Pages

Wednesday, March 30, 2011

13th entry 2011 : Congrates Besties a.k.a Dr. Farhana Erman

 assalamualaikum readers..
hari ni just mau tulis entry pendek..
i want to say CONGRATULATIONS to my BESTIES,FARHANA.
sebabnya dia menerima berita gembira bahawa dia telah lulus exam and now she is officially a doctor.
Dr. Farhana Erman MD UKM..
congratulations once again dear..
petang tadi dia ada call saya mau bagitau pasal berita ni..tapi saya tak dapat angkat call sebab dalam class.
sangat-sangat terharu bila dia cakap,
"call nak kongsi berita gembira ni dengan kawan baik le..hehe..okay nnt jumpe ye :)"

Ana,
  • aku doakan agar ko terus success dalam kerjaya ko..
  • harapan aku juga supaya ko menjadi Dr. yang paling best di dunia ni.
  •  nanti kalau aku sakit,ko boleh la rawat aku..hehehe..
  • and last sekali hope ko dapat berbakti kepada masyarakat dan yang paling penting berbakti kepada family ko..
  • i'ALLAH aku balik semenanjung nanti kita jumpa..rindu kat ko.. :)

 last but not least,ni la si Dr. Farhana..time ni dia tengah buat newborn screening.

oklah,till then..
assalamualaikum..

p/s : ana,aku curi gambar ko satu..hehehe.. :)

Sunday, March 20, 2011

11th entry 2011 : Majlis Tamat Latihan


assalamualaikum dan selamat pagi..
 di pagi yang hening ini,tiada apa mau ditulis..
hanya sekadar 'meng'upload sekeping gambar untuk tatapan

..secebis kenangan bersama..

Thursday, March 17, 2011

10th entry 2011 : Bosan-bosan di Kelas

assalamualaikum dan selamat pagi readers..
haish,tiba-tiba saja rasa mau buat entry pagi ni.actually saya baru siapkan assignment.
tu yang ada masa mau update blog tu.
ni just entry pendek..

gambar ni diambil sebab saya rasa bosan di class petang tadi..
sila abaikan tulisan saya yang buruk itu..tulisan tu akan jadi time saya malas..hehehe..

 

pada hal,madam tengah duk menerangkan pasal intelligence yang agak menarik topiknya..
tapi faham-faham la manusia ni memang tak boleh fokus lebih dari 10 minit..especially saya la..
yang lain saya tak tahu la..
even saya tak boleh fokus lama-lama tapi saya tak ajak kawan sebelah saya berbual..baik kan saya??
haha..apa la puji diri sendiri..

ok lah,till then..see yaa..
assalamualaikum dan selamat tidur semua..zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Tuesday, March 8, 2011

9th entry 2011 : Aktiviti Rappeling di Balai Bomba

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
semoga semua sihat-sihat ya..
hmm boring petang-petang ni..mau study tapi tak ada mood..
haishhh apa mau jadi la ni..
esok ada dua midterm..huhu..tak apa,lepas maghrib nanti saya start la study..
semoga semuanya dipermudahkan.insyaALLAH..

entry kali ni saya mau cerita pasal aktiviti rapelling..
aktiviti ni saya ikuti sebab saya terlibat dalam kokum di UMS ni..
iaitu kokum bomba dan penyelamat..kokum ni saya ambil selama 3 sem seperti yang ditetapkan universiti.
sebelum aktiviti rapelling ni,kami dah terlibat dalam aktiviti pemadaman api dan juga ikatan..kawad kaki tu biasa la..setiap hari sabtu masa kokum,kami akan kawad dulu..hmm sebagai aktiviti pemanas badan..ehehehe..hitam bha kulit saya..
tak apa lah,bila lagi mau rasa pengalaman macam ni kan??hehehe..

oklah,hari sabtu lepas kami berkumpul di Dewan Canselor seawal jam 8.
kami akan di bawa ke ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah di Lintas..
sampai sahaja di sana kami berehat seketika dan apabila jurulatih tiba,kami diarahkan untuk kawad kaki..
dan selepas itu,kami diajar bagaimana untuk menuruni bangunan dengan menggunakan tali dan cara-cara yang betul semasa turun.
kami laukan aktiviti itu di menara peninjau balai bomba tu sendiri..
perasaan takut dan ngeri mula terbayang jika terjatuh dari menara itu sebab bagi saya ianya tinggi..huhu..



saya rasa ingin mencuba aktiviti itu walaupun adanya perasaan takut..
tapi saya gagahkan diri juga sebab bukan senang mau timba pengalaman dalam bidang ini..
bidang yang membahayakan dan kadang-kadang boleh meragut nyawa demi menyelamatkan orang lain.
so dengan rela hatinya saya pun try..macam seronok saja tengok jurulatih dan kawan-kawan buat aktiviti ni..
dan akhirnya saya berjaya..even peralatan yang digunakan agk berat sehinggakan masa mau panjat tangga untuk naik ke menara rasa macam mau jatuh sebab bawa beban..huhu..
actually rapelling ni yang kita turun bangunan dengan cara kaki tu kena touch bangunan then kita injakkan badan kita..macam gambar di bawah ni,saya dah terpusing sebenarnya..hehehe..
tak pernah buat..thats why jadi macam tu..tengok jurulatih buat senang saja..kaki mereka dah macam spring dah..huhu..




apa-apa pun ini adalah pengalaman yang hebat buat saya dan kawan-kawan..
sampai di sini saja dulu..
jumpa next entry..wassalam..


p/s : comment dari en harifuddin (our jurulatih)3 hours ago di page bomba dan penyelamat:
Syafiq (our group leader) myb we'd to cncel to go to pool..but we have another plan..hope u ll be agree.really happy for next week (on 19hb Mac 2011) and to all AJK Bomba dan Penyelamat II, wait 4 my attntion this week.. mke sure.. attnd t class..
p/s : pasukan bomba dan penyelamat UMS akan ke pulau mamutik jika diizinkan.jurulatih bagitau di sana nanti kami akan didedahkan dengan aktiviti menyelamat mangsa lemas..tolong doakan semoga perancangan ini menjadi.. :)

Wednesday, March 2, 2011

8th entry 2011 : Mount Kinabalu

assalamualaikum dan selamat pagi semua..
hmm,apakah mimpi saya buat entry pagi-pagi ni??
pada hal esok ada dua midterm..ish3,apa la nak jadi dengan saya ni..
actually sekarang ni,saya rehat sekejap..so boleh la update blog..

sedar tak sedar dah masuk bulan Mac bagi tahun 2011 ni..
sekejap saja rasanya masa berjalan..pejam celik pejam celik,dah bulan Mac.
next month dah final exam..huhu..
untuk minggu ni,saya ada lagi 5 midterm yang belum selesai..
hari ini 2 paper..esoknya pula 3 paper..dan 2 assignments yang perlu dihantar..macam tak cukup masa mau study dan buat assignment..huhuhu..

ok,siapa pernah mendaki Gunung Kinabalu???sila angkat tangan..(haha..macam la saya nampak kan?hehe)
saya belum pernah lagi mendaki..
sekadar tengok dari jauh saja.teringin juga mau pergi mendaki..
tapi buat masa ni belum ada rezeki dan priority saya sekarang adalah untuk belajar..
hmm dari hostel saya di indah permai ni pun boleh nampak gunung kinabalu..
kalau mendaki bukit sepanggar pula,nampak lagi jelas sikit la..
gunung kinabalu ni kalau tak silap saya di area kundasang sana..if dari kota kinabalu makan masa 2 jam lebih juga untuk sampai..
saya dah pernah sampai ke kundasang cuma tak sempat mau bergambar berlatar belakang kan gunung kinabalu sebab masa saya dan kawan-kawan ke kundasang,hujan..kabus pun agak tebal.so,tak nampak pun gunung kinabalu tu..
ni ada gambar gunung kinabalu..enjoy.. :)


gambar ni kawan saya bagi kat saya sebelum saya ke sabah..view yang cantik..subhanallah..

gambar ni diambil oleh rakan saya bibi Azura dari pusat latihan islam kundasang..hmm macam ni rupanya gunung kinabalu kalau dilihat dari dekat..

oklah guys..
sekian dulu buat masa ni..mau sambung study semula..
wassalam..

Thursday, February 24, 2011

7th entry 2011 : Every Day May Not Be Good


assalamualaikum..
selamat petang semua..apa khabar??semoga semuanya sihat-sihat sahaja.
hari ni mau kongsi quote yang di atas ni..
"Every day may not be good..but there's something good in every day"

bagi pemahaman saya,ayat di atas ni bermaksud setiap hari bukanlah hari yang baik..tapi pasti ada yang baik dalam setiap hari itu.
bagi saya,saya sangat setuju dengan quote ni.
memang bukan tiap-tiap hari adalah hari yang mendatangkan kegembiraan atau kebahagiaan.
bukanlah namanya kehidupan kalau tiada kesusahan ataupun kesedihan.
namun,di sebalik semua itu pasti terselit kegembiraan untuk kita.
jadi janganlah disesali takdir yang menimpa kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..

sekian,wassalam..

p/s : sedang berperang dengan assignment yang banyak dan midterm..huhu..

Friday, February 18, 2011

6th entry in 2011 : Tiada Kerja

assalamualaikum dan selamat tengah hari semua dan salam Jumaat..
apa khabar??hope semuanya sihat-shihat belaka..
saya alhamdulillah..masih sihat dengan keizinan ALLAH..

actually sekarang ni saya di library..
lepas solat jumaat ni ada meeting dengan group untuk siapkan assignment.
mujur la petang jumaat tiada class..
so,time ni saja boleh jumpa dengan group member..

masih awal lagi sekarang ni..
jadi tak tau mau buat apa.dah boring-boring macam ni,saya carilah buku-buku yang boleh saya baca atau lihat.
akhirnya jumpa la satu buku ni..
tajuknya Planet Cake..saya suka buat kek sebenarnya.tapi just untuk family saja..
buat pun suka-suka saja sebab bila teringin terus buat..ehehehe..
ni la bukunya..saya ambil buku ni pun sebab kulit buku ni nampak sangat sweet..



hmm sebelum masuk ke library tadi,di luar tu ada macam satu lukisan yang meggunakan beras sebagai menunjukkan corak yang dibuat..
saya tidak tahu mau panggil apa tapi orang India akan buat ni sempena pesta cahaya yang diraikan oleh mereka..
ini yang terdapat di luar library tadi..
cantik tak??



hmm,itu sajalah buat masa ini..
dah nama pun tak ada kerja so inilah hasilnya..
assignment ada 10 lagi yang menunggu..satu dah submitted kelmarin..
dan yang lain in progress..mujur sem ni tak banyak individu assignment..
oklah kawan-kawan,doakan semoga saya success ya..
bye,assalamualaikum..

Friday, December 31, 2010

...iNdAhNyA...

salam readers..salam 1 malaysia..
lama dah tak update blog ni..
agak bersawang jugak la..
cuti sem tinggal 5 hari lagi..hari selasa ni,dah kena balik sabah balik..
malasnya mahu kemas barang-barang..
result dah dapat..alhamdulillah,lepas dari yang aku target..syukur la..
kali ini just mau kongsi gambar keindahan waktu pagi dan senja di kolej kediaman aku..
begitu indahnya ciptaan ILLAHI..


-ok..gambar ni diambil jam 5.50 pagi..-



-gambar yang ni pula diambil sekitar jam 6.01 petang..-


oklah,ni sahaja la yang aku mau kongsi pun..
cantikkan pemandangan waktu pagi dan senja ni..
maha suci ALLAH..
kalau di semenanjung,jam 5.50 pagi masih lagi gelap dan kalau jam 6.01 petang masih lagi cerah.
daa..salam..

Saturday, December 18, 2010

...sUkaRnYa...


salam readers..
nothing to say..juz want to tell that..
"IT IS HARD TO LET YOU GO"
YOU = ........

Tuesday, November 23, 2010

...rAyA di pEraNtaUan...

salam to all..
apa khabar??hope semuanya sihat-sihat..aku kat sini alhamdulillah sihat..
hmm,tak ada apa-apa story yang menarik..
cumanya alhamdulillah aku dah selamat sampai ke semenanjung kelmarin..
home sweet home..sangat-sangat happy..
kenapa????

sebab,orang yang tersayang jemput aku di airport..hehe..
parents aku tak datang sekali sebab masing-masing letih balik dari Pahang..
tapi tak apa..aku tetap happy..
mujur kereta ibu dah ok so si dia just datnag rumah ambil kereta dan jemput aku di airport..
selain tu yang membuatkan aku terharu ialah bila kawan-kawan baik pun ada sekali bersama..
thanx to kamal,sidek,salwa and kirah..susah-susah datang sebab aku..

ups,berbalik pada tajuk entry,tahun ni tahun pertama aku beraya di perantauan..
even bukan di luar negara tapi jauh jugak la sabah tu kan..ehehe..
sedih tu tak la sedih sangat..kawan-kawan pun ada cuma tak dapat la berkumpul macam selalu..
apa-apa pun tu semua pengalaman untuk aku kan..
raya tu pun aku tak ke mana-mana..
just duduk di rumah sebab busy menelaah..
actually esoknya tu aku ada paper..so,memang tak ke mana la..
kesian..kesian...ehehehe..
 ayanh dengan ibu pun ada call..so tak rasa la yang mereka jauh.. (^_^)

ok la,rasanya ni saja la story untuk hari ni..
i'ALLAH nanti jumpa lagi..
salam.. ^_^

p/s : macam tak yakin dapat skor untuk final exam kali ni..apa-apa pun aku dah berusaha..sekarang aku tawakal..i'ALLAH aku ok..doakan ye kawan-kawan..


Wednesday, October 27, 2010

...sTuDy wEeK & fiNaL eXaM...

salam readers..hope semua sihat..
aku di library ni..sempat lagi curi-curi masa nak update blog..hehehe..
tak ada apa pun nak story kat sini..
just next week dah start study week..
tapi still jugak ada class untuk subjek Pengenalan kepada Psikologi Kanak-Kanak..
madam agak busy dan sebab tu la tak boleh nak habiskan chapter..

aku start exam 9hb November sampai la 20hb November..
tapi ni tak study apa pun lagi..
biasa la,suka study last minit..hehehe..
ni jadual fimnal exam ak.. 

9 November 2010 - Pengenalan Psikologi Perkembangan
12 November 2010 - Pengenalan kepada Psikologi Kanak-Kanak dan Hubungan Etnik
15 November 2010 - Pengantar Psikologi
16 November 2010 - Communicative English Grammar
18 November 2010 - Dialog Antara Agama
20 November 2010 - Bomba dan Penyelamat

ni la tarikh-tarikh penting bagi aku buat masa ni..
hope semua berjalan dengan lancar..
semoga aku dapat menjawab final exam ni dengan lebih baik lagi..
doakan aku ya kawan-kawan..
dan esoknya lepas habis paper,aku akan berangkat balik ke semenanjung..
1st time aku dapat flight malam..
tak sabar mau jumpa family,si dia dan kawan-kawan yang aku rindu..
ok la...rasanya ni saja aku nak cerita..
ni aku ak siap-siap pergi class english..
salam..

p/s : kepada semua yang akan menduduki final exam,wish you good luck and all the best..

Friday, September 3, 2010

...cOuNtiNg dAyS...

salam semua..salam satu malaysia..salam ums kampus ceria..apa khabar kalian semua??hopefully semua berada dalam keadaan sihat.aku macam biasa..alhamdulillah sihat jek setakat hari ini..esok lusa tak tau la pulak macam mana kan..

macam mana puasa??ok?aku puasa kat sabah ni memang tak terasa langsung..pejam celik pejam celik,lagi seminggu je lagi kita nak menyambut hari raya..raya tahun ni,tak ada apa sangat aku nak siapkan..baju kurung pun aku still tak ada lagi..rasa macam malas pulak nak beli baju raya..hehehehe..baju-baju kurung dalam almari ni masih elok lagi..tapi tengok la macam mana..kalau ada orang sponsor,boleh la..hahaha..aku bukan mata duitan ya kawan-kawan.. :p

aku akan balik ke negeri sembilan flight hari isnin jam 12.30 tengah hari..tak sabar rasanya nak balik even baru 2 bulan aku tak jumpa family aku..hahaha..
yang membuatkan aku jadi macam ni adalah kerana,housemates aku yang dua orang tu dah balik pagi and tengah hari tadi..masing-masing dah sampai pun kampung halaman mereka..
kawan-kawan aku yang sekelas pun ramai jugak dah balik..ada yang balik esok,lusa dan seterusnya la..
aku pulak,lagi tiga hari nak balik..aiyaaaaaakk,bosan bha duduk di bilk je..
nak keluar jalan-jalan malas..hahaha..
padan la muka aku..duduk la dalam bilik seorang-seorang..haha..


ni pun aku tak tau nak buat apa selain online..
boring juga asyik online je..
ok la,aku rasa macam mau tido tapi tak elok tidur lepas asar..
tak apa la,aku mau beristirehat je la..
menunggu 3 hari macam 3 tahun pula aku rasa..
benarlah kata orang,penantian itu satu penyeksaan..
until then..see u later..daa :)

Monday, July 12, 2010

...LiFe iN cAmPuS...


hye..salam semua..salam satu malaysia,salam satu ums kampus ceria...ehehehehe..ni la ungkapan yang selalu aku dengar pada masa ni..hmm,dah seminggu aku berada di ums ni dan macam-macam pengalaman aku dapat dari hari pertama aku menjejakkan kaki di sini..

aku berlepas ke sabah pada hari jumaat,2hb julai yang lalu..tanpa ditemani oleh keluarga dan kawan-kawan,aku meneruskan jugak perjalanan aku..masa di airport,boleh lagi riang gumbira..tapi,masa dalam flight,nah ambil kau,aku menitiskan air mata juga..hahaha..sebelum tu punya la happy..bukan aku sedih sangat ke apa,cumanya entah la,aku sendiri tak dapat nak describe macam mana..hmm,dalam flight punya la aku boring..kerja aku termenung and then tidur..perjalanan mengambil masa 2 jam setengah..


alhamdulillah,akhirnye aku selamat tiba di terminal 2 pada jam 1.40 petang..lepas je aku ambil bagasi,aku tunggu dayang..tak lama lepas tu,dayang pun sampai and kami pun pulang ke rumah..actually aku tumpang tidur di rumah dayang untuk sehari..petang tu,aku dibawa oleh keluarga dayang,jalan-jalan di sekitar kawasan sembulan,tanjung aru,kota kinabalu..sebelum balik,singgah di pantai..tapi masa tu hujan lebat,so tak boleh la main-main air..yang tak tahannya,kami asyik makan je..dari aku sampai hinggalah sebelum aku tidur..memang makan je kerjanya..thanx auntie,uncle,dayang n dalila..



esoknya,dayang sekeluarga,menghantar aku ke ums..besar dan banyak sungguh hasa mereka kepada aku..sanggup menolong aku mengangkat barang-barang walaupun pada masa tu,hujan sangat lebat..sememangnya aku berterima kasih tak terhingga di atas segala pertolongan mereka..memang tak dapat aku balas jasa dan budi baik mereka sampai bila-bila..masa minggu suai mesra,aku diletakkan di kolej kediaman E..bilik aku di tingkat 2..even tak tinggi mana tapi sangat kesian melihat uncle dan yang lain-lain mengangkat barang-barang aku..selepas tu,kami minum dan makan di cafe..dah selesai semuanya mereka pun pulang dan aku terus masuk ke bilik..



dalam bilik tu,ada 2 katil double decker..maksudnya satu bilik 4 orang..roomates aku,seorg melayu dari sabah dan seorang cina dari KL..alhamdulillah dapat roomates yang best..hmm yang bestnye,dari kolej kediaman aku ni,boleh nampak gunung kinabalu..sangat cantik even nampak dari jauh je..hari-hari aku seterusnya diisi dengan pelbagai aktiviti yang telah disediakan..






actually banyak lagi gambar tapi tak dapat nak upload..hmm,so sampai disini je la cerita aku buat masa ni..i'ALLAH kite akan jumpa lagi di lain hari..bye,salam..


Saturday, June 19, 2010

...sAbAh,wAit fOr mE...


alhamdulillah..
i'ALLAH awal bulan julai fly la ke sabah..
(^_^)

Tuesday, May 25, 2010

...mEeT mY oLd fRieNd...

salam semua..apa khabar??hope semuanya sihat-sihat belaka..aku kat sini alhamdulillah sihat..cuma lately ni,banyak perkara yang jadi..moga aku makin tabah hadapi hidup ini..

untuk entry kali ni,aku nak cerita pasal kawan aku yang satu ni...hmm...

  • dia adalah deorang perempuan..
  • nama dia farhana bt erman..
  • aku panggil dia,farna..
  • kali terakhir kami jumpa ialah masa form 3..so kiranya dah 8 tahun aku tak jumpa dia..
  • sekarang dia makin kurus..dulu,die berisi jugak..dia kata dalam perut dia banyak cacing..hahaha..
  • sekarang dia masih belajar..final year medic di ukm..hmm,bakal doktor..
  • boyfriend dia pun sama jugak,bakal doktor..

hah,cukup kot entry pasal farhana ni..ehehe..ok,aku kenal dia ni masa pergi kem pandu puteri..dari situ la aku kawan dengan dia sampai sekarang..sebab dah lama sangat tak jumpa,so kami pun plan untuk jumpa pada hari ahad lepas..kami berjumpa di mid valley..aduyaiii,makin kecik and slim aku tengok dia..lepas dah jumpa tu,kami pergi minum..borak-borak panjang dengan die..yela kan,dah lama sangat tak jumpa..

lepas minum-minum,kami pergi jalan-jalan..hah,habis kami tawaf mid valley tu..bukan sekali tapi 3 kali..ahahaha..tapi syok la..seronok sangat dapat keluar sama..bf aku pun boleh masuk dengan dia..siap dia cakap yang bf aku tu kelakar..hehehe..lepas dah habis tawaf tu,kami pergi surau untuk solat asar..lepas dah solat,kami tunggu bf si farna ni datang..bila bf dia dah sampai,kami sekali lagi tawaf mid valley tu..yang si farna ni mau belikan kasut untuk bf die..mau pergi jogging katanya..ehehe..bagus-bagus..menjaga kesihatan..and then,kami pergi guardian beli barang2 penjagaan diri (wah,sangat skema ayat saya..hahaha)..hmm,jumpa jugak budak sekolah dulu..malu sangat sebab kantoi dating..ahakkksssssss..lepas dah habis beli barang semua,kami pun membawa haluan masing-masing..farna dengan bf dia balik sebab bf dia ada meeting..yang kami pulak,pergi solat maghrib dulu and then baru balik..




apa-apa pun aku sangat-sangat happy sebab dapat jumpa farna..hilang sikit rindu..ehehehe..ok la,nak cerita tu jer..jumpa lagi k..bye,salam...

p/s : aku pakai baju kurung tu sebab,sebelum jumpa farna aku pergi kenduri..ehehe..
 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design