Friday, April 10, 2009

...bErCiNtA sEbELuM bErKaHwiN...

« pada: 28 June, 2007, 01:19:11 AM »


Assalamualaikum...

Disini saya ada sedikit kemusykilan mengenai Bercinta sebelum berkahwin..

adakah di dalam agama islam melarang atau mengharamkan lelaki dan perempuan bercinta sebelum melangsungkan perkahwinan, tetapi mereka berniat untuk melansungkan perhubungan sehingga ke alam perkahwinan...

adakah ia salah di sisi islam atau tidak?? Jika ada sesiapa yg boleh membantu saya menyelesaikan kemusykilan saya ni.. boleh la kita kongsi bersama ilmu yer assalamualaikum

Jika Boleh sertakan dalil atau hadis yg mengatakan mengenai ia yer assalamualaikum
Terima kasih =)
sekian
Assalamualaikum assalamualaikum



« Jawab #1 pada: 28 June, 2007, 01:28:46 AM »


Assalaamu'alaikum
erm..pendapat thirah,dalam Alquran tak sebut suruh bercinta dulu sebleum kawin.
Rasulullah pun tak wat mcm tu..jd..
terpulang pd individu
tapi ada ayat kata la tak rabu zina..
kalau rasa bercinta sebelum kawin boleh mendekatkan kita kepada pelbagai jenis zina...better tak payah.
ini cuma pendapat peribadi yg serba kekurangn..



« Jawab #2 pada: 28 June, 2007, 03:45:57 AM »



Harap ini dapat membantu

Couple (Lelaki/Perempuan) Is it permisibble?

It stands to reason that having a girlfriend is not the manner of a Muslim. It
is forbidden for a male Muslim to have a girlfriend, as it's forbidden for a
female Muslim to have a boyfriend.
Muslims should have good relations with all people, males as well as females. At
school, at work, in you neighborhood etc. You should be kind and courteous to
everyone. However, it is not allowed in Islam to take a non-mahram person or
persons of the opposite gender as a very close friend. Such friendship often
leads to Haram.

In the Qur’an, Allah mentioned that good men and women are those who marry, do
not have fornicating relationships and do not have "paramours" or Akhdan. (Quran chapter Al-Nisaa’ 4: Verse 25 & Chapter Al-Maâidah 5: verse 5).

Akhdan are "sweethearts" or for a man a "mistress" and for a woman a "lover".

The Prophet, peace and blessings be upom him, is reported to have stated that
“whenever two strangers of the opposite gender are alone with each other, Satan
becomes the third one between them.” (Hadith in Al-Tirmidhi, 1091)”

So it is not allowed for a Muslim boy to have a girlfriend or for a Muslim girl
to have a boyfriend. Howsoever pure your intentions may be, the danger is that
it will lead you to sin. Or at least you will be alone with each other and spend
more time together.

Of course, homosexuality is also forbidden in Islam. So do not take a boy either
as your intimate friend in the "gay sense" of the word.

A friendship with the opposite sex is not of Islam. It used to be of the
Jahiliyyah (pre-Islamic era) style of life. A friendship of the two sexes can
never be safe or sex-free. I agree that in some exceptional cases, it could be
innocent. But, a law is usually amended for social regulations. There is no law
to be customized for a certain person or few people.
The Qur'an and Sunnah guidance for the sexes dealing with each other has a main
major issue for which Islam has set principles and rules to govern. It is the
desire and lust. The Qur'an prohibits anything that motivates one's heart in a
seductive way towards the other. The Qur'an tells a woman when she speaks to a man to speak in a way that doesn't show any interest in him lest he should feel seduced to build up an unhealthy relationship. If there is a possibility in any
kind of action that it could lead by some percentage into catastrophe, no one
will ever take that risk. I can say what you call friendship could have some
percentage of leading into haram. How would you go to that risk whereas if a
doctor says to you an operation of a certain organ could lead you into death?
You would say I don't want to risk my life, but I'll take the pain.
Islam is not a man's opinion, it is directly laws from God. If you abide by the
laws god lays out via Islam, you certainly will be on the safe side. If you want
to follow reason, reason has a lot of defects and sometimes we cannot draw the
line to know who is sane and who is insane. Sometimes you cannot know which is which.

Wallahualam...



« Jawab #3 pada: 28 June, 2007, 08:29:59 AM »


Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang yang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu memberikan mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya menjadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.(al-maidah :5)

Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti dosa zina; dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.(an-nisa' : 25)



" Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar "



« Jawab #4 pada: 28 June, 2007, 04:18:52 PM »


Ouh Begitu yer?? Tetapi saya lihat pasangan ni seolah2 mereka ingin menuju ke arah keredhaan ALLAH... kerana Keluarga si perempuan telah mengenali lelaki ini, kerana lelaki ini bertujuan ingin memimpin wanita ini ke arah yg diredhai ALLAH dan si lelaki ni cuba ingin mendekatkan diri nya dan perempuan itu ke arah keredhaan ALLAH... dan kata lelaki tu cinta nya kepada wanita itu adalah kerana ALLAH,

Jd adakah ALLAH membenci dan murka dengan perbuatan lelaki dan wanita tersebut yer?



« Jawab #5 pada: 29 June, 2007, 01:04:09 AM »


Salam alaik.. rasanya ttg hal ini byk kali diperbincangkan di dlm majalah. Mungkin ada yg terlepas pandang. Jadi di sini, saya kepilkan petikan dari artikel yg pernah diya baca.

--------------

Cinta itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan. Cinta mendorong manusia untuk terus hidup dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah. Tetapi Islam memberikan garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakan dan menjamin keamanan mereka.

Cinta yang didorong oleh rasa takut kepada ALLAH akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada manusia. Sebaliknya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan kekal. Malah akan menyebabkan manusia rasa gundah gulana dan kecewa. Cinta yang sejati dan agung hanyalah untuk ALLAH.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka." – Riwayat al-Bukhari.

Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Hal ini pernah berlaku kepada seorang sahabat Nabi, iaitu al-Mughirah bin Syu'bah. Beliau memberitahu baginda bahawa beliau ingin mengahwini seorang wanita. Lalu baginda menyarankan agar beliau melihat dahulu wanita itu kerana ia boleh mendatangkan perasaan cinta kepada pasangan yang ingin dikahwini. (Rujuk al-Tirmizi: 1087. Diklasifikasikan sebagai hasan oleh al-Nasai).

Sabda Rasulullah s.a.w: "Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah." – Riwayat Ibn Majah dan diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Busoiri dan al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah: 624.

Al-Sindi r.h berkata: "Hadis itu boleh merujuk kepada dua orang atau lebih. Maksudnya, jika timbul perasaan cinta antara dua manusia yang berlainan jenis, cinta itu tidak akan bertambah atau bertahan lama tanpa ikatan perkahwinan. Jika terjadi perkahwinan atas dasar cinta itu, ia akan bertambah kuat dari hari ke hari. " (Rujuk: Nota kaki Sunan Ibn Majah).

Konsep cinta dalam Islam sangat unik, iaitu menyintai sesuatu atau seseorang hendaklah kerana mencari keredhaan ALLAH dan menurut peraturan syarak. Islam mengajar kita bahawa perkahwinan adalah ikatan yang suci, tepat dan satu-satunya cara yang dibenarkan oleh syarak dalam menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita.

Jika seorang lelaki benar-benar ingin mengambil seorang wanita menjadi isteri, dia perlu melihat wanita itu dengan keizinan wali dan ditemani mahram.

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis Ibn Abbas r.a: "Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya." – Riwayat al-Bukhari.

Berhubung dengan batasan aurat bakal isteri, jumhur ulama berpendapat, hanya dibolehkan melihat wajah dan kedua tangan hingga ke pergelangan. Al-Auza'i berpendapat, dibolehkan melihatnya kecuali aurat, Ibn Hazm berkata, boleh melihat bahagian depan dan belakang wanita itu.

Menurut Ibn Qayyim, terdapat salah satu riwayat Imam Ahmad yang membenarkan bakal suami melihat apa yang zahir daripada tubuh bakal isteri seperti leher, betis dan sebagainya. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn Qudaamah dan al-Hafiz Ibn Hajar r.h. (Tahziib al-Sunan, ms: 25 – 26, al-Mughni, jil: 7, ms: 454 dan Fath al-Baari, jil: 11, ms: 78).

Antara pendapat ulama tentang batasan aurat bakal isteri ialah: Menurut Imam Syafie, tidak boleh melihat wanita yang ingin dikahwini tanpa menutup kepala (memakai hijab). Dia boleh melihat wajah dan tangan hingga ke pergelagan sama ada dengan keizinan atau tanpa keizinannya. (Al-Haawi al-Kabiir, jil: 9, ms: 34).

Imam al-Nawawi berpendapat dalam Raudhah al-Tolibin dan 'Umdah al-Muftin, jil: 7, ms: 19 – 20, sunat melihat bakal isteri agar seorang lelaki itu tidak menyesal setelah berkahwin dengannya… dibolehkan melihat berkali-kali dengan izinnya atau tanpa keizinannya. Jika masih tidak berpuas hati, dia dibenarkan mengutus wanita lain untuk melihatnya dan menerangkan sifat-sifat wanita itu kepadanya. Wanita juga dikehendaki melihat bakal suami agar apa yang disukai oleh bakal suami, disukai juga oleh dirinya terhadap bakal suami itu.

Abu Hanifah pula berpendapat, dibolehkan melihat wajah, tangan dan kaki. (Bidayatul Mujtahid wa Nihaayatul Muqtasid, jil: 3, ms: 10). Pendapat ini juga dipersetujui oleh Ibn Rushd.

Jumhur ulama membenarkan melihat wajah dan tangan kerana wajah merupakan sumber kecantikan seorang wanita dan tangan pula boleh menggambarkan tubuhnya sama ada langsing atau sebaliknya.

Berhubung dengan percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku di banyak Negara Islam diambil dari budaya barat, ia mempunyai banyak kesan negatif berbanding positif. Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan, sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya tanpa ikatan yang sah. Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan.

Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu. Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah boleh dikatakan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian.

Cinta yang berpandukan kecintaan kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka.

Kesimpulannya, ingatlah bahawa syaitan sentisa menghiasi indah sesuatu maksiat. Padahal ia amat keji di sisi ALLAH. Orang yang bercinta selalu lupa diri kerana telah terikut jalan syaitan. Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-NYA.

Sumber : http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/SJ_agama/default8.htm


"Say your prayers before prayers for you are said"

"Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."




0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com