Pages

Tuesday, October 30, 2012

23rd entry 2012 : Salam dari UMS dan makan ambuyat

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
fuhhh..bersawang betul blog ni..
lama tak upate dah..bukan tak mau update tapi masa membataskan segalanya..
ini pun tengah cuti mid semester..so boleh la update sambil-sambil siapkan assignment..
btw,masih nak ucapkan selamat hari raya aidiladha untuk semua kaum muslimin dan muslimat yang menyambutnya di seluruh dunia..
cerita berkenaan raya haji ni membuatkan saya teringat akan arwah nenek saya yang meninggal dunia di Mekah semasa menunaikan haji pada tahun 2007..
semoga arwah tenang di sana..insyaALLAH..
macam tahun-tahun yang sebelum ini juga,saya menyambut aidiladha di perantauan lagi..kalau tak ada aral,ini tahun terakhir beraya di sini..sebabnya tahun depan dah habis belajar..

sambutan aidiladha tahun ini saya sambut di Bongawan bersama-sama dengan keluarga angkat saya..
uncle dan aunty memang berasal dari sabah dan Bongawan tu adalah kampung uncle..
macam segan juga mau ikut tapi saya ikut juga la..hehehe..
kami ke Bongawan hari jumaat pagi lepas solat raya..
perjalanan makan masa lebih kurang 1 jam juga la dari kota kinabalu..
sampai-sampai ja memang terasa suasana kampung la sebab rumah uncle masih rumah kampung la..banyak papan dari batu..
kawasan pun memang kawasan kampung..angin segar..seronok.. :)

masa saya sampai,terus ikut aunty ke dapur..sebelum tu jumpa dulu la dengan ahli keluarga uncle..
saya rasa sangat segan dan malu ok..sebab first time datang sana..
tengok kat dapur, barang-barang basah dah tersedia..dengan ikan kecik sampai la ikan besar,sayur,buah mangga dan macam-macam lagi la..
saya ada la tolong sikit-sikit sebab ramai kan yang ada..lagipun tak tau la mereka nak masak apa..
part yang best tu kan bila adik uncle cakap nak buat ambuyat..
pernah dengar nama makanan tu dan pernah tengok serta rasa cuma masa tu rasa macam tak boleh nak makan banyak-banyak..memang sikit sangat makan..
so,bila dah ada peluang nak rasa ambuyat air tangan orang sabah,orang kampung lagi tu,memang tak boleh lepas la..
aunty cakap ambuyat tu diperbuat daripada sagu dan dimakan dengan pencicah serta sayur-sayur la..
dalam gambar kat bawah ni,yang gambar first dalam bulatan merah tu adalah ambuyat..
maaf tak jelas sangat..makan ambuyat ni kena telan terus tau bila dah masuk mulut..itu apa yang diberitahu kepada saya la..
ambuyat ni sama ja semuanya tapi apa yang membezakan ianya sedap atau tak adalah pencicah..kalau sedap pencicah tu,sedap la jadinya..
nanti siapa-siapa yang datang sabah boleh la cuba rasa makanan tradisi ni..


hmm oklah..saya berhenti setakat ni saja la..
mata pun dah mengantuk ni..
sampai jumpa lagi di next entry.
sekian,wassalam..

p/s : sedap tau ambuyat ni..banyak juga saya makan masa tu..hehe ^^

Thursday, September 13, 2012

22nd entry 2012 : Kenangan 09.09.2012



hilang : 09.09.2012
disedari : 10.09.2012
report : 11.09.2012

Thursday, September 6, 2012

21st entry 2012 : Kemas barang

assalamualaikum & salam sejahtera readers..
apa khabar??harap semuanya sihat-sihat la ya..masih lagi dalam mood raya??hehe..
by the way,cuti semester hampir sampai ke penghujungnya..
3 days left before i fly to Kota Kinabalu again..
nothing much to say right now..just hope everything gonna be ok..

oklah,al-kisahnya insyaALLAH hujung tahun ni ibu akan berpindah ke Perak..
nak tak nak kena la kemas barang-barang dalam bilik ni..
tak ada banyak barang pun..yang banyaknya buku-buku dari zaman dip dan masa kerja dulu..
seharian juga la mengemas bilik tu..
ini pun masih ada yang tak berkemas lagi..kain baju la..tapi ibu kata tu nanti masuk dalam plastik besar ja..bilik ni pun belum siap dibersihkan lagi..
akhirnya setelah dikemas,banyak ni ja barang yang ada & dapat dimasukkan ke dalam kotak..




hmm barang-barang nak bawak balik sabah belum kemas lagi..
sangatlah malas sebenarnya..tapi kena gagahkan juga la..
balik sabah ni pun tak bawa banyak barang sangat..
1 beg tarik,1 beg belakang & 1 beg sederhana kecil nak letak segala dokumen yang penting..




orait,saya stop kat sini ja dulu untuk hari ni..
insyaALLAH kita jumpa di entry yang lain pula..
mungkin sampai KK nanti baru ada entry..
so,have a nice day readers..
sekian,wassalam..

Monday, August 27, 2012

20th entry 2012 : Quick update

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
firstly,rasanya masih belum terlambat nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua..
dengan harapan agar syawal pada tahun ini lebih meriah daripada yang sebelumya..
so,tinggal lebih kurang 2 minggu lagi sebelum terbang semula ke Sabah.
barang-barang masih belum siap satu pun..insyaALLAH by next week siap la..

one happy family..

raya tahun ni meriah like usual..
dan yang paling best raya tahun ni diberi kesempatan dengan rezeki yang ALLAH berikan untuk beraya jauh sikit la..
bermula dengan beraya di N9,diikuti raya di Perak,Kedah,Kelantan,Pahang,Melaka dan akhirnya kembali semula ke N9..
seronok tapi agaknya sebab berjalan jauh,badan pun jadi tak sihat..tapi hari ni alhamdulillah dah sihat sepenuhnya..

oklah,kita jumpa lagi next entry k..
sebelum tu ni ada video masa malam sebelum raya..
tengok bunga api..cousin yang beli..hehe
enjoy k..
sekian,wassalam..



p/s : terima kasih kepada blogger yang bagi kad raya dan duit raya..sangat2 menghargainya..

Monday, August 6, 2012

19th entry 2012 : Jom tanam pokok cili :)

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
alhamdulillah,kita dah masuk minggu ke-3 ramadhan..
semoga ramadhan kali ini memberi 1001 keberkatan kepada kita semua..
hmm sepanjang cuti sem ni tak ada buat apa pun kat rumah..
tolong-tolong ibu macam tu ja la..

tak ada apa pun nak bercerita..
cuma sebelum balik sabah masa cuti semester lepas,saya ada tanam cili.
yela,senang sikit rasanya..
orang-orang kat rumah ni kuat makan pedas..so saya ambil la sedikit inisiatif nak tanam pokok cili api..alhamdulillah,balik hari tu pokok cili dah berbuah walaupun 2 biji ja cilinya..
rasa berbaloi juga la menanam..hehehe..

ni la pokok cilinya..masih kecil lagi..hehehe..yang sebelah kiri tu sebelum saya tinggalkan..


ni pula yang terbaru..saya cuba untuk tanam lagi..harap2 ianya akan membesar dengan sihat..


ada lagi saya tanam di batas belakang rumah..
harap2 yang itu pun akan sihat sepenuhnya..
oklah,pada sesiapa yang suka makan cili api,jom sama-sama kita tanam pokok cili..
kalau cili dalam peti ais tak cukup,pakai selipar,pergi kat pokok cili,petik,basuh dan makan..
senang kan?hehehe..
oklah,kita jumpa di entry akan datang..
sebelum itu,ada sedikit perkongsian ilmu..


Surah AlAn'aam. Ayat 095.


Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?

take care readers..
sekian,wassalam..

Friday, July 20, 2012

18th entry 2012 : Job satisfaction and organizational commitment

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.. tiba-tiba terasa rajin pulak nak update..
pada hal bukan selalu update pun..hieeeee
actually bukan apa..teringat masa zaman kerja dulu..sangat seronok sebab melayan pelbagai kerenah anak murid dengan ibubapa..
lepas saya habis diploma,saya kerja sebagai guru tadika di salah sebuah tadika di putrajaya..
kenapa guru tadika???sebabnya masa diploma dulu saya ambil kos Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak..
so saya bersyukur la pekerjaan saya time tu relate dengan kos yang saya ambil masa di kolej dulu..
tapi lepas tu kerja di UIA,tak ada kena mengena langsung dengan apa yang saya ambil masa diploma dulu..
tak apa la kan..janji saya ada pengalaman tak kira la kena-mengena atau tak dengan kanak-kanak..hehehehe..

ni gambar masa kerja kat UIA..di Kuliyyah Architecture and Environmental Design (KAED)
ok..disebabkan saya cerita pasal kerja,ni ada satu soalan..
saya jawab ikut suka saya ja..
so siapa-siapa yang dah bekerja kalau tak agree dengan jawapan saya,boleh la beri pandangan anda.. soalan dalam eng..tapi saya jawab in bm ja..sebab english saya tak best..
ooh,by the way..entry kali ni agak panjang sikit..


QUESTION : Job satisfaction and organizational commitment are closely related to the employer and employee. Discuss to what extent this statement is true. 

Jawapan saya:
Kepuasan kerja membawa maksud keseronokan dalam melakukan sebarang kerja atau emosi yang positif lahir daripada penghargaan yang didapati hasil daripada pekerjaan yang dilakukan atau pengalaman bekerja. Komitmen organisasi pula adalah kesungguhan seorang pekerja dalam melakukan tugasnya demi membantu organisasi itu berada di tahap yang lebih baik. Ini dapat ditunjukkan melalui hasil kerja yang telah dilaksanakan. Terdapat banyak aspek yang terkandung dalam kepuasan bekerja seperti bayaran gaji, keadaan tempat bekerja, rakan sekerja, prospek kerja dan juga aspek dalam terhadap kerja itu sendiri. 

Untuk aspek yang pertama iaitu pembayaran gaji, seorang pekerja itu akan merasa puas terhadap pekerjaannya jika gaji yang dibayar adalah setimpal dengan apa yang dilakukan dan dengan kelayakan yang ada. Sebagai contoh, gaji seorang eksekutif akan lebih tinggi daripada seorang kerani. Ini adalah kerana kelulusan yang diperolehi oleh eksekutif adalah lebih tinggi daripada kerani. Oleh sebab itu, sekiranya gaji yang diberikan oleh majikan adalah sesuai dengan taraf kelayakannya pekerja maka pekerja akan terus memberikan komitmen yang tinggi terhadap organisasi tersebut. Namun sekiranya gaji kerani adalah sama dengan gaji eksekutif ianya akan membawa kepada ketidakpuasan hati di kalangan pekerja terutamanya eksekutif itu sendiri. 

Selain daripada itu, kepuasan bekerja juga termasuklah jawatan atau kedudukan seorang pekerja di dalam organisasi tersebut. Apabila seseorang itu diberikan jawatan yang sesuai dengan kelulusan yang dia ada, maka komitmen pekerja itu terhadap kerjanya akan menjadi lebih tinggi. Seorang yang berpendidikan tinggi akan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh ketua mereka. Ini akan menunjukkan bahawa apabila seorang pekerja itu berpuas hati dengan jawatan dan kedudukannya dalam organisasi itu ianya akan membuatkan pekerja itu member komitmen yang tinggi terhadap kerja yang diberikan. Namun, jika seorang pekerja itu mempunya taraf pendidikan yang tinggi seperti ijazah sarjana atau ijazah sarjana muda tetapi bekerja sebagai orang bawahan jadi, kepuasan dirinya terhadap jawatan atau kedudukan itu adalah tidak setinggi pekerja yang berpuas hati dengan jawatan yang diberikan. 

Persekitaran tempat kerja atau kawasan tempat kerja yang selesa perlu diambil kira bagi memastikan kepuasan pekerja. Sebagai contoh, kedudukan setiap pekerja disusun dalam keadaan teratur dan kemas. Ini akan membuatkan setiap pekerja merasa selesa untuk terus bekerja di organisasi itu. Keadaan persekitaran yang bersih dan teratur juga membuatkan pekerja lebih bermotivasi dalam melakukan kerja yang diberikan. Jika pekerja bermotivasi tinggi ini bermakna pekerja akan memberikan komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan yang dilakukan. Komitmen yang tinggi akan diberikan oleh pekerja di dalam organisasi itu yang merasakan dia berada dalam keadaan yang tidak tertekan untuk melakukan kerja. 

Rakan sekerja memainkan peranan yang penting dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Jika rakan sekerja tidak menghormati pekerja yang lain,keadaan di organisasi itu akan berada di dalam keadaan yang tidak tenteram. Selain daripada itu, jika rakan sekerja hanya mementingkan diri mereka sendiri akan membawa kepada pengaruh yang tidak baik kepada organisasi itu. Di sebaliknya, jika rakan sekerja adalah seorang yang menghormati orang lain, ringan tulang, peramah dan bercakap secara sopan santun akan membuatkan rakan-rakan di sekeliling merasa selesa dengan keadaan di organisasi. Dan jika keadaan ini terus dipraktikkan ini membolehkan pekerja member komitmen yang tinggi kepada syarikat di samping menerima kepuasan kerja. 

Selain daripada persekitaran, prospek kerja juga memberikan pengaruh dalam kepuasan bekerja bagi seseorang pekerja itu. Prospek kerja membawa maksud tugas-tugas satu-satu pekerjaan ini. Tugas-tugas pekerjaan ini akan dinyatakan di dalam ‘job description’. Jika pekerja itu diminta melakukan kerja yang tidak terdapat di dalam ‘job description’ maka pekerja itu berhak untuk menolak permintaan daripada pekerja itu. Ini kerana, skop kerja yang diminta itu tidak berkaitan dengan tugas sebenar pekerja itu. Apabila pekerja berpuas hati dengan prospek kerjanya, maka pekerja itu akan memberikan komitmen yang tinggi terhadap organisasi di mana dia bekerja. Seseorang pekerja yang memberi komitmen yang tinggi kepada organisasi akan merasa gembira dan selesa untuk terus bekerja di organisasi tersebut. 

Aspek dalaman satu-satu pekerjaan itu juga akan membawa pengaruh kepada kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi. Aspek dalaman bermaksud apakah kerja itu sebenarnya. Seperti contoh, seorang guru. Apakah tugas-tugas seorang guru itu. Adakah hanya mendidik pelajar, membantu pelajar atau juga mempunyai tugas-tugas yang lain. Jika kerja itu sendiri memberi kepuasan bekerja maka secara tidak langsung komitmen tehadap tugas juga akan tinggi. Guru akan menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi begitu juga dengan pekerjaan yang lain. Tugas yang diamanahkan perlulah dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab agar kepuasaan bekerja dan komitmen kepada organisasi itu akan lebih memberi dorongan kepada pekerja.

so,macam mana??ada lagi jawapan yang tertinggal? ok ke jawapan yang saya bagi atau ada yang salah..
kalau salah sila bagi tunjuk ajar ya..
oklah sampai di sini sahaja entry untuk kali ni..
insyaALLAH kita jumpa lagi di next entry..
sekian,wassalam..

p/s : kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia,saya ucapkan salam ramadhan al-mubarak dan selamat berpuasa.semoga ramadhan kali ini memberi 1001 keberkatan kepada kita,insyaALLAH..

Wednesday, July 4, 2012

17th entry 2012 : Bersikap penyabar dan tenang

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
entry pertama untuk bulan Julai ini..
sedikit perkongsian dengan harapan ianya dapat memberi kebaikan kepada kita.

Rasulullah pernah berkata kepada al-Mundzir,kepala kabilah Abdul Qais,
"sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang dicintai ALLAH,iaitu sifat penyabar dan tidak suka tergesa-gesa."
lalu dia bertanya,"wahai Rasulullah,apakah aku berusaha berperilaku seperti itu atau ALLAH menjadikanku berwatak dengan keduanya?"
Nabi SAW menjawab,"ALLAH lah yang menjadikanmu berwatak dengan keduanya."
al-Mundzir pun berucap,"segala puji bagi ALLAH yang telah menjadikanku berwatak dengan dua tabiat yang dicintai ALLAH dan rasul-Nya."
-HR Abu Dawud-

sifat sabar ini bukan sahaja dianjurkan oleh Rasulullah tetapi juga oleh nabi-nabi yang terdahulu.
mengapa sifat sabar ini diperlukan oleh setiap manusia itu?ini adalah kerana menurut Ahmad ar-Rasyid dalam bukunya al-'Awa'iq,
sabar adalah benteng yang akan melindunginya dari fitnah,sifat pemarah dan ego sehingga ianya mampuberlaku adil dalam membuat sebarang keputusan.
jika sesuatu keputusan itu dibuat ketika kita sedang marah,sudah pasti ianya akan membawa kesan yang buruk pada masa yang akan datang.
selain daripada itu,apabila kita mempunyai perasaan marah,ini boleh mengakibatkan pertelingkahan dan ketidakpuasan hati.
oleh itu,sifat sabar adalah satu sifat yang perlu ada dalam diri setiap manusia.
apabila kita marah,sabar dan tenangkan hati.
insyaALLAH segalanya akan baik.jangan terlalu mengikut perasaan.
orang yang sabar adalah orang-orang yang berjaya kerana dia telah berjaya untuk mengawal nafsu amarahnya atau mengawal dari melakukan perkara-perkara negatif.
sifat sabar ini membawa seribu satu kebaikan kepada kita.

sifat tenang juga berkait rapat dengan sifat sabar.
sebagai contoh,jika kita dihina atau dituduh membuat sesuatu yang diluar jangkaan,pasti kita akan merasa marah atau sakit hati.
namun dengan sifat yang tenang dan sabar yang kita tunjukkan,ini dapat membuatkan kita sentiasa tersenyum kerana kita tahu bahawa kita tidak salah.
ini juga sedikit sebanyak boleh menyebabkan orang yang menuduh kita berasa serba salah kerana kita tidak bertindak mengikut hawa nafsu.

sementara itu,sifat gelojoh atau tergesa-gesa akan menjadikan seseorang itu tidak cermat dalam melakukan sesuatu.kita melakukan sesuatu dengan tergesa-gesa apabila tidak mencukupi masa yang cukup atau sesuatu itu dilakukan di saat-saat akhir.
sebagai contoh,menyiapkan assignment pada saat akhir.
saya mengakuinya bahawa saya juga selalu berbuat demikian.menyiapkan assignment sehari sebelum tarikh akhir.keadaan ini mengakibatkan tubuh badan letih dan tidak bermaya.ini menyebabkan saya merasa malas untuk ke kuliah pada esoknya.
selain itu,jika kita melakukan sesuatu perkara itu dengan tergesa-gesa,maka hasilnya mungkin tidak memuaskan atau isi kandungannya tidak lengkap.

oleh itu,marilah kita sama-sama menanam sifat sabar dan tenang serta tidak tergesa-gesa dalam kehidupan seharian kita..
insyaALLAH kita akan mendapat keberkatan dari ALLAH dan semoga hari-hari yang kita lalui akan sentiasa indah.
sekian,wassalam..


indahnya ciptaan ALLAH..saya suka bunga-bungaan..sangat cantik..berwarna-warni..pelbagai jenis..masyaALLAH,kuasa ALLAH yang tiada tandingan..

*sumber diambil dari majalah ujang

Tuesday, June 26, 2012

16th entry 2012 : Gerak hati


Aku tunggu dan terus menunggu

Namun,gerak hatiku benar belaka

Sudahlah..Jangan ditunggu sesuatu yang tidak mungkin

Terima Kasih

Biarlah aku melangkah dengan perlahan

Sebelum aku ditinggalkan perlahan-lahan tanpa aku sedari



nukilan, 26.06.2012


p/s : entry tiada kaitan dengan penulis..and alhamdulillah,rasa heaven sangat bila berada di rumah..have a nice day readers..

Tuesday, June 12, 2012

15th entry 2012 : Final exam

Assalamualaikum readers..
Lama dah tak menulis blog..
Maaflah banyak kekangan masa dua tiga minggu ni..
Sekarang ni dah start final exam.4 paper dah lepas and 2 more to go..
Tak tahu macam mana nak cakap tapi paper untuk sem ni memang susah juga la..
Harap-harap semuanya ok..risau juga kalau tak sampai target..
Kawan-kawan doakan saya k..
Oklah,nak sambung study semula..esok paper fisiologi..harap-harap soalan ok la..
Orait,till then..see ya..nanti ada masa saya blogwalking blog kawan-kawan ya..
Wassalam..

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 22, 2012

14th entry 2012 : Satu permulaan untuk diri

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
ni tengah duk buat kerja kat library..
so mau update la sekejap memandangkan kerja saya dah hampir siap untuk hari ni....
tapi ada lagi yang lain belum siap..hehe..
kebanyakkan kerja akan dihantar minggu ni..so kena la bekerja keras sikit..
library jadi tempat bermastautin buat sementara..
next week dah start study week..
sighhhhhhh..boleh la berehat sekejap then sambung dengan study untuk final..

alhamdulillah..kerja keras saya sem lepas telah membuahkan hasil..
saya dapat anugerah dekan..
walaupun tak tinggi mana pointer tapi alhamdulillah saya tetap gembira..
so,malam ahad lepas saya telah dijemput untuk menghadiri Malam Anugerah Penghargaan SPKS di Ballroom TAHA D' Bayu, Kota Kinabalu..
tema pada malam tu adalah Arabic Night..
tapi saya tak pakai pun macam arab-arab tu..pakai biasa-biasa ja..
walaupun saya termasuk dalam senarai jemputan VIP tapi saya ada juga tanggungjawab sebagai pengarah perakam peristiwa malam tu..
memang saya dan anak-anak buah agak kelam kabut sikit la..
ke sana ke sini ambil gambar dan rakam video sepanjang majlis berlangsung..

meh nak share sedikit gambar pada malam tu..


saya dikelilingi gadis-gadis arab


selepas terima sijil..tapi masa ni sijil tu bukan nama saya..

adik saya pun alhamdulillah..
walaupun tak dapat dekan tapi pointer dia untuk first sem ni 3.39..
sikit lagi nak dekan..
hari tu saya call dia tanya macam mana..
dia cakap dia tak dapat jawab paper maths..
tapi bila result keluar lain pula jadinya..hehe..
apa-apa pun tahniah la untuk adik saya tu..boleh lawan kakak dia yang sorang ni.
hmm semoga lepas ni saya boleh berusaha dengan lebih gigih lagi..
ini baru satu permulaan untuk saya untuk lebih berjaya.
doakan saya kawan-kawan..

oklah..nak sambung buat kerja..
lagi sikit ja mau siap..
jumpa lagi readers..sekian,wasslam..

p/s : entry bukan untuk bangga diri..cuma mahu berkongsi kenangan manis bersama.. :)




Wednesday, May 16, 2012

13th entry 2012 : Semoga selamat semuanya..

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
sambil-sambil tunggu nak discussion,update sekejap..hehe..
life makin busy..macam biasa la kan dah nak akhir-akhir sem ni..
jadual exam dah dapat..so sem ni memang nak kena struggle la..

just entry pendek..
kepada ayah saya semoga selamat sampai ke indonesia..
ayah ada kerja kat sana selama 5 hari..
sambil bekerja sambil melawat tempat orang..
saya cakap bestnye dapat jalan-jalan..
tapi ayah cakap kat saya "apa yang bestnya?"..haha..sabar ja la..

kepada adik saya yang seorang tu..
fikir baik-baik sama ada nak ke matriks or uitm..
dan juga kepada my future sis in law,insyaALLAH.
pun sama..fikir baik2 nak ke matriks or upm..
kalau matriks tu mungkin senang sebab dekat dengan rumah ja.
cuma kalau yang upm tu dapat kat bintulu agak jauh..tapi seronok la dapat tempat orang dan kos yang dapat pun memang yang nak kan..
so fikir la mana yang terbaik ye..
dari kejauhan kakak mu mendoakan semoga kalian tidak tersilap membuat keputusan
dan akan beroleh kejayaan..

oklah..nak start group discussion dah ni..
jumpa di next entry k..
upsss,before terlupa saya nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar saya,guru-guru lain,dan juga kepada rakan blogger Juliet Ira dan Budak Penjara..
sekian,wassalam..


quote for today


Wednesday, May 2, 2012

12th entry 2012 : Hectic day,week,month and ......

assalamualaikum & salam sejahtera readers..
sedar tak sedar dah masuk bulan may pun..selamat tinggal april..
fuhhhhhh..sangat-sangat penat sekarang ni..
banyak kerja,program,report dan assignment yang nak kena buat dan submit..
nak update pun tak ada masa..
ni curi-curi juga masa..
ini pun tidur hostel dalam kampus..tumpang rumah kawan sebab ada assessment yang kena buat..
insyaALLAH nanti saya update ya..
so,have a nice day readers..
jumpa nanti..sekian,wassalam..


one quote before leave..

p/s : sorry la kepada sesiapa yang selalu mau tanya bila saya nak update tu.busy + kadang-kadang tu macam malas juga sebab line internet kadang-kadang ok kadang-kadang tak.hehe..btw,thank you very much sebab masih lagi nak baca entry yang entah apa-apa dari saya..


Thursday, April 19, 2012

11th entry 2012 : Pediatrik @ psikiatri

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
hari ni agak penat sebab pagi tadi class di sekolah..then ke dewan kuliah pusat..and then ke sekolah balik..
ni pun dah sudah berehat.
sekejap lagi nak smbung study lagi..
apa-apa pun nak update blog sekejap sebab ada request..
ehehehehehe..
sorry la..bukan sengaja tak update..
this week saya ada midterm..jadi banyak masa ke study walaupun saya tak la study kuat macam kawan-kawan yang lain..
subjek semester ni agk susah juga..
jadi,kena buat sehabis baik la..
2 test dah lepas..so,ada lagi 3 belum lepas..2 test esok hari dan 1 lagi test hari rabu next week..
presentation meeting pun dah selesai..
tapi banyak juga kekurangan especially time explain my part..
but, i learn from my mistake..hopefully next oral presentation i can do better than the meeting presentation..

hah,berkenaan dengan tajuk entry..
kalau kawan-kawan la kan,pilih mana eh?
pediatrik (branch of medicine that deals with the medical care of infants, children & adolescents)
@
psikiatri (the study and treatment of mental disorder)?
hmm betul ke en achie??eh,kenapa tiba-tiba en achie pulak ni?hehehe..
jadi apa pilihan kawan-kawan dan mana yang menarik untuk buat case study?

Monday, April 9, 2012

10th entry 2012 : Jangan.....jika.....

assalamualaikum..
entry pendek di pagi isnin pada semester break..




jangan pikat wanita jika anda tidak bersedia cintakan dia..

jangan buat wanita itu jatuh cinta jika anda tidak cintakan dia..

jangan memberi wanita itu harapan jika anda tidak pasti akannya..

jangan sakitkan hati wanita jika anda tidak ada hati untuknya..

jangan mainkan perasaan wanita jika anda tiada perasaan untuknya..

haram jika anda jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya..



-sumber dari fb Najmie Kuantan II-

Saturday, March 31, 2012

9th entry 2012 : Terlepas flight

assalamualaikum..and salam sejahtera readers..
hmm,dah hari sabtu pun..
so apa la plan kawan-kawan sekalian??
mau jalan-jalan?tengok wayang?duduk rumah?
saya??hmm,pagi nanti saya kena ke ums..ada meeting group untuk siapkan proposal..
mata dah mengantuk..tapi nak update sikit..
sebab ada orang tu minta saya update..hehehe..

oklah,saya tiba-tiba nak cerita satu pengalaman yang saya tak dapat lupa..
pengalaman terlepas flight..
ceritanya macam ni..
pada hari kejadian,flight saya jam 12:10 tengah hari kalau tak silap..
so dalam jam 3 tu saya dah sampai di sabah la..
jadi,masa saya beratur di kaunter untuk check in,ada la mamat depan saya ni..
saya tak tau la apa sebenarnya yang jadi kat dia..
punya la lama dia kat depan tu..duk mengeluarkan barang2 dia..
saya budget yang beg bagasi dia terlebih muatan..

tunggu punya tunggu,tak juga siap-siap..
saya macam dah hilang sabar tapi saya gagahkan juga la tunggu..
saya tengok jam..pintu gate akan tutup bila2 masa ja..
saya dah rasa semacam tapi saya buang jauh2 perasaan tu.
so bila dah sampai giliran saya,kakak yang kerja kat kaunter tu cakap pintu gate dah tutup..
saya apa lagi..gelabah habis la..
dia pun minta saya ke kaunter hujung..
sampai kat kaunter hujug tu,memang akak tu pun cakap pintu gate dah tutup dan saya kena beli tiket baru..
air mata dah start bergenang tapi saya tahan..tanya berapa harga tiket untuk next flight..
bila dah tau saya gerak ke arah ibu..
nah,sampai ja saya terus menangis..memang tak dapat nak dibendung lagi la..
tak peduli dah orang ramai kat situ..
memang teresak-esak saya menangis..yela,1st time jadi macam tu..

dalam sedu-sedu tu saya minta ibu keluarkan duit saya untuk beli tiket baru..
so ibu dengan ayah pun cari atm..
saya tunggu ja kat tempat tu dengan air mata yang masih meleleh..
sedih memang tak boleh nak cakap la..
harga tiket baru tu rm195..terbang duit saya tapi nak buat macam mana kan..benda dah jadi..
lepas dah beli tiket,saya salam ibu dengan ayah and then terus masuk balai berlepas..
masuk awal sebab takut tertinggal lagi..huhu..
lepas tu tak ada apa yang jadi dan alhamdulillah saya selamat sampai sabah..
cuma yang tak bestnya malam tu saya diserang migrain yang teruk..
sampaikan ibu dengan ayah call saya tak dengar..
memang tidur mati la orang kata..huhuhu..

so,kawan-kawan..pengajarannya jangan la tertinggal flight macam saya..
oklah,ni saja yang saya mau share..
kita jumpa di next entry k..

sekadar gambar hiasan..hehehe..

sekian,wassalam..

Friday, February 24, 2012

7th entry 2012 : Bersyukur atas nikmat ALLAH

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
lamanya blog ni kena tinggal..
almaklumlah,awal-awal semester ni macam-macam yang kena buat..
yang paling penting kena register class dengan tutorial..
ini pun baru lepas meeting untuk program..
maaf,tak dapat nak singgah ke blog rakan-rakan..
insyaALLAH ada kelapangan saya akan ke blog anda..
tak ada apa yang mahu diceritakan..
cuma saya bersyukur kerana ALLAH masih mengurniakan nikmatNya kepada saya..



sekadar gambar hiasan..gambar ini diambil semasa menunggu bas untuk ke UMS..

Wednesday, February 15, 2012

6th entry 2012 : Adik siapa la ni??huhuhu



assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
hmm nampak kan surat kat atas tu??
haih,adik siapa la yang buat kerja ni..
nak tau adik siapa??adik saya la...huhuhu..sabar ja la bila baca..
even surat ni belum sampai lagi di tangan kami,tapi adik saya ada cakap ada surat dari sekolah nanti..
ni surat kawan dia yang sama-sama buat kesalahan ni..
kawan adik saya tagged saya di facebook..
jadi,confirm-confirm la dia akan dapat surat yang sama...
dia pun ada juga tanya saya ada tak surat dari sekolah sampai..
tapi kalau tak dapat,syukur la..hehehehe..

adik saya ni pandai,bijak..belajar pun kat sekolah asrama penuh,SBPI Selandar..
tapi,perangai tak bijak langsung..
apa dia buat??hah,tu yang tertulis tu la..
ada ke dia pergi panjat bumbung sekolah..kalau la ada perkara buruk masa dia panjat bumbung tu,hish tak dapat nak fikir la..
nah padahnya,sampai surat dari sekolah..
panjat bumbung tu termasuk di bawah memanjat tangki air @ lebih dikenali dengan kesalahan kategori A..
memang cikgu ada cakap pada ayah saya yang kesalahan dia ni besar..

so sekarang ni dia menyusahkan kakak dia untuk tulis surat rayuan bagi pihak dia..
sebab dia sekarang ada di PLKN so tak boleh nak buat..
dia cakap lagi dia tak nak susahkan ibu dengan ayah tapi dia nak susahkan kakak dia ni..
mujur la adik..kalau tak,malas nak layan..
bukan dia saja yang kena..ramai lagi yang kena termasuk la pelajar perempuan..
mentang-mentang la dah nak habis sekolah time tu,so budak-budak ni semua buat la kerja ni..
sabar ja la..

apa-apa pun,disebabkan saya kakak,saya kena la buat surat rayuan untuk dia..
aduiiii,malasnya...
sekian,wassalam..


p/s:entry ni just nak berkongsi sahaja..so,janganlah buat perkara-perkara yang macam ni bagi adik2 yang bersekolah tu k..jadikan pengajaran untuk diri..
ada sesiapa yang pernah dapat surat dari pihak sekolah berkaitan dengan disiplin?

Monday, January 30, 2012

3rd entry 2012 : Kenapa private kan blog??

assalamualaikum dan salam sejahtera readers..
macam mana life??hope semuanya ok..
lama dah tak update blog ni..
almaklumlah,cuti sem ni banyak benda nak buat kan..hehe..
tapi ni update juga la sebab ada kawan tu asyik duk suruh update ja..
hah ni update la sikit even pendek ja entry ni..

ok..kembali kepada tajuk..kenapa private kan blog??
ada sesetengah blogger yang private kan blog dia..
kenapa??
bagi saya mungkin ada beberapa sebab kot.contohnya :

  • tak nak sesiapa tahu kisah hidup dia..dia buat blog sebab nak cerita apa yang berlaku dalam kehidupan seharian dia..mungkin ada yang terlalu personal untuk dikongsikan..blog ni kan diari on9..so,mungkin sebab tu la dia private kan blog..hanya dia saja yang dapat baca blog tu..
  • ataupun,dia just nak berkongsi kisah hidup dia dengan orang-orang yang tertentu or orang-orang yang rapat dengan dia saja..so,hanya orang-orang yang terpilih saja la dapat baca blog dia tu..
  • tak pun ada orang yang suka sangat nak ushar life dia dan dia tak suka,so dia private kan blog dia daripada dibaca oleh orang tersebut..tapi orang lain boleh ja baca blog dia..



so,rasanya tu saja kot untuk petang ni..hanya ni sahaja yang dapat difikirkan sebab badan pun tak berapa nak sihat ni,so jumpa lagi di next entry..have a nice day readers..sekian,wassalam..

p/s : kawan-kawan ada pandangan tentang hal ni??meh la kongsi.. :) :)

Wednesday, January 18, 2012

2nd entry 2012 : Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..
alhamdulillah..dah 3 hari berada di rumah..
hehehe..
sangat best bila ada kat rumah..macam-macam ada.. :)

kawan-kawan,saya suka minum air milo ais yang pekat..
biasanya kalau saya buat air milo,mesti letak milo banyak-banyak..
kalau terlebih rajin atau terlebih malas,saya ke kedai beli air milo kotak..
sedapnya...hehehe..





p/s : kawan-kawan suka minum air apa??

Friday, January 6, 2012

1st entry 2012 : Kenangan mengusik

assalamualaikum dan salam sejahtera..
hai readers..apa kahabar?
hope semunya sihat-sihat belaka..
alhamdulillah saya dah habis tiga paper..so,ada lagi tiga paper yang bakal menjelma..
disebabkan paper hari selasa,rasanya mau update blog sekejap malam ni..
btw,happy new year guys..
even dah lambat,nak juga wish to all of you..hehehe..
semoga tahun ini akan bertambah baik dari tahun-tahun yang lepas,insyaALLAH..

tengok tajuk macam apa ja..hehe..tak tau nak tulis tajuk apa..
actually kenangan ni masa zaman-zaman sekolah dulu..
masa tu saya belajar di Sekolah Teknik Bukit Piatu,Melaka..batch tahun 2003/2004..
tapi kejadian yang jadi ni tak ingant pula masa Form 4 @ Form 5..

macam ni ceritanya..hari tu adalah hari Melaka Bandaraya Bersejarah..
jadi cuti umum la untuk seluruh Melaka..
jadi,saya dengan 3 orang budak dorm,jalan-jalan la sekitar sekolah..
tak silap dari hostel perempuan belakang ataupun dipanggil aspuri 2 sampai la ke bahagian asrama perempuan di bahagian depan atau aspuri 1..
aspuri 1 tu memang dekat sangat dah dengan pintu pagar utama sekolah..

kami berempat yang dah penat ni,ternampak la satu kedai abc dekat seberang jalan..
jadi kami pun tanya la dekat pakcik guard tu boleh tak kami pergi beli abc..
pakcik guard kata boleh..
jadi kami apa lagi terus la melintas jalan..yala,penat berjalan rasa haus sangat2 la..
memang happy gila la time tu..
tapi entah macam mana kan,ketua warden kita orang round-round sekolah..
jadi apa lagi,terus kita orang dipanggil balik masuk ke sekolah..
time tu ketua warden kami nama cikgu Idopi..saya sangat takut pada dia ok..sebab dia sangat garang bagi saya..huhuhu..

nah,apa lagi,.lepas ja kami masuk kawasan sekolah,kena la dengan warden kita orang tu..
dia cakap kami dah lakukan 1 kesalahan iaitu fly dari asrama..
tindakan yang akan diambil kalau fly dari asrama mestilah buang asrama kan..
dush,.rasa macam kepala terhantuk ke jalan..
sangat takut time tu..even kami pertahankan diri dengan cakap kat warden kami tu yang pakcik guard bagi kami kebenaran tapi dia cakap kami still bersalah sebab tak dapatkan kebenaran warden..
huhuhuhu..time tu dah tak tau nak buat apa dah..memang terfikir kena buang asrama ja..
kalau kena buang asrama,macam mana nak ke sekolah..
dah la rumah jauh dari sekolah..arghhh..time tu memang rasa tension sangat-sangat..

so,hari isnin tu nama kami berempat dipanggil depan perhimpunan..
pergh..dup..dap..dup..dap jantung saya time ni..
ketua warden kami minta kami jumpa dia lepas perhimpunan..
so,kami pun jumpa la dia..
kami diminta tulis surat pengakuan pasal kejadian fly tu la..
memang rasa sangat sedih la time tu..rasa nak menangis masa tulis pengakuan tu..

lepas dah tulis surat pengakuan tu,kami tak tau la perkara ni dibincangkan dengan warden-warden yang lain atau tak..
yala kan,kesalahan kami tu agak berat so mestilah ada mesyuarat sama ada diputuskan kami ni bersalah atau tak..
saya tak ingat berapa lama masa yang diambil untuk kami tunggu keputusan tu..
memang tak senang duduk la..macam cacing kepanasan..
tapi alhamdulillah..akhirnya kami terlepas dari hukuman..
tak tau la atas sebab apa..tapi kami diberikan amaran yang pertama la atas kesalahan yang kami dah lakukan tu..
alhamdulillah,bersyukur sangat-sangat time tu..huhu..
lepas daripada kejadian tu,memang tak ada lah nak berjalan ke apa lagi..
sebab takut ter-fly lagi..hieeeee..
hmm,ni ja la satu-satunya kesalahan yang agak besar dan serius yang pernah saya lakukan..


hmm rasanya ni saja mau kongsi dengan rakan-rakan bloggers..
so,jumpa lagi..
sekian,wassalam..


p/s: Juliet_iRa,ingat tak cikgu Idopi??rindunya dengan teknik..huhu..
kawan-kawan yang pernah tinggal kat asrama ada cerita tak??
meh la kongsi sama-sama..hehe..

 

W.A.L.K D.O.W.N M.E.M.O.R.Y L.A.N.E Template by Ipietoon Cute Blog Design