Pages

Wednesday, August 3, 2011

31st entry 2011 : Baby (JB) by Faizal Tahir


assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
macam mana puasa hari ini??ok ka??
hope semuanya ok..

actually saja ja mau update malam ni..mau kongsi video ni..
video faizal tahir nyanyi lagu justin bieber..
yang dibawakan dalam genre balada..FT nyanyi secara live tau..
FT dengan geng-geng beliau main gitar..
arghh,tiba-tiba fallin' in love tengok orang main gitar..ehehehehe..

i love it..nice arrangement..
lagi-lagi minit 1:57 tak silap..nice sangat..for me la..
but dont know about you people out there..by the way try to watch this video..
enjoy.. (",)


p/s : semoga ramadhan kali ini memberi seribu makna dan memberi keberkatan dalam kehidupan kita..

Sunday, July 31, 2011

30th entry 2011 : Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
hmm,lama dah rasanya tak menulis di blog ni..
hope semua sihat ya..

esok,umat Islam akan mula berpuasa..
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua..
hope tahun ni kepada yang mampu,dapatlah berpuasa penuh ya..
hehehehe..

hah,saya dah beli tiket untuk balik raya..
anda semua bagaimana??
excited sangat-sangat ni mau balik kampung sebab dah lama tak balik..
tahun ni,saya balik kampung awal dari family..
so,saya ambil keputusan mau balik naik keretapi..
alhamdulillah,semalam dapat juga tiket..hehehe..
apa la kan,puasa pun belum dah beli tiket..hieeeeeeee..


ni la tiket saya..dapat seat 1st class..
hehehe..
hope perjalanan saya akan selamat,insyaALLAH..
actually kampung saya bukanlah di taiping..
tapi disebabkan di kampung saya tu tiada stesen,makanya saya kena turun di stesen yang paling hampir la..




saya dapat seat yang warna merah tu..
harap-harap dapat la seat yang seorang tu..

oklah,got to go..
mau ambil abang di ktm..
sekian,wassalam..

Friday, July 22, 2011

29th entry 2011 : Mutiara kata

CINTA layaknya seperti 
seekor rama-rama.
Semakin kamu mengejarnya,
semakin jauh ia meninggalkanmu.
Biarkan rama-ramamu terbang
ke mana sahaja ia suka.
Siapa tahu,bila ia lelah dan tidak sedar
akan kewujudanmu,ia bakal mengibaskan 
sayapnya ke arahmu.
Menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi
dalam keadaan yang kamu tidak sangka.
Mungkin sahaja rama-rama yang kamu kejar itu
bukan rama-rama yang ALLAH 
peruntukkan buatmu.
 

Thursday, July 7, 2011

27th entry 2011 : Blogger in draft bertukar wajah lagi


blogger in draft bertukar wajah lagi??
hmm kawan-kawan pula macam mana??

Tuesday, May 17, 2011

19th entry 2011 : Broga Hills

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
alhamdulillah,tercapai juga hasrat saya untuk mendaki Broga Hills pagi tadi..
thanks kawan-kawan dan en. bf sebab bawa saya ke sana..
thanks juga kepada aisyah merangkap kakak kesayangan saya sebab ajak saya join..
perjalanan kami..

jam 11.30 malam
saya dan aisyah keluar dari rumah dan menuju ke rumah 'kawan rapat' untuk pickup dia..
then kami bertiga terus gerak ke NSK di selayang untuk membeli sedikit bekalan makanan dan minuman semasa mendaki nanti..

jam 12.30 tengah malam
kami menuju ke sentul untuk mengambil rakan kepada 'kawan rapat', firdaus..
dia akan menjadi peneman kepada 'kawan rapat' saya sebab pada mulanya kami mahu pergi bertiga sahaja..
tapi tergerak pula hati mau ajak dia sekali..
then,lepas jemput firdaus kami ke kedai di sentul untuk mengalas perut..

jam 2.00 pagi
kami bergerak ke downtown cheras untuk membeli sedikit barang..
sementara itu juga kami turut menunggu 'kawan rapat' dan firdaus datang sebab mereka lambat sedikit.
sepatutnya ada 3 orang lelaki yang ikut tapi disebabkan kawan firdaus tak jadi ikut,maka kawan kepada aisyah pula yang join kami..
lepas ambil semua barang amoy merangkap kawan aisyah ni,kami pun terus bergerak menuju ke semenyih..

jam 5.00 pagi
akhirnya,kami sampai ke tempat yang dituju..
keadaan masih gelap..
hanya ditemani lampu suluh,kami bergerak menuju ke puncak..
firdaus menjadi leader kami dengan bergerak di bahagian hadapan..
keadaan jalan yang pada mulanya mendatar menjadi semakin mencabar apabila sampai di pertengahan jalan..
keadaan yang curam ditambah dengan tanah yang lcin menyukarkan sedikit perjalanan kami..
namun alhamdulillah,kami akhirnya tiba di puncak pada jam 5.45 pagi..
syukur alhamdulillah..
pemandangan yang sangat indah disnari cahaya lampu dan angin yang sejuk hingga mencucuk ke tulang..
kami menunggu sehingga terbitnya matahari..subhanallah..sangat cantik pemandangan di waktu pagi..

jam 8.00 pagi
kami berlima bergerak turun semula ke bawah..
masa turun ni rupanya lagi sukar daripada masa menaik..
namun,semua tu kami tempuh bersama dan akhirnya kami sampai semula ke bawah..
syukur..syukur.. ^_^
di bawah ada beberapa keping gambar yang mahu dikongsikan bersama.
enjoy..


cantiknya lalang dan pemandangan di belakang..huhu


itulah dia..puncak di atas sana..
pemandangan pada waktu pagi dari atas..
hmm,so rasanya nak kongsi cerita ni saja hari ni..
apa-apa pun sangat seronok dapat naik Broga Hills..
nanti-nanti boleh naik lagi,insyaALLAH..
sekian,wassalam..

Friday, May 6, 2011

17th entry 2011 : Tahniah Kawan

assalamualaikum dan selamat petang..
syukur ke hadrat Illahi sebab dapat saya menghabiskan 4 paper untuk final ni.
masih ada 4 paper lagi..
hope semuanya akan berjalan lancar..

sekarang ni tidak kira la musim cuti sekolah atau tidak pasti ramai yang melangsungkan perkahwinan mereka.
tak terkecuali juga kawan-kawan saya..
saya mendoakan agar kawan-kawan saya ni berbahagia hingga ke akhir hayat.
dan semoga perhubungan yang mereka bina akan sentiasa dilindungi dan berada di bawah payung kesejahteraan..insyaALLAH..
so,tahniah la kepada kawan-kawan saya ni..

..Pn. Farah Munji dan husband..

..Pn. Nur Shafina dan husband..

..Pn. Fatimah Murni dan husband..
ni special sikit sebab Murni bersanding di Kemboja..
sebabnya husband dia orang kemboja.

oklah,got to go..ada masa saya update lagi..
wassalam..

p/s : kepada yaya dan farna yang akan bertunang,semoga semuanya berjalan lancar.. ^_^


Friday, April 29, 2011

16th entry 2011 : Dashboard Baru

assalamualaikum..
lama dah tak jenguk blog..busy exam kan..
3 paper dah setel..semuanya susah..haish..takut tunggu result nanti..
soalan memang tak dapat nak diramal..apa-apa pun saya dah buat yang terbaik..
ni pun ada di library..study dengan housemate..

hmm,kawan-kawan semua dapat tak dashboard baru??
saya dapat..
ni la rupa dashboard baru tu..huhu



oklah..till then..wassalam.. 

Thursday, April 14, 2011

15th entry 2011 : Final Exam

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
hope semua sihat ya..
saya alhamdulillah..sihat-sihat sahaja..
ok,final exam just around the corner..
hope sem ni saya dapat naikkan pointer..i'ALLAH..
schedule exam pun dah keluar..

WEEK 1

TARIKH DAN HARI
MASA
TEMPAT
SUBJEK
26.4.2011-SELASA
9:00-11:00
DKP 2 DAN DKP 3
PT10203 RESEARCH METHODOLOGY

14:00-16:00
DKP 2 DAN DKP 3
PT10303 SYSTEM AND THEORY PSYCHOLOGY
27.4.2011-RABU
9:00-11:00
DKP A1 DAN DKP A2
PT10603 PERSONALITY AND INDIVIDUAL DIFFERENCES



WEEK 2

5.5.2011-KHAMIS
14:00-16:00
DKP B1
UW00202 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
7.5.2011-SABTU
9:00-11:00
DEWAN CANSELOR
EJ12201 UMS SEJATI II BOMBA DAN PENYELAMAT



WEEK 3

11.5.2011-RABU
9:00-11:00
DEWAN CANSELOR
UK00502 PERSONAL FINANCIAL MANAGEMENT

14:00-16:00
DKP A2
PA10203 PSYCHOLOGY OF INFANT AND CHILD DEVELOPMENT
12.5.2011-KHAMIS
9:00-11:00
DEWAN CANSELOR
UE00602 INTRODUCTION TO PHILOSOPHY


next week adalah study week..then 3 minggu exam and finally balik semenanjung..
tak sabar mau balik nak jumpa family dan kawan-kawan..
ramai kawan saya akan berkahwin bulan ni..sedihnya saya tak dapat datang..
saya hanya dapat hadir ke majlis pertunangan kawan saya yang seorang tu..
hmm tak apa lah..kalau ada rezeki dapat la jumpa mereka..
ok lah..till next time..
doakan saya untuk final exam ni ya..
sekian,wassalam..

Wednesday, March 30, 2011

13th entry 2011 : Congrates Besties a.k.a Dr. Farhana Erman

 assalamualaikum readers..
hari ni just mau tulis entry pendek..
i want to say CONGRATULATIONS to my BESTIES,FARHANA.
sebabnya dia menerima berita gembira bahawa dia telah lulus exam and now she is officially a doctor.
Dr. Farhana Erman MD UKM..
congratulations once again dear..
petang tadi dia ada call saya mau bagitau pasal berita ni..tapi saya tak dapat angkat call sebab dalam class.
sangat-sangat terharu bila dia cakap,
"call nak kongsi berita gembira ni dengan kawan baik le..hehe..okay nnt jumpe ye :)"

Ana,
  • aku doakan agar ko terus success dalam kerjaya ko..
  • harapan aku juga supaya ko menjadi Dr. yang paling best di dunia ni.
  •  nanti kalau aku sakit,ko boleh la rawat aku..hehehe..
  • and last sekali hope ko dapat berbakti kepada masyarakat dan yang paling penting berbakti kepada family ko..
  • i'ALLAH aku balik semenanjung nanti kita jumpa..rindu kat ko.. :)

 last but not least,ni la si Dr. Farhana..time ni dia tengah buat newborn screening.

oklah,till then..
assalamualaikum..

p/s : ana,aku curi gambar ko satu..hehehe.. :)

Sunday, March 20, 2011

11th entry 2011 : Majlis Tamat Latihan


assalamualaikum dan selamat pagi..
 di pagi yang hening ini,tiada apa mau ditulis..
hanya sekadar 'meng'upload sekeping gambar untuk tatapan

..secebis kenangan bersama..

Thursday, March 17, 2011

10th entry 2011 : Bosan-bosan di Kelas

assalamualaikum dan selamat pagi readers..
haish,tiba-tiba saja rasa mau buat entry pagi ni.actually saya baru siapkan assignment.
tu yang ada masa mau update blog tu.
ni just entry pendek..

gambar ni diambil sebab saya rasa bosan di class petang tadi..
sila abaikan tulisan saya yang buruk itu..tulisan tu akan jadi time saya malas..hehehe..

 

pada hal,madam tengah duk menerangkan pasal intelligence yang agak menarik topiknya..
tapi faham-faham la manusia ni memang tak boleh fokus lebih dari 10 minit..especially saya la..
yang lain saya tak tahu la..
even saya tak boleh fokus lama-lama tapi saya tak ajak kawan sebelah saya berbual..baik kan saya??
haha..apa la puji diri sendiri..

ok lah,till then..see yaa..
assalamualaikum dan selamat tidur semua..zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Tuesday, March 8, 2011

9th entry 2011 : Aktiviti Rappeling di Balai Bomba

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
semoga semua sihat-sihat ya..
hmm boring petang-petang ni..mau study tapi tak ada mood..
haishhh apa mau jadi la ni..
esok ada dua midterm..huhu..tak apa,lepas maghrib nanti saya start la study..
semoga semuanya dipermudahkan.insyaALLAH..

entry kali ni saya mau cerita pasal aktiviti rapelling..
aktiviti ni saya ikuti sebab saya terlibat dalam kokum di UMS ni..
iaitu kokum bomba dan penyelamat..kokum ni saya ambil selama 3 sem seperti yang ditetapkan universiti.
sebelum aktiviti rapelling ni,kami dah terlibat dalam aktiviti pemadaman api dan juga ikatan..kawad kaki tu biasa la..setiap hari sabtu masa kokum,kami akan kawad dulu..hmm sebagai aktiviti pemanas badan..ehehehe..hitam bha kulit saya..
tak apa lah,bila lagi mau rasa pengalaman macam ni kan??hehehe..

oklah,hari sabtu lepas kami berkumpul di Dewan Canselor seawal jam 8.
kami akan di bawa ke ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah di Lintas..
sampai sahaja di sana kami berehat seketika dan apabila jurulatih tiba,kami diarahkan untuk kawad kaki..
dan selepas itu,kami diajar bagaimana untuk menuruni bangunan dengan menggunakan tali dan cara-cara yang betul semasa turun.
kami laukan aktiviti itu di menara peninjau balai bomba tu sendiri..
perasaan takut dan ngeri mula terbayang jika terjatuh dari menara itu sebab bagi saya ianya tinggi..huhu..



saya rasa ingin mencuba aktiviti itu walaupun adanya perasaan takut..
tapi saya gagahkan diri juga sebab bukan senang mau timba pengalaman dalam bidang ini..
bidang yang membahayakan dan kadang-kadang boleh meragut nyawa demi menyelamatkan orang lain.
so dengan rela hatinya saya pun try..macam seronok saja tengok jurulatih dan kawan-kawan buat aktiviti ni..
dan akhirnya saya berjaya..even peralatan yang digunakan agk berat sehinggakan masa mau panjat tangga untuk naik ke menara rasa macam mau jatuh sebab bawa beban..huhu..
actually rapelling ni yang kita turun bangunan dengan cara kaki tu kena touch bangunan then kita injakkan badan kita..macam gambar di bawah ni,saya dah terpusing sebenarnya..hehehe..
tak pernah buat..thats why jadi macam tu..tengok jurulatih buat senang saja..kaki mereka dah macam spring dah..huhu..




apa-apa pun ini adalah pengalaman yang hebat buat saya dan kawan-kawan..
sampai di sini saja dulu..
jumpa next entry..wassalam..


p/s : comment dari en harifuddin (our jurulatih)3 hours ago di page bomba dan penyelamat:
Syafiq (our group leader) myb we'd to cncel to go to pool..but we have another plan..hope u ll be agree.really happy for next week (on 19hb Mac 2011) and to all AJK Bomba dan Penyelamat II, wait 4 my attntion this week.. mke sure.. attnd t class..
p/s : pasukan bomba dan penyelamat UMS akan ke pulau mamutik jika diizinkan.jurulatih bagitau di sana nanti kami akan didedahkan dengan aktiviti menyelamat mangsa lemas..tolong doakan semoga perancangan ini menjadi.. :)

Wednesday, March 2, 2011

8th entry 2011 : Mount Kinabalu

assalamualaikum dan selamat pagi semua..
hmm,apakah mimpi saya buat entry pagi-pagi ni??
pada hal esok ada dua midterm..ish3,apa la nak jadi dengan saya ni..
actually sekarang ni,saya rehat sekejap..so boleh la update blog..

sedar tak sedar dah masuk bulan Mac bagi tahun 2011 ni..
sekejap saja rasanya masa berjalan..pejam celik pejam celik,dah bulan Mac.
next month dah final exam..huhu..
untuk minggu ni,saya ada lagi 5 midterm yang belum selesai..
hari ini 2 paper..esoknya pula 3 paper..dan 2 assignments yang perlu dihantar..macam tak cukup masa mau study dan buat assignment..huhuhu..

ok,siapa pernah mendaki Gunung Kinabalu???sila angkat tangan..(haha..macam la saya nampak kan?hehe)
saya belum pernah lagi mendaki..
sekadar tengok dari jauh saja.teringin juga mau pergi mendaki..
tapi buat masa ni belum ada rezeki dan priority saya sekarang adalah untuk belajar..
hmm dari hostel saya di indah permai ni pun boleh nampak gunung kinabalu..
kalau mendaki bukit sepanggar pula,nampak lagi jelas sikit la..
gunung kinabalu ni kalau tak silap saya di area kundasang sana..if dari kota kinabalu makan masa 2 jam lebih juga untuk sampai..
saya dah pernah sampai ke kundasang cuma tak sempat mau bergambar berlatar belakang kan gunung kinabalu sebab masa saya dan kawan-kawan ke kundasang,hujan..kabus pun agak tebal.so,tak nampak pun gunung kinabalu tu..
ni ada gambar gunung kinabalu..enjoy.. :)


gambar ni kawan saya bagi kat saya sebelum saya ke sabah..view yang cantik..subhanallah..

gambar ni diambil oleh rakan saya bibi Azura dari pusat latihan islam kundasang..hmm macam ni rupanya gunung kinabalu kalau dilihat dari dekat..

oklah guys..
sekian dulu buat masa ni..mau sambung study semula..
wassalam..

Thursday, February 24, 2011

7th entry 2011 : Every Day May Not Be Good


assalamualaikum..
selamat petang semua..apa khabar??semoga semuanya sihat-sihat sahaja.
hari ni mau kongsi quote yang di atas ni..
"Every day may not be good..but there's something good in every day"

bagi pemahaman saya,ayat di atas ni bermaksud setiap hari bukanlah hari yang baik..tapi pasti ada yang baik dalam setiap hari itu.
bagi saya,saya sangat setuju dengan quote ni.
memang bukan tiap-tiap hari adalah hari yang mendatangkan kegembiraan atau kebahagiaan.
bukanlah namanya kehidupan kalau tiada kesusahan ataupun kesedihan.
namun,di sebalik semua itu pasti terselit kegembiraan untuk kita.
jadi janganlah disesali takdir yang menimpa kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..

sekian,wassalam..

p/s : sedang berperang dengan assignment yang banyak dan midterm..huhu..

Friday, February 18, 2011

6th entry in 2011 : Tiada Kerja

assalamualaikum dan selamat tengah hari semua dan salam Jumaat..
apa khabar??hope semuanya sihat-shihat belaka..
saya alhamdulillah..masih sihat dengan keizinan ALLAH..

actually sekarang ni saya di library..
lepas solat jumaat ni ada meeting dengan group untuk siapkan assignment.
mujur la petang jumaat tiada class..
so,time ni saja boleh jumpa dengan group member..

masih awal lagi sekarang ni..
jadi tak tau mau buat apa.dah boring-boring macam ni,saya carilah buku-buku yang boleh saya baca atau lihat.
akhirnya jumpa la satu buku ni..
tajuknya Planet Cake..saya suka buat kek sebenarnya.tapi just untuk family saja..
buat pun suka-suka saja sebab bila teringin terus buat..ehehehe..
ni la bukunya..saya ambil buku ni pun sebab kulit buku ni nampak sangat sweet..



hmm sebelum masuk ke library tadi,di luar tu ada macam satu lukisan yang meggunakan beras sebagai menunjukkan corak yang dibuat..
saya tidak tahu mau panggil apa tapi orang India akan buat ni sempena pesta cahaya yang diraikan oleh mereka..
ini yang terdapat di luar library tadi..
cantik tak??



hmm,itu sajalah buat masa ini..
dah nama pun tak ada kerja so inilah hasilnya..
assignment ada 10 lagi yang menunggu..satu dah submitted kelmarin..
dan yang lain in progress..mujur sem ni tak banyak individu assignment..
oklah kawan-kawan,doakan semoga saya success ya..
bye,assalamualaikum..
 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design