Wednesday, November 24, 2010

...wArKaH uNtUk DIA...

hye..salam semua..
entry kali ini ak tujukan khas untuk seseorang..
tiba-tiba merindui dia..
..................................................................................................................................................................

salam..hye..lama dah awak pergi meninggalkan kami di dunia ni..rasa baru semalam kita berkenalan,kita ber'sms,dan macam-macam lagi.awak,sekarang ni lia dah sambung study..kat sabah.best,lama dah tak datang sana.lia amik kos psikologi kanak-kanak dan keluarga.so far,subjek untuk kos ok la..tapi untuk masa-masa yang akan datnag tak tau la macam mana kan..hope semuanya ok..

awak,kenapa begitu cepat awak meninggalkan kami?masih terasa kehilangan awak hingga ke saat ini.orang cakap kalau ALLAH tarik nyawa seseorang tu,dia adalah orang yang baik..hmm,awak memang baik.selalu bagi nasihat pada lia,selalu bagi semangat pada lia bila lia down.sampai ke hari ini masih lia simpan sms dan email yang awak bagi.walaupun tak banyak tetapi cukup untuk dijadikan kenangan.kenangan yang tinggal dengan lia..

masih teringat lagi saat-saat awak bagitau lia yang awak menghidap leukimia (betul ke ejaan ni?).antara percaya dengan tidak awak yang kelihatan sihat menghidap penyakit seperti ini..awak bagitau lia pun sebab awak cakap takut tak sempat nak bagitau nanti.masa tu,hanya doa yang mampu lia titipkan.moga awak sihat kembali.awak jalani hidup seperti biasa.seperti tiada apa yang berlaku.dari mesej-mesej awak,awak tak nak orang lain risau akan awak.sungguh tabah hati awak menghadapi dugaan dari ALLAH..tempoh masa yang doktor berikan hanyalah 11 bulan..sungguh singkat..11 bulan untuk awak lihat dunia ni..tak sanggup lia mendengarnya..namun diri awak tetap tabah..seakan tiada apa yang berlaku.walaupun pada mulanya awak sendiri tak percaya namun apabila awak buat pemeriksaan kali kedua keputusannya tetap sama..awak menghidap leukimia..di tahap kritikal..

di saat awak melawan penyakit awak,ada juga berita gembira dari awak..pointer awak sangat tinggi..3.94..wah,lia kagum dengan awak kerana dikurniakan kepandaian dan kebijaksanaan dan disebabkan itu awak telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti terbaik di dunia..awak bagitau lia yang awak akan berangkat ke sana pada 01.09.2007..pernah juga awak cakap pada lia "sempatkah untuk ke sana?"..tiada jawapan yang dapat lia berikan selain daripada insyaALLAH..

hari-hari yang berlalu terasa begitu cepat..tanggal 27.05.2007 menjadi detik perpisahan kita buat selama-lamanya.malam sebelum awak pengsan awak ada bagi mesej pada lia kan??minta maaf sangat-sangat sebab sampai sekarang lia tak tau apa isi kandungan mesej awak tu.lia pun tak tau kenapa malam tu lia gatal tangan mau tukar handphone dengan abang pada hal lia tau handphone dia rosak..lia tau awak bagi mesej pun dari kakak awak..hmm hanya awak dan ALLAH sahaja yang tau apa isi kandungan mesej tu.petang 27.05.2007 cousin awak cakap yang awak tenat dan hanya tinggal nyawa-nyawa ikan..awak pengsan di rumah cousin awak..dan bila dihantar ke hospital barulah family awak tau yang awak menghidap leukimia..sungguh pandai awak berahsia sampaikan family awak sendiri tak tahu..

dan awak telah diterbangkan ke US sebab segala ubat yang awak makan semuanya dari sana..hanya airmata yang mengalir dan doa mengiringi awak.lia doa banyak-banyak semoga awak kembali sihat.dari cousin awak,lia dpat tau yang family awak marahkan awak sebab rahsiakan penyakit awak ni.pernah juga lia tanya kenapa awak nak merahsiakan penyakit ni..awak hanya bagi jawapan takut family awak tak jadi pindah apabila mereka tau.lia hanya mengiakan jawapan awak itu.

namun,ALLAH lebih menyayangi awak daripada kami semua.awak telah kembali ke rahmatullah setelah beberapa lama bertarung dengan maut.INNALILLAH..tumpah lagi airmata lia..sekarang,segala penderitaan yang awak tanggung semua dah hilang..awak bebas dari segala-galanya.awak pergi dalam usia yang sungguh muda..ketika berusia 21 tahun.dan tidak sampai pun 11 bulan yang doktor berikan tempoh untuk awak hidup..hanya kira-kira 7 bulan sahaja.awak dikebumikan di tanah perkuburan islam boston..jauh untuk lia datang menziarah..lia iringi pemergiaan awak dengan Al-Fatihah.semoga awak ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.tenanglah awak di sana.lia selalu berharap agar dapat jumpa awak walaupun dalam mimpi..tapi ALLAH masih belum mengkabulkan doa lia tapi lia akan terus berdoa..semoga kita akan berjumpa suatu hari nanti..

ok lah awak..sampai sini sahaja yang nak lia luahkan pada awak..sesungguhnya nama awak terletak di satu tempat di dalam hati lia..tiada siapa pun dapat menggantikan awak..lia amat merindui awak..lia tak akan lupakan awak sampai bila-bila..

AL-FATIHAH..
♥♥♥♥♥♥

salam sayang dari,
leeya



7 comments:

HonEyBuNNy said...

sedihnya luahan hati neh....;-( al-fatihah...

**Leeya....miss u..maaf ila pun lma xdtg komen.....sori sgt2...ohhh..unimas ek....bgs2....moga happy dk sna..jgn sedih2 tau...sabh best..hehe...good luck juga...

Leeya Hezlin said...

hmm lia pn rs sedih..pe2 pn semoga dia tenang kat sn..

*miss u too..maaf sgt2 lme xkomen..dh jd student ni ila pn tau la kn..he3..eh bkn unimas..unimas kt srwk..lia kt ums.hmm sabah best jek..tq ila.. :)

MIRA UTTIKA said...

leeya,tabah lah wahai saudari !
doakan agar arwah tenang di samping Penciptanya.

Leeya Hezlin said...
This comment has been removed by the author.
Leeya Hezlin said...

thanx mira..
leeya always doakn die tenang..
mira pn prnh merasa kehilangan kn??mmg perit..
tp kita kne redha kn??huhu..

nabilah_2908 said...

sayu jer hati bila baca..

Al-fatihah buat arwah... ;(

jom ke APA KATA HATI pulak,
CUTI SEKOLAH DULU DAN SEKARANG

Leeya Hezlin said...

hmm..al fatihah..
ok2,nnt leeya p blog nabilah k.. :)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com