
dia pun ada juga tanya saya ada tak surat dari sekolah sampai..
tapi kalau tak dapat,syukur la..hehehehe..

adik saya ni pandai,bijak..belajar pun kat sekolah asrama penuh,SBPI Selandar..
tapi,perangai tak bijak langsung..
apa dia buat??hah,tu yang tertulis tu la..
ada ke dia pergi panjat bumbung sekolah..kalau la ada perkara buruk masa dia panjat bumbung tu,hish tak dapat nak fikir la..
nah padahnya,sampai surat dari sekolah..
panjat bumbung tu termasuk di bawah memanjat tangki air @ lebih dikenali dengan kesalahan kategori A..
memang cikgu ada cakap pada ayah saya yang kesalahan dia ni besar..

so sekarang ni dia menyusahkan kakak dia untuk tulis surat rayuan bagi pihak dia..
sebab dia sekarang ada di PLKN so tak boleh nak buat..
dia cakap lagi dia tak nak susahkan ibu dengan ayah tapi dia nak susahkan kakak dia ni..
mujur la adik..kalau tak,malas nak layan..
bukan dia saja yang kena..ramai lagi yang kena termasuk la pelajar perempuan..
mentang-mentang la dah nak habis sekolah time tu,so budak-budak ni semua buat la kerja ni..
sabar ja la..

apa-apa pun,disebabkan saya kakak,saya kena la buat surat rayuan untuk dia..
aduiiii,malasnya...
sekian,wassalam..


p/s:entry ni just nak berkongsi sahaja..so,janganlah buat perkara-perkara yang macam ni bagi adik2 yang bersekolah tu k..jadikan pengajaran untuk diri..
ada sesiapa yang pernah dapat surat dari pihak sekolah berkaitan dengan disiplin?

Monday, January 30, 2012

3rd entry 2012 : Kenapa private kan blog??

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
macam mana life??hope semuanya ok..
lama dah tak update blog ni..
almaklumlah,cuti sem ni banyak benda nak buat kan..hehe..
tapi ni update juga la sebab ada kawan tu asyik duk suruh update ja..
hah ni update la sikit even pendek ja entry ni..

ok..kembali kepada tajuk..kenapa private kan blog??
ada sesetengah blogger yang private kan blog dia..
kenapa??
bagi saya mungkin ada beberapa sebab kot.contohnya :

  • tak nak sesiapa tahu kisah hidup dia..dia buat blog sebab nak cerita apa yang berlaku dalam kehidupan seharian dia..mungkin ada yang terlalu personal untuk dikongsikan..blog ni kan diari on9..so,mungkin sebab tu la dia private kan blog..hanya dia saja yang dapat baca blog tu..
  • ataupun,dia just nak berkongsi kisah hidup dia dengan orang-orang yang tertentu or orang-orang yang rapat dengan dia saja..so,hanya orang-orang yang terpilih saja la dapat baca blog dia tu..
  • tak pun ada orang yang suka sangat nak ushar life dia dan dia tak suka,so dia private kan blog dia daripada dibaca oleh orang tersebut..tapi orang lain boleh ja baca blog dia..



so,rasanya tu saja kot untuk petang ni..hanya ni sahaja yang dapat difikirkan sebab badan pun tak berapa nak sihat ni,so jumpa lagi di next entry..have a nice day readers..sekian,wassalam..

p/s : kawan-kawan ada pandangan tentang hal ni??meh la kongsi.. :) :)

Wednesday, January 18, 2012

2nd entry 2012 : Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..
alhamdulillah..dah 3 hari berada di rumah..
hehehe..
sangat best bila ada kat rumah..macam-macam ada.. :)

kawan-kawan,saya suka minum air milo ais yang pekat..
biasanya kalau saya buat air milo,mesti letak milo banyak-banyak..
kalau terlebih rajin atau terlebih malas,saya ke kedai beli air milo kotak..
sedapnya...hehehe..





p/s : kawan-kawan suka minum air apa??

Friday, January 6, 2012

1st entry 2012 : Kenangan mengusik

assalamualaikum dan salam sejahtera..
hai readers..apa kahabar?
hope semunya sihat-sihat belaka..
alhamdulillah saya dah habis tiga paper..so,ada lagi tiga paper yang bakal menjelma..
disebabkan paper hari selasa,rasanya mau update blog sekejap malam ni..
btw,happy new year guys..
even dah lambat,nak juga wish to all of you..hehehe..
semoga tahun ini akan bertambah baik dari tahun-tahun yang lepas,insyaALLAH..

tengok tajuk macam apa ja..hehe..tak tau nak tulis tajuk apa..
actually kenangan ni masa zaman-zaman sekolah dulu..
masa tu saya belajar di Sekolah Teknik Bukit Piatu,Melaka..batch tahun 2003/2004..
tapi kejadian yang jadi ni tak ingant pula masa Form 4 @ Form 5..

macam ni ceritanya..hari tu adalah hari Melaka Bandaraya Bersejarah..
jadi cuti umum la untuk seluruh Melaka..
jadi,saya dengan 3 orang budak dorm,jalan-jalan la sekitar sekolah..
tak silap dari hostel perempuan belakang ataupun dipanggil aspuri 2 sampai la ke bahagian asrama perempuan di bahagian depan atau aspuri 1..
aspuri 1 tu memang dekat sangat dah dengan pintu pagar utama sekolah..

kami berempat yang dah penat ni,ternampak la satu kedai abc dekat seberang jalan..
jadi kami pun tanya la dekat pakcik guard tu boleh tak kami pergi beli abc..
pakcik guard kata boleh..
jadi kami apa lagi terus la melintas jalan..yala,penat berjalan rasa haus sangat2 la..
memang happy gila la time tu..
tapi entah macam mana kan,ketua warden kita orang round-round sekolah..
jadi apa lagi,terus kita orang dipanggil balik masuk ke sekolah..
time tu ketua warden kami nama cikgu Idopi..saya sangat takut pada dia ok..sebab dia sangat garang bagi saya..huhuhu..

nah,apa lagi,.lepas ja kami masuk kawasan sekolah,kena la dengan warden kita orang tu..
dia cakap kami dah lakukan 1 kesalahan iaitu fly dari asrama..
tindakan yang akan diambil kalau fly dari asrama mestilah buang asrama kan..
dush,.rasa macam kepala terhantuk ke jalan..
sangat takut time tu..even kami pertahankan diri dengan cakap kat warden kami tu yang pakcik guard bagi kami kebenaran tapi dia cakap kami still bersalah sebab tak dapatkan kebenaran warden..
huhuhuhu..time tu dah tak tau nak buat apa dah..memang terfikir kena buang asrama ja..
kalau kena buang asrama,macam mana nak ke sekolah..
dah la rumah jauh dari sekolah..arghhh..time tu memang rasa tension sangat-sangat..

so,hari isnin tu nama kami berempat dipanggil depan perhimpunan..
pergh..dup..dap..dup..dap jantung saya time ni..
ketua warden kami minta kami jumpa dia lepas perhimpunan..
so,kami pun jumpa la dia..
kami diminta tulis surat pengakuan pasal kejadian fly tu la..
memang rasa sangat sedih la time tu..rasa nak menangis masa tulis pengakuan tu..

lepas dah tulis surat pengakuan tu,kami tak tau la perkara ni dibincangkan dengan warden-warden yang lain atau tak..
yala kan,kesalahan kami tu agak berat so mestilah ada mesyuarat sama ada diputuskan kami ni bersalah atau tak..
saya tak ingat berapa lama masa yang diambil untuk kami tunggu keputusan tu..
memang tak senang duduk la..macam cacing kepanasan..
tapi alhamdulillah..akhirnya kami terlepas dari hukuman..
tak tau la atas sebab apa..tapi kami diberikan amaran yang pertama la atas kesalahan yang kami dah lakukan tu..
alhamdulillah,bersyukur sangat-sangat time tu..huhu..
lepas daripada kejadian tu,memang tak ada lah nak berjalan ke apa lagi..
sebab takut ter-fly lagi..hieeeee..
hmm,ni ja la satu-satunya kesalahan yang agak besar dan serius yang pernah saya lakukan..


hmm rasanya ni saja mau kongsi dengan rakan-rakan bloggers..
so,jumpa lagi..
sekian,wassalam..


p/s: Juliet_iRa,ingat tak cikgu Idopi??rindunya dengan teknik..huhu..
kawan-kawan yang pernah tinggal kat asrama ada cerita tak??
meh la kongsi sama-sama..hehe..

Wednesday, December 28, 2011

50th entry 2011 : Final exam is around the corner

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
this week bermula la study week untuk students UMS..
maybe IPTA seluruh malaysia juga..
and next week start sudah final exam..
ni my full exam schedule:

03.01 : MARRIAGE AND FAMILY & INDUSTRIAL AND ORGANIZATIONAL PSYCHOLOGY
04.01 : OBSERVATION AND INTERVIEWING SKILLS
05.01 : ORGANIZATIONAL PSYCHOLOGY
10.01 : CHILDREN IN TROUBLED FAMILIES & SOCIAL STATISTICS
14.01 : UMS SEJATI III (FIRE AND RESCUE)

ada 2 hari yang saya ada 2 paper.
hopefully dapat la cover semua chapter yang masuk..
sangat tidak best bila ada 2 paper dalam 1 hari..huhu..
the most killer subject i think is social statistics..
kena la study hard untuk subjek ni..
subjek industrial and organizational psychology pun saya kena study lebih sikit sebab carry mark tak berapa nak tinggi..
actually yang lain pun sama juga susah tapi rasa yang tu insyaALLAH boleh handle lagi..
apa-apa pun hopefully saya dapat buat yang terbaik untuk final kali ni..

muka yang agak-agak stress dan serius..macam muka nak minta penampar..
hahahahaha..
inilah padahnya bila study last minit..
apa yang dibaca sangat susah nak masuk..
padan muka awak leeya..
lain kali study awal-awal k..
oklah..
kepada semua yang akan menduduki final exam nanti,
WISH YOU ALL THE BEST..
doakan saya kawan-kawan sekalian..
will see you later..
sekian,wassalam..

Tuesday, December 13, 2011

49th entry 2011 : Jungle trekking & rafting

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
diharapkan semua sihat-sihat..
alhamdulillah..kokum untuk sem III ni akhirnya habis juga petang tadi..
sangat-sangat gembira..
so next sem,tak ada la bangun pagi untuk hari sabtu..boleh berehat panjang..ehehe..
tapi semestinya saya akan merindui saat-saat tu..
oklah,malam ni nak cerita pasal saya pergi jungle trekking & rafting..
program ni kolej kediaman saya yang anjurkan dengan kerjasama pihak BTN cawangan Sabah.
program ni berlangsung selama dua tiga hari..
hari pertama,semasa mahu ke tempat tu kami sesat 2 kali..
kami tak jumpa tempat..
pengarah call sana sini untuk cari tempat program dan akhirnya kami sampai juga..
pemandangan di situ memang cantik..
lagi-lagi dengan keadaan alam semulajadi yang tak berusik oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab.
oklah,biar gambar yang bercerita.. :) 


 inilah tempatnya.. tempat untuk kami ber-rafting nanti.. macam tak sabar ja..ehehehe.. ok tempat ni di Tamparuli..tak jauh sangat la dari kolej kediaman saya.. konon-konon ni ambil feeling kat signboard..hieeee.. ok,ni hobi terbaru saya..suka ambil gambar di signboard..
eh,jap..the spesifik tempat kami akan berada ialah di Riverbug Kiulu.. hmm tapi,bila tengok kat website sabahtourisam,tempat ni di Tuaran..bukan Tamparuli..
huhuhuhu...




mentang-mentang la khemah dah siap dipasang semasa kami sampai,so apa lagi..
bergambar saja la kerja kami..
hehehehe..biasalah kan pantang nampak kamera..
lagi-lagi perempuan macam kami semua ni..
dalam setiap gambar mesti ada muka masing-masing..
kesian photographer tak ada banyak gambar..hieeeee..
ramai juga yang saya baru kenal dalam gambar ni..iyala kan,even satu kolej tapi bukan hari-hari
 jumpa.. :)

ni gambar masa jungle trekking..
kalau tak silap la kan,ni baru separuh perjalanan kami..
mungkin baru dua jam berjalan..sangat penat ok..
ooh,kenapa gambar lelaki ja??sebabnya perempuan dihadapan..
lelaki kena la jaga keselamatan perempuan..hehehe..



ini pula gambar kami masa tengah berehat..
masih boleh lagi tersenyum even sangat penat..
rasa macam tak larat dah nak jalan..
tapi berbekalkan air berbotol-botol,alhamdulillah masih ada tenaga lagi..
haus ja minum air..hieeeeee..
masa ni kami menunggu kawan-kawan yang lain sampai..



ehem..ehem..tuan punya blog nak tempek muka pula..
ehehehehe..
ni gambar masa saya melalui jambatan gantung..
kalau tak silap ni jambatan gantung yang kedua..
dan kalau tak silap juga ada 6 jambatan gantung yang kami lalui..
ada yang pendek..ada juga yang pandang..
kadang-kadang rasa takut juga mau lalu..
sebabnya ada jambatan tu macam dah usang ja..tapi alhamdulillah la..selamat juga semuanya.. :)
so,lepas 4 jam kami jungle trekking,akhirnya kami sampai juga..
syukur la tak ada sebarang kejadian buruk yang terjadi sepanjang kami jungle trekking..
rasa cuak juga nak ber-rafting..
maklumlah pertama kali kan.tapi tekad kat hati memang nak juga ber-rafting..
alang-alang dah sampai kan..
mengikut kata orang-orang yang akan bersama kami untuk ber-rafting tu,masa untuk sampai ke tapak perkhemahan semula adalah selama 3 jam..
mak aiii,lama betul..tapi ok la kan..pengalaman tu yang penting..



gambar ni gambat sebelum kami memulakan rafting..
ambil mood kononnya..
hahahahaha..
hmm nampak pelik ja bila topi saya tu ada dua lubang..
yang lain tu ok ja..salah ambil topi ni...hieeeeeee..
yang sebelah saya tu meen dan sebelah meen tu fida..
kami bertiga la satu boat..
dan dengan 3 lagi fasilitator..


peace..hahahaha..
ni gambar masa kami tengah ber-rafting..
tapi masa ni kat tempat air tenang..
jadi boleh la amik gambar...
hahahahaha..
kenapa tinggal kami bertiga ja atas bot dan termasuk orang yang pro tu??
ini adalah sebab 3 orang fasi kami jatuh dalam air..
hahahahaha..padan muka..tu la,suka sangat tarik-tarik kami yang perempuan ni..
last-last semua jatuh...hahahahahaha..


tengah seronok bermandi-manda..
aktiviti ni dilakukan selepas sampai ke tapak perkhemahan..
alang-alang dah basah,apa lagi..
berpesta la kami kat sini pula..
hehehehe..
air sangat sejuk..dan keadaan kat situ banyak batu-batu..
batu-batu licin pula tu..jadi kena hati-hati semasa berjalan..


alhamdulillah...
selamat juga kami sampai akhirnya..
aktivit yang sangat best dan saya takkan lupa sampai bila-bila..
kalau ada peluang mau join lagi..
yeah..happy moment.. :)
oklah,itu saja kot mau cerita..
so,see you next entry..
sekian,wassalam..

Saturday, December 3, 2011

48th entry 2011 : Tambah koleksi novel

assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua readers..
alhamdulillah hari ni diberi kesempatan nak update blog..
tengok tajuk tertulis pasal novel kan??
so, beli 5 buah novel saja..bukan apa,boring nanti cuti sem tak buat apa-apa..
jadi saya beli la novel-novel ni..
ibu pun boleh juga baca nanti sebab tinggalkan terus kat semenanjung dan memang nak beli untuk ibu pun sebab ibu suka baca novel.
novel-novel ni saya beli masa expo buku di 1B sabtu lepas..
ok juga la sebab ada diskaun..kalau ahli diskaun 20%..kalau bukan ahli pulak diskaun 10%..
kalau rajin boleh la dapatkan novel-novel ni di kedai-kedai buku berhampiran..
tapi kalau malas,beli ja online..hehe..

 
 
 5 buah buku pilihan hati




saya baru habiskan 1 novel..yang tajuknya Yes Bos..
not bad la cerita tu.. (",)
ada sedih,gembira,lucu..kalau mau tau,bacalah ya..hehe..
oklah,mau berehat dulu ni..jumpa lagi di next entry..
sekian,wassalam..

Tuesday, November 29, 2011

47th entry 2011 : 4 hari di Kota Belud..Terima kasih Wan Irma Idayu Restu sekeluarga


assalamualaikum dan salam sejahtera..
hari ni hari yang cerah dan ceria..syukur alhamdulillah..
wah,lama rasanya tak menulis di blog ni.
biasa la kan,lately ni snagat busy dengan midterm dan penghantaran assignment..
so,tak dapat nak lakar apa-apa di blog..
hari ni baru ada kesempatan.

4 hari di Kota Belud..
sangat seronok dan best..
dapat rasa suasana kampung yang udara bersih,segar,dikelilingi sawah padi dan gunung kinabalu yang cantik.
sebenarnya saya ingin ke tamu di kota belud..
tapi kawan saya kata kena pergi awal pagi baru ada banyak barang.
jadi dia jemput saya tidur di rumahnya.
jadi,hari sabtu lepas,kawan saya datang jemput saya di hostel.
kesian dia..penat-penat balik dari kenduri kahwin terus datang jemput saya.
perkalanan dari KB ke KK mengambil masa lebih kurang satu jam setengah.

lepas dia jemput saya,kami bergerak ke 1B..
kawan saya ingin membeli sedikit barang..
then kami makan tengah hari di sana dan selepas makan kami bergerak ke KB.
alhamdulillah..kehadiran saya disambut baik oleh keluarga irma terutama emaknya.
so,tak payah cerita panjang la kan..
kita tengok gambar saja la..
biar gambar menceritakan segalanya..
by the way,thanx to irma sekeluarga sebab sudi terima kehadiran ema di rumah ini.. 

upsss...before terlupa..
asal usul nama Kota Belud tu menurut cerita kawan saya,belud tu maksudnya bukit..
jadi,disebabkan pekan Kota Belud tu dikelilingi oleh bukit,jadinya
orang dulu-dulu namakan la tempat tu Kota Belud..
tu la serba sedikit cerita tentang nama Kota Belud tu..


pemandangan sawah padi di hadapan rumah


taman bunga yang mempunyai bunga yang berwarna-warni


anak sungai di belakang rumah


sekitar tamu kota belud


penjual-penjual ikan gigih mencari rezeki untuk sesuap nasi


irma dan saya di pekan kota belud


irma dan adiknya miming yang sentiasa ceria


kawan saya yang comel dan baik hati,wan irma idayu restu


oklah,mau solat dan makan dulu ni..
sekejap lagi mau balik KK sudah
nanti ada masa cerita lagi..
dan akhir sekali,ada
warkah untuk irma satu keluarga:




sekian,wassalam..
jumpa lagi.. >_<


p/s:lama tak blogwalking..nanti ada kesempatan saya jalan ke blog anda.. :)

Saturday, November 12, 2011

46th entry 2011 : Kenangan dari Kundasang


semoga dikau terus kembang dan mekar
wahai bungaku..
>_<

Thursday, November 3, 2011

45th entry 2011 : Thank you so much my beloved IBU

assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
nothing much to say..
just sekarang ni tengah berperang nak siapkan assignment so tak pening nak fikir assignment lagi lepas ni..
hope boleh siap on time..
2 assignment dah siap..dan yang lain masih dalam progress..
>_<

actually nak say thank you so much to my beloved IBU..
sebab apa??sebab dengan tabah dan sabarnya beliau melayan kerenah anak dara yang seorang ni..
hehehehehe..kesian IBU..
biasa lah kan anak dara beliau ni memang macam-macam kerenah..
lagi-lagi bila dah duduk jauh ni kan.yala,family di n9..saya pula di sabah..
tapi saya redha sebab saya datang sini untuk menggenggam segulung ijazah..lagi 2 tahun complete la degree saya (macam lama ja lagi)..huhuhu..
harapan saya semoga saya dapat grad on time..ameen..

eh,lari tajuk pula..
berbalik kepada entry IBU saya ni..
hmm kan dekat-dekat nak raya haji ni kan..saya tak balik..beraya di sini saja macam tahun lepas.
jadi,saya teringin la makan masakan IBU saya ni..
so,saya pun buat panggilan kepada ibu saya.
saya minta beliau buatkan rendang daging dengan ikan bilis goreng cili api..
mujur la IBU saya setuju..alhamdulillah..terliur sekejap megenangkan masakan IBU..hehehehe..
IBU saya memang jarang menghampakan saya kalau saya ada minta apa-apa..
saya ni jarang juga mau minta apa-apa dari IBU..
kalau tak silap saya,dalam satu sem tu mesti ada sekali saya minta ibu poskan barang pada saya.biasanya makanan la saya minta..
even dulu saya dengan IBU tidak berapa rapat sebab dari kecil saya tinggal dengan arwah atuk dan nenek di kampung dari 5 tahun darjah 1.
darjah 2 hingga darjah 3 tinggal dengan family dan mula dari darjah 4 hingga form 3,saya kembali tinggal di kampung.
bila masuk form 4 hingga form 5 saya di hostel melaka dan masa diploma dan masa saya bekerja,saya di kuala lumpur..memang jarang la muka saya ni ada di rumah.
tapi bila dah besar ni dan makin meningkat usia,tak ada lagi lah perasaan saya tak rapat dengan IBU atau family..
kalau balik cuti sem,orang yang selalu ada di rumah adalah saya sebab yang lain sekolah dan bekerja..nah,time tu la banyak bergosip dengan ibu..
hieeeeeeeeeee..

ok2..proceed..hehehe..
setelah penat lelah memasak lauk untuk saya,IBU saya pun minta en.bf tolong poskan kepada saya.
bukan makanan ja saya minta tolong poskan,tapi ada juga barang-barang lain..
hehehehehe..
alang-alang kan..hantarlah sekali..
en.bf hantar guna pos laju..kalau pos laju ni sehari saja dah sampai..

tapi kan,oleh sebab en.bf poskan pada hari jumaat dan hari sabtu pejabat HEP tutup (agaknya la) so saya pun ambil keputusan untuk ke pejabat pada hari isnin..
sampai di pejabat,check buku then nampak la nama saya..
so orang di HEP tu pun bagi la barang saya..
tak la besar sangat pun kotaknya tapi dek kerana excited kot saya tak perasan yang simen kat luar tu agak licin..nah apalagi,terjatuh saya kat depan pintu pagar HEP tu..
malu toksah cakap la..
2 kali jatuh..dah jatuh,lepas tu nak bangun semula dan jatuh balik..
mujur la tak ramai orang lalu lalang kat depan tu..
and then dengan muka slumbernya saya jalan balik ke rumah..
even tapak tangan dengan kaki sakit,saya buat biasa ja..hahahaha..
saya rasa saya dah cukup berhati-hati dah..

sampai rumah tak terus buka..
saya buat kerja lain dulu..
malam baru saya ada mood mau buka..sampaikan IBU dah 3,4 kali telefon..
hehehehehe..
ni la  barang-barang yang IBU saya hantarkan..

kasut,cardigan,selendang,gambat pasport dan gelang tangan


ini adalah yang paling penting...rendang daging dan sambal ikan bilis cili api


so,thank you so much IBU..
nanti-nanti kirim lagi ya..ehehehehe..
oklah,got to go..
jumpa lagi..
sekian,wassalam.. >_<

Saturday, October 29, 2011

44th entry 2011 : Account has been disabled

assalamualaikum dan salam sejahtera..
alhamdulillah hari ini saya ada masa untuk update blog..ini pun sebab ke library untuk siapkan assignment..
sambil buat assignment sambil menulis blog.
ok la tu kan..ehehehe..

actually hari ni nak kongsi something dengan semua..
hmm pernah tak account anda-anda semua di disabled kan??
macam gambar di bawah ni la..


hmm hari tu,account blog saya tiba-tiba ja jadi macam ni..
saya pun tak tahu kenapa..
sangat cuak,gelabah,sedih dan macam-macam la..
saya try juga beberapa kali tapi masih juga tak boleh..huhuhu..

saya pun macam dah give up so saya biarkan ja dulu..
saya ada bagitau google apa yang terjadi..
tunggu esok baru saya try semula..

so esoknya saya try lagi..
kali ni disuruhnya saya verify segala macam contohnya email dan password.
dan lepas tu alhamdulillah,blog dapat dibuka semula seperti biasa..
hilang sudah perasaan cuak,gelabah dan yang senagkatan dengannya..

so,itu ja la saya nak kongsi..
hingga jumpa lagi..
sekian,wassalam.. 
>_<

Sunday, October 23, 2011

43rd entry 2011 : 1st time beli & bagi bunga pada orang

assalamualaikum dan selamat pagi semua..
mata tak boleh nak lelap lagi even jam sudah menunjukkan 1.11 pagi..
lama dah tak update blog..
so,curi masa untuk update sekejap..

nak dijadikan cerita,hari tu 1st time saya bagi orang bunga..
rasa lucu..ahahahahaha.
pada hal nak bagi bunga ja pun..tapi 1st time kan..so rasa lain macam sikit la..
pilih punya pilih..ni la hasilnya..


untuk dia...


untuk wan irma idayu restu..


thanx untuk kalian sebab terima bunga yang tak seberapa ni..
oklah,ini saja la yang mau cerita..
jumpa lagi..daa..
sekian,wassalam.. 
>_<
 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design