Sunday, October 10, 2010

...iRi hAti boLeH bAwA kEjAyAaN...

salam readers..apa khabar??hope semuanya sihat-sihat..macam mana dengan kehidupan??ok??moga semuanya berjalan dengan lancar..hmm,hari ni just nak kongsi pasal tajuk entry kali ni..info ni aku dapat dari satu buku yang ketua rumah aku hadiahkan masa birthday aku yang lepas..tajuk buku ni Berjaya dalam Kerjaya ditulis oleh Theresa Ong..actually bagi aku,tajuk ni sesuai juga untuk kita sebagai pelajar.

ok,mungkin pelik kalau kita cakap yang iri hati ni boleh bawa kejayaan..sebenarnya,sifat ini boleh terbahagi kepada dua bahagian:
  • iri hati yang menimbulkan perasaan kesal,tertekan,kecewa,stress dan sedih
  • iri hati yang membangkitkan semangat untuk bersaing dengan orang yang lebih berjaya
yang pertama tu,haruslah kita jauhi sifatnya..tetapi bagi sifat yang kedua bagi aku ianya patut dikekalkan kerana akan membawa hasil yang positif.sekarang kita lihat,apa yang boleh kita lakukan untuk mengembangkannya..di bawah mungkin dapat membantu anda.
  • fokus - apabila terasa iri hati,kita perlulah foku pada kelebihan orang lain..sentiasalah yakinkan diri kita sendiri yang kita juga mempunyai kelebihan
  • bangkit dari kekecewaan - jangan biarkan rasa iri hati memakan diri kita.bangkitlah dari kekecewaan..akui kehebatan orang lain yang membuatkan anda rasa iri hati - dia memang cekap,patutlah dia boleh berjaya.
  • jadilah seorang pesaing - kita haruslah bijak mengatur strategi.jadilah seorang pesaing yang sihat dan bukan seorang pesaing yang diselubungi hasad dengki.jangan sekali-kali menyemai rasa iri hati di dalam diri.
  • teman yang berjaya - bergaullah dengan teman-teman yang berjaya.kejayaan seseorang sebenarnya banyak dipengaruhi orang sekeliling.jika kita berkawan dengan orang yang dipenuhi ciri-ciri positif,secara tidak langsung kita juga akan bermotivasi untuk mencapai kejayaan
  • ikhtiarkan untuk berjaya - kita perlu mempunyai perancangan yang lengkap.rancanglah sebaik mungkin dan jangan kita berjaya menerusi jalan pintas.kita pasti akan rasa lebih gembira dengan kejayaan yang diperolehi menerusi usaha yang gigih.
hmm rasanya cukuplah setakat ini yang dapat dikongsikan..jumpa lagi..salam..

2 comments:

HonEyBuNNy said...

suka entry neh....mahu copy sve lam lptp yer..tq..he2

Leeya Hezlin said...

hmm leh jek ila..silakan..
kte share sm2..
sama2... :)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com