Pages

Monday, November 14, 2022

14th entry 2022 : Welcoming our new bundle of joy

 


assalamualaikum

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah..meet our new bundle of joy..

❤️ Muhammad Izzuddin Al-Hakiem
❤️ 2nd November 2022, Wednesday
❤️ 12.35 pm
❤️ 3.19kg, via normal delivery with induce
❤️ Kemaman Hospital

Thank you Allah for this lil boy, Hero abah, Manja ummi 🤲🏻🤲🏻🤲🏻..officially a mother of four..


Wednesday, July 20, 2022

14th entry 2022 : Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia

 Titik Tengah Semenanjung.dah lama suami mengidam nak ke sini tapi tak sampai-sampai juga..so, last week lepas raya haji dan training di shah allam, sebelum balik ke kemaman, dapat la singgah sekejap..ooh sebelum tu assalamualaikum semua..harapannya semua sihat dan dilindungi Allah sentiasa..berbalik kepada Temerloh ni, Titik Tengah Semenanjung terletak di Kampung Woh, Lanchang, Pahang (mengikut sumber dari Google..kalau salah boleh tolong betulkan ye..)..kawasan tu tak besar mana tapi kami anak-beranak berpeluh juga la nak pusing satu tempat tu dengan anak-anak yang sekejap ke sana sekejap ke sini..last-last kami biarkan ja anak-anak explore tempat tu..ada mini zoo kat situ dan mostly burung la yang ada..tapi tak teraga pulak nak ambil gambar 😅..kat dalam tu ada kedai minum, tandas dan surau juga,,kedai kraftangan pun ada kalau tak silap..lepas dah pusing-pusing tu boleh la rehatkan diri minum air @ makan asikrim untuk hilangkan penat dan dahaga..dan seterusnya biarlah gambar berbicara..hehe..

oh sebelum terlupa..untuk bayaran masuk dewasa, RM5..kanak-kanak tak silapnya RM3..tempat tu memang bersih dijaga elok..sampah pun tak nampak sana-sini..









monumen untuk titik tengah..






hmm nak upload video tapi tak tau la kenapa tak boleh..tak pa la..nak buat macam mana..jadi kita stop dekat sini dulu..in shaa allah jumpa next entry..assalamualaikum and have a nice day readers...










Sunday, June 26, 2022

13th entry 2022 : Namsan 2 Guest House

 assalaualaikum dan salam sejahtera readers..apa khabar semua??diharapkan semua sihat2 sahaja..musim sekarang banyak betul penyakit yang melibatkan sistem respiratori kita..lagi2 dikalangan kanak2..semoga semuanya sentiasa dilindungi oleh Allah..so for today nak cerita berkenaan namsan 2 guest house masa kami ke korea beberapa tahun dahulu..ahahahaha..lapuk dah benda ni tapi sebab asik lalu kat tiimeline pasal korea jadi kita cerita la sikit penginapan kami selama 6 hari 5 malam semasa program di korea dulu.. 

dari airport Incheon tu, kami naik bas..pengiring kami yang belikan tiket bas tu sementara kami yang macam jakun ni duk la amik gambar sana-sini..hehehe..pengiring kami ni sebenarnya lecturer yang tengah ambil phd di Korea..dah alang2 pensyarah kami kenal dengan pengiring ni maka senang kerja kami sebab tak payah susah2 cari tour guide or what so ever..thank you sir sebab sudi bawak kami lakukan aktiviti kat sana..



perjalanan dari airport ke namsan ni tak ingat pulak berapa lama..ahahahahaha..ada kot dalam setengah jam ke sejam masa perjalanan..duduk dalam bas tu dalam hati ni tak leka nak ucap alhamdulillah sebab sampai juga ke negara orang yang kita tak tau bila lagi ada rezeki untuk ke sini or ke mana2 negara..masa kami tiba tu cuaca sekejap panas, sekejap hujan..tapi kami ikut ja apa yang dah kami plan sebab tak banyak masa pun kami di sini..sebelum sampai ke namsan 2 guest house tu, kena la jalan sikit dari jalan utama..tak jauh pun dan bila jalan ramai2 tak rasa penat..


kat bawah ni antara gambar sekitar namsan guest house







yang gambar bawah ni pulak bilik kami..walaupun nampak kecil tapi alhamdulillah selesa untuk kami bertiga..kat situ ada macam-macam jenis bilik so boleh tengok website ok..

gambar ihsan pinterest (321) Pinterest

namsan guest house ni actually dekat dengan namsan tower..kami jalan kaki ja untuk ke sana.tapi bukanlah sampai ke atas betul..nak naik ke sana, kena naik cable car dulu then baru boleh sampai ke namsan tower..so itu next entry la kalau rajin menulis dan kalau tiba2 takda idea..hehehehe..jumpa next entry semua..assalamualaikum..

Monday, June 13, 2022

12th entry 2022 : Short Vacay Cameron Highlands

 assalamualaikum readers..apa khabar semua?harap2 semuanya sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah..alhamdulillah dah habis cuti sekolah..terisi la juga cuti sekolah kali ni..hmula-mula kami balik ke karak hantar anak2 ke rumah atuk dia sebab atuk nak bawa anak-anak balik perak..dapat la jumpa family belah saya dalam 3 hari..kira ok la kan..lepas tu hari rabu ambil semula anak-anak di rumah karak (dieorang sampai karak dalam jam 1 hari rabu) sebelum bawak balik rumah kakak ipar..sebab kenapa bawak balik rumah kakak ipar adalah kerana husband dah plan nak bawak mak dan ayah mentua ke cameron pulak..so tidur satu hari di enstek dan bergerak ke cameron dala jam 6.45 pagi hari khamis, 09.06.2022..

alhamdulillah perjalanan smooth ja kecuali di highway elite especially nak sapai ke shah alam tu.memang jem siikit la sebab hari bekerja kan..so lepas dari tu memang takda jem dah sampai la kami naik ke cameron..dalam jam 11 lebih sampai la kami ke cameron..1st place kami pergi adalahh Boh Plantation dekat Ringlet..macam yang semua tahu nak naik cameron memang kena hadap jalan liku-liku la kan..hmm anak yang bongsu tu memang tak boleh la..paling banyak muntah..umminya pun sama juga tapi tak seteruk si anak..tapi kite layankan saja..hehehe..






lepas makan yang ringan-ringan kami meneruskan perjalanan ke tanah rata untuk makan t/hari sebab ayah mentua tak boleh perut kosong..so berhenti makan nasi ayam dengan soto di kedai berdekatan dengan maybank tu..oklah makanan situ..semua pun habis..hihihi.lepas dah makan t/hari kami terus check in..kali ni suami pilih hillside cottage..nak sampai ke hillside cottage ni mudah ja sebenarnya..dia berada di belakang hotel cool point di tanah rata..landmark lain adalah TAC atau stesen bas cameron..memang mudah bila duduk situ..boleh ke kedai2 berdekatan dengan jalan kaki ja.nak cari makan senang..nak cari barang pun senang..masjid dekat..balai polis dekat..mardi dekat..so senang cerita mudah la..









lepas dah berehat sekejap, dah solat apa semua kami jalan2 buang masa ja ke brinchang..nak ke pasar malam memang tak la kan sebab padat sangat..so kami pusing2 cari barang sikit ke arah brinchang tapi tak sampai la ke kea farm..bawah2 sikit sebelum cactus valley tu ada orang jual-jual juga so beli kat situ ja la..dah setel beli barang sikit, kami singgah tapau makan malam dekat dengan hotel smurf inn dan ada satu hotel tu lagi tapi tak ingat apa..dah setel semua balik rumah dan berehat2 saja malam tu..



esok pagi kami bangun awal dan sarapan di taman sedia..mula2 ingat nak ke KHM tapi belum buka..kami sampai jam 7.30 tapi tempat tu buka jam 8.30..nak tunggu lama pulak so cari tempat lain sebab ayah mentua dah lapar..last2 kami ke aidilbadri strawberry..kedai tu buka awal dan dapat la kami tempat..kami makan biasa2 ja, nasi lemak dan roti bakar serta buah starwberry..dah setel semua makan, suami hantar saya dan anak-anak balik cottage sementara dia bawak mak ayah ke mardi cari madu, benih dan pokok2 yang nak beli la..dalam jam 12 kami checkout dan cari makan t/hari sebelum suami dan ayah mentua solat jumaat..lepas solat jumaat kami nak turun dah..singgah sekejap kat dua, tiga tempat lagi setelkan barang yang belum dapat..alhamdulillah dapat semua barang..dan kami pun meneruskan perjalanan balik..perjalanan turun pun smooth macam sebelumnya..singgah solat, singgah makan dulu sebelum sampai ke enstek..


















ok itulah sahaja cerita tentang short vacay ke cameron tahun ni..tahun-tahun sebelumnya pun ada juga datang..ehehehe..suami la peminat tegar cameron..so, jumpa lagi di next entry..assalamualaikum..

 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design