Monday, May 23, 2011

20th entry 2011 : Saya Tahu Saya Banyak Kekurangan

assalamualaikum dan salam sejahtera dear readers..
huhuhu..hari ini seharian phone rumah dengan internet tak boleh guna..
sebabnya pihak TM buat baik pulih kat taman yang saya duduk ni..
hmm..dah seminggu cuti sem,tapi tak tau mau buat apa..

kepada dia :

saya tahu la saya tak cantik macam awak..
but at least saya bersyukur dengan anugerah dari ALLAH..
awak memang cantik berganda-ganda dari saya..itu saya tahu..
dan semua orang pasti akan mengatakan sedemikian..
namun saya bahagia dengan diri saya sebab ALLAH ciptakan saya dengan sempurna..
tiada cacat cela..cukup dengan mata,hidung,tangan,kaki,muka,telinga dan sebagainya..
jadi,janganlah sekali-kali awak menidakkan kesempurnaan yang ALLAH bagi kepada saya.

saya tahu la saya tak pandai macam awak..
awak belajar kat overseas..saya ni setakat belajar dalam malaysia saja..
tapi awak janganlah nak banding-bandingkan perbezaan tu..
dah rezeki awak belajar kat overseas..
mungkin rezeki saya akan tiba nanti tapi tak tahu la kan..
ini semua ketentuan ALLAH..
saya bersyukur juga saya dapat sambung study walaupun di malaysia..

saya tahu la saya tak kaya macam awak..
apa-apa pun saya bersyukur kepada ALLAH dengan apa yang ALLAH dah kurniakan kepada keluarga saya..untuk saat ini,hanya ini rezeki yang DIA bagi kepada keluarga kami..
awak patut bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang berada,hidup mewah,segala apa yang awak mahukan akan dituruti..
tapi ingatlah,janganlah awak bongkak dengan segala apa yang awak miliki sekarang..
ini semua adalah hasil penat lelah ibubapa awak..
kalau awak betul-betul mau menunjukkan kekayaan yang awak miliki,bekerjalah dan milikilah harta sendiri..
harta tak akan dibawa masuk ke liang lahad nanti..hidup manusia seperti roda..
sekejap di atas dan sekejap di bawah..
jangan taksub dengan kekayaan..sebaiknya bersederhanalah..
ikut resmi padi,semakin berisi semakin menunduk..

ini juga ingatan kepada saya sendiri..
bersyukurlah atas kurniaan ALLAH..

dan di kesempatan ini juga saya nak ucapkan tahniah kepada adik saya..
walaupun dia tak berjaya memasuki mana-mana U,tapi rezeki masih ada..
dia dapat tawaran ke Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang,Perak..
dalam jurusan yang dia minati iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)..
semoga berjaya wahai adikku..



hmm rasanya cukup sampai di sini..
insyaALLAH jumpa lagi pada entry yang akan datang..
sekian,wassalam..

9 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan... blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan... blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)

Leeya Hezlin said...

thanx zuwairi sebab singgah blog yang xseberapa ni.. :)

HonEyBuNNy said...

leeya..ila setuju ditujukan kepada dia tu..

ila pun nak ayat macm tu la..hehe...bersyukur dengan apa yang ada kan...;-)


bestnya leeya cuti sekarang..ila buat shortsem..da sebulan dah...sem depan habis la...hehe..leh tawin..ngeh3...

tahniah untuk adik leeya....xpa..adik ila pun xdapat U tau haritu...matrik dia xnak pergi...duduk poli pun leh berjaya tau...adik ila dapat kos akaun..n sem ne dapat dekan...jika kita usaha,insya Allah akan berjaya jugak even xmsk U pun kan...rezeki ada di mana2 saja....;-)

Leeya Hezlin said...

thanx sebab setuju dengan leeya..
iyalah,kita ni hidup di atas muka bumi ni sebab ALLAH yang mahukan kita di sini..
tapi tu la,kadang2 manusia ni cepat lupa dengan apa yang ALLAH dah kurniakan..
juz doa leeya semoga die berubah..

ooh patut la sat ja cuti..buat short sem rupanya..chaiyok2 ila.. :)

thanx yaa..ooh so sekarang adik ila study mana la??
lia xkisah pun dia nak study mana,janji dia study..syukur la dia dapat kos yang dia mau..
hmm betul2,belajar kat mana2 pun sama saja..yang penting usaha.. ^_^

nabilah_2908 said...

siapa manusia sombong tu Leeya...?

tk mengapa la..moga dia cepat sedar... ;)

tahniah tuk adik Leeya... :)

Leeya Hezlin said...

adalah seorang makhluk ALLAH tu..
kami pun dah lama tak berhubung..last dapat tau dia dah p study overseas..
dia pun dah tak nak kawan dengan leeya..so xpe la..
moga dia bahagia selamanya..
ooh thanx nabilah.. :)

HonEyBuNNy said...

adik ila stdy poli jer dekat kedah..lagipun dekat dengan rumah..anak manja katakan...xleh berjaohan dgn fmly..hehe
**semoga dia berubah...;-)

Leeya Hezlin said...

ooh dekat jek la eh??
adik leeya memang nak yang jauh..
alih2 memang dapat jauh..even kat perak pun kan..hehe..

tapi ok juga..2@3 tahun lagi parents maybe pindah ke perak..
so,senang la die nanti.. :)

i'ALLAH..sentiasa doakn dia berubah..

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com