Sunday, June 19, 2011

24th entry 2011 : Daripada ALLAH kita datang dan kepada DIA juga kita kembali

assalamualaikum dan salam sejahtera..
entry kali ini ditulis untuk mengenangkan seorang anak muda yang telah kembali menemui PENCIPTA-nya..
niatnya untuk melihat kolej tidak kesampaian apabila dia menemui ajal dalam perjalanan ke sana.

hari jumaat lepas,selepas saya balik kerja ibu bagitau saya bahawa kawan adik saya meninggal..
pada mulanya saya tak rasa apa sangat..sedih tu memang ada la.
tapi bila malam tu adik saya cerita pasal arwah,saya jadi sebak..memikirkan penerimaan keluarga dia apabila dia dikebumikan nanti..dan selepas itu tiada lagi arwah di muka bumi ini..
mengikut cerita adik saya,arwah terlibat dalam kemalangan semasa mahu melihat kolej tempat dia mendaftar esok (sabtu,17.06.2011).
namun,janji ALLAH pada kita,setiap yang hidup pasti akan mati..
cuma kita tidak tahu bila,di mana,dan bagaimana..
arwah telah dilanggar oleh sebuah bas sebelum dirempuh oleh sebuah proton wira yang tak sempat untuk brek..
kejadian berlaku di highway bangi kalau tak silap..
motosikal arwah rosak teruk,rim putus dua..dan arwah sendiri terpelanting ke tengah jalan..
masyaALLAH..bagaimanalah kesakitan yang arwah tanggung..
bas yang bertanggungjawab tidak berhenti dan ini bererti kes ini adalah kes langgar lari..
arwah meninggal di tempat kejadian..
kakinya digilis..luka-luka di muka dan pendarahan dalaman di kepala..
sebenarnya arwah pergi dengan seorang lagi kawan..namun kawan arwah berada di hadapan..
semasa kawannya menunggang motosikal,dia merasa tidak sedap hati sebab dia tak nampak kelibat motosikal arwah di belakang..
lalu kawan dia pun pusing balik dan di seberang sana dia nampak jalan dah mula jammed..
apabila terlihat akan helmet yang pecah,dia semakin tak sedap hati..
sampai di tempat kejadian,dia melihat sahabatnya terbujur kaku..
innalillah..daripada DIA kita datang dan kepada DIA juga kita kembali..

daripada apa yang adik saya sampaikan,kawannya masih lagi trauma dan tak tahu macam mana nak beritahu kawan-kawan..tiada kata yang terlafaz daripada bibir..
pergi berdua tapi balik seorang diri..
adik saya juga ada cakap,pagi tu arwah kata dia takut hendak pergi  tapi arwah pergi jua..
sedih sangat cara arwah meninggal..

jenazah arwah dikebumikan pada hari esoknya,hari sabtu..iaitu hari yang sepatutnya dia mendaftar diri di kolej..
alhamdulillah,ayah arwah sempat tiba dari Dubai untuk menatap arwah anaknya buat kali terakhir..
ibunya terpaksa dipapah kerana lemah dan hampir pengsan..
seorang daripada kawan arwah pengsan..agaknya terlalu sedih dengan pemergian kawannya..
adik saya sendiri masih tidak percaya kerana malam sebelum kejadian dia baru sahaja duduk minum dan bergurau-senda dengan arwah..
helmet arwah disimpan adik saya sebagai kenangan..

kita sebagai hambaNYA haruslah menerima qada' dan qadar ALLAH..
walaupun saya tak mengenali arwah,tapi saya tetap terasa..
semoga kita semua dilindungi ALLAH..
semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
al-Fatihah..

oklah,sampai sini saja untuk hari ini..
insyaALLAH jumpa next entry..
sekian,wassalam..


10 comments:

SheyPull said...

semoga arwah dicucuri rahmat...:)
moga beliau ditempatkan pada golongan org yg solah..:)



JOM singgah blog saya nak...penah tengok x IKAN KUAT...ha klu x penah meh la tgok..

Leeya Hezlin said...

itulah..hmm dan semoga arwah tenang di sana..

nabilah_2908 said...

sedihnya....sayu hati bila membayangkan cara arwah meninggal.... :(

Al-fatihah....

Leeya Hezlin said...

nabilah...leeya pun tak dapat nak bayangkan..
macam mana la keadaan dia time tu..
hmmm..

Siti Arfah said...

Innalillahiwainnailaihirojiun . Salam tzkiah buat kluarga beliau . Moga rohnya d cucuri rhmat & d tmptkn d klgn org2 soleh. Ameen

Leeya Hezlin said...

insyaALLAH..ameen..

HonEyBuNNy said...

Ya Allah...

sayu ja baca cara arwah meninggal....semoga arwah tenang di sana...

Al-Fatihah..

Leeya Hezlin said...

insayALLAH..sama2 la kita mendoakan arwah..
masih sayu di hati ini..huhu

miss.Addin said...

Al-Fatihah..

Leeya Hezlin said...

al-fatihah..
thanx ya.. :)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com